ahlan wasahlan..


Saturday 21 July 2012

al-kisah Ramadhan


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridhwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridhwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

"Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"



::.. Kehadirannya Satu Keberkatan ..::

Ramadhan Datang Lagi..

Kini telah kembali..
Bulan MULIA lagi DIBERKATI..
Hadirnya sentiasa dinanti ...
Semoga perginya kan bertemu lagi.. InsyaAllah..:)
 
KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI

Tarikh : 21 Julai 2012
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
C0urse wajib : Berpuasa
C0urse special : Terawih
C0urse tambahan : Bace quran, zikir, s0lat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
K0nvo : 1 Syawal
* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
c0urse : P0se 6 . . .
Jom join !! salam ramadhan semua sahabat2.. hehee ;D


riuh sepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepanjang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi
 
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
 
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
 
ramadan al-mubarak
semarak kasih Illahi
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.

Well There Will Be No Ramadhan Like The Older One
Because We Are Going To Make A New Ramadhan
The Best One ! Yet Still Together :)

Sempena bulan yang mulia ini... Penuhilah ia dengan kebaikan..
Siramilah ia dengan KESABARAN..
Bajailah ia dengan KETAQWAAN..
Suburkan ia dengan  KEIMANAN..
Tingkatkanlah segala AMAL IBADAH kita pada bulan mulia ini..
Sentiasa berusaha perbaiki diri..
Teruskan melakukan kebaikan...
Jangan lakukan hanya pada bulan RAMADHAN sahaja...
Kerana setiap apa yang kita lakukan dimuka bumi ini...
Pasti akan DISOAL olehNYA..:)
SYUKUR...
kita di pilih oleh Allah menjadi TETAMU RAMADHAN....

Allah telah memilih kita untuk berada di Bulan yg penuh rahmat... ada yg telah di jemput pergi sebelum ramadhan...


SYUKUR dpt meraih pahala,rahmat dan pengampunan di bulan yg mulia ini...


jgnlah mensia siakan peluang ini..

mungkin kah ini juga RAMADHAN kita yg terakhir....

pohonkan doa pada ilahi...

YA Tuhanku..
Aku ini hamba-MU yg jahil..
tunjukkanlah pd ku jln yg kau redhai..
Ajarkanlah yg aku tidak tahu
ingatkanlah jika ku terlupa..

bantulah aku..

mengingatiMU..MenTaati Mu..
Rezekikan ku membaca AlQuran...

semoga Al-Quran itu menjadi pedoman, petunjuk jalan dan juga hujjah ku..

p/s- Sama2 kita tingkatkan ibadah kita dan semoga kebaikan yang kita lakukan pada bulan RAMADHAN ini berkekalan selamanya Insya-Allah.. Semoga kita semua diberkati.. Aamiin..

Friday 20 July 2012

with LOVE



-Bila cintamu kenal Ilahi, jadilah cintamu berstatus tinggi (CINTA HIGH CLASS)-



Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku


  "" Ada cinta agung antara hamba dan Tuhannya. Ada cinta kudus atara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta kasih antara adam dan hawa. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa ^_^" ;

  Dengan cinta Pencipta, nyahlah segala duka, yang ada cuma BAHAGIA:)


Friday 6 July 2012

''Memikirkan kayu lebih susah daripada memikirkan kaca berbanding paku''


Alhamdulillah.. akhirnya.. berjaya jugak jejakkan kaki ke dalam blog yg dah berdebu ni.. jejak je kaki, tengok belakang, nampak bentuk tapak kaki.. tu maknanya blog ni dah berdebu.. dah lama tak masuk dalam blog ni.. haha..

Oke la.. tak mau panjang cerita maa.. actually tak tau nak tulis apa.. tapi yang pasti, apa yang nak diceritakan di sini is about something.. haha

Senanyer nak citer la kan.. ana baru sampai rumah semalam.. esok insya-ALLAH nak balik hostel balik.. hurm.. hati bersyukur dan gumbira sebab dapat jugak jejakkan kaki buat kali yang entah ke berapa walaupun pulang dengan homeworks yg belambak..

Homeworks yg sedang berada dalam proses untuk disiapkan ;

-BIO TUTORIAL
-2 REPORTS OF PHYSICS
-ASSIGNMENT BIO- about active transport.. dah siap kena fotostat untuk 1 praktikum. Submit on next week by wednesday
-EXERCISE CHEMISTRY
-CHEMISTRY TUTORIAL

Lg apa ekk… tu je kut.. harap-harap sempatlah siap by today..

Dan daann.. nak bagi tau jugak.. on Monday last week, ana buat experiment bio.. tajuk experiment tu ; TRANSPORT ACROSS MEMBRANE.. haa.. dalam experiment ni.. one of the group members have to prick him/her fingers by lancet to get the blood that we will see the blood under the microscope.. so I’m the volunteer to prick my fingers.. ahaha.. best weeyyhh w/pun entah berapa kali cucukan pada setiap jari.. sampai nampak lebam2 weyh.. just imagine.. we have 6 test tubes.. and we have to add 2 drops of blood into each test tube.. apa kes.. ouch.. inikah namanya dermawan? haha.. actually nak masukkan gambar.. tapi USB takde la pulok..huhu..

Gelabah je budak ni.. hee.. tapi nak share 1 ilmu la kan.. kalau korunk nak tau sama ada darah korunk ada banyak toksik or tak, cuba korunk try cucuk korunk punya jari.. then tengok darah tu.. kalau darah korunk agak pekat, means more to solid, maknanya banyak toksik la tu.. so.. cuba-cubalah cairkan darah anda yee.. haha..

Ok la.. sampai situ je kut.. tapi best la kan.. tiap-tiap minggu ada buat experiment bio, physics n chemistry.. subhanallah.. terlampau luas ilmu ALLAH ni.. INFINITY..

Even masa mula-mula start belajar, ada la jugak rasa menyesal sambung dalam bidang sains.. rasa tak mampu.. konon la kan.. tapi alhamdulillah.. hari ke hari ALLAH singkapkan hikmah kenapa aku ‘dicampakkan di sini’.. tipsnya, NIAT BELAJAR KERANA ALLAH.. JAGA HAK ALLAH DAN KALAU BOLEH LAPANGKAN HIDUP SESEORANG, means Bantu sahabat-sahabat kita even time tu kita busy.. insya-ALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita, jaga hak kita dan lapangkan urusan kita..subhanallah.. baiknya ALLAH.. banyak benda yang ana belajar.. alhamdulillah..

ALLAH berpesan dalam ayat cinta-Nya.. kalau kita nak ALLAH pandang kita dengan pandangan yang mulia, kita kenalah jadi lain daripada yang lain.. means, jadi hamba-Nya yang beriman lagi bertaqwa..

Nak cerita la kan.. kat hostel ana tu, kerap sangat berlaku histeria.. even blok ana setakat ni baru ada 1 kes.. punca ; STRESS, GELAK SAMPAI TAHAP ‘MENGILAI’ pada malam yang masih ‘muda’, lemah dalaman, yakni ROHANI..

Persoalannya.. kenapa STRESS? OK, actually STRESS boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian.. STRESS POSITIVE, STRESS NEGATIVE.. Stress positive ni bagus.. contohnya, kita stress sebab tengok kawan kita dapat full marks. So, apart from that.. we try to work more harder and smarder (perosak bahasa betul.. haha) untuk dapatkan full marks.. tapi untuk STRESS NEGATIVE, banyak impilikasi buruknya.. dan banyak jugak faktornya.. salah satu faktornya ialah stress belajar.. banyak kerja tak siap.. itu ini dsb..

Hadith pertama dalam hadith 40, yang menceritakan tentang niat.. belajar tergolong dalam STRESS NEGATIVE ke.. the answer is, just depends on our NIAT.. niat belajar kerana ALLAH.. itu sepatutnya.. bukan belajar kerana nak dapat 4 flat semata-mata.. kalau memang itulah niatnya, memang la stress..

Jadi, oleh kerana ana nak jadi lain daripada yang lain sepertimana firman ALLAH dalam surat cinta-Nya, I have to change my learning skills.. belajar bio contohnya.. makk aaiihh.. nak ingat all the facts is not easier actually.. BUT, cuba ubah.. ingat all the facts means kita sedang mengenal makhluk ALLAH.. kenapa ALLAH cipta ‘makhluk’ tu.. apa tugas yang ALLAH bagi pada ‘makluk’ tu.. contoh ‘makhluk’ tu ialah neuron cell.. katakan lahh kan.. so, stress ke lau kita belajar macam tu.. rasanya kalau stress pun, takde la sampai hysteria.. just kaitkan apa yang kita belajar tu dengan iman kita..

Belajar chemistry contohnya.. belajar tentang atom.. dalam atom ada proton dan nucleus.. atom itu pula dikelilingi oleh electron.. kaitkan dengan kejadian alam ciptaan ALLAH.. atom itu seolah-olah matahari.. dan electron pula seperti bumi atau planet2 yang lain.. electron mengelilingi atom seperti bumi mengelilingi matahari.. subhanallah.. BIDANG SAINS.. kan nampak kekuasaan dan kebesaran ALLAH tu.. SUBHANALLAH..

Belum lagi masuk physics.. subhanallah.. tak tau la nak cakap camne.. tak boleh nak describe betapa LUASNYA ILMU ALLAH.. terasa hinanya diri..diri yang merupakan seorang manusia.. dan Dia juga sudah rakamkan dalam surat cinta-nya, bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan..

Oke la.. sampai sini je kut.. banyak benda nak cerita sebenanrnya.. nak cerita pengalaman dll.. waa.. tak sabar nak tunggu cuti raya nanti.. before raya, ada UPS- Ujian prestasi Semester 1.. means, ana akan exam time puasa nanti.. means lagi, just about 3 weeks from now.. doakanlah ana berjaya dengan cemerlang n get the highest mark.. dalam bulan 10 plak PSPM- Peperiksaan Akhir Semester 1.. MUET pun bulan 10 weyh.. doakan.. tolong doakan ehh.. insya-ALLAH..

Mood ;

1 - isnin ni ada bio amali.. buat experiment plant histology and animal histology.. tak sabar nak tengok ‘makhluk’ ALLAH weeyyyhh.. hik3..

2 – on Saturday next week ada kelas ganti untuk cuti hari raya.. so, tak balik rumah.. tapi yang bestnya.. minggu lagi 1 boleh balik.. kebetulan sabtu tu hari first puasa.. jumaat gerak from hostel.. waahh.. tak sabarnya nak puasa bersama-sama dengan keluarga yang dicintai kerana ALLAH.. hehe.. insya-ALLAH..

3 – seminggu kemudian, UPS.. ok.. nerve cells tetiba jadi krrreeettt krrroottt.. haha..

K lah, sampai sini sahaja coretan dari Hamizah a.k.a. MEEJAH ( Jangan lupa beli mee jenama JAH) a.k.a. mijah.. KEELLAASSS KAU JAAHH.. haha.. nak siapkan kerja weyyh.. solat dhuha pun belum lagi ni..

ma’assalamah..

READY TO MOVE.. BISMILLAH..


Antara Ibrah USRAH MB Surah Nuh :- pimpinan wajib ada prinsip seperti Nabi, dalam berdakwah yang panjang bagai Nabi Nuh 950 tahun berdakwah perlu ada istiqamah dengan pelbagai uslub dan mesti mempunyai pandangan siasah yang jauh, matang lagi berkarisma politik.

FASTAQIM KAMAA UMIRTA..