ahlan wasahlan..


Monday 24 June 2013

im crying during read this OHSEM! (T_T)

SUBHANALLAH..
MASYA-ALLAH..

Im realy proud with all of you ya akhowat fillah!
)':

honestly, im jealous with all of u, WANITA SOLEHAH <3

Yes!
On a peace morning, i walking in the blog belongs to Dena Bahrin.

And i was crying while read this amazing post : im crying read this OHSEM! (T_T)

k bai!

i want to be a pious muslimah, daughter, ummi and wife-to-be forever and ever, till now and the Hereafter.
please do pray for this ordinary person.
may ALLAH bless..
insya-ALLAH~

TAQWAnya dia )':

Saidina Ali b. Hussein jika berwudhu untuk solat, menjadi pucat wajahnya,maka ditanyakan orang mengapa demikian?

Jawabnya:

“Tahukah kamu kepada siapa saya akan mengadap?"

ALLAHUAKBAR. T_T


Teringat kisah seorang remaja yang membuatkan aku JATUH CINTA padanya. Dialah Tsa'labah b. Abdurrahman R.A. Sungguh aku merinduimu. Aku cemburu melihat jasad & rohmu diiringi malaaikah. Tetapi, adakah diriku akan menyusuli sebagaimana yang berlaku pada Tsa'labah? 


p/s : masya-ALLAH. itulah kesan tarbiyyah dpd Rasulullah saw. wa tausiyah in tilawatun islamiyyah. T_T allahuakbar.

  : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ , maksudnya :

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
[Q.s. Ar-Rum:30]'

ALLAH tu Maha Baik. 
Dia sangat sayangkan hamba-Nya even hamba-Nya memikul dosa sebanyak butiran pasir di tepian pantai.
baiknya Tuhan kita.
rasa malu sgt2 pd Dia.
dikurniakan nikmat-Nya kpd kita,
tp kita bls dgn dosa.
itulah manusia yg lemah & hina di sisi-Nya sepertiku.

Saidina Abu Bakar ra pernah ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, kenapa dia selalu disebut2 oleh Rasulullah dan kenapa dia sangat kuat menanggung ujian. Saidina Abu Bakar ra menjawab:

"Lazimnya dalam dunia ini ada 2 jenis manusia. Satu yang berjuang untuk dunia dan satu lagi berjuang untuk akhirat. Tetapi aku berjuang bukan utk dunia dan bukan untuk akhirat. Aku berjuang dan aku berbuat apa pun hanya untuk Allah semata-mata. Aku tidak pernah kenyang. Aku kenyang dengan kelazatan bersama dengan Tuhan. Aku minum tidak pernah hilang dahaga kerana aku mabuk cinta dengan Tuhan." 


Subhanallah. T_T

wallahu'alam.


*sebaknya.. sebab sambil type, sambil dengar hamba ALLAH ni mengalunkan ayat suci al-quran --> Fatih Seferagic

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAH AKAN DIKEMBALIKAN


Allah Yang Maha Kuasa berfirman “Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu berpasangan-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”[Yaasiin 36:36].

Nabi Muhammad (SAW) bersabda “Sesungguhnya, Allah telah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang Allah ambil dari semua bahagian bumi; Oleh itu, anak-anak Adam datang ke bumi mengikut keseluruhan bahagian bumi tersebut , di antaranya ada yang berwarna merah, putih, hitam & lainnya di pertengahan, dan ada yang lembut, yang sedih, yang buruk dan baik “[Rujuk kitab Hadith Sahih].

Kini analisis sains yang di buat mendedahkan bahawa tubuh manusia itu terbentuk dari bahagian yang sama dari bumi seperti:-
a) air,
b) karbohidrat,
c) protein,
d) minyak,
e) vitamin,
f) hormon klorin,
g) perak,
h) fosfor,
i) kapur,
j) kalium,
k) natrium,
l) besi,
m) tembaga,
n) iodin dan mineral-mineral yang lain.

Semua mineral ini bersama membentuk pelbagai bahagian tubuh manusia. Mereka umumnya terbentuk di dalam tubuh manusia berdasarkan pembahagian yang tetap, stabil dan tepat. Hanya Allah Maha Pencipta yang mengetahui segala rahsia bagaimana mereka datang bersama-sama dan melakukan tugas seperti itu.

Ditemui bahawa jika mineral yang ada dalam pembentukan tubuh manusia dicerakinkan & dibentuk semula, ia akan memberikan kita benda-benda berikut: sekotak kapur tulis, sekotak mancis api, paku kecil, sedikit garam dan beberapa bahan lain yang tidak bernilai.

Namun, nilai kewangan bagi semua benda-benda tersebut tidak melebihi sepuluh Riyal. Bolehkah dipercayai bahawa nilai kewangan sebahagian besar tubuh manusia tidak melebihi sepuluh Riyal? Ianya juga akan bererti bahawa pakaian manusia atau jam tangannya lebih berharga daripada dirinya sendiri!! Bukankah begitu?

Oleh itu, apakah nilai sebenar seorang Manusia? Nilai universal yang banyak masuk ke dalam proses kejadian manusia tidak dapat disamakan dengan apa-apa pun; Begitujuga nilai sebenar seorang Manusia selepas proses pembentukan tubuh manusia.

Ada sebahagian masyarakat menjadikan manusia umpama sebuah mesin. Untuk menyamakan manusia dengan mesin bererti merendahkan nilai dirinya.

Sebuah benda harus dibandingkan dengan benda lain yang serupa dengannya. Jika tidak, seekor biri-biri atau unta akan lebih berharga dari manusia. Tetapi Islam memberikan status yang tinggi kepada Manusia dan mengangkatnya di atas melebehi ukuran-ukuran materialistik kita.

Buktinya terdapat dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT: “Dan sungguh telah Kami memuliakan Bani Adam, dan Kami telah menyediakan bagi mereka pengangkutan di daratan dan di lautan;dan Kami telah memberikan mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami telah mengutamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk yang telah Kami ciptakan dengan keutamaan yang banyak.”[Al-Israa' 17-70].

Di dalam ayat lain Allah berfirman:”Dan sungguh Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat:”Sujudlah kamu kepada Adam,”, lalu mereka sujud kecuali iblis,ia (iblis) tidaklah termasuk mereka yang sujud. (Allah) berfirman:”Apakah yang menghalangmu dari bersujud ketika aku memerintahkan kepada kamu?”, Ia (iblis) berkata:”Aku lebih baik darinya(Adam), Engkau telah ciptakan aku dari api dan Engkau telah ciptakan dia (Adam) dari tanah.”[Al-A'raaf 7:11-12] .

Oleh kerana itu, kita harus menghormati manusia, kerana Allah telah menjadikan malaikat untuk sujud kepadanya. Allah telah memberi penghormatan kepada manusia, oleh karena itu kita tidak harus merendahkan/menghina manusia.

Sumber: “Tidakkah engkau melihat ke dalam dirimu sendiri?”,

oleh Anas bin Abdul Hamid Elgoze.

Dengan ehsan:science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2070


HIKMAH PENGHARAMAN BABI

HIKMAH PENGHARAMAN BABI

Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah . Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."” (Surah Al-Baqarah ayat 173)

Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi dan produk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umat Islam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab dan rahsianya.
---
Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi
---
Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:
---
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis
---
Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
---
Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China
---
Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, "Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”
----
Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-Catatan Kesihatan). Di antara isi-isinya ialah, “Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.”
----
Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch’en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliau berkata, “Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya.”
----
Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpa ke atas manusia yang memakannya.
----
Virus-Virus Baru Keluaran Babi
---
Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
---
Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.
---
Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.
---
Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah:
---
• Porcine Torovirus.
• Porcine Rotavirus (Variant 4F).
• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
• H3N2 Swine Flu Virus.
---
Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya
----
Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.
---
Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca dari virus babi.
---
Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.
---
Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."
---
Babi Dengan Masalah Yang Berterusan
---
Sejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tang dan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudian pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pula kuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.
---
Note: (Diterbitkan dalam Majalah i bagi bulan Ogos, 2004, terbitan Karangkraf)Nukilan,Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. danPenulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Artikel ini disalin dari : http://fauzanibrahim.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

burung dan fizik?

BI IZNILLAH, tiada apa yg MUSTAHIL dlm dunia sains. A+ in physics. i physics.
*BESAR HIKMAHNYA mengapa burung tidak mengalami renjatan elektrik(ketika hujan) apabila hinggap di kabel-kabel elektrik. MAHA BIJAKSANANYA ALLAH mencipta sesuatu kejadian. Masya-ALLAH. afala yubsirun? 
 

 
 Ada 5 reasons. kalo nk terangkan secara saintifik, penuh 1 whiteboard, mcm2 formula ada. huhu.
tp ada kaitan(antara sebabnya), kenapa ALLAH cipta jarak antara 2 kaki burung tu rapat, & ALLAH dah tetapkan sesuatu kejadian tu mengikut peraturan-Nya, seperti pergerakan(pusingan) bulan & matahari. Utk kejadian burung, ALLAH dah 'set' , bahwa sekiranya burung sedang hinggap di kabel, & petir akan menyambar kabel tersebut(walaupun selepas hujan, masih lg terjadinya kilat yg sambar-menyambar), maka secara 'automatik' burung tu akan terbang ke tempat lain. Jika x, burung tersebut akn menerima cas negatif dpd kilat tersebut & mnyebabkannya mati. Fikirkan & renungkan kebesaran ALLAH,yg mencipta burung tanpa mengurniakan akal. Inilah bukti ketetapan yg telah ditetapkan- Nya.
*kalo ana berkesempatan, insya-ALLAH ana akn terangkan 5 reasons t'sebut melalui notes. insya-ALLAH.
 
 
MMM ; ana tunggu.. tak sabar nak baca.. dan ana ada nak tanya ni..tapi mungkin soalan ni agak melucukan tapi nak tanya juga.. (tebalkan muka nak tanya soalan ni ^^,)

mcm ni, ari tu cikgu ana ada cakap yang kapal terbang pun ada laluan2 dia d udara. Kira macam jalan raya la supaya kapal2 terbang tu tidak berlanggar antara satu sama lain (mcm tu la kiranya)..lepas tu cikgu tu suruh kami fikir, macam mana pula dengan burung?? adakah diaekor ni terbang sesuka hati atau ada jalan dan cara terbangnya yang tersendiri??
lucu punya soalan 
 
p/s : huwaa!!! terlupa nak tulis notes..hurm.. aku un da lupa facts dia.. cikgu Malek, ajar saya balik!! (T_T)

speaking in arabic? me? )':

scroll punya scroll wall fb,
skali jumpa ni : ukhti tasneem debat <3

p/s : seriously, naik bulu remang dengar dia debat.. huu~ bilalah aku dapat speaking arab macam dia? hurm..hurm,, (T_T)

Malam Indah Nisfu Sya'ban >.<''

Alhamdulillah..
Akhirnya.. dapat jugak update blog.
Asyik bertangguh je.
Betullah kan.
Lau ALLAH tak izinkan sesuatu tu untuk berlaku, benda tu takkan berlaku nyer~
*Rasa dah berkarat dah key board nim =.=''

Entry kali ni.
Nak share pengalaman indah tengok bulan supermoon pada malam 15 Sya'aban 1434H (:


subhanallah...
masya-ALLAH...
kelu lidahku utk berkata-kata..
terasa keberkatan malam nisfu sya'ban~

#indahnya kalau malam ni time org tgh tdur, kita plak sibuk bermadu kasih dgn Sang Khaliq ♥

sang harinya plak, kita diet dgn puasa sunat.

indahkan?

moga ALLAH redha ye sayang (:

insya-ALLAH~


Malam ini 15 Syaaban, serentak dengan malam Nisfu Syaaban akan berlaku fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi dan bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

Di antara kesan jarak bulan yang dekat dengan bumi ialah keadaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan.

Sumber : Agensi Angkasa Negara (Angkasa) 


I want to die with my forehead on the ground, the sunnah my heart, Allah
on my mind, Al-Quran on my tongue, and tears in my eyes... insya-ALLAH.. Amin...