ahlan wasahlan..


Friday 2 August 2013

Auratmu dengan siapa?

Alhamdulillah..sampai juga kita pada hari ke-25 Ramadhan =)

Assalamu'alaikum wahai bakal penghuni syurga sekalian.

Apa khabar imanmu?

Moga baik-baik saja. insya-ALLAH ^_^

Memandangkan Encik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Abang Syawal pula bakal muncul tak lama je lagi.. jadinya, nak habaq mai.. sebenarnya hati ni tergerak nak post entry tentang aurat.

Mata ni tak sanggup dah tengok saudara2ku yang kukasihi kerana ALLAH.. bila time raya jaa, situasi ni acapkali berlaku..

Jujur, hati yang karat dengan dosa ni tak sanggu nak tegur kakak2 saudara yang.
Mata ini sanggup melihat mereka dedahkan aurat mereka di hadapan bukan mahram.
ALLAHU..
Tergamaknya aku. )':
Mungkin aku masih lagi jahil lagi dhaif tentang ilmu untuk berdakwah bil hikmah!

AHHH!!

Tapi tak boleh jadikan itu sebagai alasan.
Kelak di hadapan ALLAH, rasa-rasanya ALLAH terima tak alasan aku tu? hurm.
Mustahil!

Hatiku hanya mampu berbisik pada iman..

"ingat sesama saudara takda batas aurat ka? dah tu, dok ikut suka hati depa jaa nak salam ngan sapa pun, termasuklah bersalaman dengan ajnabi (halal untuk dikahwini)..aishh.. takkan depa tak tahu kut?"

Macam-macam persoalan juga timbul daripada sahabat-sahabat dan saudara-mara.

"Abes tu, kalau orang tu dah hulurkan tangan untuk salam..takkan kita tak sambut? macam menghina plak. nanti orang kata apa plak.."

wahwahwah!!

Ceq nak habaq mai. Mana lagi utama, pandangan ALLAH kaa, pandangan manusia..?

Kata otak ang kreatif. Gunalah taktik untuk elak dpd bersalaman dgn bukan mahram..

Contohnya, once bila hang nampak bukan mahram/ajnabi hang hulurkan tangan, pa lagi.. cepat2 lah toleh ke tempat lain. Buat-buat tak nampak. KONONNYA. -,-''

Ohh choopp!!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

So nak share sikit ilmu bahasa arab (:

Ramai masyarakat yang salah tafsir antara perkataan mahram dengan muhrim..

MAHRAM = orang yang HARAM untuk kita nikahi.
BUKAN MAHRAM = halal untuk dinikahi = haram untuk sentuh-menyentuh, memperlihatkan aurat kita selagi tak nikah dengannya.

MUHRIM = orang yang berihram.

Buat ikhwan dan akhowat fillah , di sini ana 'kepilkan' sekali gambar yang berkaitan.

Have a look please!

Hamba ALLAH ini nak masuk syurga bersama-sama dengan kalian semua.
Tak sanggup lagi nak lihat mereka mendedahkan aurat sesuka hati.
Buat yang sudah punya suami, aku kasihan pada si suami kerana menanggung dosa aurat si isteri.. (T_T)

Sebab aurat kita,
hanya si dia yg teristimewa sahaja yang layak tatap aurat kita sepenuhnya.
Ya!
si dia Cik Abang sayang kita tu ^_^

Lau tak faham, ada sebarang musykillah(masalah)/persoalan, boleh ajukan pertanyaan.

Sama-sama kongsi ilmu.. insya-ALLAH ^_^



Untuk ikhwan (:


Untuk akhowat (:
 Harap-harap lepas ni, dah takde salah faham tentang bab menutup aurat ni.

Moga Ramadhan kali ni, ALLAH terima amalan kita.

Dan moga Syawal kali ini, adalah kemenangan buat kita.

Moga ALLAH redha segalanya.

Insya-ALLAH.

P/s : Cover your AURAH!



Thursday 1 August 2013

Dialog-Dialog Yang Tak Berapa Patut Di Hari-Hari Terakhir Bulan Ramadhan

[Kredit]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengijinkan kita untuk melangkah masuk ke sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Ia adalah satu anugerah yang cukup besar lagi bermakna, kerana ia tandanya kita telah terpilih untuk menghidupkan hari-hari terakhir dalam bulam Ramadhan, di mana di dalamnya terkandung satu malam yang jauh lebih baik daripada seribu bulan. 
Ini adalah masa untuk kita memecut laju. Ini adalah masanya untuk kita melupakan segala urusan dunia (yang tidak berfaedah) dan memfokuskan keseluruhan tenaga dan upaya kita untuk mengejar dan memburu redha Allah. Dan inilah masanya untuk kita tidak menoleh ke belakang lagi. Apatah lagi tiada jaminan untuk kita berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan!
 
Telan air liur.
Nabi SAW dan para sahabat sememangnya mempunyai hubungan yang cukup intim dengan sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Baginda dan para sahabat akan beriktikaf penuh di masjid, hanya pulang ke rumah untuk urusan yang benar-benar penting sahaja. Sebahagian besar masa mereka akan dihabiskan di masjid untuk memperbanyak dan mempertingkat kualiti ibadah mereka. Malam mereka akan dihidupkan sebaiknya...
"Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Namun di sebalik keoseman sepuluh hari terakhir dan ganjaran ekstavaganza vavavum! yang dijanjikan di dalamnya, masih ada segelintir manusia yang tidak dapat menghayati dan mengambil seriyes akan keistimewaannya. Malah di hujung-hujung Ramadhan ini, amalan mereka menjadi semakin mandom (Baca: Tak bersemangat) dek kepenatan berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga semata. Juga kerana tidak sabar-sabar untuk mengenakan langsir baru dan baju melayu berwarna pink sedondon dengan samping songket jahitan tangan dari Terengganu itu. Adeh.
Mari kita lihat gelagat-gelagat segelintir masyarat kita yang nampaknya acuh tak acuh sahaja dalam menyambut sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Malah mereka lebih berminat untuk menghabiskan bulan ini secepat mungkin agar dapatlah mereka berhari raya dengan penuh riang gembira. Moto mereka, "Ada aku kesah..?"

Mari.
"Wey Suhaimi Lotfi, satgi lunch kita nak makan apa..?"

Komen: Ni tak pasti sama ada dah terlalu penat berpuasa sampai terlupa, atau kantoi kawkaw yang sepanjang bulan Ramadhan dia memang tak berpuasa. Hohoho. Peluh besar.


"Eh Zabedah Arifudin, tahun ni berapa balang semperit kau buat?

Komen: Walaupon tak salah nak buat kuih raya atau berniaga kuih raya, tapi takdelah sampai berlumba siapa yang lebih haibat dan kuat menguli tepung dan memecah telur. Susah-susah, kuih raya tunjuk sudah!


"Bhai, korek idung batal pose tak?"

Komen: Soalan ni kalau ditanya di awal-awal Ramadhan masih boleh diterima lagi. Tapi kalau soalan ini masih ditanya di akhir-akhir Ramadhan, rasanya ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana.


"Tahun ni langsir kau berapa meter? Kau beli kain ropol-ropol kat Semua House tu ke?"

Komen: Takkanlah setiap tahun nak tukar langsir baru? Dan kalau ye pon nak tukar, kena ke tukar di sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan..? Makcik Laila tidak lihat pada langsir baru, tapi pada taqwa!


"Razali Hashim, jom teman aku gi beli baju raya kat Masjid India..? Tapi hujung-hujung Ramadhan ah, sebab time tu harga runtuh bhaekkk punyaaa! Silap haribulan dapat baju raya satu set feri of caj!"

Komen: Kalau nak beli baju raya, baik beli siap-siap sekarang. Tak pon di waktu tengah hari atau petang. Itu pon tak digalakkan kerana khuatir akan penat di waktu malamnya. Di hujung-hujung Ramadhan inilah kita keluar semua (Baca: All out) untuk perbanyakkan amal ibadah kita. Kalau disebabkan baju raya kita terlepas berjumpa dengan Makcik Laila, tak ke rugi namanya tu..? Rugi gile bhaaii!


"Shinzo Himawari, saya dengar kat Hotel Fantabulus tu ada buat promosi khas berbuka puasa sempena malam Lailatul Qadr. Apa lagi, ni lah masa untuk kita nak pulun sampai lebam!"

Komen: Tak terkata. Pertamanya, banyak mana sangatlah nak makan sewaktu berbuka? Dan kedua, kalau dah mentekedarah macam jin tanah, nak rukuk pon sampai nak termuntah, rasa-rasa ada can ke nak bertemu dengan malam seribu bulan nan indah..?


"Terawih masjid mana yang baca paling pantas dan cepat? Pendek dan manis gitu."

Komen: Orang lagi menuju ke akhir Ramadhan, lagi banyak rakaat terawih dan tadarus al-Quran. Ini tidak; berkadar songsang! 


"Quran kau dah mukasurat berapa, wahai Dalila Zainol?"

Komen: Soalan yang sepatutnya ditanya, "Quran kau dah khatam berapa kali dah..?" Ohoi!


"Kalau buat witir satu rakaat je ok kan..?"

Komen: Mata terbeliak. Memanglah ok je. Tapi kita nak ikut sunnah Nabi kan? Kita nak tawarkan amal ibadah yang terbaik kepada Allah kan? Dan bila lagi masa yang terbaik untuk mantapkan dan perbanyakkan ibadah kalau bukan di malam-malam terakhir bulan Ramadhan?


"Err.. Lailatul Qadr tu benda apa..? Nama sejenis kurma ke..?"

Komen: Pengsan. 

Haaa bagaimana..? Ada tak mana-mana dialog di atas yang pernah anda ungkapkan..?

Jika ada, sudah tiba masanya untuk berubah! Ya, anda belum lagi terlambat. Kerana masih ada SEPULUH hari untuk anda manfaatkan dan gunakan sebaiknya! 

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Qadar itu? Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."
[al-Qadr, 97-1-5]

Ya, ia adalah tawaran ekstravaganza yang ditawarkan hanya setahun sekali. Kalau bukan Ramadhan tahun ini untuk kita bertemu dengannya, bila lagi..?

Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya berjumpa dengan Makcik Laila. Moga kita terpilih untuk beribadah pada malam yang jauh lebih osem daripada seribu bulan. Dan moga kitalah orangnya yang didoakan 'Sejahtera' oleh para malaikat sekaliannya!

Ayuh mulakan operasi memburu Makcik Laila dan mengejar redhaNya yang hakiki! Ayuh kita sama-sama berlumba mendapatkan sorgaNya yang seluas langit dan bumi! Ayuh kita bersegera memperbanyak amal ibadah kita, agar tidak kita menyesal di akhirat nanti!
 

Cepat-cepat ikat tali kasut tak mahu tertinggal jauh.

-gabbana-

Jom kita sama-sama hidupkan ibadah i'tikaf yang sudah semakin dilupakan. Malam ini saya inshaAllah ke Masjid UIA. Anda bagaimana..? Senyum.

2907

Alhamdulillah. Syukron jiddan a'laikum jami'an yg mendoakan diri yg hina lg faqirah ini sempena hari ulang tahun kelahiran yg ke-19. Sungguh, doa kalian sgt2 membantuku di akhirat kelak.. Insya-Allah..

29.07.2013

Jatuh pd hari isnin, yg mana hari tersebut menjadi hari pilihan kekasih hatiku, Muhammad bin A'bdullah utk berpuasa sunnat!

Jatuh pd 20 Ramadhan 1434H. Bulan yg penuh barokah. 20 Ramadhan 1434H menjadi pintu utama bg fasa ke-3 dlm bln Ramadhan (fasa pelepasan azab api neraka). Permulaan bg detik2 10 terakhir Ramadhan.

Ya!
Di fasa ke-3 inilah terdapat 1 malam yg mana malam tersebut lebih baik dpd 1000 bulan. Moga kita semua diberi peluang utk bertemu dgn Lailatul Qadr. Insya-Allah..

P/s : manusia terlalu lemah utk memberi penghargaan.. Selayaknya, hanya Dia yg Maha Layak menghargai manusia..

Justeru,
Sahabat2 yg mengenali diri ini, maafkan atas segala kekhilafan yg dilakukan.
Mad'u & anak2 usrah, maafkan segala kekurangan naqibah antunna ni yea.
Dan infinity kemaafan dipohon sekiranya hamba Allah ini tidak menjadi amirah yg baik. Lau ada apa2 kesalahan, directly tegur ok? Insya-Allah ^^

*sedar tak sedar,aku semakin menghampiri MATI! Para salafussoleh, mereka tidak sabar utk MATI..kerana hanya dgn jalan itu, yakni kematian, justeru itulah jalan yg m'hubungkan mereka utk bertemu dgn kekasih hati mereka, iaitu Muhammad bin A'bdullah! Melihat diriku yg tersangat hina lg seciput amalannya, terasa diri belum cukup bersedia...meskipun hati berbicara..sungguh aku tidak sabar utk bersua dgn Baginda! (T_T)

‪#‎memburu‬ malam yg satu itu! Tingkatkan ibadah, tebalkan iman. Moga rahmat Allah menaungi & jannah milik kita! Insya-Allah (^_^)