ahlan wasahlan..


Showing posts with label DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN (: insya-ALLAH..aamiinn... Show all posts
Showing posts with label DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN (: insya-ALLAH..aamiinn... Show all posts

Saturday, 18 May 2013

Hukum Lelaki Bukan Mahram Menyambut Wanita Bersalin

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.







Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.




“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.




“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.




Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.




“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.




Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.




Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.




ALASANNYA DARURAT




Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan berasalankan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:




Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”




Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.




Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:




1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.




2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.




3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.




Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.







ALASAN MEREKA YANG LAIN




Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.




Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!




Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.




Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.




Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).




Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.




Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)




Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:




“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”




Ato’ menjawab: “Ya.”




Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.




Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.




Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.




FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN




Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.




Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:




“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”




Keterlibatan kaum hawa di dalam bidang ini adalah wajib jika ianya terabai.




Fikir-fikirkan bersama sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum nasi menjadi kerak hangit!




Sumber rujukan: Sakit Puan & Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.


p/s :   aku korbankan minatku dlm bdg paedatric semata2 kerana hal ini! justeru, demi ummah, demi kehormatan maruah seorang wanita, YES! I'm a specialist ObGyn (O&G)to-be.. insya-ALLAH..

ARDHUL KINANAH, I'M COMING~ 

BISMILLAH WA INSYA-ALLAH..

Saturday, 23 March 2013

Ovum keluar dari ovari wanita


~* Wanita normal biasanya akan mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur setiap bulan ketika memasuki waktu subur.

Sel telur dihasilkan oleh folikel-folikel, kantung-kantung berisi cairan, di bahagian dalam ovari yang pada waktu ovulasi akan mengeluarkan benjolan (protrusi) kecil berwarna kemerahan yang kelihatan seperti di dalam gambar.

Telur-telur(warna kuning) akan muncul pada ujung benjolan tersebut dengan bentuk sel-sel yang mirip seperti jeli.

Setelah keluar dan lepas dari benjolan tersebut, sel-sel kemudian akan menuju tiub fallopio untuk bercantum dengan sel sperma lelaki.

SubhanAllah,
unik ciptaan Allah. :)


MESIR : Mutiara di balik pasir, antara realiti & fantasi

Taqdir ALLAH untuk aku menemui blog yang merupakan BANGI-rians, sekampung denganku..

*copy paste from akhi 5th year medical student

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والآه


poster ini direka khas untuk entri kali ini, rekaan pereka berbakat, Ihsan Hamdan (blog beliau)

5 tahun setengah yang lalu, sebelum sampai ke bumi Mesir, bumi Anbiya' penuh barakah, saya mendengar cakap-cakap orang, dengan nada nasihat. Cukup jelas nasihat itu, masih terngiang-ngiang di telinga saya, hingga ke ahri ini masih teringat ayat popular itu.

"Kutiplah mutiara-mutiara di sebalik pasir-pasir di Mesir nanti..."

Sampainya saya ke Mesir, biar apa pun niat saya pada waktu itu, sekali lagi kedengaran ayat manis itu dari mulut para senior yang berjasa besar membentuk kami.

"Kutiplah mutiara-mutiara di sebalik pasir-pasir di Mesir nanti...cuma..."

Cuma, ada tambahan dalam ayat tersebut. Bukan hanya terhenti di situ, seperti mana kali pertama mendengar kalam agung itu. Cuma...

"...cuma...kena selak-selak, sapu-sapu pasir tu dulu, mungkin baru nampak!"

Ditambah dengan sedikit senyuman sinis. Saya jadi sangsi dengan perlakuan tersebut, namun, tetap meneruskan kehidupan sebagai 'orang baru' di bumi ini.


*******


Orang ramai mempunyai persepsi bahawa, bila kita melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Mesir, pulang ke Malaysia nanti, kita akan menjadi 'Doktor Muslim yang Ustaz'. Menjadi Doktor Muslim 'Alim, Al-Hafiz sekali kalau boleh. Itulah yang dipanggil 'mutiara' di bumi Mesir.

Bgitulah fenomenanya, ada dalam kalangan mereka yang memohon ke Mesir dengan 1001 idealisme dan cita-cita indah. Bercita-cita mahu menjadi Doktor Al-Hafiz lagi 'Alim dalam ilmu-ilmu agama.

Ada dalam kalangan mereka yang memohon ke Mesir sebab mengikut kawan, atau mengikut kehendak ibu ayah.

Ada juga yang memilih Mesir sebab tidak diterima pilihan pertamanya, lalu dipilih Mesir kerana itu sahaja pilihan untuk bidang perubatan luar negara. Mesir adalah pilihan terakhir untuk 'medic oversea'.

Ada juga yang memilih Mesir kerana pengajian di Mesir menawarkan harga termurah oleh agensi, berbanding negara-negara lain.

Maka, "apakah sebenarnya tujuan aku ke Mesir?" Tanya saya kepada diri sendiri.



Kalau disebabkan 'mutiara-mutiara di sebalik pasir' dan idealisme yang dipopularkan itu, maka soalan seterusnya datang menyerang.

"Sudahkah aku kutip mutiara itu, dan simpannya kemas-kemas di dalam peti besi?"

Tapi sebelum sempat saya menjawab soalan kritikal itu, satu soalan lagi menerjah minda.

"Apa pula sebenarnya mutiara itu? Bagaimana rupanya?"


Sudah! Sibuk mencari si mutiara, terlupa pula saya hendak bertanya secara terperinci kepada para senior yang hebat-hebat itu, bagaimanakah sebenarnya rupa mutiara itu?

"Jika senior-senior, orang-orang terdahulu ramai yang dah pulang ke Malaysia menabur bakti, adakah mereka sudah beroleh mutiara yang dicanangkan itu?"

Jika benar, mutiara itu satu realiti, bagaimana kami, sang adik-adik yang manja ini, hendak mengenali dan mendapatkannya?


*******

Saya sedaya upaya cuba mencari apakah rupa 'mutiara' itu, bagaimana sebenarnya bentuknya. Kemudian, bagaimana pula saya boleh memperolehinya?

Setelah lebih 5 tahun berkelana di bumi Mesir ini, baharulah rupa sebenar 'mutiara' itu jelas kelihatan pada pandangan mata saya. Ya, 5 tahun! Hanya setelah 5 tahun, baru ianya semakin jelas.

Saya terpaksa mengaku. Ya, ianya benar-benar wujud. Tapi malang sekali, saya hanya menyedarinya dan memperoleh cara untuk menuju ke arahnya setelah 5 tahun dihabiskan mencari hala tuju yang 'tidak didefinisikan'.

Alangkah baiknya kalau 5 tahun dahulu, ada yang datang menerangkan satu per satu, langkah demi langkah, apa yang sepatutnya saya buat, ke manakah sepatutnya saya tuju dan menapak, demi untuk mendapatkan mutiara sebenar yang realistik, bukannya sekadar buaian fantasi.


Berapa ramai pelajar jurusan perubatan atau amnya sains kesihatan di Mesir yang telah menghabiskan bertahun-tahun berkelana di bumi Mesir tetapi tidak beroleh mutiara tersebut, bahkan tidak langsung terlihat kelibat bayang-bayangnya sekalipun.

Berapa banyak masa telah dibazirkan dengan perkara-perkara yang boleh dilakukan di mana-mana tempat sekalipun, selain Mesir, dan pada bila-bila masa sahaja, selain tempoh 6 tahun setengah di sini.

Ada juga yang datang ke Mesir, cukup baik, dengan semangat berkobar-kobar, dengan cita-cita tinggi lagi idealistik, ingin menjadi "sebegini" dan "sebegitu", namun akhirnya tersungkur menjadi orang kebanyakan. Mungkin kerana tidak tahu jalannya bagaimana, ataupun mungkin kerana cita-cita itu terlalu idealistik, hanya mampu dicapai di alam fantasi?

Dan kita berbicara tentang ribuan orang, bukan satu dua!


*******

Sekarang, terdapat seramai 7,000 lebih penuntut Malaysia jurusan sains kesihatan di bumi Mesir. Kita berbicara tentang 7,000 orang pemuda beserta semangatnya.

Kita berbicara tentang 7,000 orang pemuda harapan bangsa dengan potensi, bakat dan intelektualnya yang maksimum.

Kita berbicara tentang tempoh masa 6 tahun setengah bagi setiap 7,000 orang pemuda itu, yang dihabiskan di Mesir, jauh dari tanah air.

Kita berbicara tentang ratusan ribu ringgit yang digadaikan untuk setiap 7,000 orang pemuda itu tadi, setiap tahun selama 6 tahun setengah!


Kirakan, betapa besarnya pelaburan yang telah diletakkan ke atas batu jemala kepala kita. Kirakan, betapa besarnya pembaziran yang bakal berlaku, jika potensi, semangat, umur usia muda, masa, wang ringgit, tenaga dan titik peluh sebanyak itu dihabiskan begitu sahaja, tanpa panduan yang benar dan realistik!

Kita mungkin telah berdosa kepada Ummat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya.


*******
Maka saya rasa terpanggil untuk menulis segala apa yang saya rasa, segala apa yang saya peroleh, sepanjang berkelana di bumi Mesir ini. Juga bagaimanakah rupanya 'mutiara' yang digembar-gemburkan selama ini, pada pandangan saya. Begitu juga segala apa yang sempat saya dapatkan, sempat saya kutip, dan segala yang saya keciciran.

Moga-moga dapat saya pastikan, 6 tahun setengah di Mesir buat penuntut perubatan dan bidang lainnya, adalah waktu yang berbaloi dalam hidupnya.

Jika saya tidak berjaya mendapatkannya, janganlah generasi selepas saya turut terlepas dari menggenggamnya. Ini hanyalah catatan pengalaman saya sebagai seorang hamba Allah yang ditakdirkan datang ke Mesir sedikit awal berbanding yang lainnya. Ingatlah, saya juga dahulu bergelar 'adik-adik'.

Mungkin sahaja, orang yang terkemudian lebih hebat dan lebih 'afdhal' dari orang terdahulu, dengan syarat, orang terdahulu menyampaikan pesan dan orang terkemudian merendah diri belajar dari kesilapan dan pengalaman orang terdahulu.

Bak kata pepatah 'ulama',

"Orang terdahulu beroleh fadhilat pengasasan (تأسيس) dan orang terkemudian beroleh fadhilat penyempurnaan (تكميل)"



Namun, sebelum saya mencoret catatan, suka saya lihat, pandangan para pembaca terhadap soalan,

"Apakah 'mutiara' di sebalik pasir yang dimaksudkan itu?"


Saya amat mengharapkan jawapan anda semua di ruangan komen di bawah.


Sekian sahaja, Allahu A'lam. Jazakumullah kheiral jaza' kerana sudi membaca dan menyumbang pandangan.

Walhamdulillahi arabbil 'alameen..

#antara pandangan pembaca blog :

from NUR ;

 pandangan saya,

1- Mesir xkan hidup tanpa al-azhar, nil dan makam2 para ilmuan terdahulu.
2- Mesir ramai ulama tetapi bagi student cairo u, jalan untuk menadah ilmu2 mereka sangat sukar. Kedudukan geografi yang agak jauh, sistem exam yang ketat, dsb.
3- Ana lihat, penguasaan bahasa arab dalam kalangan ahli perubatan sendiri agak lemah dan lambat sedangkan jika perubatan mampu cipta satu mekanisma untuk membolehkan ahli2nya mahir sehingga mampu membaca kitab pada tahun tiga selewat2nya, sangat banyak manfaat junior2 bakal peroleh.

p/s : kalau dapat buat prog/perjumpaan/sharing moment setiap bulan/minggu antara tahun 1 dan tahun 6/6 akhir, tentu junior2 dapat temui jalan2 ke arah mencapai mutiara tersebut. wallahua'lam.

 ********************************************************

QUITE INTERESTING FOR THIS ENTRY..

menyedarkan aku untuk meluruskan niat di jalan-Mu..dan melakukan persediaan fizikal dan mental sebelum kaki menjejak bumi sang anbiya'. alhamdulillah wa insya-ALLAH..

Terima kasih wahai ALLAH! <3

Monday, 11 February 2013

syukron awi2 sahabatku fillah ^_^

ALHAMDULILLAH.

"Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
(Surah Ar-Rahman)

Sungguh, aku amat terharu wahai sahabatku fillah (:

Tidak kusangka begitu sekali tanggapan/pandangan mereka di sekelilingku terhadapku yang hina lagi jahil ini.

>KLIK SINI< tentangku yang diceritakan oleh sahabatku fillah yg solehah (insya-ALLAH) =)

Namun, ku hargai segalanya.

Terima kasih atas doa2 kalian wahai sahabat2 yang mengenali diri ini.

Kuserahkan pada ALLAH untuk membalas jasa baik kalian..

insya-ALLAH.

P/S : mahu pulang kembali ke KMNS. doakan kejayaanku wahai sahabat! insya-ALLAH, allahumma amiin!

BISMILLAH!

Wednesday, 7 November 2012

DR. Muslimah Mukminah Mujahidah-TO-BE ! insya-ALLAH ^_^

1. 

"BEING A DOCTOR is not just treating the patient himself, it is about him, his spouse, family, friends and all about his life. Treat them as a whole, they need ur 'ears' rather than ur 'eyes'. So please lend ur 'heart' there..."

"BEING A DOCTOR for ummah is not just about medical field, but how are you going to serve for rahmatan lil 'alamin..."

SO, NEVER GIVE UP!! BE A STRONG GIRL !! TRY UR BEST NO MATTER WHAT AND FORGET THE REST!
If you wanna become a doctor we have to learn to treat the patient as well as the disease. That's why we have to dive into people, wade into the sea of humanity." (Robin Williams in Patch Adams)
 SUBHANALLAH..
 NOTE : moga ada rezekiku dalam bidang kedoktoran.. insya-ALLAH.. aarrgghh.. rasa cam tak sabar nak fly~ T_T

How to become a good and successful medical student

H(COPIED from PROF. DR. MUHAYA)

HHave I made the correct decision?
  
¨ Yes, you have. Being in the medical field, is one of the best field to give service to mankind. The person most loved by god is the person most beneficial. Being in the medical field, we are always useful in whatever situation. A doctor does not need an office, an organization to serve. A doctor is useful anytime, anywhere and to anybody. If you are one person whose life purpose is to serve others, then you have definitely made the correct decision. 

2. Can I be a doctor one day?

¨ Sure you can! It all depends on your intention. A good intention will give good results. If your intention is to serve others, then you have all the power of god almighty, to achieve your ambitions. Whenever we do something with the intention to serve rather than thinking of what’s in it for us, you can be sure that god’s help and blessing will be with you all along. Once God’s help is with you, you will attract people, circumstances and situations that will help you to become a doctor. This may come in the form of doing well in your exams, getting the scholarship and the place in the university as well as passing all exams easily. It will cost you to have inspired actions, which will results in phenomenal success in whatever you do. Have full faith that with God, everything is possible. 

3. What are the important traits to become a doctor?

                 ¨ The most important thinking is a very positive mental attitude. One of the most important assets is that they must have a lot of compassion where a doctor has to put others before himself and always wanting things for others more than himself. 


Falsafah Cinta PROFESOR DR MUHAYA 

 (yang ni saya copy daripada hamba ALLAH punya blog )

 Saya dan famili menghadiri majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya - pakar mata ternama, dan seorang motivator yang hebat. Biasa menontonnya di kava tv, kami menjadi amat teruja apabila turut dijemput menyertai majlis itu. Ceramah (dan diskusi) yang berkisar kepada soal jihad malam itu dikendalikan oleh Ustaz Fawwaz (pensyarah sebuah kolej universiti). Menarik sekali kupasannya yang menyentuh pelbagai aspek jihad yang dituntut dalam Islam.

Yang sangat menarik, kenyataan ustaz mudanya itu, yang kira-kira begini: Orientalis melabelkan Muhammad SAW seorang yang sukakan perang. Sebaliknya, dalam banyak peperangan yang dikepalainya, Baginda hanya sekali saja membunuh musuhnya!

Sumpah, sebelum ini saya tidak pernah membaca atau mendengar kenyataan sebegitu!

Iktibarnya: usia bukan penentu ‘tahu kita’ akan sesuatu perkara. Dan yang penting lagi, jika ingin menuntut ilmu, carilah guru yang memang mendalam ilmunya mengenai sesuatu perkara.

Sasterawan Negara Usman Awang pernah bermadah: ‘berburu ke padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi!’

Ketika ceramah tamat, dan suasana sudah santai (waktu makan-minum), saya ambil kesempatan berbual dengan Profesor Muhaya. Saya timbulkan musykil tentang Cinta Remaja.

Pakar mata yang baru saja pulang dari menunaikan umrah tapi kelihatan energatik sekali ini, menghuraikan kira-kira begini:

“Kualiti Hidup bersamaan dengan Kualiti Emosi. Kualiti Emosi pula bersamaan dengan Fokus. Cinta tentulah berkaitan dengan Emosi. Maka Kualiti Cinta itu mestilah bertimbal-balik pula dengan Fokus kita. Jika silap Fokus, cinta akan membawa bencana. Jika betul fokusnya, cinta membawa bahagia. Dalam bercinta, mesti tentukan Fokus kita. Apakah mahu mencari redha Allah? atau hanya mahu mendapat pujian-pujian (penghargaan) daripada manusia?”

Sambil menjeling sekilas dan muncung ke arah Doktor Azmi (suaminya) yang melayani tetamu yang masih berbaki, pakar mata ini sempat berseloroh. “Itulah boyfriend saya yang pertama dan terakhir. Cinta pandang pertama. Sekali lihat, luruh jantung saya dibuatnya!”


Wow, masih semarak Merah Cinta sang profesor!

Saya menunggu lagi. Tidak menghampakan. Profesor Muhaya menambah.

“Saya melahirkan anak sulung ketika di tahun akhir. Mentelaah pelajaran, kadang-kadang ketika anak dalam pangkuan. Bergilir bahu mendodoinya. Buku di sebelah kanan, anak di sebelah kiri! Menguruskan pelajaran, tidak mudah bagi siswa yang berkahwin. Syukur, saya tidak hilang Fokus. Saya yakin, cinta saya hidup di atas landasan yang betul dan di redhai-Nya. Saya berjaya dan bahagia kerana cinta yang saya berikan kepada suami, anak, pelajaran, dan agama FOKUS kepada-Nya jua!”


Inilah falsafah cinta seorang profesor!

Thursday, 24 May 2012

Cara Pembelajaran Secara Efisyen Bidang Perubatan


Pelajar-pelajar perubatan begitu sinonim dengan kekuatan mereka untuk menghafal fakta-fakta. Merekalah “ulat buku”, mengepit buku-buku tebal ke sana ke mari. Apabila berborak dengan mereka, keluarlah jargon perubatan yang sukar untuk difahami oleh pelajar jurusan lain. Namun hakikanya, “indah khabar dari rupa”. Setelah hampir 8 bulan di Hospital Western, Melbourne, pembelajaran secara hafalan tidak lagi membantu. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pesakit sebenar, yang mempunyai penyakit sebenar dan lengkap dengan cerita yang sebenar. Apa yang di pelajari selama 3 tahun lepas sewaktu tahun praklinikal bagaikan jigsaw puzzles di fikiran. Pelbagai-bagai ragam pesakit, penyakit, simptom, ubat yang cuba untuk di fahami. Apabila doktor pakar bertanya, baru la sibuk membelek buku “hikmat”, OXFORD HANDBOOK CLINICAL MEDICINE. Kadang-kadang hanya mampu mengatakan will get back to you later atau lebih menyedihkan diam seribu bahasa mengharapkan rakan di sebelah menjawab. Situasi yang sama berlaku tatkala setiap kali mula disiplin yang baru.

Mengimbas kembali 8 tahun yang lalu, sewaktu temuduga permohonan biasiswa ke luar negara. Salah seorang dari panel bertanya kenapa ingin menjadi seorang doktor? Seperti biasa, “ingin membantu masyarakat” atau “minat”. Tidak dinafikan minatlah yang membawa kaki ku melangkah ke sini. Tetapi kini, jika berpaksikan jawapan itu semata, sudah pasti setiap hari balik dari hospital dengan keletihan kerana jarak ke hospital sejam dari rumah melalui beberapa kali pertukaran kenderaan awam, kehampaan apabila tidak dapat menjawab soalan-soalan doktor, bebanan untuk menambah tajuk dalam senarai bacaan dan penyesalan apabila ada masa yang terluang diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Jika inilah hari-hari yang dilalui, 6 tahun belum tentu cukup untuk menjadikan pelajar perubatan itu seorang doktor.

Empat tahun setengah yang berlalu banyak mengajar.

Seorang pelajar perubatan harus mampu befikir di luar kotak, bijak mengambil peluang, dan menggunakan masa terluang sebaiknya.

Berfikir di luar kotak adalah apabila menggunakan setiap pesakit yang di temuduga sebagai bahan pengajaran. Seperti mana kata-kata William Osler, (pakar perubatan), To study disease without books is to sail an uncharted sea, while to study books without patients is to not to go to sea at all. Jika pada saat ini, anda hanya membelek 100 macam buku perubatan di rumah dan cuba menghafalnya, anda belum cukup layak untuk merawat pesakit, sekalipun lulus peperiksaan. Cuba disiplinkan waktu dan temuduga seramai-ramai pesakit dengan pelbagai penyakit. Dijadikan Allah manusia itu unik. Ia akan mengingati 60% perkara yang dilihatnya dan dialami berbanding dengan perkara yang di baca atau didengari. Belum tentu kita dapat merasai hakikat peperangan Badar dalam bulan Ramadhan sekalipun anda melihat animasi atau lakonan. Setelah temuduga, lakukan pembacaan tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit dan tulis semula dalam bentuk ringkas dalam sebuah buku nota, termasuk segala simptom dan rawatan yang pesakit. Dengan itu, anda bukan sahaja dapat berfikir secara luar “buku” malah boleh mengaitkan dengan pesakit yang ditemuduga.

Kehidupan pelajar perubatan di hospital pada tahun klinikal tidak seperti yang disangka. Kita bukan orang yang merawat pesakit, dan bukan juga yang melakukan pembedahan mahupun yang menulis kertas kerja pesakit. Oleh itu, kita perlu bijak mengambil peluang setiap kali ia datang. Sementara menunggu tutorial seterusnya, cari pesakit untuk ditemuduga atau pergi ke wad untuk melakukan prosedur mudah seperti masukkan cannula dan ambil darah pesakit. Ketika di klinik pesakit luar, seringkali yang berlaku di kalangan pelajar melayu ialah pelajar lebih suka untuk duduk bersama doktor yang kurang bertanyakan soalan. Satu kerugian yang besar kerana soalan-soalan yang ditanya itu adalah untuk memandu dalam pembacaan. Belajar menjadi seorang yang teliti dalam pemerhatian. Dari situ, anda akan lihat suatu corak bagi setiap pesakit yang dirawat. Sebagai contoh lelaki berumur 60 tahun ke atas, cirit birit, sakit di bahagian perut dan kehilangan berat badan secara mendadak dalam suatu tempoh masa adalah penyakit Crohn sehingga diputuskan sebaliknya dengan pemeriksaan lanjut. Pada peringkat ini juga, pelajar ditaklifkan untuk belajar secara self-directed learning. Oleh itu, pelajar perlu rajin ke dewan pembedahan untuk melihat dan belajar bagaimana sesuatu pembedahan dilakukan. 60% perkara yang diingati adalah yang dialami dan dilihat sendiri.

Peruntukan masa dari 8 pagi ke 5 petang, Isnin hingga Jumaat di hospital adalah hak masa yang dipertangunggjawabkan kepada pelajar perubatan. Jika anda di rumah lantaran tiada kelas sekalipun, masa itu perlu dipenuhi dengan pembelajaran perubatan. Seorang pelajar senior pernah memesan, kita perlu pandai mencuri masa. Maksudnya, 5 minit sewaktu menunggu bas dipenuhi dengan mengimbas topik rawatan pesakit anemia atau borak-borak kosong dengan pelajar lain digantikan dengan perbincangan pelajaran yang tidak difahami. Lebih cantik lagi, jika boleh membawa sebuah buku nota kecil sepanjang di hospital. Setiap kali ada perkara yang tidak difahami, tuliskan persoalan itu dan buat pembacaan pada malam itu juga, sekali gus mengisi waktu malam anda.

Sebagai tambahan, sifat ingin tahu sangat diperlukan bukan sahaja pada peringkat tahun klinikal malah ketika sudah bekerja sebagai doktor. Perasaan ini akan mengekalkan tahap pembelajaraan dan stamina sekalipun 5 bulan sebelum tarikh peperiksaan. Setiap soalan doktor pakar yang tidak terjawab, hendaklah cuba dicari jawapannya.


Akhir sekali, apa yang paling penting adalah kefahaman dan pengetahuan itu adalah dari Allah sekalipun anda belajar 20 jam tanpa tidur. Setiap kaki yang melangkah keluar dari rumah, setiap bait yang dibaca dan dihafal dalam buku perubatan adalah diniatkan kerana keredhaan Allah. Seringkali waktu solat terabai lantaran kesibukkan di hospital tetapi malangnya ramai yang tidak menyedari solat itu yang memegang kunci kejayaan anda. Betapa banyaknya baris-baris yang dibaca dari buku perubatan begitulah juga banyaknya baris-baris yang di baca dari Kalam Allah, al-quran.

“Bukan senang nak senang,………..tapi susah itu membolehkan kita senang di kemudian”

p/s : copied from Biro Kebajikan dan Akademik ISMA =)

DR. HAMIZAH, COME ON, COME ON! WAKE UP PLEASE! BISMILLAH!


CAN I GET 4 FLAT IN ALL EXAMS/SEM AT KMNS? YES, OF COZ ! BECAUSE NOTHING IS IMPOSSIBLE, AM I RIGHT? ILLA BI IZNILLAH~ ^_^

chaiiyyokkk chaaiiyyokkk..  GO GO GO HAMIZAH! DR. HAMIZAH seorang yang down ke? ohh no ! tak kaann.. tapi DR. HAMIZAH SEORANG YANG HEBAT, CEMERLANG, GENIOUS, BIJAK, PANDAI, MUMTAZ, SOLEHAH, kan? insya-ALLAH, aamiin!

Doakan saya yee sahabat sekalian.. agar saya tabah, sabar, kental, kuat & sentiasa berfikiran positif di mana jua saya berada, tidak kira tempat & masa.. insya-ALLAH~

Friday, 11 May 2012

ANTARA DOKTOR DAN USTAZAH : MANA PILIHAN HATI?



Situasi 1 :

Tidak sedikit pelajar perubatan malah doktor sendiri yang dinamik dalam fikrah dan gerak kerjanya. Mereka berupaya untuk menjadi begitu apabila mereka keluar dari sekadar memperhambakan diri kepada silibus dan profesyen masing-masing.

Mereka tidak hanya membaca buku teks perubatan untuk profesyen dan buku teks as-syahid Imam Hassan al-Banna dan Mustafa Masyhur untuk dakwahnya, sebaliknya mereka meluaskan bacaan dan kefahaman dengan mengambil buku-buku Current Affairs, Political Science, Falsafah, Sejarah dan menganggap semua itu sebagai sebahagian dari keperluan Tarbiyyah dan BEKALAN UNTUK MEMENANGKAN ISLAM.


Situasi 2 :

Tidak sedikit pelajar Syariah dan ustaz ustazah yang dinamik, tetapi mereka menjadi dinamik hanya selepas mereka berjaya memecahkan tembok sangkaan bahawa “ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”.

Mungkin setengah mati mahu keluar dari tembok itu.

Sesungguhnya jalan untuk memenangkan Islam itu tidak semudah yang disangka
Sejauh mana kita semua bersedia KE ARAH MEMENANGKAN ISLAM?



ANTARA DOKTOR DAN USTAZAH : MANA PILIHAN HATI?

Perjuangan menegakkan islam tidak kenal erti nama dan pangkat.Tidak kisahlah siapa kita, golongan ulamak mahupun golongan profesional, Allah tidak menilai setinggi mana ilmu yang kita ada, bahkan Allah hanya melihat setinggi mana nilai ketaqwaan dalam diri kita.
"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)". -al Baqarah : ayat 197

Insan bertaqwa diibaratkan seorang tentera yang lengkap bersenjata menuju ke medan perang untuk menegakkan syiar di bumi Allah. Kempen "mari bertaqwa" adalah agenda dan tunjang utama untuk memenangkan Islam.

p/s : harapanku agar suatu hari nanti, diri ini menjadi DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN or SPECIALIST ObGyn dan dalam masa yang sama, mampu menjadi ustazah.. insya-ALLAH, aamiin!

Monday, 7 May 2012

Peluang menuju cita-citaku, TO BE A SPECIALIST! insya-ALLAH..


congrats for those who got UPU ! ^_^ <3

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR!

Setelah sekian lama istikhoroh..

Setelah sekian lama menanti jawapan istikhoroh dengan penuh kesabaran..


Akhirnya..

Dia beri aku jawapan..


Jawapan yang terbaik buat diriku, kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabatku.. dan yang paling penting.. buat AGAMAku, ISLAM!

Kini..

Hilanglah segala kekusutan..

Segala kebuntuan..

Segala kerunsingan..





Aku kini tidak lagi seperti sahabatku yang lain..

Yang masih berada dalam kekusutan, kebuntuan, dan kerunsingan..

Moga ALLAH permudahkan urusanku & juga urusan kalian..


Insya-ALLAH, aamiin!

ALLAH.. there's nothing that i can say.. except..

ALL PRAISES TO YOU! (-^_^-)

Baik sungguh layanan-Mu terhadap hamba-Mu yang sering mengundang kemurkaan-Mu..

Begitu teliti perancangan Engkau..

Aku kagum!

SUNGGUH. =)

Meski terkadang aku merasakan kesedihan atas apa yang Engkau rancang..

Aku mahu yang ini, tapi yang itu Engkau bagi.. 


Aku mahu jalan itu, jalan ini yang Engkau beri..

Namun aku tahu..

Bahawa ENGKAU MAHA MENGETAHUI..

Lantas, aku pasrahkan segalanya pada-Mu.. ^_^

Kerna Engkaulah pencipta roh ini.. Pencipta jasad ini..

Terima kasih ya ALLAH..

Aku tahu..

Apa yang Engkau telah berikan untukku, nilah yang terbaik buatku di sisi-Mu..

Akan kuhargai hadiah-MU..

Sangat-sangat menghargai sebenarnya..

Sebab Dia masih beri aku peluang untuk mencapai cita-cita aku..

TO BE A SPECIALIST ObGyn!

 one day, i will be .....

a MUSLIMAH DOCTOR =)


insya-ALLAH, aamiin! ~
Mistakes ARE to be learnt.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
 ♥♥♥♥♥
Focus on the THING you aim.
Not on YOU.
NOTE :  Maksudnyer fokus kat BENDA yang kita nak buat. Bukan fokus kat DIRI kita adakah kita mampu buat atau tak. Sebab people spend too much time thinking bout that. Seriously >.<''
p/s : kepada yang tak dapat UPU tu, click la e-rayuan.. jangan risau.. ada 2nd intake (: insya-ALLAH.. la tahzan ehh ^^ setiap sesuatu yang berlaku, ALLAH sediakan sekali dengan hikmah yang tersirat.. yang mana manusia sangat susah untuk menjangkanya.. untuk mengungkap rahsia di sebalik apa yang berlaku.. itulah menunjukkan betapa lemahnya kita di sisi Sang Pencipta yang mencipta rasa CINTA! 
Bagaimana pula aku? aku dapat ke? hehe~ hurm.. buat sahabat-sahabat yang tertanya-tanya,  maaf! Aku ini perahsia orangnya.. (: TUNGGU & LIHAT apa yang bakal terjadi selepas ini.. insya-ALLAH.. yang penting, jangan lupa doakan kejaayaan bersama k =) 
# lepas ni, kena pulun habis-habisan.. manfaatkan peluang yang ALLAH bagi..
insya-ALLAH.. selagi denyutan nadi CINTA ini terus berdenyut hingga akhirnya.. wallahua'lam.. (n_n)