ahlan wasahlan..


Monday 11 November 2013

Al-Hubb




Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa dipinta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang di hati
Itu cinta hakiki yang murni
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagianya cintakan Tuhan
Bagai bunga yang mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tak bernoktah

Betapa derita korban percintaan
Bila nafsu menjadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta ALLAH
Jauh terhubung rindu
Dekat terikat padu

 

p/s : sebenarnya aku rindu ):

And ALHAMDULILLAH..Akhirnya.. ALLAH izinkan jua untuk update blog yg hampir 2 bulan dibiarkan berhabuk.. huhu (: tetiba rasa macam nak post pasal CINTA for my first update in USIM. Alhamdulillah ^_^

Ada kesempatan nanti, akan saya update about my daily story in USIM. InsyaALLAH..

And please do pray for me. Esok pagi ada test Tatbiqat Nahwiyyah 1 (nahu 1) kat kuliah.. and it will be my first test for nahu (: insyaALLAH..

Lailah sa'idah Ya Maliziyy!!


******
1.26 a.m.
Yaumus sulasa'.