Alhamdulillah..
akhirnya.. berjaya jugak jejakkan kaki ke dalam blog yg dah berdebu ni.. jejak
je kaki, tengok belakang, nampak bentuk tapak kaki.. tu maknanya blog ni dah
berdebu.. dah lama tak masuk dalam blog ni.. haha..
Oke la.. tak mau
panjang cerita maa.. actually tak tau nak tulis apa.. tapi yang pasti, apa yang
nak diceritakan di sini is about something.. haha
Senanyer nak citer
la kan.. ana baru sampai rumah semalam.. esok insya-ALLAH nak balik hostel
balik.. hurm.. hati bersyukur dan gumbira sebab dapat jugak jejakkan kaki buat
kali yang entah ke berapa walaupun pulang dengan homeworks yg belambak..
Homeworks yg sedang
berada dalam proses untuk disiapkan ;
-BIO TUTORIAL
-2 REPORTS OF PHYSICS
-ASSIGNMENT BIO-
about active transport.. dah siap kena fotostat untuk 1 praktikum. Submit on
next week by wednesday
-EXERCISE CHEMISTRY
-CHEMISTRY TUTORIAL
Lg apa ekk… tu je
kut.. harap-harap sempatlah siap by today..
Dan daann.. nak
bagi tau jugak.. on Monday last week, ana buat experiment bio.. tajuk
experiment tu ; TRANSPORT ACROSS MEMBRANE.. haa.. dalam experiment ni.. one of
the group members have to prick him/her fingers by lancet to get the blood that
we will see the blood under the microscope.. so I’m the volunteer to prick my
fingers.. ahaha.. best weeyyhh w/pun entah berapa kali cucukan pada setiap
jari.. sampai nampak lebam2 weyh.. just imagine.. we have 6 test tubes.. and we
have to add 2 drops of blood into each test tube.. apa kes.. ouch.. inikah
namanya dermawan? haha.. actually nak masukkan gambar.. tapi USB takde la
pulok..huhu..
Gelabah je budak
ni.. hee.. tapi nak share 1 ilmu la kan.. kalau korunk nak tau sama ada darah
korunk ada banyak toksik or tak, cuba korunk try cucuk korunk punya jari.. then
tengok darah tu.. kalau darah korunk agak pekat, means more to solid, maknanya
banyak toksik la tu.. so.. cuba-cubalah cairkan darah anda yee.. haha..
Ok la.. sampai situ
je kut.. tapi best la kan.. tiap-tiap minggu ada buat experiment bio, physics n
chemistry.. subhanallah.. terlampau luas ilmu ALLAH ni.. INFINITY..
Even masa mula-mula
start belajar, ada la jugak rasa menyesal sambung dalam bidang sains.. rasa tak
mampu.. konon la kan.. tapi alhamdulillah.. hari ke hari ALLAH singkapkan
hikmah kenapa aku ‘dicampakkan di sini’.. tipsnya, NIAT BELAJAR KERANA ALLAH..
JAGA HAK ALLAH DAN KALAU BOLEH LAPANGKAN HIDUP SESEORANG, means Bantu sahabat-sahabat
kita even time tu kita busy.. insya-ALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita, jaga
hak kita dan lapangkan urusan kita..subhanallah.. baiknya ALLAH.. banyak benda
yang ana belajar.. alhamdulillah..
ALLAH berpesan
dalam ayat cinta-Nya.. kalau kita nak ALLAH pandang kita dengan pandangan yang
mulia, kita kenalah jadi lain daripada yang lain.. means, jadi hamba-Nya yang
beriman lagi bertaqwa..
Nak cerita la kan..
kat hostel ana tu, kerap sangat berlaku histeria.. even blok ana setakat ni
baru ada 1 kes.. punca ; STRESS, GELAK SAMPAI TAHAP ‘MENGILAI’ pada malam yang
masih ‘muda’, lemah dalaman, yakni ROHANI..
Persoalannya..
kenapa STRESS? OK, actually STRESS boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian..
STRESS POSITIVE, STRESS NEGATIVE.. Stress positive ni bagus.. contohnya, kita
stress sebab tengok kawan kita dapat full marks. So, apart from that.. we try
to work more harder and smarder (perosak bahasa betul.. haha) untuk dapatkan
full marks.. tapi untuk STRESS NEGATIVE, banyak impilikasi buruknya.. dan
banyak jugak faktornya.. salah satu faktornya ialah stress belajar.. banyak
kerja tak siap.. itu ini dsb..
Hadith pertama
dalam hadith 40, yang menceritakan tentang niat.. belajar tergolong dalam
STRESS NEGATIVE ke.. the answer is, just depends on our NIAT.. niat belajar
kerana ALLAH.. itu sepatutnya.. bukan belajar kerana nak dapat 4 flat
semata-mata.. kalau memang itulah niatnya, memang la stress..
Jadi, oleh kerana
ana nak jadi lain daripada yang lain sepertimana firman ALLAH dalam surat
cinta-Nya, I have to change my learning skills.. belajar bio contohnya.. makk
aaiihh.. nak ingat all the facts is not easier actually.. BUT, cuba ubah..
ingat all the facts means kita sedang mengenal makhluk ALLAH.. kenapa ALLAH
cipta ‘makhluk’ tu.. apa tugas yang ALLAH bagi pada ‘makluk’ tu.. contoh ‘makhluk’
tu ialah neuron cell.. katakan lahh kan.. so, stress ke lau kita belajar macam
tu.. rasanya kalau stress pun, takde la sampai hysteria.. just kaitkan apa yang
kita belajar tu dengan iman kita..
Belajar chemistry
contohnya.. belajar tentang atom.. dalam atom ada proton dan nucleus.. atom itu
pula dikelilingi oleh electron.. kaitkan dengan kejadian alam ciptaan ALLAH..
atom itu seolah-olah matahari.. dan electron pula seperti bumi atau planet2
yang lain.. electron mengelilingi atom seperti bumi mengelilingi matahari..
subhanallah.. BIDANG SAINS.. kan nampak kekuasaan dan kebesaran ALLAH tu..
SUBHANALLAH..
Belum lagi masuk
physics.. subhanallah.. tak tau la nak cakap camne.. tak boleh nak describe
betapa LUASNYA ILMU ALLAH.. terasa hinanya diri..diri yang merupakan seorang
manusia.. dan Dia juga sudah rakamkan dalam surat cinta-nya, bahawa manusia
adalah sebaik-baik ciptaan..
Oke la.. sampai
sini je kut.. banyak benda nak cerita sebenanrnya.. nak cerita pengalaman dll..
waa.. tak sabar nak tunggu cuti raya nanti.. before raya, ada UPS- Ujian
prestasi Semester 1.. means, ana akan exam time puasa nanti.. means lagi, just
about 3 weeks from now.. doakanlah ana berjaya dengan cemerlang n get the
highest mark.. dalam bulan 10 plak PSPM- Peperiksaan Akhir Semester 1.. MUET
pun bulan 10 weyh.. doakan.. tolong doakan ehh.. insya-ALLAH..
Mood ;
1 - isnin ni ada
bio amali.. buat experiment plant histology and animal histology.. tak sabar
nak tengok ‘makhluk’ ALLAH weeyyyhh.. hik3..
2 – on Saturday next
week ada kelas ganti untuk cuti hari raya.. so, tak balik rumah.. tapi yang
bestnya.. minggu lagi 1 boleh balik.. kebetulan sabtu tu hari first puasa..
jumaat gerak from hostel.. waahh.. tak sabarnya nak puasa bersama-sama dengan
keluarga yang dicintai kerana ALLAH.. hehe.. insya-ALLAH..
3 – seminggu kemudian,
UPS.. ok.. nerve cells tetiba jadi krrreeettt krrroottt.. haha..
K lah, sampai sini
sahaja coretan dari Hamizah a.k.a. MEEJAH ( Jangan lupa beli mee jenama JAH)
a.k.a. mijah.. KEELLAASSS KAU JAAHH.. haha.. nak siapkan kerja weyyh.. solat dhuha
pun belum lagi ni..
ma’assalamah..
READY TO MOVE..
BISMILLAH..
Antara Ibrah USRAH MB Surah Nuh :- pimpinan wajib ada prinsip seperti
Nabi, dalam berdakwah yang panjang bagai Nabi Nuh 950 tahun berdakwah
perlu ada istiqamah dengan pelbagai uslub dan mesti mempunyai pandangan
siasah yang jauh, matang lagi berkarisma politik.
FASTAQIM KAMAA
UMIRTA..