Bismillah.
sahabat-sahabat2,
alhamdulillah. hampir 19 tahun sudah kita hidup di dunia ni. dalam
tempoh ini juga kita terdidik dgn pelbagai peristiwa.Alhamdulillah,Allah
telah mengaturkan sebaik-baik perjalanan buat saya sepanjang tempoh
ini.
"..hamizah...kehidupan yang lalu hanyalah ujian dan pengalaman hidup,semua tu bukan segala2nya dalam hidup.."
"..hamizah... carilah hikmah di sebalik baik budi pekerti,kemuliaan akhlak
itu adalah permata yang di cari,bukan sanjungan,bukan pujian manusia.."
"..hamizah... dunia hari ini bukan dunia mudah,dan senang untuk terus
bergerak dan berjalan.. dunia hari ini kehilangan barakahnya.."
"..hamizah... sudah 19 tahun masa telah berlalu,ukur dan hisab amalmu.. maut bila2 masa bisa menjemput..."
"..hamizah... dalam enak nikmat ,berapa banyak usaha engkau laburkan untuk
meng-upgrade diri menjadi hamba-Nya yang bersyukur..syukur itu bukan
pada lafaz alhamdulillah semata,gunakanlah pancaindera,akal,tenaga,masa
dan wangmu itu di jalan yang bermanfaat...bukan jalan2 yang
sia-sia.jalan yang hanya untuk kepuasan nafsumu semata.."
"..hamizah... hidayah dan petunjuk Allah itu bukan milik kita,tapi milik
Dia,pantas kita merasa senanag dgn title kita sebagai muslim ?? ayuh
berubahlah menjadi mukmin sejati,kehidupan dunia ini menuntut sebuah
perjuangan,perjuangan menegakkan agama Allah,yang bermula dengan
perjuangan dalam mengislah diri menjadi hamba-hambaNya yang bukan
sekadar muslim,tapi berusaha menajadi mukmin yang terbaik di sisi
Allah.."
"..hamizah.. lahirmu di dunia,engkau kenal cinta. Cinta ummi dan ayah.
kemudian engkau mengenal cinta manusia yang sementara dan penuh noda.
kemudian sedari lewat usia remajamu,baru engkau mengenal cinta Rasul dan
cinta Allah.Ayuh!ayuh..belum terlambat lagi.. tegakkan azam,berlarilah
dalam jalan yang selesa.. hakikatnya hidup ini adalah mengenal Rabbul
Izzati.. Pemilik segala ciptaan,termasuklah dirimu yang hina.."
"..hamizah..jangan leka dalam cinta manusia,persiapkan diri untuk
kehidupan di sana, ikhlaskan dalam memberi manfaat,maksimumkan peluang
untuk mengisi diri buat bekalan untuk memberi.. masa semakin suntuk dan
singkat.."
"..hamizah,seharian dalam hidup kita tidak pernah terlepas dalam kancah
dosa dan maksiat, khafi atau jali.. perbanyakkan istighfar,dan
perbanyakkanlah ingatan kamu kepada Rasulullah melebihi ingatan kamu
selain dari baginda..perbanyakkan selawat.."
"..hamizah..tak mustahil kita antara golongan umat akhir zaman yang bakal
hidup di zaman dajjal laknatullah..nauzubillah... persiapan diri agar
keluarga yang bakal kamu nakhodakan belayar dalam arus yang diredhai
Allah.. permulaan kebangkitan umat,bermula dengan perjuangan kita
menegakkan Islam di dalam diri kita..moga2 kamu mendapat keluarga yang
bahagia buat diri kamu dan ahli keluargamu menyemai benih2 pahala buat
bekalan untuk kehidupan di akhirat sana.."
"..hamizah,hargailah masa,penuhi masa dengan budaya ilmu,mencari hikmah
... buangkan rasa malas,putus asa,mohonlah kepada Tuhanmu,Pemilik segala
ilmu..tuntutlah ilmu sampai mati.. itulah hakikat seorang penuntut
ilmu..kita mencari dan menuntut sehingga ke liang lahat..."
"..hamizah,jangan engkau tinggalkan al quran kerana al quran ubat hati
yang kotor,pelembut hati yang keras,pendamai rasa keluh dan kesah..
amnah... al quran itu untuk difahami,dihayati,beramallah dengannya
walaupun sedikit,dan berusahalah untuk memahami dan beramal dengan
keseluruhannya.. kerana dialah teman,dialah ubat.. segala penyakit2
hati...dan penawar segala kekusutan.."
"..hamizah,jangan pernah berhenti berputus asa dengan kebejatan dunia hari
ini sebagaimana Tuhanmu tidak pernah sekali berputus asa
denganmu,teruskan bergerak.. bermujahadah... kejarlah pandangan Allah
bukan pandangan manusia,lakukan amal dengan hati yang ikhlas,carilah
kekhusyukkan dalam solat mu,didiklah nafsumu dnegan perbanyakkan
berpuasa.. dan didik lah diri mencintai Rasulullah dengan perbanyakkan
amalan sunnah baginda.."
\
"..hamizah..peliharalah qiammu,tahajjud mu,kerana dengan bangun malam itu
menguatkan hati mu..apabila kuat hatimu,maka nafsumu bukan lagi menjadi
raja.. agar jalan mu lurus menuju Allah..dalam lewat waktu yang mendesak
ini,pilihlah jalan yang lurus untuk menuju redha Allah..."
"..hamizah..carilah keberkatan masa dengan hal2 bermanfaat,hamizah...carilah
keberkatan dalam dunia yang nazak ini..hamizah.. waktu itu makin
tiba,persiapkan diri.. perteguhkan hati,perteguhkan aqidah..semoga kita
dalam golongan yang diampuni dosa2..bukan mereka yang mempunyai hati
tapi tidak menghayati,memiliki mata tapi tidak mahu melihat,memiliki
telinga tetapi tidak mahu mendengar..dan meiliki akal tapi tidak mahu
berfikir..nauzubillah.."
"..hamizah,jadilah daei yang menyebarkan kebahagiaan dan menyeru manusia
kembali menghayati nilai diri sebgai hamba yang kerdil di sisi
Allah..berilah walaupun dari yang sedikit.."
"..hamizah,manusia mana yang sempurna,jangan pernah kesal dengan kelemahan
diri,kelemahan itu ujian buatmu serta manusia yang mengelilingimu..jika
engkau bersyukur dengan nikmat2 tuhanmu yang jauh lebih banyak dari
kelemahan yang engkau miliki,nescaya engkau akan ditambahkan lagi
nikmat2 di sisinya..jangan pula engkau menyendiri,dan membuang diri dek
kelemahan diri..percayalah jika engkau redha dengan kelemahan dan
berusaha untuk memperbaikinya,nescaya,mereka yang disekelilingmu turut
redha dan menerima dirimu seadanya..ingatlah,apa yang kita beri itulah
apa yang kita dapat.."
"..hamizah,jika engkau berkehendakkan kebaikan,carilah di setiap sisi
penjurumu,nescaya pasti engkau akan ketemui..jika engkau berkehendakkan
kemaksiatan,nescaya azabnya yang pedih menantimu meskipun kamu bahagia
di dunia ini.."
"..hamizah,menangislah kerana dosa2 silammu selama ini..dan bertaubatlah
setiap hari..dan menuntut ilmu dengan ikhlas,kerana itu keutamaanmu
sekarang tanpa mengenepikan hak2 masyarakat dan shabat2 kamu..rendahkan
diri serendah mutiara dilautan..kita hambaNya yang hina,lemah....,hidup
kita tiada nilai sedikit pun tanpa kita meletakkan Allah sebagai
matlamat..
hamizaahhh....selamat memperbaiki niat hidup dan matlamat hidupmu di tahun
baru yang seharusnya engkau perbaharui setiap detik,masa dan
ketika...kerana mati itu bisa menjemput engkau bila2 masa tanpa engkau
sedar,sebagaimana engkau tidak sedar,sudah 19 tahun engkau hidup di
dunia akhir zaman ini..dan masa terus berlalu..dan berlalu... tanpa
engkau sedar...hanyut dalam kelekaan,lembik dalam mengislah diri..."
Yang Benar.
hati dan imanmu duhai Hamizah.
22.50 pm
31122012.