ahlan wasahlan..


Showing posts with label HIJRAH. Show all posts
Showing posts with label HIJRAH. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Auratmu dengan siapa?

Alhamdulillah..sampai juga kita pada hari ke-25 Ramadhan =)

Assalamu'alaikum wahai bakal penghuni syurga sekalian.

Apa khabar imanmu?

Moga baik-baik saja. insya-ALLAH ^_^

Memandangkan Encik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Abang Syawal pula bakal muncul tak lama je lagi.. jadinya, nak habaq mai.. sebenarnya hati ni tergerak nak post entry tentang aurat.

Mata ni tak sanggup dah tengok saudara2ku yang kukasihi kerana ALLAH.. bila time raya jaa, situasi ni acapkali berlaku..

Jujur, hati yang karat dengan dosa ni tak sanggu nak tegur kakak2 saudara yang.
Mata ini sanggup melihat mereka dedahkan aurat mereka di hadapan bukan mahram.
ALLAHU..
Tergamaknya aku. )':
Mungkin aku masih lagi jahil lagi dhaif tentang ilmu untuk berdakwah bil hikmah!

AHHH!!

Tapi tak boleh jadikan itu sebagai alasan.
Kelak di hadapan ALLAH, rasa-rasanya ALLAH terima tak alasan aku tu? hurm.
Mustahil!

Hatiku hanya mampu berbisik pada iman..

"ingat sesama saudara takda batas aurat ka? dah tu, dok ikut suka hati depa jaa nak salam ngan sapa pun, termasuklah bersalaman dengan ajnabi (halal untuk dikahwini)..aishh.. takkan depa tak tahu kut?"

Macam-macam persoalan juga timbul daripada sahabat-sahabat dan saudara-mara.

"Abes tu, kalau orang tu dah hulurkan tangan untuk salam..takkan kita tak sambut? macam menghina plak. nanti orang kata apa plak.."

wahwahwah!!

Ceq nak habaq mai. Mana lagi utama, pandangan ALLAH kaa, pandangan manusia..?

Kata otak ang kreatif. Gunalah taktik untuk elak dpd bersalaman dgn bukan mahram..

Contohnya, once bila hang nampak bukan mahram/ajnabi hang hulurkan tangan, pa lagi.. cepat2 lah toleh ke tempat lain. Buat-buat tak nampak. KONONNYA. -,-''

Ohh choopp!!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

So nak share sikit ilmu bahasa arab (:

Ramai masyarakat yang salah tafsir antara perkataan mahram dengan muhrim..

MAHRAM = orang yang HARAM untuk kita nikahi.
BUKAN MAHRAM = halal untuk dinikahi = haram untuk sentuh-menyentuh, memperlihatkan aurat kita selagi tak nikah dengannya.

MUHRIM = orang yang berihram.

Buat ikhwan dan akhowat fillah , di sini ana 'kepilkan' sekali gambar yang berkaitan.

Have a look please!

Hamba ALLAH ini nak masuk syurga bersama-sama dengan kalian semua.
Tak sanggup lagi nak lihat mereka mendedahkan aurat sesuka hati.
Buat yang sudah punya suami, aku kasihan pada si suami kerana menanggung dosa aurat si isteri.. (T_T)

Sebab aurat kita,
hanya si dia yg teristimewa sahaja yang layak tatap aurat kita sepenuhnya.
Ya!
si dia Cik Abang sayang kita tu ^_^

Lau tak faham, ada sebarang musykillah(masalah)/persoalan, boleh ajukan pertanyaan.

Sama-sama kongsi ilmu.. insya-ALLAH ^_^



Untuk ikhwan (:


Untuk akhowat (:
 Harap-harap lepas ni, dah takde salah faham tentang bab menutup aurat ni.

Moga Ramadhan kali ni, ALLAH terima amalan kita.

Dan moga Syawal kali ini, adalah kemenangan buat kita.

Moga ALLAH redha segalanya.

Insya-ALLAH.

P/s : Cover your AURAH!



Saturday, 18 May 2013

warkah hina dari hamba ALLAH.

ALHAMDULILLAH YA ROBBAL 'ALAMIIN..

Al-yaum(hari ini), yaumus sabtu ( hari sabtu), berkat 8 REJAB 1434 H bersamaan 18 Mei 2013, saksikanlah wahai ummat manusia, ummat Muhammad S.A.W.,



Saya,
HAMIZAH BINTI RAJALI,
an ordinary person that was born as a little caliph on sayyidul ayyam (penghulu segala hari), which is Friday, Jumu'ah mubarokah (insya-ALLAH), on 15 Sya'ban 1415H bersamaan 29.07.1994.

Pendidikan awal,
1999-2000 : Tadika Al-Furqon, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor.

2001-2006 : - Sekolah Rendah Agama Lepai, Seksyen 16 , BBB, Selangor..
                     - Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah, Seksyen 16, BBB, Selangor.
                     - Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 2, BBB, Selangor.

2007-2011 : -  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (Jalan 2) , BBB, Selangor.

2012-2013 : - Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS).

Kini,
Bekerja sebagai guru ganti di sekolah rendah agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah, Seksyen 16, BBB, Selangor. Bekerja sesi petang, mengisi masa lapang sementara menunggu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan di Timur Tengah (insya-ALLAH).. mohon sahabat sekalian doakan kejayaan saya di dunia & di akhirat ea..insya-ALLAH, aamiin!

*kisah hidup saya biasa-biasa saja. tak hebat macam awak (: tapi saya syukur dan redha. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya..
[an-nasihah li nafsi aidhon : "apa gunanya kalau celik mata tapi buta mata hati?" na'udzubillahi minzalik]



WARKAH HINA
[ditujukan khas buat hamba-Nya yang mengenali hamba ALLAH yang hina ini]


Kaum kerabat terdekat,
Saya, anak ke-2 daripada 5 beradik, yang juga merupakan anak perempuan sulung, khas buat ummi & abuya tercinta, terima kasih kerana telah mendidik diri ini tanpa mengenal penat jemu sehingga hari ini.. maafkan kaknyah jika tertinggikan suara pabila bicara, memberikan reaksi raut wajah yang tidak menyenangkan, dan tidak menjadi anak yang baik ): buat abanglongku, maafkan adikmu ini dan buat adik2 perempuanku, maafkan kakakmu ini jika tidak mampu menjadi kakak yang solehah buat kalian. Saudara-maraku sekalian, maafkan diri ini andai saya tak mampu menjadi saudara kalian yang baik. T_T

Para asatizah (mua'llimin wal mu'allimat),
Jasamu guru tidak mampu kubalas. Setiap huruf dan nombor yang kalian ajarkan buat hamba-Nya yang tersangat jahil ini, telah pun memberikan impak yang tersangat besar dalam hidupku sebagai seorang yang menuntut ilmu di bumi ALLAH. Andai saya pernah melukai, menyakiti hati dan perasaan kalian, saya telah merosakkan mood kalian untuk mengajar, saya mohon maaf atas segala kekhilafan saya. Mohon diberkati ilmu yang kalian telah ajarkan serta saya begitu mendambakan doa daripada mereka yang pernah mengajar saya tentang ilmu-ilmu yang bermanfaat, kerna kalian merupakan seorang 'alim bagiku..

Bekas anak murid & anak muridku,
Maafkan ustazah andai pernah memarahi kalian dengan meninggikan suara, menyakiti hati kalian, tidak mengajar kalian dengan sebaik-baiknya, tidak menasihati/menegur kalian dengan cara yang berhikmah, mohon maaf ya.. Ustazah juga manusia biasa. Trasa diri tidak layak untuk dipanggil ustazah kerana saya tiada ilmu yang tinggi untuk melayakkan saya menjadi seorang ustazah yang solehah ): maafkan ustazah wahai mutiara ISLAM sekalian.

Niqobis & muslimat,
Aasifah jiddan 'ala kulli hal.. Saya ini minat photography dan suka mengupload gambar. Sehinggakan mungkin kadang-kadang, saya dikepalai oleh nafsu, saya mengupload gambar-gambar yang mungkin menjadi fitnah buat kalian.. Alhamdulillah.. Berkat 8 rejab 1434H, telah memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya sebagai seorang yang bergelar MUSLIMAH! Terima kasih atas segala nasihat/teguran yang diberikan meski terasa pahit untuk ditelan. Tapi, kalian telah membuktikan bahawa kalian merupakan sahabat yang baik kerana sahabat yang baik itu sentiasa menegur kita ke arah kebaikan. [betulkan saya kalau saya silap =) ] . Andai kalian tahu, saya menganggap teguran kalian adalah merupakan TEGURAN DARI ALLAH.. Astaghfirullah.. ALLAH mahu tegur saya.. Kata isteri Nabi, Sayyidatina Aisyah r.ha ,

"Wanita SOLEHAH itu tidak dipandang dan tidak memandang.."

Sahabat tika di zaman persekolahan,
Maafkan andai diri ini bersenda gurau, berkata kasar, menyakiti hati kalian, termakan & minum hak milik kalian, terambil barang kalian, mempunyai hutang dengan kalian, hamba ALLAH ini minta kalian menghalalkan segalanya. Ku memohon maaf atas nama ALLAH, tika itu saya masih belum matang dan tidak kenal erti sebenar APA ITU ISLAM.

Sahabat(classmates) di KMNS,
Sebenarnya, saya tidak faham dgn diri saya saat saya berada bersama-sama kalian. Ya! Saya akui, saya banyak bergurau senda. Kadangkala saya muhasabah kembali. Ahhh!! "Seringkali aku buat lawak b***h kat budak kelas aku". Kadangkala, terasa seperti ianya keterlaluan.. Maafkan hamba hina ini. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu. meskipun saya tahu akan pesan Baginda S.A.W., \

"Mereka yang banyak ketawa di dunia, kelak merekalah yang banyak menangis di akhirat".

Duhai sahabat sekalian, ketahuilah. Dalam tawa riang saya bersama kalian semua yang dirahmati ALLAH, saya seringkali menangis bersendirian dan bertanyakan iman ; 'kenapalah aku jadi camtu? aku buntu wahai ALLAH. argghh!! annoying bukan sifat sebenar aku!'

To all my non-muslims' friends, i wanna to ask forgiveness for all my wrongdoings, mistakes, bad jokes that maybe for all of you, it was give any bad perspectives about ISLAM.
SESUNGGUHNYA ISLAM ITU TERSANGAT CANTIK & INDAH.. Namun, penganutnyalah yang telah mencemarkan kecantikan & keindahan Islam tersebut. JANGAN SALAHKAN ISLAM, TAPI SALAHKANLAH KAMI, PENGANUT AGAMA ISLAM ITU SENDIRI..

*Maafkan saya sekiranya saya telah menjadi FITNAH BUAT ISLAM )=

(T_T)

Sahabat usrah alumni KMNS & AJK Surau Al-Muttaqeen KMNS serta mad'u ku,
Mohon maaf andai segala amanah yang diberi dalam menyampaikan dakwah, saya tidak laksanakan dengan baik. Mohon maafkan & halalkan segalanya..

Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS),
Maaf andai saat kalian memerlukan bantuan, saya tidak dapat memenuhinya. Kekangan masa dan pengangkutan mungkin. Maafkan saya sekiranya tatkala saya menyumbang keringat, saya tidak menjalankan amanah dengan baik.

Sahabat alam maya (facebook, twitter, blog, dll),
Maafkan kekhilafan hamba ALLAH ini..kerna dia sedang bertatih mencari ilmu-Nya. Maaf andai kalian merasakan bahawa diri ini sombong. Maafkan saya yang kadangkala tidak membalas mesej/pertanyaan kalian..mungkin saya sibuk tika itu..




Saksikanlah wahai dunia! Hari ini aku merasakan seolah2 aku mendapat hidayah ALLAH buat kali ke-2, setelah pertama kalinya aku merasakan ERTI HIDAYAH ketika tahun 2008.

Semuanya bermula apabila aku mendengar nasihat daripada ibu kepada seorang anak muridku kini, setelah program Khemah Ibadah untuk tahap II(darjah 4, 5 & 6) di Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah berakhir petang tadi. Puan Dayang, yang merupakan seorang MUSLIM, convert to Christian, and then convert to ISLAM again. So, she was sharing with us (asatizah) about her experience, pahit & manis that she had go through in her life.

Pengalaman bagaimana dia menegur pelajar sekolah, dia mendekati pelajar-pelajar nakal sewaktu pelajar sekolah sedang rehat di kantin sekolah, dia menasihati anak-anak mutiara ISLAM yang tidak mendengar kata, suka memberontak, panas baran, dan sebagainya.Bahkan, beliau juga menceritakan bahawa beliau pernah melihat dengan mata kepala sendiri yang mana pelajar sekolah menengah sudah berani berzina di dalam semak tanpa ada perasaan secebis malu, yang pelajar lelaki berjudi di tandas awam, trend coupling yang semakin menular di SMK, ponteng sekolah, hisap rokok dsb.

From here, i felt,

'subhanallah.. what has i done towards people around me? what about my ways to advice someone? does my dakwah flow correctly fi sabilillah with good attitude, with full of loving & sharing, with an eternal love to Him?'

T_T

Puan Dayang, she is a caring mom towards children, seorang wanita yang tabah, yang pernah dikejar oleh orang kuat Gereja, dan ditampar serta dipukul. Sangat penyayang orangnya. Setiap bait bicaranya penuh nasihat & hikmah yang sukar dicari.<3

Lantas, sewaktu para guru (asatizah) masing2 sibuk untuk pulang ke rumah, tidak kurang juga Puan Dayang yang semestinya mahu pulang ke rumah, suddenly, saya berlari mengejar Puan Dayang yang hanya berjalan kaki [Puan Dayang datang sekolah sebab mahu melihat anaknya yang mengikuti program khemah ibadah tersebut].  I share about my experience in KMNS. I tell her about my non-muslim's friends and i related about them with Syed Qutb's words,

"Aku pergi ke Barat, aku lihat ISLAM TANPA MUSLIM. Aku pergi ke Timur, aku lihat MUSLIM TANPA ISLAM.."

Then, i tell Puan Dayang that im really wanna to dakwah my non-muslim's friends since im still studying at KMNS. Guess what? She has introduced me with al-ustaz FAISAL ABDURRAHMAN, that still furthering his studies for PhD at UKM. Seorang penulis buku dan ustaz yang sangat-sangat membantu dan menyokong dalam kerja-kerja dakwah, bahkan dengan izin ALLAH, pernah meng-convert-kan non-muslims to ISLAM. Masya-ALLAH, tabarokallah.. she asked me to borrow my phone and make a voice call with ustaz Faisal. Semuanya dalam usaha hanya untuk memudahkan saya untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Insya-Allah. Saya mahu mengorek segala tips2 ustaz dalam berdakwah. Bi iznillah..

Sewaktu pulang ke rumah, around 6.10 p.m. , i cried. I seat beside ummi. I hide my tears from ummi.

Muhasabah diri, bagaimana untuk aku berubah ke arah yang lebih baik?

Dan impak daripada apa yang saya dapat hari ni ialah :

1. Semasa anak2 muridku mahu pulang ke rumah, mereka menemuiku untuk bersalaman. Dan mungkin rasa agak janggal di hadapan para ustaz dan ustazah serta penceramah jemputan yang sedang berbual-bual dengan Puan Dayang di bilik guru, lantas saya meluru ke pintu bilik guru yang juga merupakan pejabat sekolah. tujuan saya adalah untuk menasihati & lebih mendekati anak-anak muridku setelah mendengar nasihat dan coretan hidup Puan Dayang. Ku insaf mendengar kata-kata Puan Dayang. Begitu terkesan dihati. Apa lagi, ilmu yang ada harus dipraktikkan kerana,

"al-'ilm bila 'amalin kash shajaroh minas tsamarin(ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah).."

Mereka menyalamiku. Sempat aku bisikkan, 'jadi anak yang baik ye'..

2. Saya sampai rumah, kelihatan adik bongsu sedang bermain basikal di halaman rumah. Sesudah ummi parking kereta, adik pantas berlari menuju ummi. Membuka pintu kereta. Lantas ummi bertanyakan, 'Adik dah solat Asar?'. Digelengnya kepala menandakan belum. Ummi pantas menyuruh adik menunaikan solat Asar dahulu, kemudian barulah sambung bermain basikal semula. Adikku yang berumur 8 tahun itu endah tak endah dengan nasihat ummi yang menyuruhnya solat. Lantas, saya pergi semula kepadanya, si adik bongsu. saya belai, usap kepalanya.. dan kukatakan, 'Adik, pergi solat asar dulu yee.. haa.. orang pandai kan dia solat.. adikkan pandai..' SUBHANALLAH! PSIKOLOGI USAPAN, BELAIAN, CIUMAN, PELUKAN DAN PUJIAN memberikan aura dan signal yang hebat dan luar biasa dalam minda mereka!
Waktu maghrib pula, saya kejutkan adik kedua terakhir saya untuk bangun dan membersihkan diri (mandi), kerna waktu maghrib hampir tiba. Al-maklumlah..adikku ini baru sahaj pulang daripada kem di sekolahnya. 2 hari 1 malam. Letih agaknya.. Sebab tu lena dibuai mimpi (: pantas, aku mengejutnya sebagaimana Puan Dayang melakukan perbuatan usapan, belaian, pelukan terhadap anak-anak kecil yang mempunyai masalah dengan kegagalan mengawal emosi. Meski berkali-kali saya memanggil nama penuh adik kedua ku itu dengan suara yang lembut, usapan rambutnya, menepuk-nepuk dengan lembut pada badan sambil menggerakkanya bangun daripada tidur, mski jenuh dan terasa bosan kerana membuat perkara yang sama, namun akhirnya!! Reaksi yang begitu positif diberikan adik kedua ku ini, yang berusia 12 tahun.

Ternyata, adik-adik saya lebih mendengar kata, dan menghormati saya serta menyayangi saya hari ini, lebih daripada hari-hari sebelumnya. Jika sebelum ini, saya hanya nasihat mereka tanpa sebarang usapan, belaian dan pelukan, dan hasilnya, seolah-olah nasihat itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. (T_T)

SUBHANALLAH..

AZAM BARU SAYA UNTUK HARI ISNIN INI DAN HARI-HARI YANG MENDATANG..

# Jika sebelum ini, anak muridku hanya menyalami saya, kemudian berlalu begitu sahaja tanpa saya peluk, cium dan membisikkan kata-kata perangsang yang positif di telinga mereka. Nah! Bismillah, dengan izin ALLAH, bermula hari isnin minggu hadapan, mana-mana pelajar yang menjadi anak murid USTAZAH HAMIZAH, mereka akan saya peluk, cium, usap kepala mereka(banat only) dan bisikkan pada mereka kata-kata nasihat. Insya-ALLAH.

# Hari Khamis tempoh hari, saya merampas 2 buah komik anak murid saya, yang mana mereka membacanya sesudah selesai menjawab soalan peperiksaan meskipun masa tamat peperiksaan untuk paper tersebut belum tiba. Berkat hidayah-Nya yang saya rasakan hari ini, terlintas di benak fikiran saya untuk memulangkan buku komik tersebut sebagaimana yang diminta oleh mereka berdua, empunya komik tersebut, iaitu Faisal & Fayyadh [yang kenakalan mereka seringkali membuat hatiku terhibur meskipun kadangkala merekalah yang membuatkan thermometer tahap kesabaran saya meningkat dengan mendadak >.<'' ]. YA! Hari isnin, meskipun saya bertugas pada sesi petang, namun rancangan saya, saya mahu mengikuti ummi [yang bertugas pada sesi pagi & sesi petang] pada pagi isnin. Kerana saya mahu pergi bank yang berdekatan dengan sekolah, dan pergi ke kedai runcit untuk membeli 2 buku GenQ (Generasi Al-Quran) untuk dihadiahkan kepada Faisal & Fayyadh ketika mahu memulangkan komik mereka pada petang isnin nanti.. majalah GenQ kurasakan sesuai untuk dihadiahkan buat mereka berdua, kerna tahun depan mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah pula dan semakin meningkat remaja.. moga-moga anak didikku menjadi PEMUDA GENERASI AL-QURAN.. insya-ALLAH, aamiin!

# kEKADANG anak murid ini sering mengadu tentang anak murid itu.. anak murid sana sering mengadu tentang anak murid sini dan blablabla... tidak sangka bahawa dengan usia semuda itu, mereka sudah mula belajar erti menyimpan dendam, benci-membenci sesam saudara seislam, kutuk-menmgutuk, caci-maki, hina dll.. Jika sebelum ini, saya kurang menjadi teman yang setia untuk anak muridku mengadu masalah, pendapat, bermula hari isnin jugalah, saya mahu buka semua pancaindera saya dengan nama ALLAH, untuk mendengar isi hati mereka, untuk mereka mengadu kasih, sehingga mereka merasakan dan menganggap bahawa saya ini seperti kakak kandung mereka.. adik-adikku, kakakmu yang baharu akan hadir dalam hidupmu...hadir atas dasar ukhwah islamiyyah (tali ikatan persaudaraan). Mereka ini masih setahun jagung, dan di tahap umur mereka inilah, ku rasakan, bahkan kajian sains telah pun membuktikan, bahawa di saat usia mereka yang masih muda ini, mereka umpama span yang menyerap apa sahaja yang diberikan kepada mereka. Yang baik dan yang jahat. Justeru, dengan izin ALLAH yang telah memberiku rasa betapa manisnya hidayah, akan ku manfaatkan peluang ini.. insya-ALLAH..

P/s : wahai makhluk yang paling sempurna yang dicipta-Nya, saya, yang lebih dikenali di facebook pada awalnya, sebagai MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH, telah menukar nickname beberapa minggu yang lalu dengan hamba Dia.. dan.. dengan berbekalkan azam yang setinggi langit dan rasa kehambaan pada-Nya serendah mutiara di lautan, saya menukar nickname saya lagi dengan hamba ALLAH.. YA! moga kalian yang menyebutnya menjadi doa buat diri hina ini. Saya lakukan semua ini, kerana saya sudah sedar dengan izin-Nya, bahawa seringkali saya bukan menjadi hamba-Nya, tapi hamba kepada nafsu yang dicipta-Nya.. =(

"RAMAI ORANG TAHU, TAPI DIA TAK SEMESTINYA SEDAR. NAMUN, ORANG YANG SEDAR, SUDAH SEMESTINYA MEREKA TAHU.."

ISLAM, kini aku datang dengan nafas juang yang baharu..

CITA-CITA TERTINGGIKU : MATI SYAHID PADA HARI JUMAAT DI BULAN RAMADHAN.
PANGKAT TERTINGGI YANG MAHU DICAPAI : HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA.
IMPIANKU : MENJADI ANAK, IBU, ISTERI & WANITA SOLEHAH DI SISI ALLAH.
HARAPANKU : MELIHAT WAJAH ALLAH & PARA NABI SERTA DAPAT BERKUMPUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH/SOLEHAH YANG BERIMAN LAGI BERTAQWA.

Saya, HAMIZAH BINTI RAJALI, yang namaku membawa maksud :

HAMIZAH = yang cantik (moga cantik akhlaknya seindah wajah yang dicipta-Nya)
                    = yang bijaksana (sentiasa mengingati mati kerana orang yang paling bijak kata    
                         Nabi,ialah orang yang sering mengingati mati)

mohon maaf atas segala kekurangan terhadap warkah(surat) hina ini. Ku mohon agar kalian wahai saudaraku yang dikasihi ALLAH, untuk mendoakan kebaikan & kebahagiaan buat kita semua.

YA!
SAYA NAK BERSIHKAN HATI SAYA DARIPADA SEBARANG DOSA.
SAYA JUGA MAHU BERSIHKAN IMAN & NAFSU SAYA DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA-NYA.
Tidak mungkin 2 cinta berhimpun dalam 1 hati.
CINTA PADA ALLAH YANG SELAYAKNYA BERADA DI MAQAM HATI.
CINTAKAN ALLAH, BERMAKNA CINTAKAN KEKASIH-NYA JUGA ^_^

IF ALLAH WILLS IT, I WANT TO BE A BETTER + PIOUS MUSLIMAH, from now, till forever and the hereafter. insya-ALLAH, aamiin!

Alhamdulillah.. ashykuruku ilallah jiddan jiddan!

Terima kasih wahai ALLAH atas segala nikmat HIDAYAH, TAUFIK, IMAN, ISLAM & IHSAN yang telah Engkau kurniakan buat hamba-Mu yang tersangat hina lagi jahil ini..

Khoirumminallah, wa syarrun min nafsi..[yang baik datang dpd ALLAH, dan yang buruk juga datang daripada ALLAH, namun disandarkan ke atas diri yang hina ini, untuk membuktikan bahawa hamba-Nya ini jahil lagi hina, serba serbi melakukan kekhilafan..]

Moga bermanfaat dan hati ini ikhlas serta redha akan segala ketentuan QADA' & QADAR-NYA..

Sollu 'alan nabi.. allahumma solli 'ala sayyidina al-musthofa nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam!

Dengan nama ALLAH, aku memilih jalan sufi ini! Jalan yang penuh dengan nikmat duri yang sakit tapi indah =)

Allahu Ta'ala A'lam wa insya-ALLAH...


Hamizah Binti Rajali,
00.55 a.m.
Ahad,
19 Mei 2013.
 Baiti Jannati.

Wednesday, 8 May 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya




1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

Wednesday, 1 May 2013

siapa pun awak, peluang itu masih ada.


sis, susah nk kekalkan mcm ni, bila sy berubah segala yg sy ada hilang. i've lost everything sis. my study, my frens, my love, my look, my health, and everything.. its hard to be a good person. i keep on looking on my past time and i feel like im a loser. my life full of tears and i feel dat im alone n nobody understand me. no body support me. how can i feel dat Allah is near? how can i have the feel dat Allah is always with me and forgive all my mistakes?
ukhti syg, kamu hilang semuanya.. tapi Allah takkan hilang kan? dan jika di katakan kehilangan, maka diriku juga mengalami perkara yg sama, tapi itu tidak bermakna kita tiada peluang utk jadi baik dan lebih baik. jika sedih kehilangan cinta yg tidak halal, apa pula rasanya org yg kehilangan cinta halal mereka? jika kehilangan rupa paras yg cantik kerna menjadi muslimah tanpa solekan, maka ingatlah bidadari syurga Allah itu jauh lebih cantik. jika kehilangan pelajaran, maka apa pula rasanya org yg tidak mampu berfikir dgn waras brg sekalipun? jika kehilangan pakaian2 mewah cantik menarik hati orang ramai, maka ingatlah pakaian terbaik pd pandangan Allah adalah Taqwa. jika kehilangan sahabat, maka renunglah kembali, sahabat seperti apa yg kamu hilang? bergeraklah dan cari lah sahabat2 yg baik yg sentiasa mengingatkanmu kpda ALLAH.. 

memang jadi orang baik sgt susah, ramai org mengata, ramai org tak suka dan ramai yg jauhkan diri.. ingatlah apa yg di alami oleh Rasulullah saw. bukankah baginda juga di musuhi? malah baginda mengalami segala kepahitan yg tak tertanggung oleh sesiapa pun. di baling batu, dibaling najis,di caci maki...tapi apa tindakan baginda? tiada istilah putus asa dlm hidup Rasulullah saw.. mujahidah itu pahit kerna apa? kerna syurga itu manis.. kenapa kita rasa sgt terkongkong di dunia? kerna segala keseronokan abadi hanya ada di syurga.. Allah sediakn utk hamba2 Nya yg Soleh..
Allah menyelamatkan kita dari jalan gelap, menarik kita dekat dgnnya, mengikut jalannya yg benar, maka kesedihan apa lagi yg dapat menandingi kasih syg dan hidayah daripada Allah Ta'ala? besar mana pun dosa kita, ingatlah rahmat dan pengampunan Allah itu jauh lebih besar.. jalan kembali kepada Nya sentiasa terbuka sebelum ajal menjemput.. sibukkan la diri dgn perkara2 yg bermanfaat dan mengingatkan lagi kepada Allah kerna itu akan membuatmu lupa dan lengah terhadap segala bisikan2 syaitan yg menggodamu utk pulang ke lembah kemaksiatan penuh dosa.
jika rasa keseorangan dan tiada sesiapa yg memahami, maka Allah itu tidak pernah tidur. Dia Mengetahui segala apa yg di perbuat, Dia Maha Memahami.. Dia takkan biarkan hamba yg mencari Nya keseorangan. mana mungkin Dia menzalimi org2 yg mencari cahaya Nya.. Allah sgt dekat.. Penuh kasih sayang.. takkan rugi org2 yg mencintai Allah.. berceritalah dan luahkan lah segala apa yg di rasa kepada Nya.. maka kau akan temui ketenangan.. itu kemenangan pertama. :) 
walaupun semua org tak tahu, tapi Allah tahu kan?
jika awak sanggup tinggalkan segala keburukan awak utk Allah,
maka itu lebih baik drpd segala2nya.
dan Allah akan mencintai org2 yg mencintai Dia.
Dia mengikut persangkaan hambaNya..
Allah sgt dekat.
percayalah.

Friday, 11 January 2013

tatkala IMANku berbicara...

Bismillah.

sahabat-sahabat2,
alhamdulillah. hampir 19 tahun sudah kita hidup di dunia ni. dalam tempoh ini juga kita terdidik dgn pelbagai peristiwa.Alhamdulillah,Allah telah mengaturkan sebaik-baik perjalanan buat saya sepanjang tempoh ini.

"..hamizah...kehidupan yang lalu hanyalah ujian dan pengalaman hidup,semua tu bukan segala2nya dalam hidup.."

"..hamizah... carilah hikmah di sebalik baik budi pekerti,kemuliaan akhlak itu adalah permata yang di cari,bukan sanjungan,bukan pujian manusia.."

"..hamizah... dunia hari ini bukan dunia mudah,dan senang untuk terus bergerak dan berjalan.. dunia hari ini kehilangan barakahnya.."

"..hamizah... sudah 19 tahun masa telah berlalu,ukur dan hisab amalmu.. maut bila2 masa bisa menjemput..."

"..hamizah... dalam enak nikmat ,berapa banyak usaha engkau laburkan untuk meng-upgrade diri menjadi hamba-Nya yang bersyukur..syukur itu bukan pada lafaz alhamdulillah semata,gunakanlah pancaindera,akal,tenaga,masa dan wangmu itu di jalan yang bermanfaat...bukan jalan2 yang sia-sia.jalan yang hanya  untuk kepuasan nafsumu semata.."

"..hamizah... hidayah dan petunjuk Allah itu bukan milik kita,tapi milik Dia,pantas kita merasa senanag dgn title kita sebagai muslim ?? ayuh berubahlah menjadi mukmin sejati,kehidupan dunia ini menuntut sebuah perjuangan,perjuangan menegakkan agama Allah,yang bermula dengan perjuangan dalam mengislah diri menjadi hamba-hambaNya yang bukan sekadar muslim,tapi berusaha menajadi mukmin yang terbaik di sisi Allah.."

"..hamizah.. lahirmu di dunia,engkau kenal cinta. Cinta ummi dan ayah. kemudian engkau mengenal cinta manusia yang sementara dan penuh noda. kemudian sedari lewat usia remajamu,baru engkau mengenal cinta Rasul dan cinta Allah.Ayuh!ayuh..belum terlambat lagi.. tegakkan azam,berlarilah dalam jalan yang selesa.. hakikatnya hidup ini adalah mengenal Rabbul Izzati.. Pemilik segala ciptaan,termasuklah dirimu yang hina.."

"..hamizah..jangan leka dalam cinta manusia,persiapkan diri untuk kehidupan di sana, ikhlaskan dalam memberi manfaat,maksimumkan peluang untuk mengisi diri buat bekalan untuk memberi.. masa semakin suntuk dan singkat.."

"..hamizah,seharian dalam hidup kita tidak pernah terlepas dalam kancah dosa dan maksiat, khafi atau jali.. perbanyakkan istighfar,dan perbanyakkanlah ingatan kamu kepada Rasulullah melebihi ingatan kamu selain dari baginda..perbanyakkan selawat.."

"..hamizah..tak mustahil kita antara golongan umat akhir zaman yang bakal hidup di zaman dajjal laknatullah..nauzubillah... persiapan diri agar keluarga yang bakal kamu nakhodakan belayar dalam arus yang diredhai Allah.. permulaan kebangkitan umat,bermula dengan perjuangan kita menegakkan Islam di dalam diri kita..moga2 kamu mendapat keluarga yang bahagia buat diri kamu dan ahli keluargamu menyemai benih2 pahala buat bekalan untuk kehidupan di akhirat sana.."

"..hamizah,hargailah masa,penuhi masa dengan budaya ilmu,mencari hikmah ... buangkan rasa malas,putus asa,mohonlah kepada Tuhanmu,Pemilik segala ilmu..tuntutlah ilmu sampai mati.. itulah hakikat seorang penuntut ilmu..kita mencari dan menuntut sehingga ke liang lahat..."

"..hamizah,jangan engkau tinggalkan al quran kerana al quran ubat hati yang kotor,pelembut hati yang keras,pendamai rasa keluh dan kesah.. amnah... al quran itu untuk difahami,dihayati,beramallah dengannya walaupun sedikit,dan berusahalah untuk memahami dan beramal dengan keseluruhannya.. kerana dialah teman,dialah ubat.. segala penyakit2 hati...dan penawar segala kekusutan.."

"..hamizah,jangan pernah berhenti berputus asa dengan kebejatan dunia hari ini sebagaimana Tuhanmu tidak pernah sekali berputus asa denganmu,teruskan bergerak.. bermujahadah... kejarlah pandangan Allah bukan pandangan manusia,lakukan amal dengan hati yang ikhlas,carilah kekhusyukkan dalam solat mu,didiklah nafsumu dnegan perbanyakkan berpuasa.. dan didik lah diri mencintai Rasulullah dengan perbanyakkan amalan sunnah baginda.."
\
"..hamizah..peliharalah qiammu,tahajjud mu,kerana dengan bangun malam itu menguatkan hati mu..apabila kuat hatimu,maka nafsumu bukan lagi menjadi raja.. agar jalan mu lurus menuju Allah..dalam lewat waktu yang mendesak ini,pilihlah jalan yang lurus untuk menuju redha Allah..."

"..hamizah..carilah keberkatan masa dengan hal2 bermanfaat,hamizah...carilah keberkatan dalam dunia yang nazak ini..hamizah.. waktu itu makin tiba,persiapkan diri.. perteguhkan hati,perteguhkan aqidah..semoga kita dalam golongan yang diampuni dosa2..bukan mereka yang mempunyai hati tapi tidak menghayati,memiliki mata tapi tidak mahu melihat,memiliki telinga tetapi tidak mahu mendengar..dan meiliki akal tapi tidak mahu berfikir..nauzubillah.."

"..hamizah,jadilah daei yang menyebarkan kebahagiaan dan menyeru manusia kembali menghayati nilai diri sebgai hamba yang kerdil di sisi Allah..berilah walaupun dari yang sedikit.."

"..hamizah,manusia mana yang sempurna,jangan pernah kesal dengan kelemahan diri,kelemahan itu ujian buatmu serta manusia yang mengelilingimu..jika engkau bersyukur dengan nikmat2 tuhanmu yang jauh lebih banyak dari kelemahan yang engkau miliki,nescaya engkau akan ditambahkan lagi nikmat2 di sisinya..jangan pula engkau menyendiri,dan membuang diri dek kelemahan diri..percayalah jika engkau redha dengan kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya,nescaya,mereka yang disekelilingmu turut redha dan menerima dirimu seadanya..ingatlah,apa yang kita beri itulah apa yang kita dapat.."

"..hamizah,jika engkau berkehendakkan kebaikan,carilah di setiap sisi penjurumu,nescaya pasti engkau akan ketemui..jika engkau berkehendakkan kemaksiatan,nescaya azabnya yang pedih menantimu meskipun kamu bahagia di dunia ini.."

"..hamizah,menangislah kerana dosa2 silammu selama ini..dan bertaubatlah setiap hari..dan menuntut ilmu dengan ikhlas,kerana itu keutamaanmu sekarang tanpa mengenepikan hak2 masyarakat dan shabat2 kamu..rendahkan diri serendah mutiara dilautan..kita hambaNya yang hina,lemah....,hidup kita tiada nilai sedikit pun tanpa kita meletakkan Allah sebagai matlamat..

hamizaahhh....selamat memperbaiki niat hidup dan matlamat hidupmu di tahun baru yang seharusnya engkau perbaharui setiap detik,masa dan ketika...kerana mati itu bisa menjemput engkau bila2 masa tanpa engkau sedar,sebagaimana engkau tidak sedar,sudah 19 tahun engkau hidup di dunia akhir zaman ini..dan masa terus berlalu..dan berlalu... tanpa engkau sedar...hanyut dalam kelekaan,lembik dalam mengislah diri..."

Yang Benar.
hati dan imanmu duhai Hamizah.
22.50 pm


31122012.