ahlan wasahlan..


Showing posts with label HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.. Show all posts
Showing posts with label HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Auratmu dengan siapa?

Alhamdulillah..sampai juga kita pada hari ke-25 Ramadhan =)

Assalamu'alaikum wahai bakal penghuni syurga sekalian.

Apa khabar imanmu?

Moga baik-baik saja. insya-ALLAH ^_^

Memandangkan Encik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Abang Syawal pula bakal muncul tak lama je lagi.. jadinya, nak habaq mai.. sebenarnya hati ni tergerak nak post entry tentang aurat.

Mata ni tak sanggup dah tengok saudara2ku yang kukasihi kerana ALLAH.. bila time raya jaa, situasi ni acapkali berlaku..

Jujur, hati yang karat dengan dosa ni tak sanggu nak tegur kakak2 saudara yang.
Mata ini sanggup melihat mereka dedahkan aurat mereka di hadapan bukan mahram.
ALLAHU..
Tergamaknya aku. )':
Mungkin aku masih lagi jahil lagi dhaif tentang ilmu untuk berdakwah bil hikmah!

AHHH!!

Tapi tak boleh jadikan itu sebagai alasan.
Kelak di hadapan ALLAH, rasa-rasanya ALLAH terima tak alasan aku tu? hurm.
Mustahil!

Hatiku hanya mampu berbisik pada iman..

"ingat sesama saudara takda batas aurat ka? dah tu, dok ikut suka hati depa jaa nak salam ngan sapa pun, termasuklah bersalaman dengan ajnabi (halal untuk dikahwini)..aishh.. takkan depa tak tahu kut?"

Macam-macam persoalan juga timbul daripada sahabat-sahabat dan saudara-mara.

"Abes tu, kalau orang tu dah hulurkan tangan untuk salam..takkan kita tak sambut? macam menghina plak. nanti orang kata apa plak.."

wahwahwah!!

Ceq nak habaq mai. Mana lagi utama, pandangan ALLAH kaa, pandangan manusia..?

Kata otak ang kreatif. Gunalah taktik untuk elak dpd bersalaman dgn bukan mahram..

Contohnya, once bila hang nampak bukan mahram/ajnabi hang hulurkan tangan, pa lagi.. cepat2 lah toleh ke tempat lain. Buat-buat tak nampak. KONONNYA. -,-''

Ohh choopp!!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

So nak share sikit ilmu bahasa arab (:

Ramai masyarakat yang salah tafsir antara perkataan mahram dengan muhrim..

MAHRAM = orang yang HARAM untuk kita nikahi.
BUKAN MAHRAM = halal untuk dinikahi = haram untuk sentuh-menyentuh, memperlihatkan aurat kita selagi tak nikah dengannya.

MUHRIM = orang yang berihram.

Buat ikhwan dan akhowat fillah , di sini ana 'kepilkan' sekali gambar yang berkaitan.

Have a look please!

Hamba ALLAH ini nak masuk syurga bersama-sama dengan kalian semua.
Tak sanggup lagi nak lihat mereka mendedahkan aurat sesuka hati.
Buat yang sudah punya suami, aku kasihan pada si suami kerana menanggung dosa aurat si isteri.. (T_T)

Sebab aurat kita,
hanya si dia yg teristimewa sahaja yang layak tatap aurat kita sepenuhnya.
Ya!
si dia Cik Abang sayang kita tu ^_^

Lau tak faham, ada sebarang musykillah(masalah)/persoalan, boleh ajukan pertanyaan.

Sama-sama kongsi ilmu.. insya-ALLAH ^_^



Untuk ikhwan (:


Untuk akhowat (:
 Harap-harap lepas ni, dah takde salah faham tentang bab menutup aurat ni.

Moga Ramadhan kali ni, ALLAH terima amalan kita.

Dan moga Syawal kali ini, adalah kemenangan buat kita.

Moga ALLAH redha segalanya.

Insya-ALLAH.

P/s : Cover your AURAH!



Thursday, 1 August 2013

2907

Alhamdulillah. Syukron jiddan a'laikum jami'an yg mendoakan diri yg hina lg faqirah ini sempena hari ulang tahun kelahiran yg ke-19. Sungguh, doa kalian sgt2 membantuku di akhirat kelak.. Insya-Allah..

29.07.2013

Jatuh pd hari isnin, yg mana hari tersebut menjadi hari pilihan kekasih hatiku, Muhammad bin A'bdullah utk berpuasa sunnat!

Jatuh pd 20 Ramadhan 1434H. Bulan yg penuh barokah. 20 Ramadhan 1434H menjadi pintu utama bg fasa ke-3 dlm bln Ramadhan (fasa pelepasan azab api neraka). Permulaan bg detik2 10 terakhir Ramadhan.

Ya!
Di fasa ke-3 inilah terdapat 1 malam yg mana malam tersebut lebih baik dpd 1000 bulan. Moga kita semua diberi peluang utk bertemu dgn Lailatul Qadr. Insya-Allah..

P/s : manusia terlalu lemah utk memberi penghargaan.. Selayaknya, hanya Dia yg Maha Layak menghargai manusia..

Justeru,
Sahabat2 yg mengenali diri ini, maafkan atas segala kekhilafan yg dilakukan.
Mad'u & anak2 usrah, maafkan segala kekurangan naqibah antunna ni yea.
Dan infinity kemaafan dipohon sekiranya hamba Allah ini tidak menjadi amirah yg baik. Lau ada apa2 kesalahan, directly tegur ok? Insya-Allah ^^

*sedar tak sedar,aku semakin menghampiri MATI! Para salafussoleh, mereka tidak sabar utk MATI..kerana hanya dgn jalan itu, yakni kematian, justeru itulah jalan yg m'hubungkan mereka utk bertemu dgn kekasih hati mereka, iaitu Muhammad bin A'bdullah! Melihat diriku yg tersangat hina lg seciput amalannya, terasa diri belum cukup bersedia...meskipun hati berbicara..sungguh aku tidak sabar utk bersua dgn Baginda! (T_T)

‪#‎memburu‬ malam yg satu itu! Tingkatkan ibadah, tebalkan iman. Moga rahmat Allah menaungi & jannah milik kita! Insya-Allah (^_^)



Monday, 24 June 2013

im crying during read this OHSEM! (T_T)

SUBHANALLAH..
MASYA-ALLAH..

Im realy proud with all of you ya akhowat fillah!
)':

honestly, im jealous with all of u, WANITA SOLEHAH <3

Yes!
On a peace morning, i walking in the blog belongs to Dena Bahrin.

And i was crying while read this amazing post : im crying read this OHSEM! (T_T)

k bai!

i want to be a pious muslimah, daughter, ummi and wife-to-be forever and ever, till now and the Hereafter.
please do pray for this ordinary person.
may ALLAH bless..
insya-ALLAH~

TAQWAnya dia )':

Saidina Ali b. Hussein jika berwudhu untuk solat, menjadi pucat wajahnya,maka ditanyakan orang mengapa demikian?

Jawabnya:

“Tahukah kamu kepada siapa saya akan mengadap?"

ALLAHUAKBAR. T_T


Teringat kisah seorang remaja yang membuatkan aku JATUH CINTA padanya. Dialah Tsa'labah b. Abdurrahman R.A. Sungguh aku merinduimu. Aku cemburu melihat jasad & rohmu diiringi malaaikah. Tetapi, adakah diriku akan menyusuli sebagaimana yang berlaku pada Tsa'labah? 


p/s : masya-ALLAH. itulah kesan tarbiyyah dpd Rasulullah saw. wa tausiyah in tilawatun islamiyyah. T_T allahuakbar.

  : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ , maksudnya :

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
[Q.s. Ar-Rum:30]'

ALLAH tu Maha Baik. 
Dia sangat sayangkan hamba-Nya even hamba-Nya memikul dosa sebanyak butiran pasir di tepian pantai.
baiknya Tuhan kita.
rasa malu sgt2 pd Dia.
dikurniakan nikmat-Nya kpd kita,
tp kita bls dgn dosa.
itulah manusia yg lemah & hina di sisi-Nya sepertiku.

Saidina Abu Bakar ra pernah ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, kenapa dia selalu disebut2 oleh Rasulullah dan kenapa dia sangat kuat menanggung ujian. Saidina Abu Bakar ra menjawab:

"Lazimnya dalam dunia ini ada 2 jenis manusia. Satu yang berjuang untuk dunia dan satu lagi berjuang untuk akhirat. Tetapi aku berjuang bukan utk dunia dan bukan untuk akhirat. Aku berjuang dan aku berbuat apa pun hanya untuk Allah semata-mata. Aku tidak pernah kenyang. Aku kenyang dengan kelazatan bersama dengan Tuhan. Aku minum tidak pernah hilang dahaga kerana aku mabuk cinta dengan Tuhan." 


Subhanallah. T_T

wallahu'alam.


*sebaknya.. sebab sambil type, sambil dengar hamba ALLAH ni mengalunkan ayat suci al-quran --> Fatih Seferagic

Wednesday, 8 May 2013

Menjadi WARDAH itu.


 
wardah itu menjadi saksi,
indahnya mujahadah meniti hari,
biar pahit tapi balasannya seindah syurgawi,
tak semudah disangka untuk memperoleh cinta Ilahi..

namun yakinlah,nikmatnya nanti amat manis sekali..yakinlah.. :')

-terlalu banyak hadiah yang diberi oleh Tuhan..tak mampu lagi untukku dustakan..bagaimana lagi untuk hati ini tidak jatuh cinta berkali-kali pada arRahman..andai setiap saat dan ketika Dia sentiasa limpahkan kasih sayang..AllahuRabbi..

*sekuntum wardah segar oleh bidadari kecil di tepi jalan,membuatkan diri tak lekang dari senyuman..AllahuAllah..menambah keyakinan,memang mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis..

duhai sahabat2fiLlah..yakinlah,dan teruslah bermujahadah..sedang menantimu Taman Jannah dan redha Sang Ilah..insya-Allah..
 
 p/s : penangan kata2 dari sahabat di jordan..sungguh membakar semangat..thanks ♥

Sunday, 5 May 2013

Pepohon CINTA NABI.



 Tahukah kamu pohon apakah ini? Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad saw. Pohon yang diberkati.

Sedikit sejarah mengenainya :
1. Ketika Rasulullah keluar ke Syam bersama Maisarah (pekerja Sayyidatuna Khadijah ra) untuk berniaga, Baginda pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

2. Semasa Baginda berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.

3. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

P/s : Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, AllahuAllah. ♥
# serius. hati saya kini sedang kehausan ilmu. mungkin hilangnya saya selepas ini adalah kerana mencari ilmu-Nya. doakan saya. wallahua'lam wa insya-ALLAH..

Saturday, 30 March 2013

P.U.N.A.H.

Ku mulakan catatan tinta kehidupanku dengan lafaz suci BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..

P for PUJIAN

Aku tidak kuat. Aku tidak suka dipuji. Kerana pujian mampu membuatkan imanku lemah, hatiku dipanah, imanku diuji. Sesungguhnya segala pujian hanya layak dikembalikan kepada-Nya.. Justeru, usah puji hamba ALLAH yang sangat hina ini. Aku tidak layak. T_T

U for UJIAN

Pujian - P = ujian. am i right?

ALHAMDULILLAH. Sejak minggu lepas, aku, ummi dan buya sibuk menguruskan segala dokumen untuk menyambung pengajianku ke timur tengah. Berbagai-bagai ujian diberi-Nya. 2, 3 malam mataku bengkak kerana menitiskan air mata atas beberapa sebab. Sebabnya biarlah rahsia.. Kerana ianya berkaitan dengan aib orang.. (:


 
N for NIKMAT

ALLAH, terlampau banyak nikmat yang telah Kau kurniakan buat hamba-Mu yang serba-serbi penuh dengan kelemahan ini. Engkau terus menerus memberi nikmat meskipun aku sentiasa melakukan maksiat pada-Mu. Sungguh Engkau Maha Penyayang.
Pilihlah untuk sabar & redha.. walaupun kita ada alas an untuk kecewa..
Hari ini, Engkau mengeratkan silaturahim antara kami adik-beradik. SUBHANALLAH~ Hari ni dapat hadiah ni :


Adik sulungku, kakyang : “kaknyah, nak hadiah hari jadi tak?”

Si kakak, kaknyah : “hah? Hadiah hari jadi? Hari jadi tahun ni ke tahun lepas? ..hurm.. mestilah nak.. mana hadiahnya?“ (ke-pelik-an rasanya. Tetiba hati berkata2 --> aiikk? Sbb dia tau aku nak fly ke? So sbb tu la dia nak bg ‘something’ kat aku be4 aku fly.. takut rindu gamaknya.. heheh)

Kakyang : “pejamlah mata dulu.. cepatlah… tak pejam siap ehh.. jangan bukak mata! “

Aku pun akur pada arahan meski mata bukak tutup bukak tutup. Heheh.

Kaknyah : “ye.. cepatlah.. hadiah ape la tuu..”

Krik..krik..krik.. tetiba terasa sesuatu yang nak disarungkan ke leherku. Rupa-rupanya…

Kaknyah : “hah… ouuhh.. rantai rupenyer.. waahhh~”

Adik sulungku menjerit. Tersentak.

Kakyang : “Eeeiisshh.. orang kata jangan bukak mata..”

Lantas cepat-cepat dia menyarungkan rantai ke leherku.

Ouucchh.. sweet tak kami? Hehe..

Tau tak..yang paling sweetnya, kakyang beli 3 rantai yang sama. Satu untuk dia, satu untuk kakak dia ni haa.. n lagi satu adik ke-2 ku.. cian adik bongsuku tak dapat rantai.. hehe.. ye lah.. dia baru darjah 2 kuutt.. pergi jalan2 pun kekadang tak pakai tudung.. kena ragut nanti, sape yang susah.. na’udzubillah..

ALLAH, thanx for all the things that You gave us (:

Moga kami sekeluarga bersama-sama kembali di dalam jannah-nya kelak.. insya-ALLAH, aamiin! ^_^

A for AMANAH

Hamba ALLAH yang jahil ini telah diberi amanah untuk menjadi salah seorang naqibah alumni KMNS. Mad’u ku ada 2 orang pada asalnya. Namun, kira-kira 3 minggu yang lepas, moderator ketika aku menjadi panel  dalam forum yang diadakan oleh pihak kolej, iaitu Najmuddin yang membawa maksud ‘bintang agama’, meminta kebenaranku agar seorang muslimah yang merupakan classmate nya untuk menjadi mad’u ku.. Katanya, muslimah A memberitahunya bahawa dia teringin untuk melibatkan diri dengan usrah sebelum habis matrik, meskipun hanya sekali. Lantas aku menerimanya dengan penuh kesyukuran kerana ISLAM sudah mempunyai seorang MAWAR AGAMA yang mahu menuju kebaikan & redha-Nya.. insya-ALLAH..

alhamdulillah.. aku merupakan salah seorang daripada ahli usrah alumni KMNS. Usrah alumni, yang mana kakak2 & abang2 seniors akan turun KMNS untuk mengetuai usrah dan usrah alumni acapkali diadakan pada hujung minggu. Hanya naqib & naqibah yang akan join usrah alumni. Seterusnya, kamilah yang diberi amanah untuk menyampaikan isi2 usrah alumni terhadap mad’u kami. Begitulah prosesnya.

Namun, ALLAH tidak mengizinkan aku untuk berusrah hingga hari ini.. 3 minggu lepas, aku diberi amanah untuk menjadi naqibah. Minggu lepas, aku pulang ke rumah untuk menguruskan dokumen dan sudah pun merancang untuk tidak balik ke rumah sehingga tamat matrik, iaitu pada 30/4/2013. Alasan? Nak meluangkan masa untuk study & teman sebilikku yang kau memang debooww! Hee~ =))

Namun itulah lemahnya perancangan kita sebagai manusia. Perancangan & aturan-Nya lah yang Maha Hebat. 

Tuptuptup..i go back on this weekend. AGAIN. Sebab gambar pasport tak cukup. So, semalam 
 (jumaat) balek tumpang kawan. Driver ayah dia hantar sampai rumah. Terima kasih pakcik.. hee :D 

So, pagi tadi sebelum pergi  UPM, singgah la kedai gambar. Tangkap gambar passport 20 keping.

Alhamdulillah.. selesai bayar deposit & serahkan dokumen kepada pihak Medic Mesir.

Kat KMNS, ura-ura mengatakan yang minggu ni minggu last students balik. Sebabnya…

1.       Next week minggu last kuliah.
2.       Minggu depannya lagi, minggu study week.
3.       Dan minggu yang seterusnya, final exam, PSPM 2.

Bermakna, setelah 2 minggu exam, maka berakhirlah gelaranku sebagai pelajar matrikulasi nogori sombilan.. 

Insya-ALLAH.. *rasa sayu mulai terasa~

Harapanku :

1.       Mengadakan usrah setiap minggu sebelum exam. Means, ada 2 minggu, minggu depan & minggu selepasnya. YA ALLAH, yang membolak-balikkan hati kami, tuntunlah kami ke jalan redha-Mu, agar kami bahagia di dunia & di akhirat. Harapku lagi, agar impak usrah ini membekas di hati kami

2.       Score 4.0 for my last sem.

Insya-ALLAH..

H for HAMIZAH=yang cantik, yang bijaksana(maksud nama) or HIKMAH?

Of coz la HIKMAH.

HIKMAH yang mempunyai 1001 rahsia cinta-Nya ^_^

Just for ‘the last but not least’, before I end my words, everything that was happened in our life is fulfill with HIKMAH & His blessing. As what my teacher, Madam Jacq said during an English class, “everything happen must be a reason”. Setiap yang berlaku, mesti ada sebab. Meskipun kekadang, apa yang menimpa kita, kita merasakan ianya suatu keburukan, namun ketahuilah bahawa ALLAH itu tidak menzalimi hamba-Nya. Dia tidak pernah membiarkan hamba-Nya ‘menangis’. Dia menghargai kita sebagai manusia dengan cara menghidupkan kita di bumi-Nya.

Salah satu hikmah kita hidup di dunia, adalah kerana kita PASTI tidak sampai ke kampung akhirat sekiranya kita tidak ‘singgah’ di dunia ini dahulu. Untuk sampai ke akhirat, kita perlu harungi kehidupan di dunia. Dan di dunia, ALLAH memberi kita pilihan. Untuk menjadi hamba ALLAH, atau hamba syaitan laknatullah..

Allahu Ta'ala A'lam..

PILIHAN DI TANGAN ANDA =)

Akhirul kalam, ku sudahi dengan surat cinta-Nya dalam surah An-Naml, ayat 62.

“Bukankah Dia(ALLAH) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah di samping ALLAH ada tuhan(yang lain) ? Sedikit sekali(nikmat ALLAH) yang kamu ingat..”

1st taklimat (: (last week)

my hero (:
otw nak balik setelah menyerahkan dokumen + bayar deposit pd pihak MM tengah/hari tadi :)


Saturday, 23 March 2013

HILANG SEORANG MUJAHID

[Takziah]




Pemergiannya dirasai oleh seluruh dunia islam. 




Pada tarikh yang sama 2004, umat kehilangan seorang mujahid agung Syaikh Ahmad Yasin.

Kini 2013, umat sekali lagi dikhabarkan dgn berita pilu pemergian Syaikh Said Ramadhan al-Bouti yg telah menemui kesyahidan awal pg td.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas As-Syahid Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti.

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Ali Imran: 169)

Al Fatihah.




 "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta dari hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila tidak ada lagi orang yang alim , maka orang-orangpun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil, lantas mereka ditanya, kemudian memberikan fatwa tanpa berdasarkan ilmu, sehingga mereka sendiri sesat menyesatkan."

T.T

p/s: Marilah kita sama2 pelihara ulama!

Saturday, 1 December 2012

Di JALAN DAKWAH ini aku...


Di jalan dakwah ini aku…

aku…. err… err..

Malu la nak cakap. Tapi, rasanya perlu juga cakap !

Aku belajar, study !

Ya.

Di jalan dakwah ini aku Belajar. Bukan Bernikah !

Meski, saya tahu topik di atas (baca :bernikah) lebih digemari semua.Lebih-lebih lagi ikhwah akhwat yang

sudah siap sedia mengisi, menghantar dan mengatakan “Ya” pada naqib atau naqibah usrah masing-masing

berkenaan perihal “baitul muslim” mereka.

Namun saya kira, masalah belajar/study ini juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seorang

pendakwah ? Kerana apa ?

 Syeikh Fathy Yakan di dalam bukunya yang bertajuk ”Golongan Yang Tercicir Di sepanjang Jalan Dakwah ”
ada mengariskan beberapa perkara atau faktor yang menyebabkan seorang daie (atau pendakwah)

itu tercicir (futur) antaranya adalah faktor dalaman yang menekan, seperti ditimpa ujian ataupun musibah.

Dan jika diselusuri dengan lebih dalam. Masalah study juga merupakan antara faktor terpenting yang

menyumbang kepada keciciran seorang akh atau ukht itu.

Study dan dakwah ? Mana satu lebih penting ?

Study lebih penting ! Jerit salah seorang adik ..

Dakwah lebih penting ! Jerit salah seorang yang lain..

Namun saya kira, dua-dua sama penting.

Tetapi harus diingat, tiada yang lebih penting daripada dakwah. Tiada sama sekali istilah dakwah dahulu

baru study, tidak !

ataupun study dulu baru dakwah.Tidak !

Dua-dua harus bergerak seiringan..

Err.. Pening ?

Supaya lebih mudah untuk difahami, begini..

Mari, kita imbas kembali pelajaran Matematik Moden yang pernah kita score “perfect” ! 100% marks suatu

ketika dahulu.

Di dalam satu set kehidupan yang syumul, manhaj dakwah kita letakkan sebagai set atau kelompokan

terbesar. Manakala study kita letakkannya sebagai subset kepada dakwah.

Bermakna , kita study juga kerana dakwah !

Kedua-duanya sama sekali tidak boleh terpisah.

Ha ?

Di jalan dakwah ini aku belajar / study !

Anta dah study ?

Err… belum la..

Dah buat assignment ?

Err.. belum juga..

Dah siap tutorial ?

Err.. for sure la lagi belum..

Fuhh, sekali lagi layu. Belum ! Belum dan semuanya belum ! Nyata,banyak belum daripada sudah !

Banyak late submission daripada early submission !

Banyak gagal hadir ke kelas daripada hadir ke kelas !

Subhanallah, lalu, kegagalan ikhwah dan akhwat dalam mentakbir urusan

study mereka ini kemudiannya membuahkan benih-benih fitnah yang tidak

ketara banyaknya.

Ha.. padan muka..

Pandai buat pandai tanggung la !

Siapa suruh sibukkan diri berpogram sana sini !

Tengok, kan result dah teruk !

Hrmm…

Kadang-kadang saya juga merenung panjang memikirkan kata-kata belakang seperti itu. Dan jujur ! Saya

juga mengalami masalah ini.Kerana saya bukanlah ikhwah yang boleh dikategorikan sebagai pelajar genius,

rajin dan juga berdisiplin serta multitasking !

Hampir dua sem saya bergelumang untuk menyesuaikan diri antara dakwah dan study ! Satu tempoh masa

yang bukan sekejap. Macam-macam boleh terjadi sepanjang tempoh itu.

Pelbagai buku juga telah dibaca ! Baca dan baca ! Namun tiada hasil juga. Apa masalah sebenarnya ?

Adakah aku tidak pandai ! Ataupun aku tidak pandai ?

Nampak perbezaannya ?

Perbezaannya terletak pada dua kata ini;

kata “!” dan kata “?”

Aku tidak pandai ?

Ya, masalah sebenarnya adalah pada diri kita sendiri. Bukanlah sebenarnya kita tidak pandai. Tetapi kita

memang tidak pandai pun !

Pandai mengurus masa..

Dan juga ! Disiplin !

Disiplin tersangatlah penting dalam kehidupan seorang pendakwah.Kerana dia mempunyai dua kerja

berbeza yang harus diselesaikan pada suatu-suatu masa. Sesuatu kesibukkan yang orang lain sama sekali

tidak akan faham, kerana mereka tidak merasai seperti apa yang anda rasa !

Ada ikhwah seronok ! Memang seronok pabila berpogram. Sehari, dua hari ! Hatta seminggu pun mereka

sanggup !

Namun, pabila pulang berpogram, mereka letih, penat. Dan tiba-tiba pabila menghadap buku

atau assignment-assignment yang tertunggak,dengan tidak semena-mena mereka jadi malas.

Hasilnya, mereka mungkin akan tidak hadir ke kelas, dan jika hadirpun mungkin lambat !

Lalu, lambatlah pula mereka menghantar assignment !

Hrmm…

Lalu, bagaimana ingin mengimplimentasikan konsep disiplin dalam dakwah dan study !

Konsep disiplin dalam dakwah dan study !

Bagaimana ingin mengatasi sifat malas ?

Anda perlu berusaha untuk tidak malas.

Bagaimana untuk berusaha supaya tidak malas ?

Jangan malas untuk tidak bermalasan !

Ya !

Rulenya mudah. Jangan malas untuk bermalas !

Namun untuk tidak malas, itulah payah.

Untuk berdisiplin, itulah payah.

Hal ini bukan sahaja diakui, oleh Stephen Covey dalam bukunya ” 7 habits “

“Habit is a painful things to change”

Bahkan dinyatakan sendiri di dalam Al Quran, satu buku motivasi yang serba lengkap lagi hebat

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri 
mereka sendiri ” (Surah Ar Ra’d :11)



Sukar. Nyata sangat sukar !

Hendak berdikit supaya tidak tidur selepas solat subuh pun sudah struggle, inikan lagi hendak

mengimbangkan masa antara dakwah dan study.

Pastinya perlukan struggle yang lebih besar !

Struggle yang melibatkan niat.

“Kerana apa aku menyertai saf dakwah ini ? “

Jika niat anda murni, segala perkara yang anda lakukan, pasti kerana Allah. Maka bila kerana Allah

semata-mata, pastinya yang terbaik anda inginkan dari setiap pekerjaan.

Dan jangan terkejut, jika anda study dengan baik, perolehi result periksa yang baik, selalu hadir ke kelas,

paling awal menghantar assignment,selalu menjadi rujukan rakan-rakan lain, maka dalam tidak sedar, anda

sebenarnya sedang berdakwah kepada mereka.

Dr Amr Khaled, seorang pakar motivasi terkenal Mesir ada menyebut

“Musibah terbesar umat Islam pada hari ini khususnya (pemuda islam) adalah dengan memandang agama

(Islam) hanya pada masjid ! “

Ya benar !

Islam bukan hanya di masjid !

Tetapi syumul meliputi segenap alam. Segenap aspek, segenap perkara ! Hatta cara membersihkan badan
sekalipun.

Jadi ayuh, mulai saat ini, mari kita sama-sama ubah niat

“Dijalan dakwah ini aku be… ber… belajar ”

Kerana Allah swt semata-mata.

Dan seperkara lagi, berpegang teguhlah pada janji Allah swt ini ;

Barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolong dan mengukuhkan kedudukannya” (Surah Muhammad :7)

Wallahualam.

Biidznillah.

Tiba-tiba teringat kata-kata ini, maafkan saya jika tersilap, “Jika anda tidak dapat menjadikan dakwah

sebagai”prioriti” terpenting semasa alam belajar, amatlah sukar untuk menjadikannya “prioriti” terpenting

pabila sudah bekerjaya dan berkeluarga nanti ”

terasa sangat~

Saturday, 26 May 2012

JEJAK MUSLIM SUPER (JMS)

ALHAMDULILLAH.. 

18-19 Mei yang lalu, saya diamanahkan untuk menjadi biro disiplin & ibadah (DNI) untuk kem JEJAK MUSLIM SUPER (JMS) di SK Bandar Baru Bangi... waahh.. sekolah ni la sekolah rendah saya dulu ^_^

mesti awak tertanya-tanya, macam mana saya boleh jadi biro DNI untuk kem ni.. actually kem ni under PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR (PEPIAS).. entah macam mana ahli-ahli PEPIAS yang lain calonkan nama saya, saya pun tarak tau :D sebab masa pembahagian tugas a.k.a. meeting first, saya tak hadir.. kawan baik saya, hanis je yang pergi meeting ni.. kawan baik saya lagi sorang, yus (yusrina) pun tak datang sebab dia ada hal ape ntah. saya pun lupa.. ahaha (:

Objektif JMS :
  1. Mendidik anak muda mencintai ilmu
  2. Mencontohi keperibadian Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam
  3. Memimpin generasi muda ke arah kepimpinan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam
Sasaran :

         Pelajar bermasalah..

Tugas DNI :

 1. Membantu Pengarah program di dalam melancarkan lagi Program.
2. Meminta peraturan daripada setiap ketua acara bagi menyediakan peraturan di hari program.
3. Membina, menyesuai dan menyelaras undang-undang dan peraturan program.
4. Menjadi komander program.
5. Menjaga ketepatan masa mengikut aturcara program.
6. Mengetuai perjalanan aktiviti rohani di dalam program:
• Melantik imam dan muazzin
• Menyediakan jadual waktu solat
• Mencari dan melantik penyampai tazkirah mengikut slot yang telah disediakan
• Menyediakan bahan-bahan pengisisan untuk aktiviti kerohanian
• Menjadi orang yang bertanggungjawab dalam setiap aspek ibadah, disiplin dan ikhtilat sepanjang program.

Ahli BIRO DISIPLIN & IBADAH (DNI) :

*click pada nama untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut.. ahaha :p


  1. MOHAMMAD HAIZAN BIN MOHD ROZI
  2. AMIR MUZAFFAR BIN ABDUL HALIM
  3. HAMIZAH BT RAJALI
  4. NURUL YUSRINA BT YUSRI
kejadian yang berlaku pada hari Jumaat, 18 mei , jam 3.00 pagi =.='' *esoknya hari Sabtu



RESTORAN ANUGERAH, SEKSYEN 8, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

(= Yus punya, mijah punya, hanis punya =)     



kueh kueh.. tiaw tiaw.. soup soup... kueh tiaw soup mari~ ahaha :D 

tiaw + kueh + ayam + udang + sayur sawi + kicap + sambal + minyak + cili + bawang + fish ball dan digoreng = kueh tiaw goreng + bawang goreng :p

yus tak nak makan.. diet gamaknya.. ekeke ^_^
langsai juga akhirnya =)

terima kasih ya ALLAH kerna Engkau tidak putus-putus memberikan nikmat pada kami.. ALHAMDULILLAH! 

kejam tak kami? time adik-adik JMS, biro-biro & cikgu-cikgu tengah tidur, kami keluaq pi makan.. yolah~ since petang DNI tak berhenti bertugas sampaikan tak sempat nak makan.. last-last, saya (mijah), hanis & yus berpakat untuk makan kat luar.. ada sorang fasi ni, namanya Alya Syarafina.. dia nak itot.. tapi Hanis tak bagi.. al-maklumlah.. Hanis kan Biro Fasi.. so dia nak semua fasi tidur.. sebab mereka diberi amanah time lDK pada keesokan harinya..haha.. kesian alya :p bye alya! =) n kami pun keluarlah... tak sabo dah rasanya time tu.. ye lah.. pengalaman pertama naik kereta yang di drive oleh kawan baik.. agaga~ hanis ada lesen .. n dia bawak kereta mak dia, kereta WAJA.. so.. apa ke lagi.. ROADTRIP lah! ahaha.. memang syyyiiooookkkk lah.. kereta pun tak banyak.. ye lah... waktu orang tidur kan.. hehe..w/pun bahaya untuk anak dara keluar tengah-tengah malam kan.. eceeyyhh~ tapi bukan selalu pOng.. hik3.. n ni lah kali terakhir kami makan bersama-sama sebelum masing-masing menjejakkan kaki ke IPT.. insya-ALLAH.. ada rezeki, panjang umur, kita bersua kembali.. insya-ALLAH (n_n)

KEESOKAN HARINYA..

isi air dalam belon untuk dibaling time KEMBARA MUSLIM (explorace).. ^_^


apa erti di sebalik Ukhwah seperti belon (usb) ?

sebelum saya menjawabnya.. saya mahu ajukan soalan.. bagaimana kita nak jadikan belon itu menjadi kembang? ok.. takpe.. terima kasih untuk jawapan anda w/pun anda belum sempat memberikan jawapan.. haha.. sebenarnya ada banyak cara untuk jadikan belon yang pada asalnya tadi kempis, menjadi kembang.. betul kan? jadi di sini saya nak ambil salah satu cara.. dengan cara meniup.. bila kita meniup ke dalam belon tu, maka isi kandungan dalam belon tu of coz la carbon dioxide kan.. makin kita tiup, makin membesar saiz belon.. ceewwaahh.. macam HYPOTHESIS plak dah.. HAHA :D

jadi, apa kaitannya dengan ukhwah ? ya. memang ada kaitan.. bila kita berukhwah, anggaplah :


BELON = SAHABAT

MULUT (AIR SOURCE) = DIRI KITA

CARBON DIOXIDE = TEGURAN, NASIHAT AD-DEEN

SAIZ BELON = TAHAP IMAN

Apabila kita bersahabat dengan seseorang kerana ALLAH, maka jadilah kita seperti MULUT (AIR SOURCE) yang meniup BELON (SAHABAT) dengan CARBON DIOXIDE ( TEGURAN, NASIHAT AD-DEEN).. kita nak masuk syurga kalau boleh tak nak lah masuk syurga sorang-sorang kan? kalau boleh semua orang yang kita sayangi, kita cintai pun turut sama masuk syurga (insya-ALLAH).. bila kita terus tiup dan tiup dan tiup, maka saiz belon itu menjadi semakin membesar.. jadi, antara peranan seorang sahabat ialah sentiasa menasihati & mengingati sahabatnya ke arah jalan yang diredhai ALLAH.. pabila roh insani sering dinasihati dengan kebaikan, maka akan bertambah mantaplah iman dalam diri (SAIZ BELON-TAHAP IMAN)..

Ingat yer bila kita berukhwah.. USB is not for Universal Serial Bus (USB).. but USB stand for UKHWAH SEPERTI BELON (USB) ^_^ oke.. hehe

awak, saya, kamu, dia, kita.. JANJI yeerrr.. USB ! (=
*maaf kalau analogi saya ini merunsingkan fikiran anda.. haha (:

SAYA NAK BALING BELON NI.. KITA TENGOK SAPE YANG KENA! HEHEH~ >.<''     

 USAI MAJLIS PENUTUP..

dalam gambar ni cuma sebahagian daripada BIRO-BIRO & FASI-FASI.. ramai lagi sebenarnya ^_^
Sampai sini jelah ceritera saya.. sebenarnya ada banyak lagi ceritera tentang adik-adik (peserta JMS) ni.. tapi dah tak larat nak taip dah.. PENAT.. oke, bye.. ALASAN! ): doa-doakanlah agar ALLAH izinkan saya untuk menulis tentang mereka.. insya-ALLAH.. ma'assalamah wa ilalliqo'.. wassalam.. (:


Monday, 14 May 2012

LUKA YANG BELUM DITUNTUT !!


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.... 


Enam Dekad Nakbah !!

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

jadi apa peranan kita untuk membantu saudara mara kita di Palestin? jom cakna! mereka perlukan kita, tangisan mereka turut terasa di hati kita :'(
jika hari ni mereka kembali menghadap Ilahi kerana berjuang untuk memerdekakan diri dari kecaman Zionis, bagaimana pula kita nanti apabila menghadap Ilahi , apakah tanggungjawab kita sebagai saudari seaqidah yang bertaut dihati utk memberi jawapan kepada Ilahi?

mohon kawan-kawan utk share HARI NAKBAH 15 MEI ini , moga peringatan ini dapat membantu mengingatkan peristiwa ini, menyentuh hati, mengasah rohani , ingatlah! sesunnguhnya isu Palestin adalah isu hingga ke hari akhirat, setiap Muslim akan ditanya apa yang telah dilakukan untuk membantu saudara di Palestin

* HARI NAKBAH! hari yang sangat menyayat hati *



Oleh: Muhamad Saddam Jamaludin Sa (Honoured Strider)