ahlan wasahlan..


Showing posts with label baiti jannati. Show all posts
Showing posts with label baiti jannati. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

UMMI.


Hari ibu bukan sehari setahun tp setiap hari kita perlu meraikan ibu kita.... selama mereka masih hidup teruskanlah berbakti kepada mereka sebelum semuanya menjadi terlambat... Kepada yang tiada ibu buat la amal kebaikan byk2 supaya ibu bapa kita juga dapat pahalanya... Insya'Allah..... Amin....


KAKNYAH SAYANG UMMI!!! 

Tapi maafkan kaknyah ummi..kaknyah tak dapat jadi anak yang baik & solehah lagi ):

Ummi doakan kaknyah ok.. insya-ALLAH~

UMMI,
Seorang ibu yang sudah bayak berjasa buat diri,
Dikaulah ratu hati,
Syurgaku terletak di telapak kaki ummi,
Maafkan anakmu ini,
Jika tidak dapat menjadi anak sebagaimana yang dihajati.

UMMI, ANAKMU INI TERINGIN MELIHAT DIRIMU BAHAGIA!

Izinkan diriku untuk membahagiakan dirimu...
 
p/s : syahdu tengok video ni kat fb -->  i love u UMMI! ^_^

Monday, 6 May 2013

Konflik seorang anak.

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Kehadapan blog kesayanganku yang sudah ku jadikan ia sebagai diari hidupku, terima kasih kerana sudi nak dengar luahan hati saya ni.. hurm.. T_T

AL-KISAH...

Semalam dah sedih, nangis2 bagai sebab dapat khabar yang TGNA mengundurkan diri, means bersara...

Pagi ni plak, hati rasa cam nak nangis, tapi mata tak gugurkan lagi titisan jernih.

Disebabkan buya kerja malam, dan pagi ni dia free, buya ajak pergi klinik disebabkan penyakit resdung saya ni. Tapi saya tak nak pergi sebab ntah berapa puluh kali ntah saya pergi klinik kerajaan Bangi, tapi doktor still bagi ubat/pil yang sama.

Actually sebelum buya ajak pergi klinik, saya dan buya bersiap2 untuk buat passport. Tapi tujuan asal terbantut atas 1 sebab (yang nanti saya akan ceritakan dalam entri yang bakal di postkan, insya-ALLAH).

Aduh, lau pergi jugak hari ni, cam takde beza jer. Merosakkan buah pinggang adalah. Terpaksa nak tapis dadah yang ambil masa berminggu-minggu untuk nyah daripada buah pinggang..

Actually saya ni anti-ubat hospital kerajaan. Uhuuk~

Kat hospital kerajaan, saya lihat doktor2 rawat gitu2 je n still bagi ubat yang sama.. Lau kat hospital/klinik swasta plak, saya lihat bezanya, para doktor bersungguh2 merawat pesakit.

Ye, saya faham kenapa ada perbezaan tu. Sebab hospital/klinik kerajaan ni, tak kena bayar. Lau bayar pun rm1 je. That's why berduyun2 orang sakit n para doktor un penat nak merawat. Lagi2 kes yang sama.. Tapi itulah kenyataan yang perlu dihadapi bagi mereka yang bergelar doktor..

Daann.. disebabkan itulah pukul 10 pagi tadi buya marah saya sebab tak nak pergi klinik kerajaan Bangi. Sebab saya tahu nanti banyak masa yang diluangkan untuk menunggu dan hasilnya...still sama.. baik saya gunakan masa tu untuk buat preparation untuk saya mengajar petang ni. huu~

Waa.. rasa bersalah kat buya pun ada.. tapi saya ada pendapat hati saya sendiri..

#sayacumanakdifahami.dansayabukananakyangbaik ):

IBU! IBU! IBU!

Bismillahirahmanirahim

Sedikit perkongsian kesah pendek berhasrat untuk mengingat anak-anak terutamanya pada musim peperiksaan yang bakal menjelang. 

-----------------

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.


Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."


Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka. 

Kredit kepada penulis yang berkongsi ! Semoga Allah ALlah merahmati nya

*copied from MedicMesir.
 

Saturday, 4 May 2013

Malam ukhwah kami ^_^

Alhamdulillah..

Jengjengjeng...Kejadian yang berlaku pada malam semalam (Sabtu malam) bermula selepas maghrib (:

Pukul 6 petang, ummi keluar rumah. Pergi Kedai Aldimi katanya, untuk ambil barang2 yang dah di order dari dalam katalog.

Pukul 7.30, eeh, saya pergi ke ruang tamu, eehhh.. telekung baru..lawanyaa!! comel ^____^ hee~
Ummi belikan telekung baru untuk adik bongsu saya, Hayatun Syamilah yang berumur 8 tahun (:

Kata ummi buat adik : "haa..ummi dah belikan telekung baru ni, lepas ni kena rajin solat ehh.."

Haha.. Azan isya' pun berkumandang.. Saya pun ajak la adik sulung saya untuk solat jemaah sebab dia baru lepas mandi wajib.. hihi ^^ Sementara tunggu adik sulung saya ambil wudhu', saya masuk bilik tidur ummi & buya. Sebab buya panggil suruh tengok adik bongsuku solat isya dengan menggunakan telekung baru dia.. hee~

"eehhh..adik solat guna telekung baru..?? adik solat guna telekung baru..."
 (entah brape kali ntah buya ulang sambil ketawa kecil. time ni buya tengah siap2 untuk ke surau..haha ).

"Adik ni solat sebab telekung baru ke ape ni?.. haha", tambah buya lagi.

Kedengaran suara ummi menyuruh buya tangkap gambar.. eeh.. lepas tu, buya pass plak dekat saya, untuk ambil gambar.. haha.. ni ha gambarnyaa...

jelez plak tengok telekung adik. kat kepala dihiasi dgn reben. Kain telekungnya plak ada corak cendawan, yg pada mulanya buya ingatkan corak ais-krim.. haha.. saya dgn buya memang 1 kepala :D
Adik, solat bukan sebab telekung baru yee.. tapi solat kerana ALLAH. ^___^ moga adik jadi wanita SOLEHAH yang dirindui syurga-Nya..insya-ALLAH =)

*lau nak pergi jalan2, mesti kita nak pakai baju cantik2 kan? haaa.. tp kenapa plak lau kita nak menghadap ALLAH, kita tak hiaskan diri kita dengan cantik dan berwangi-wangian kan..huhu..aku kagum dengan ummi! ^_^

Lepas tangkap gambar adik, dan kebetulan pula adik sulungku sudah selesai mengambil wudhu', kami pun mulakanlah solat jemaah kami dengan iqomah.. Adik sulungku iqomah sejurus selepas iqomah dari surau rumahku.

Dalam hati, YA ALLAH! Terima kasih kerana Engkau izinkan kami untuk solat jemaah bersama-sama lagi. Memandangkan saya dah habis matrik, lepas ni boleh la selalu berjemaah dengan adik2. Lau kat hostel KMNS, saya solat jemaah dengan roomate dan kadang2 bilik depan saya pun join jemaah sekali.. ya ALLAH..indahnya hidup ini jika ibadah kepada-NYA dilakukan secara berjemaah.. =)

Masa mula2 masuk sem 2, saya jarang balik ke rumah disebabkan tugasan yang bertimbun T_T tapi alhamdulillah, ada 1 minggu tu, saya balik rumah dan solat jemaah dengan adik sulung saya.. dan time nak balik KMNS, tetiba dapat sehelai kertas..


Terharu kutt.. berbunga-bunga hati bila baca.. ayat bombastik + romantika.. haha.. tak sangka.. hihi ^_^ tapi yang slack nya kat sini, 'Doktor Hamizah Anak Rajali'... Anak? huh~ kaknyah orang ISLAM la kakyang.. orang ISLAM guna BINTI.. adooyyaaiii.. haha :D
Dan sejak bila pulak kaknyah sedih? sampai tulis 'dont sad'.. haha..

Pape pun, terima kasih dik. Insya-ALLAH lepas ni kita lazimkan solat jemaah k.. (: Moga jadi wanita SOLEHAH yang dirindui syurga, okeng?! bi iznillah..

Lepas kami satu keluarga masing2 selesai solat berjemaah,si buya dan si abanglong baru balik dari surau yang jaraknya hanya belasan langkah dari rumah, tetiba buya kata teringin plak nak makan satay.. tuptup, buya suruh abanglong beli satay baung.

Lebih kurang pukul 10 malam, kami sekeluarga pun melantak satay bersama2 ^___^ petang tadi ummi dah masak nasi beriani.. hehe..

*Tetiba teringat kat sorang hamba ALLAH ni, family dia pun bakar satay.. hee~

YA ALLAH.. terima kasih atas anugerah keluarga yang bahagia ini..

Dah lama kami tak berkumpul dengan bilangan ahli keluarga yang cukup macam sekarang ni. Lebih kurang 2 minggu sebelum saya habis matrik pada hari Selasa, 30/4/13, ummi & buya pergi penang, ambil abanglong yang sudah pun menamatkan pengajian diplomanya dalam kos civil engineering..

ALHAMDULILLAH ^_____^

Moga kami berkumpul semula di dalam jannnah-Nya untuk kehidupan yang kekal abadi.. insya-ALLAH..aamiin!

p/s : petang ni ummi kata lepas balik undi, ummi nak masak kek.. haha.. elok sangat la tu.. dalam hati baru je niat, nak masak kek coklat.. rasa terliur plak.. al-maklumlah, saya ini penggemar kek.. tak kisahlah kek apa.. asalkan ada perkataan kek.. semuanya mahu dicuba..tak tahulah kenapa..ahaha :D kekadang sampai terlintas di benak fikiran, takut kena diabetes plak dah tua nanti. adduuhh.. na'udzubillah..hihi..

Ok lah.. sampai di sini sahaja dari hamba yang mendambakan redha-Nya sepanjang masa. insya-ALLAH..

Assalamu'alaikum wbt.. (:

HBr,
12.27 p.m.,
Ahad,
5 Mei 2013,
25 Jamadil Akhir 1434H.

Saturday, 30 March 2013

P.U.N.A.H.

Ku mulakan catatan tinta kehidupanku dengan lafaz suci BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..

P for PUJIAN

Aku tidak kuat. Aku tidak suka dipuji. Kerana pujian mampu membuatkan imanku lemah, hatiku dipanah, imanku diuji. Sesungguhnya segala pujian hanya layak dikembalikan kepada-Nya.. Justeru, usah puji hamba ALLAH yang sangat hina ini. Aku tidak layak. T_T

U for UJIAN

Pujian - P = ujian. am i right?

ALHAMDULILLAH. Sejak minggu lepas, aku, ummi dan buya sibuk menguruskan segala dokumen untuk menyambung pengajianku ke timur tengah. Berbagai-bagai ujian diberi-Nya. 2, 3 malam mataku bengkak kerana menitiskan air mata atas beberapa sebab. Sebabnya biarlah rahsia.. Kerana ianya berkaitan dengan aib orang.. (:


 
N for NIKMAT

ALLAH, terlampau banyak nikmat yang telah Kau kurniakan buat hamba-Mu yang serba-serbi penuh dengan kelemahan ini. Engkau terus menerus memberi nikmat meskipun aku sentiasa melakukan maksiat pada-Mu. Sungguh Engkau Maha Penyayang.
Pilihlah untuk sabar & redha.. walaupun kita ada alas an untuk kecewa..
Hari ini, Engkau mengeratkan silaturahim antara kami adik-beradik. SUBHANALLAH~ Hari ni dapat hadiah ni :


Adik sulungku, kakyang : “kaknyah, nak hadiah hari jadi tak?”

Si kakak, kaknyah : “hah? Hadiah hari jadi? Hari jadi tahun ni ke tahun lepas? ..hurm.. mestilah nak.. mana hadiahnya?“ (ke-pelik-an rasanya. Tetiba hati berkata2 --> aiikk? Sbb dia tau aku nak fly ke? So sbb tu la dia nak bg ‘something’ kat aku be4 aku fly.. takut rindu gamaknya.. heheh)

Kakyang : “pejamlah mata dulu.. cepatlah… tak pejam siap ehh.. jangan bukak mata! “

Aku pun akur pada arahan meski mata bukak tutup bukak tutup. Heheh.

Kaknyah : “ye.. cepatlah.. hadiah ape la tuu..”

Krik..krik..krik.. tetiba terasa sesuatu yang nak disarungkan ke leherku. Rupa-rupanya…

Kaknyah : “hah… ouuhh.. rantai rupenyer.. waahhh~”

Adik sulungku menjerit. Tersentak.

Kakyang : “Eeeiisshh.. orang kata jangan bukak mata..”

Lantas cepat-cepat dia menyarungkan rantai ke leherku.

Ouucchh.. sweet tak kami? Hehe..

Tau tak..yang paling sweetnya, kakyang beli 3 rantai yang sama. Satu untuk dia, satu untuk kakak dia ni haa.. n lagi satu adik ke-2 ku.. cian adik bongsuku tak dapat rantai.. hehe.. ye lah.. dia baru darjah 2 kuutt.. pergi jalan2 pun kekadang tak pakai tudung.. kena ragut nanti, sape yang susah.. na’udzubillah..

ALLAH, thanx for all the things that You gave us (:

Moga kami sekeluarga bersama-sama kembali di dalam jannah-nya kelak.. insya-ALLAH, aamiin! ^_^

A for AMANAH

Hamba ALLAH yang jahil ini telah diberi amanah untuk menjadi salah seorang naqibah alumni KMNS. Mad’u ku ada 2 orang pada asalnya. Namun, kira-kira 3 minggu yang lepas, moderator ketika aku menjadi panel  dalam forum yang diadakan oleh pihak kolej, iaitu Najmuddin yang membawa maksud ‘bintang agama’, meminta kebenaranku agar seorang muslimah yang merupakan classmate nya untuk menjadi mad’u ku.. Katanya, muslimah A memberitahunya bahawa dia teringin untuk melibatkan diri dengan usrah sebelum habis matrik, meskipun hanya sekali. Lantas aku menerimanya dengan penuh kesyukuran kerana ISLAM sudah mempunyai seorang MAWAR AGAMA yang mahu menuju kebaikan & redha-Nya.. insya-ALLAH..

alhamdulillah.. aku merupakan salah seorang daripada ahli usrah alumni KMNS. Usrah alumni, yang mana kakak2 & abang2 seniors akan turun KMNS untuk mengetuai usrah dan usrah alumni acapkali diadakan pada hujung minggu. Hanya naqib & naqibah yang akan join usrah alumni. Seterusnya, kamilah yang diberi amanah untuk menyampaikan isi2 usrah alumni terhadap mad’u kami. Begitulah prosesnya.

Namun, ALLAH tidak mengizinkan aku untuk berusrah hingga hari ini.. 3 minggu lepas, aku diberi amanah untuk menjadi naqibah. Minggu lepas, aku pulang ke rumah untuk menguruskan dokumen dan sudah pun merancang untuk tidak balik ke rumah sehingga tamat matrik, iaitu pada 30/4/2013. Alasan? Nak meluangkan masa untuk study & teman sebilikku yang kau memang debooww! Hee~ =))

Namun itulah lemahnya perancangan kita sebagai manusia. Perancangan & aturan-Nya lah yang Maha Hebat. 

Tuptuptup..i go back on this weekend. AGAIN. Sebab gambar pasport tak cukup. So, semalam 
 (jumaat) balek tumpang kawan. Driver ayah dia hantar sampai rumah. Terima kasih pakcik.. hee :D 

So, pagi tadi sebelum pergi  UPM, singgah la kedai gambar. Tangkap gambar passport 20 keping.

Alhamdulillah.. selesai bayar deposit & serahkan dokumen kepada pihak Medic Mesir.

Kat KMNS, ura-ura mengatakan yang minggu ni minggu last students balik. Sebabnya…

1.       Next week minggu last kuliah.
2.       Minggu depannya lagi, minggu study week.
3.       Dan minggu yang seterusnya, final exam, PSPM 2.

Bermakna, setelah 2 minggu exam, maka berakhirlah gelaranku sebagai pelajar matrikulasi nogori sombilan.. 

Insya-ALLAH.. *rasa sayu mulai terasa~

Harapanku :

1.       Mengadakan usrah setiap minggu sebelum exam. Means, ada 2 minggu, minggu depan & minggu selepasnya. YA ALLAH, yang membolak-balikkan hati kami, tuntunlah kami ke jalan redha-Mu, agar kami bahagia di dunia & di akhirat. Harapku lagi, agar impak usrah ini membekas di hati kami

2.       Score 4.0 for my last sem.

Insya-ALLAH..

H for HAMIZAH=yang cantik, yang bijaksana(maksud nama) or HIKMAH?

Of coz la HIKMAH.

HIKMAH yang mempunyai 1001 rahsia cinta-Nya ^_^

Just for ‘the last but not least’, before I end my words, everything that was happened in our life is fulfill with HIKMAH & His blessing. As what my teacher, Madam Jacq said during an English class, “everything happen must be a reason”. Setiap yang berlaku, mesti ada sebab. Meskipun kekadang, apa yang menimpa kita, kita merasakan ianya suatu keburukan, namun ketahuilah bahawa ALLAH itu tidak menzalimi hamba-Nya. Dia tidak pernah membiarkan hamba-Nya ‘menangis’. Dia menghargai kita sebagai manusia dengan cara menghidupkan kita di bumi-Nya.

Salah satu hikmah kita hidup di dunia, adalah kerana kita PASTI tidak sampai ke kampung akhirat sekiranya kita tidak ‘singgah’ di dunia ini dahulu. Untuk sampai ke akhirat, kita perlu harungi kehidupan di dunia. Dan di dunia, ALLAH memberi kita pilihan. Untuk menjadi hamba ALLAH, atau hamba syaitan laknatullah..

Allahu Ta'ala A'lam..

PILIHAN DI TANGAN ANDA =)

Akhirul kalam, ku sudahi dengan surat cinta-Nya dalam surah An-Naml, ayat 62.

“Bukankah Dia(ALLAH) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah di samping ALLAH ada tuhan(yang lain) ? Sedikit sekali(nikmat ALLAH) yang kamu ingat..”

1st taklimat (: (last week)

my hero (:
otw nak balik setelah menyerahkan dokumen + bayar deposit pd pihak MM tengah/hari tadi :)


Thursday, 8 November 2012

Hati tenang kembali =)



Alhamdulilah..

Milik-Mu segala apa yang ada di bumi dan di langit..

Syukur ya ALLAH!

Hari ini Engkau datangkan kegembiraan & ketenangan pada malam hari setelah Engkau

membiarkan air mataku membasahi pipi di pagi dan di petang hari.

Jujur aku katakan, sejak pagi tadi hingga petang hari, aku merasakan hidup aku ini

kosong.. hati ini kosong.

Lantas aku luahkan segalanya melalui air mata dan bermonolog dengan Tuhan yang

Maha Esa..

Bagi mengubati kesedihan, lantas aku membuka buku ’12 Wanita Teladan’..

Aku hanya sempat mengkhatamkan bab 1, yakni berkaitan dengan Sayyidah Khadijah

Binti Khuwailid Bin Asad Bin Al Uzza pada petang hari..

Alhamdulillah! Berkat ilmu-Nya, hatiku sedikit terubat.. ;)

Dan perkara yang lebih membahagiakan setelah kesedihan menerjah diri ( yang aku

rasakan entah mengapa aku bersedih, atas sebab apa, aku pun tidak pasti), ialah aku solat

maghrib berjemaah dengan Ratu Hatiku, ummiku sayang ^_^

Dan, memandangkan ummi baru sahaja usai mengajar anak-anak permata Islam mengaji,

dan solat fardhu isya’ pun telah masuk waktunya, aku mahu berjemaah lagi dengan

ummi.. namun aku lihat adik bongsuku sedang mencabut uban ummi..

Aku tidak mahu mengganggu..

Tanpa berlengah, aku mengajak adik sulungku untuk solat berjemaah denganku..

inilah tempatku beradu dan di kamar inilah aku solat isya' berjemaah dengan adik sulungku buat pertama kalinya setelah aku bergelar sebagai pelajar matrik ;)


SUBHANALLAH!

Nikmat apa yang Kau berikan ini ya ALLAH!

Kini, dengan izin-Mu.. hati aku basah dengan ketenangan yang tidak mampu ditafsirkan (-^_^-)

YA, AKU BAHAGIA DENGAN SEMUA INI!

Sebabnya?

Sebab aku jarang berjemaah dengan ahli kerabatku yang kusayangi kerana ALLAH..

Kekangan ini kesan daripada kehidupanku sebagai pelajar asrama di kolej matrikulasi

negeri sembilan..

Apa kaitannya?

Kaitannya, aku jarang pulang ke rumah dek kerana pembelajaranku di matrik yang

merupakan fast track. So, faham-faham je lah.. belajar tak sampai setahun pun, tapi

silibus sama macam mereka yang ambil diploma.

Aku gunakan masa hujung mingguku untuk mengulangkaji pelajaran.

ALHAMDULILLAH, ALLAH masih beriku peluang untuk berjemaah dengan mereka..

Aku pulang ke rumah sebaik sahaja selesai menduduki kertas terakhir final exam hari

selasa yang lalu, dan aku ada 4 hari sebelum menduduki M.U.E.T. test. Lantas, aku

mengambil kesempatan cuti 4 hari tersebut dengan pulang ke rumah, kerana selepas

M.U.E.T. test, aku akan habiskan seminggu

daripada cuti sem (2 minggu je) dengan menghadirkan diri dalam tarbiyah qalbun, yakni

kem Jambori Remaja Islam dan mengeratkan lagi ukhuwawah islamiyyah dengan

sahabatku di KMNS. Means, lepas habis kem, terus tidur rumah sahabat ana.

Dan insya-ALLAH, dalam perancangan kami, kami mahu berjalan di bumi ALLAH (KL)

dan kalau diizinkan-Nya, mahu menziarahi masjid yang ada di KL.

Mencari ketenangan abadi,

Mengu’zlahkan diri, 

Menuju CINTA ILAHI!

p/s  : ALHAMDULILLAH.. baru tadi ummi suruh tandatangan pada 2 helai kertas untuk menerima cek 

perkapita, RM 200+ ^_^ALHAMDULILLAH!

k bye! mahu melantak pizza hut dengan usrati !

Wassalam..

=)