ahlan wasahlan..


Showing posts with label MUSLIM MUKMIN MUJAHID. Show all posts
Showing posts with label MUSLIM MUKMIN MUJAHID. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

KU TITIP SATU ♥KU YA ALLAH ..


bismillahirrohmanirrohim..

Semoga cinta ini adalah cinta misi bukan cinta nafsu..Sehingga mampu membuatkan diri ini lebih ikhlas dan bersabar dalam setiap proses dan juga setiap penantiannya..

KU TITIP SATU CINTAKU YA ALLAH ...

Ya Allah, Maha Pemilik Cinta..
Aku titipkan satu cinta itu padamu, jangan Kau hadirkan dulu saat ini, jadikanlah cinta itu sangat indah suatu saat nanti.. ketika waktunya telah tiba.. Waktu yang paling tepat dengan seseorang yang tepat, yang telah Kau persiapkan sejak dulu..

 

Titip satu cinta itu Ya Allah ..
Cinta yang akan membuatku semakin dekat dengan-Mu, cinta yang membuat si dia juga semakin dekat dengan-Mu.. Cinta yang membuat kami semakin mensyukuri betapa luas nikmat dan kurnia-Mu, dan membuat kami saling membimbing untuk mencapai keredhaan-Mu..

Titip satu cintaku Ya Mushawwir,,
cinta yang mampu menghasilkan sebuah keluarga yang sakinah, cinta yang mampu menciptakan sebuah rumah yang hangat yang akan menjadi tempat bangkitnya peradaban agama-Mu..

Titip satu cinta itu Ya Malik ..
Cinta yang darinya aku mampu melahirkan para mujahid dan mujahidah yang hebat.. yang senantiasa bersiap siaga membela agama-Mu di mana sahaja.. Ksatria yang tidak pernah takut malawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh Rasul-Mu..

Titip satu cinta itu Ya Rabb..
Jagalah kami, bimbinglah langkahan kami,,
sehingga kami mampu bersama-sama menempuh dunia yang fana sebagai satu destinasi yang perlu ditempuhi untuk ke negeri akhirat yang kekal abadi..

Titip satu cinta itu Ya Rahman..
cinta yang dengannya aku mampu mempelajari banyak hal, dan si dia pun turut mempelajari banyak hal, sehingga kami mampu saling mengisi dan semakin berkembang ‘adunan’ iman kami kerana cinta itu..

Titip satu cinta itu Ya Waliyy,,
Bimbing langkahannya, mudahkan urusannya, luaskan rezekinya, dan jaga dia untuk tetap berada di jalan-Mu, mudahkanlah jalannya dalam menemukan aku di sini..

Titip cinta itu Ya Karim,,
Jadikan hidupnya senantiasa bermanfaat, dan jangan lengahkan ia dengan fananya kehidupan dunia.. Semoga saat ini pun ia sedang berjuang di sana, senantiasa berjuang untuk menggapai Syurga-Mu.. Jadikan ia orang yang bersungguh-sungguh untuk kehidupan dunia dan lebih bersungguh-sungguh untuk kehidupan akhiratnya..

Titip satu cinta itu Ya Ghaffaar,,
Jadikan ia orang yang selalu mempelajari agama-Mu, orang yang selalu menyeru kepada agama-Mu.. jadikan ia Murobbi yang terbaik untukku dan anak-anakku kelak, jadikan ia murobbi terbaik untuk keluarga dan masyarakat..

Titip cinta itu Ya Hafizh,,
Jaga aku dan jaga si dia sehingga waktu yang Kau tetapkan tiba, dan jadikanlah kami hamba2-Mu yang senantiasa bersabar dan bersyukur..

Titip
itu Ya Rabb..

Insya-ALLAH, aamiin..

(gambar sekadar hiasan)

p/s : awak, hati-hati di sana (SERAMBI MAKKAH) .. moga ALLAH permudahkan segala urusan.. insya-ALLAH, aamiin!

Tuesday, 8 May 2012

Akhi, andai sahaja dikau mengetahui..

ALHAMDULILLAH dengan apa yang ALLAH beri..

Akhi, andai sahaja dikau mengetahui..



Andai saja ikhlas itu mudah:) andai saja iman itu kuat :) andai saja redha itu utama :) maka kita akan pasrah

Hakikatnya..
Cita-citaku masih belum lagi menjadi realiti..
Kerna apa yang aku hadapi kini..
Hanyalah PELUANG yang diberi-Nya untuk merealisasikan cita-citaku menjadi realiti..

TO BE A SPECIALIST obGyn!
Kita memang nak sangat benda tu , tapi lebih baik kita memikirkan apa yang telah ALLAH rancang terbaik untuk kita :) Insya-ALLAH kita akan rasa bersyukur sangat2 :) Sesungguhnya menikmati dan mensyukuri lebih indah dari mengharap :)
"“Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal..” (Ali-Imran : 159 )"
Akhi,
Andai sahaja dikau dapat merasai..
Hati ini terasa pilu sebenarnya..
Kerna tidak mendapat jawapan yang tepat darimu..
Universiti manakah yang akan dikau jejakkan kaki selepas ini?
Malang sekali aku..
Kerna tidak mengetahui..
Sebaliknya..
Dikau telah pun mendapat jawapan dari rahsiaku..

Aku sedar..
Aku ini bukanlah sesiapa dalam hidupmu..
Tiada yang istimewa..
Lainlah 'ukhti' yang 'rapat' denganmu itu..



Dan di luar sana..
Sudah kutemui..
Terlalu ramai muslimah yang jauh lebih baik & solehah..
Aku?
Menjadi anak yang solehah pun belum..
Manakan mungkin mahu bersahabat dengan lelaki soleh sepertimu..
Yang sudah pasti menjadi rebutan mawar agama..
Bahkan..
Bukan engkau yang tidak layak buatku..
Tapi..
Akulah yang tidak layak buatmu..

Dakwah itu kerja Nabi.. kerja yang sangat mulia di sisi Sang Khaliq..
Dakwah itu telah menjadi cintaku..
Mana mungkin aku mampu berpisah dengannya..
Dikau berkata bahawa aku sudah pun merasai manisnya perjuangan..
Namun..
Andai sahaja dikau mengetahui..
Dalam perjuangan yang aku tempuhi..
Aku hanya merasai kemanisan dalam kepahitan..
Namun..
Tiada alasan untuk aku berhenti daripada melakukan kerja ini..
Kerna dakwah itu wajib ke atas setiap mereka yang bergelar muslim..
Usahlah dikau cemburu..
Kerna aku mengiringimu dalam doa..
Jua bersama-sama merangkak menelusuri liku-liku perjalanan kehidupan..
Insya-ALLAH~

"Setebal mana awan DERITA pun akhirnya PASTI sinar mentari BAHAGIA akan menyapa..
*Allah. Kami mohon secebis ketabahan daripada ketabahan rasul-Mu yg tercinta."
Jangan kau MIMPI untuk mengecapi BAHAGIA. andai dirimu tidak bersedia melakukan PENGORBANAN bermakna.
*renung. fikir. zikir.
p/s : mimpi itu memang benar.. dikaulah orangnya.. meski aku tidak pernah meminta untuk bermimpi seperti itu.. tapi entah mengapa ALLAH yang izinkan mimpi itu berlaku.. hingga kini aku masih menanti apakah hikmah di sebalik semua itu..dan aku mengharapkan.. agar lelaki soleh itu adalah dirimu.. meski aku sedar.. aku ini bukanlah MUSLIMAH SOLEHAH.. seperti yang engkau harapkan.. (T_T)

# namun.. jauh di sudut hati.. aku mengharapkan agar dikau tidak lupa mendoakanku & muslimah yang lain dalam doamu.. agar kami menjadi mawar agama, MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH! insya-ALLAH, aamiin!

Saturday, 7 April 2012

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥
 

Dulu, 
 Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
 
Kini,
 Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
 

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
 
Dulu,
 Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul...