ahlan wasahlan..


Showing posts with label cinta di jalan-Nya. Show all posts
Showing posts with label cinta di jalan-Nya. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

JADILAH IMAMKU SELALU..


Izinkan aku mencintaimu karena ALLAH wahai IMAMku yang masih tidak lagi aku ketahui siapa.




Ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku..

Berdoalah pada ALLAH dan mintalah hanya pada-NYA..
Dan berusahalah, kerana ku hanya insan yang tiada upaya.
Dan ALLAH lah pemilik nyawaku,

Mohonlah pada DIA yang hak..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH dan milikilah cintaku kerana agama-NYA dan milikilah jiwaku kerana-NYA..

Sekiranya dirimu telah siap, maka dapatilah aku kerana-NYA..
Dan aku di sini tetap menantimu di atas sejadah cinta-NYA..



Kita berkenalan--> ALLAH yang rancang.
Kita rasa suka --> ALLAH yang beri.
Kita bernikah --> ALLAH yang taqdirkan.
Kita bersama --> ALLAH yang atur.
Kita berbahagia --> ALLAH yang detikkan.





Kau jadilah imamku selalu..
yang dapat mengajarku untuk mengorbankan seluruh hidupku, jiwa dan hartaku untuk kepentingan da'wah dijalan ALLAH..

Kau jadilah imamku selalu..
yang dapat mengajarku untuk redha akan hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya kehidupan..
yang mengajarku apa itu ZUHUD..

Kau jadilah imamku selalu..
yang dapat mengajarku untuk selalu menjaga kehormatan & maruah diriku serta taat beribadah kepada-NYA..

Kau jadilah imamku selalu..
yang dapat mengajarku untuk menyediakan tempat tertinggi dalam hatiku, yakni rasa CINTA kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA dan RASULULLAH SALLAHU 'ALAIHI WASALLAM melebihi kecintaanku padamu wahai imamku..

Kau jadilah imamku selalu..
yang dapat membimbingku untuk selalu berjalan di atas jalan-NYA..

Kau jadilah imamku selalu..
yang akan selalu mengingatkanku untuk selalu mengingat-NYA..

Kau jadilah imamku selalu..
yang akan selalu bersamaku untuk sama-sama merasai pahitnya perjuangan kerana-Nya..
kerana destinasi utama kita ialah SYURGA-NYA!

Aku sangat berharap agar ALLAH memelihara perasaan ini,
Perasaanmu untukku dan perasaanku untukmu..
Hingga tiba waktunya kita ditakdirkan bersatu dalam jalinan yang diredhai-NYA...



wallahua'lam wa insya-ALLAH..


Ketahuilah wahai engkau yang mana namamu sudah termaktub di Luh Mahfuz sebaai imamku,
Aku tidak mengimpikan lelaki segagah Ali B. Abu Talib
Aku tidak mengimpikan lelaki setegas Umar Al-Khattab
Aku tidak mengimpikan lelaki sebijak Lukman Al-Hakim
Kerna aku tahu tiada lelaki sehebat mereka
Biarlah aku mencari lelaki yang mencari keredhaan-Mu
Lelaki yang mencari petunjuk dan rahmat-Mu
Bersama-sama aku dalam membina nur Islam yang semakin menghilang
Hilang disebabkan penipuan dunia!




#aku hanya impikan insan yang biasa yang mengikuti perintah-MU..# =') ♥


Biar kau tiada di mataku asal kau berada bersama Penciptaku dan juga Penciptamu yang menjanjikan pertemuanku denganmu di SYURGA milik Sang Pencipta yang mencipta rasa CINTA!

Wallahua'lam wa insya-ALLAH~ (^_^)

p/s : kupujuk hatiku, agar tidak terlalu mengharap. Aku yakin pada janji-Nya! Kudoakan, agar dikau berjaya menemui bidadari hatimu, yang lebih baik dariku. Wallahua'lam wa insya-ALLAH..


 ~~..♥♥..~~


CINTA lagi >.<''

Madah yang ana copy daripada facebook Hilal Asyraf of LangitIlahi :

 Cinta itu pisau dua mata.
Dia boleh membawa kebaikan,
dan juga boleh melukakan kita semula.

Maka adalah kurang bijak mereka yang mengamalkan cinta,
tanpa berjaga-jaga,
dan kurang cerdik mereka yang mengamalkan cinta,
dalam keadaan sempit tidak terkira.

Cinta itu perlu sederhana,
faham agama-Nya,
dan menggerakkannya dengan penuh keyakinan di dalam jiwa.


 '' Jatuh cinta tidaklah berdosa.. "

Yang menjadi dosa bila rasa itu tidak di kawal. 

Yang bercinta itu pula tiada ambil tahu perkara asas tentang agama. 
Maka jadilah cinta itu sekadar 'rasa-rasa' yang tidak indah dan tidak istimewa mana.

Sebab salah si manusia, yang bercinta bukan atas dasar Iman.


 ~* Menyayangi itu tidak perlu saling berdekatan..
~* Mencintai itu tidak perlu saling menatap mata..

Seperti mentari, seperti rembulan, menyayangi bumi dengan jaraknya tersendiri..

Sememangnya kamu perlu selalu memerhati dan belajar dari alam

:)

Friday, 20 July 2012

with LOVE



-Bila cintamu kenal Ilahi, jadilah cintamu berstatus tinggi (CINTA HIGH CLASS)-



Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku


  "" Ada cinta agung antara hamba dan Tuhannya. Ada cinta kudus atara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta kasih antara adam dan hawa. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa ^_^" ;

  Dengan cinta Pencipta, nyahlah segala duka, yang ada cuma BAHAGIA:)


Sunday, 6 May 2012

UBAT ♥

Di sebalik "air mata", pasti akan datang "senyuman"

Di sebalik "luka", pasti akan datang "penyembuh"

Di sebalik "kesabaran", pasti datang "kebahagiaan"
Di sebalik "kesulitan" pasti datang "kemudahan"

Sesungguhnya Allah Bersama hamba-hamba-Nya yang SABAR..

Senyumlah walaupun dirimu disakiti :-)
..........♥...♥..
……..♥..ALLAH….♥..
…..♥..loveALLAH…♥..
…♥..ALLAHALLAH….♥..
.♥...loveloveALLAH…♥……………..♥….♥...
♥..IloveALLAHALLAH…♥……….♥..ALLAH.♥
♥....IloveALLAHALLAH…♥…...♥...ALLAH...♥
♥.IloveALLAHIloveALLAH.♥…♥.IloveALLAH.♥
.♥.IloveALLAHIloveALLAH..♥..…IloveALLAH♥
..♥…lovelovelovelovelove.. ♥…IloveALLAH..♥
….♥….IloveALLAHIloveALLAHIloveALLAH…♥
…..♥…..IloveALLAHIloveALLAHALLAH.…♥
……..♥…..IloveALLAHIloveALLAH..…♥
………..♥…..ALLAHALLAHALLAH.…♥
……………♥…..ALLAHALLAH.….♥
………………♥......ALLAH..…♥
…………………♥..ALLAH..♥
……………….….♥....♥
....................♥
.......................♥
..........................♥
.............................♥
...............................♥
.................................♥
...................................♥
....................................♥
.....................................♥
.....................................
♥ ubat cinta adalah pernikahan..

♥ ubat kemarahan adalah wudhu..

♥ ubat kepapaan adalah sedekah...

♥ ubat nafsu adalah puasa...
♥ ubat putus asa adalah do'a...

Imam Al-Syafie berkata:

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."


"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."

p/s : Kalau anda ada penyakit cinta, kemarahan, ketidaksenangan hati, kepapaan, nafsu dan putus asa, maka saya SYORkan ubat2 di atas. : )
 

ada apa dengan cinta dalam CINTA?

♥ Andaikan huruf "C" tiada di awal kalimah CINTA,

"C" pasti takkan ada kata CEMBURU..

♥ Kerana dalam CINTA ada huruf "I",

itulah yang membuat cinta jadi INDAH.. 

♥ Disebabkan ade Huruf "N" dalam CINTA lah,
 
mampu membuatkan seseorang meNANGIS..  
 
♥ Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA,
 
 merupakan "TENTANGAN" untuk mendapatkan pasangan.
 
 ♥ "A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA,
iaitu ALLAH ♥
 p/s : Ada apa dengan cinta dalam CINTA? (T_T)
 
^_^

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

yang bermaksud:

" … Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(surah al-Baqarah, ayat 216)

Friday, 27 April 2012

"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK !! " (-^_^-)



"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.


"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."





"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."


"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masanya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA. :D




Portrait of Muslim doctor in hijab


Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.

Saturday, 7 April 2012

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥
 

Dulu, 
 Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
 
Kini,
 Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
 

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
 
Dulu,
 Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul...
 

DUA HATI MENJADI SATU.. (-^_^-)

♥ Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our hearts would melt with the warmth of His love ♥
BF & GF : ♥ bulan menjadi saksi CINTA antara kita ♥

BULAN : tuihhhh ~ ! takda masa aku nak jadi saksi DOSA korang ! >,<
HAHAHAHAHA :)
VS 
ISTERI : abang pernah jatuh jambatan?
SUAMI : pernah..
ISTERI :abang pernah jatuh tangga?
SUAMI : pernah jugak..
tapi semuanya sakit2 sangat dan x seronok rasenye..,
Tapi satu jatuh ni yang abang suke sangat..x sakit malah
menggembirakan...

ISTERI : jatuh ape tu bang ?

SUAMI : jatuh cinta pada isteri abang...

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn.......
 

 <><><<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
❝Tidak semua AIR MATA bererti DUKA.. Kadangkala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN..❞

❝Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA.. Kadangkala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA..❞
 
Atas nama cinta..

"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."

Atas nafas cinta...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
 
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Peihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.
PESANAN MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH,
"Buatlah apa yang ALLAH SUKA , walaupun ramai ORANG BENCI "

Tapi ingat . .

"Jangan buat apa yang ALLAH BENCI , walaupun ramai ORANG SUKA"
 

COUPLE ?? >.<''



Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.

Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.

So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥

Sunday, 12 February 2012

If Everyone Knew The True Status Of A MUSLIM WOMEN !!

 The Prophet pbuh said: 'None but a noble man treats women in an honorable manner. And none but an ignoble treats women disgracefully' (Sunan At-Tirmizhî)


 ♥ ~Cinta kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

♥~Cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

♥~Cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

♥~Cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI.. ♥


p/s : ♥ sesuatu yang belum halal disentuh dengan tangan, sentuhlah hatinya dengan doa ♥ :) insya-ALLAH..

Sunday, 5 February 2012

Surat cintaku buatmu duhai bakal "IMAM" ku..


Buat: Suamiku (zauj) yang tercinta [hanya Allah mengetahui]
Dari : Bakal Isterimu
Assalamualaikum.. Apa khabar imanmu? Alhamdulillah.. ALLAH SWT mengizinkan jari jemari ana utk menulis sedikit coretan buatmu, bakal zaujku..moga tinta yg hina ini memberi manfaat buatmu..insya-ALLAH.. dgn izin-Nya jua..
ZAUJKU

Hati ini ingin dicintai dan mencintai
Itulah fitrah manusia
Namun aku terlalu takut
Jika aku tersungkur dengan cinta nafsu
Yang hanya memberikan kekecewaan daripada kegembiraan
Tidak seperti cinta hakiki, cinta Illahi
Yang sentiasa memberiku kebahagiaan, keimanan
Juga semangat dalam berjuang untuk aku menggapai cinta-Nya..

Sungguhku tahu diri ini tidak layak dambakan mujahid yang hatinya pada perjuangan Islam
Namun pasti seburuk mana pun seseorang itu pasti akan dambakan yang terbaik
Begitulah juga diriku yang hina dan kerdil ini..

Aku dambakan mujahid berhati perjuangan Islam
Bersemangat dalam dakwahnya
Untuk berjihad di jalan Allah
Memimpin pejuang Islam selain dirinya ke arah-Nya
Agar aku merasa semangatnya dan bersama dalam perjuangan ini..
Aku dambakan mujahid yang faham dan kenal agamanya
Tahu apa hukum hakamnya dan amalkannya
Agar hanya yang halal akan menghiasi rumahtangga kami
Namun tidaklah ku dambakan ustaz mahupun hafiz berjiwa besar
Cukup sekadar mujahid berjiwa tafaqquh fiddin..

Aku dambakan mujahid yang cinta utamanya Allah dan Rasulullah
Agar bertambah kekuatanku untuk sama mencintai-Nya dan Rasul-Nya
Kerana dia akan sering bercerita tentang cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya
Yang akan melakar keindahan dalam hubungan kami
Semuanya kerana Allah dan Rasul-Nya..

Aku dambakan mujahid yang yakin pada kepimpinannya
Yang menghiasi keluarga kami dengan kehidupan pasangan muslim yang besar jiwa Islamnya
Agar kami menjadi keluarga bahagia berjiwa Islam
Dengan lahirnya anak soleh dan solehah
Yang menjadi tinggalan setelah kami ‘pergi’
Kerana kurangnya keluarga yang berjiwa Islam pada zaman kini
Yang padaku segalanya bermula daripada si suami
Yang memimpin dan menerapkan Islam dalam keluarganya
Jatuh nakhoda, karamlah kapalnya..


Aku dambakan mujahid yang tinggi rasa tanggungjawabnya
Agar bijak merancang apa yang perlu dalam keluarga kami
Memberi nafkah pada diriku juga kelahiran kami nanti
Membantuku dalam melakukan kerja-kerja kediaman kami
Sungguhpun aku tahu itu tanggungjawabku
Tetapi aku juga mahu dia turut sama membantuku
Untuk meringankan kerjaku..
Aku dambakan mujahid yang ikhlas juga penyayang hatinya
Untuk mencintaiku setulusnya
Menerimaku seadanya
Menegur juga memperbetulkan diriku tika ada salahnya..

Kerana aku akan berusaha untuk mencintaimu setulusnya
Menerimamu seadanya
Menegur dan memperbetul dirimu tika kau ada salahnya
Walau kita tidak pernah bersua juga berbicara cinta sebelum kita bersama
Mencintai dan dicintai kerana Allah...
Wallahua'lam wa insya-ALLAH..
°♥°