Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu sedar itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil
Apabila kamu ada sebutir ilmu, kamu sedar ada 10 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.
Apabila kamu ada dua butir ilmu, kamu sedar itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil
Apabila kamu ada dua butir ilmu, kamu sedar ada 100 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.
Apabila kamu ada tiga butir ilmu, kamu sedar itu saja ilmu yang ada ............. itu jahil
Apabila kamu ada tiga butir ilmu, kamu sedar ada 1000 lagi ilmu yang kamu tak tahu ............. itu alim.
Makanya, Yang jahil akan merasa bertambah sombong dengan ilmunya Yang alim akan merasa bertambah kerdil dengan ilmunya
Itulah beza orang yang pandai merasa.... berbanding dengan orang yang merasa pandai
Itulah beza orang yang menuju kepada mahmudah berbanding dengan orang yang menuju kepada mazmumah.
p/s : ALLAH, aku mahu menjadi orang yang berilmu di sisi-Mu. Tambahkanlah ilmu di dadaku, dan kuatkanlah keimananku pada-Mu agar KETAQWAAN itu menjadi milikku di sisi-Mu. wallahua'lam wa insya-ALLAH!
"Sebab kita kata.."
Kita beriman, maka jangan tanya mengapa diri di uji.
Alhamdulillah..
akhirnya.. berjaya jugak jejakkan kaki ke dalam blog yg dah berdebu ni.. jejak
je kaki, tengok belakang, nampak bentuk tapak kaki.. tu maknanya blog ni dah
berdebu.. dah lama tak masuk dalam blog ni.. haha..
Oke la.. tak mau
panjang cerita maa.. actually tak tau nak tulis apa.. tapi yang pasti, apa yang
nak diceritakan di sini is about something.. haha
Senanyer nak citer
la kan.. ana baru sampai rumah semalam.. esok insya-ALLAH nak balik hostel
balik.. hurm.. hati bersyukur dan gumbira sebab dapat jugak jejakkan kaki buat
kali yang entah ke berapa walaupun pulang dengan homeworks yg belambak..
Homeworks yg sedang
berada dalam proses untuk disiapkan ;
-BIO TUTORIAL
-2 REPORTS OF PHYSICS
-ASSIGNMENT BIO-
about active transport.. dah siap kena fotostat untuk 1 praktikum. Submit on
next week by wednesday
-EXERCISE CHEMISTRY
-CHEMISTRY TUTORIAL
Lg apa ekk… tu je
kut.. harap-harap sempatlah siap by today..
Dan daann.. nak
bagi tau jugak.. on Monday last week, ana buat experiment bio.. tajuk
experiment tu ; TRANSPORT ACROSS MEMBRANE.. haa.. dalam experiment ni.. one of
the group members have to prick him/her fingers by lancet to get the blood that
we will see the blood under the microscope.. so I’m the volunteer to prick my
fingers.. ahaha.. best weeyyhh w/pun entah berapa kali cucukan pada setiap
jari.. sampai nampak lebam2 weyh.. just imagine.. we have 6 test tubes.. and we
have to add 2 drops of blood into each test tube.. apa kes.. ouch.. inikah
namanya dermawan? haha.. actually nak masukkan gambar.. tapi USB takde la
pulok..huhu..
Gelabah je budak
ni.. hee.. tapi nak share 1 ilmu la kan.. kalau korunk nak tau sama ada darah
korunk ada banyak toksik or tak, cuba korunk try cucuk korunk punya jari.. then
tengok darah tu.. kalau darah korunk agak pekat, means more to solid, maknanya
banyak toksik la tu.. so.. cuba-cubalah cairkan darah anda yee.. haha..
Ok la.. sampai situ
je kut.. tapi best la kan.. tiap-tiap minggu ada buat experiment bio, physics n
chemistry.. subhanallah.. terlampau luas ilmu ALLAH ni.. INFINITY..
Even masa mula-mula
start belajar, ada la jugak rasa menyesal sambung dalam bidang sains.. rasa tak
mampu.. konon la kan.. tapi alhamdulillah.. hari ke hari ALLAH singkapkan
hikmah kenapa aku ‘dicampakkan di sini’.. tipsnya, NIAT BELAJAR KERANA ALLAH..
JAGA HAK ALLAH DAN KALAU BOLEH LAPANGKAN HIDUP SESEORANG, means Bantu sahabat-sahabat
kita even time tu kita busy.. insya-ALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita, jaga
hak kita dan lapangkan urusan kita..subhanallah.. baiknya ALLAH.. banyak benda
yang ana belajar.. alhamdulillah..
ALLAH berpesan
dalam ayat cinta-Nya.. kalau kita nak ALLAH pandang kita dengan pandangan yang
mulia, kita kenalah jadi lain daripada yang lain.. means, jadi hamba-Nya yang
beriman lagi bertaqwa..
Nak cerita la kan..
kat hostel ana tu, kerap sangat berlaku histeria.. even blok ana setakat ni
baru ada 1 kes.. punca ; STRESS, GELAK SAMPAI TAHAP ‘MENGILAI’ pada malam yang
masih ‘muda’, lemah dalaman, yakni ROHANI..
Persoalannya..
kenapa STRESS? OK, actually STRESS boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian..
STRESS POSITIVE, STRESS NEGATIVE.. Stress positive ni bagus.. contohnya, kita
stress sebab tengok kawan kita dapat full marks. So, apart from that.. we try
to work more harder and smarder (perosak bahasa betul.. haha) untuk dapatkan
full marks.. tapi untuk STRESS NEGATIVE, banyak impilikasi buruknya.. dan
banyak jugak faktornya.. salah satu faktornya ialah stress belajar.. banyak
kerja tak siap.. itu ini dsb..
Hadith pertama
dalam hadith 40, yang menceritakan tentang niat.. belajar tergolong dalam
STRESS NEGATIVE ke.. the answer is, just depends on our NIAT.. niat belajar
kerana ALLAH.. itu sepatutnya.. bukan belajar kerana nak dapat 4 flat
semata-mata.. kalau memang itulah niatnya, memang la stress..
Jadi, oleh kerana
ana nak jadi lain daripada yang lain sepertimana firman ALLAH dalam surat
cinta-Nya, I have to change my learning skills.. belajar bio contohnya.. makk
aaiihh.. nak ingat all the facts is not easier actually.. BUT, cuba ubah..
ingat all the facts means kita sedang mengenal makhluk ALLAH.. kenapa ALLAH
cipta ‘makhluk’ tu.. apa tugas yang ALLAH bagi pada ‘makluk’ tu.. contoh ‘makhluk’
tu ialah neuron cell.. katakan lahh kan.. so, stress ke lau kita belajar macam
tu.. rasanya kalau stress pun, takde la sampai hysteria.. just kaitkan apa yang
kita belajar tu dengan iman kita..
Belajar chemistry
contohnya.. belajar tentang atom.. dalam atom ada proton dan nucleus.. atom itu
pula dikelilingi oleh electron.. kaitkan dengan kejadian alam ciptaan ALLAH..
atom itu seolah-olah matahari.. dan electron pula seperti bumi atau planet2
yang lain.. electron mengelilingi atom seperti bumi mengelilingi matahari..
subhanallah.. BIDANG SAINS.. kan nampak kekuasaan dan kebesaran ALLAH tu..
SUBHANALLAH..
Belum lagi masuk
physics.. subhanallah.. tak tau la nak cakap camne.. tak boleh nak describe
betapa LUASNYA ILMU ALLAH.. terasa hinanya diri..diri yang merupakan seorang
manusia.. dan Dia juga sudah rakamkan dalam surat cinta-nya, bahawa manusia
adalah sebaik-baik ciptaan..
Oke la.. sampai
sini je kut.. banyak benda nak cerita sebenanrnya.. nak cerita pengalaman dll..
waa.. tak sabar nak tunggu cuti raya nanti.. before raya, ada UPS- Ujian
prestasi Semester 1.. means, ana akan exam time puasa nanti.. means lagi, just
about 3 weeks from now.. doakanlah ana berjaya dengan cemerlang n get the
highest mark.. dalam bulan 10 plak PSPM- Peperiksaan Akhir Semester 1.. MUET
pun bulan 10 weyh.. doakan.. tolong doakan ehh.. insya-ALLAH..
Mood ;
1 - isnin ni ada
bio amali.. buat experiment plant histology and animal histology.. tak sabar
nak tengok ‘makhluk’ ALLAH weeyyyhh.. hik3..
2 – on Saturday next
week ada kelas ganti untuk cuti hari raya.. so, tak balik rumah.. tapi yang
bestnya.. minggu lagi 1 boleh balik.. kebetulan sabtu tu hari first puasa..
jumaat gerak from hostel.. waahh.. tak sabarnya nak puasa bersama-sama dengan
keluarga yang dicintai kerana ALLAH.. hehe.. insya-ALLAH..
K lah, sampai sini
sahaja coretan dari Hamizah a.k.a. MEEJAH ( Jangan lupa beli mee jenama JAH)
a.k.a. mijah.. KEELLAASSS KAU JAAHH.. haha.. nak siapkan kerja weyyh.. solat dhuha
pun belum lagi ni..
ma’assalamah..
READY TO MOVE..
BISMILLAH..
Antara Ibrah USRAH MB Surah Nuh :- pimpinan wajib ada prinsip seperti
Nabi, dalam berdakwah yang panjang bagai Nabi Nuh 950 tahun berdakwah
perlu ada istiqamah dengan pelbagai uslub dan mesti mempunyai pandangan
siasah yang jauh, matang lagi berkarisma politik.
Alhamdulillah, syukur kpd ALLAH SWT di atas segala kurniaan-Nya, sama ada yg disedari atau yg tidak disedari, sesungguhnya segala-galanya berada dalam kekuasaan ALLAH SWT ..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Selawat serta salam kpd Sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa sallallahu ‘alaihi wasallam..penghulu bg seluruh rasul..penghulu bg seluruh nabi..penghulu bg seluruh manusia..masya-ALLAH..tabarakallah..sesungguhnya ia adalah anugerah yg mulia dari ALLAH SWT kpd makhluk-Nya..
Insya-ALLAH, dgn qudrat yg dipinjamkan-Nya kpd hamba-Nya yg hina ini, ana menaip dgn tangan yg hina, yg sering melakukan dosa..dgn lafaz yg suci lg mulia,
Wallahua’lam..ALLAH SWT jua yg Maha Mengetahui..
Alhamdulillah..hari ini, Engkau masih lg menarik hamba-Mu ini utk merasai cinta-Mu yg tiada tandingannya..ya! Aku sgt tenang dgn cinta-Mu..aku akan sentiasa berdoa agar aku mencintai-Mu sebagaimana cintanya Sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa sallallahu ‘alaihi wasallam & cintanya serikandi ISLAM yg aku kagumi, Rabi’atul Adawiyah..aku mohon, meski cintaku tidak akan pernah sama dgn cintanya mereka pd Engkau, namun, sampai bila-bila pun aku kan terus mengejar cinta-Mu..insya-ALLAH..amin ya Rabb.. (T_T)
Seringkali jasad yg tersangat sangat kotor & hina ini malu..malu utk meminta pd-Mu..kerna begitu byk nikmat yg Kau berikan..tp entah mengapa diri ini tersangat tamak..minta itu..minta ini..ya ALLAH..hamba jenis apa aku ini? Astaghfirullah.. (T_T)
Tp dgn sifat Pemurah & Penyayang-Mu, Engkau berfirman bahawa mereka yg tidak berdoa kpd-Mu, adalah orang-orang yg sombong..subhanallah..wa iyya dzubillah.. (T_T)
Nafsu & syaitan berjaya berperanan,
Jasad & hati tewas dengan hasutan,
Lidah yang sabar mula melafaz perkataan,
Bertambahlah dosa ditimbunan..
Astaghfirullah.. (T_T)
Namun, ALLAH SWT sayangkan hamba-Nya..cintakan hamba-Nya..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..
Hadirnya ujian bukan seksaan,
Tetapi ia tanda cinta ALLAH,
Pada hamba-Nya yang menjadi pilihan,
Sesungguhnya ia adalah pintu syurga ALLAH..
Subhanallah.. (T_T)
Tak cukup dgn itu, Engkau kirimkan hamba-Mu yg kerdil ini hadiah..hadiah yg sangat sangat istimewa..ya ALLAH..aku tidak tahu apa yg aku patut balas atas hadiah yg Kau berikan..begitu banyak hadiah dari-Mu..ALLAH..meski hamba-Mu ini seringkali melakukan dosa..bahkan mungkin setiap saat..astaghfirullah… (T_T)
Al-kisah…mengapa ana mengatakan bahawa ana mendapat hadiah yg sgt istimewa dpd-Nya..? kerana..
usai solat maghrib..kebiasaannya ana tidak akan berganjak dari tikar sejadah..hinggalah masuk watu solat isya’..ana berteleku..di atas hamparan sejadah..yg akan menjadi saksi..segala perbuatan ana sepanjang berada di atas hamparan sejadah tersebut..apa yg ana lakukan..? biarlah ianya rahsia antaraku & Dia yg menguasai tubuh yg hina ini, yakni ALLAH SWT.. (T_T)
Hati dibuai dgn zikrullah,
Roh dibawa jauh,
Jauh dalam keindahan memohon cinta ALLAH..
Lantas, akal & hati yg diberi pinjam oleh-Nya..
Terlintas sesuatu..yakni tentang kisah hidup al-marhum seorang guru yg mulia di sebuah pondok(moga ALLAH merahmati roh-Nya..insya-ALLAH)..
Teringat tentang rancangan halaqah di TV9 yg bertajuk “BIL TERAKHIR”..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Apa lg yg ana dapat katakan..?
Apa lg yg ana dapat zahirkan..?
Melainkan hanya dgn melalui air mata yg hina..
Tanpa disedari, gugur berderaian.. (T_T)
Mengalir di pipi yg hina..
Lantas gugur ke bumi..
Mengenangkan nasib diriku yg tidak punya apa-apa ini..
Apakah kesudaha kehidupan duniaku?
Adalah mati dalam keadaan beriman yakni HUSNUL KHOTIMAH..? Insya-ALLAH..amin Ya Rabbi..
ATAU…….
Mati dalam keadaan KAFIR yakni SU UL KHOTIMAH?..
Subhanallah..wa iyya dzubillah.. (T_T)
Apa yg membuatkan diri ini bersikap sedemikian?
Kerana ini…. :
Cuba sahabat sekalian perhatikan, apakah yg terdapat di dalam almari atau perabot di ruang tamu kalian?
Buku?
Pinggan mangkuk yang berjenama?
Piala-piala?
Barang-barangan dari luar negara?
Hurm..tak kisahlah apapun, dan di manapun..
Tetapi berlainan pula dgn al-marhum guru pndok yg mulia ini..
Al-‘ibrahnya…
Al-marhum guru yg mulia itu,
Bukan pinggan mangkuk yg berjenama yg diletakkannya di dalam almari atau perabot di ruang tamunya..
Tetapi yg terdapat di situ selain kitab-kitab agama,
Adalah kain putih..
Kapur Barus..
Dan peralatan lain yg diperlukan ketika mengkapankan jenazah..
Jawab al-marhum guru yg mulia itu, “Kerana, apabila aku merasakan diri ini lalai & leka terhadap dunia, lantas cepat-cepat aku mengambil kain putih ini..agar aku mengingati mati..kapur barus ini pula, aku cium..aku hidu..kerana kapur barus inilah yg bakal menjadi pewangi, haruman buatku di dalam kubur kelak..
Subhanallah..Allahuakbar..Astaghfirullah..
YA ALLAH, matikanlah aku sekiranya dgn nyawa yg kau pinjamkan kpdku ini akan terus melakukan dosa..bahkan semakin bertambah kian hari..justeru, matikanlah aku..kerana aku tak sanggup untuk terus melakukan kemungkaran di bumi ciptaan-Mu ini..astaghfirullah.. (T_T)
Hinanya diri aku oh ALLAH! Hinanya..Biar mata ini bengkak! Biar! Mata ini bukan milikku..dan biar mata ini menjadi saksi bahawa air mata yg keluar dari mata yg sering melihat maksiat ini, begitu memohon keampunan dari-Mu ya Ilahi..air mata ini untuk-Mu YA ALLAH! (T_T)
Subhanallah..moga ALLAH merahmati roh guru yg mulia itu & ditempatkan di kalangan mereka yg bertaqwa..insya-ALLAH, amin Ya Ilahi..
Insya-ALLAH, ana berazam..utk membeli kapur barus..ya..ana mahu mencontohi al-marhum guru..dgn nama ALLAH yg Maha Agung, insya-ALLAH..
Biar selepas ini, hidung nikmat dari-Nya ini, menghidu haruman yg akan mengharumkan jasad ini di alam barzakh.. wallahua’lam wa insya-ALLAH. (T_T)
Entah mengapa, sejak kematian al-marhum atuk ana(ayah kpd ayah ana) yg kini sudah genap 2 minggu al-marhum meninggalkan dunia yg fana ini..diri ini kerap mengingati mati..adakah ajalku semakin hampir?
wallahua'lam.. (T_T)
ALLAH SWT pernah berfirman kpd malaikat, bahawasanya mereka yg mengingati mati setiap hari sebanyak 21 kali, maka ia dikira SYAHID!
Subhanallah~
Mengingati mati sebanyak 21 kali ini bukanlah bermaksud kita menuturkan “mati..mati..mati (sebanyak 21 kali)”..tetapi mengingati mati di sini bermaksud mengingati mati dalam setiap langkah & perbuatan..serta melakukan persediaan utk menghadapi AL-MAUT..
Diceritakan…para malaikat berkumpul & bertanya kpd ALLAH SWT..
“Apakah AL-MAUT itu? “
Lantas, ALLAH SWT menunjukkan di hadapan sekalian para malaikat..tentang apakah AL-MAUT itu..dan apakah yg terjadi? Subhanallah wallahuakbar.. (T_T)
Sekalian para malaikat pengsan selama 1000 tahun..
Subhanallah…Bagaimanakah keadaanku ketika menghadapi SAKARATUL MAUT?
Teringat ana tentang sebuah kisah yg berlaku di zaman Nabi Musa a.s..
ALLAH SWT mengizinkan Nabi Musa a.s. utk menghidupkan seorang hamba yg byk sujudnya pd ALLAH yg telah mati..lantas, hamba ALLAH itu memberitahu nabi Musa a.s. tentang kesakitan menghadapi AL-MAUT itu...sudah 50 tahun dia mati, meski dia seorang hamba yg banyak sujudnya pd ALLAH SWT, namun, kesakitan SAKARATUL MAUT itu masih dirasai..
Astaghfirullah..Allahuakbar.. (T_T)
Apabila beriman kepada ALLAH tidak didahulukan,
Apabila ISLAM tidak diutamakan,
Maka nikmat dunia akan didahulukan,
Kehendak nafsu yang diutamakan..
Firman ALLAH SWT (yang bermaksud) :
“(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH & kepada ALLAH jualah kami kembali..”
(Surah Al-Baqarah, ayat 156)
Penutup bicara, mungkin ini yang terakhir buat sekaliannya…hanya satu yg aku mohon..mungkin permohonan terakhir buat kehidupanku di dunia..aku mohon agar..Engkau jangan ambil nyawa yg terlalu banyak kelemahannya ini dalam keadaan timbunan dosa..tetapi ambillah saat aku sujud menghina diri di hadapan-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Esa..yang memiliki segala sifat kesempurnaan..matikanlah aku secara HUSNUL KHOTIMAH..
YA! MATI SEBAGAI SYUHADAH AL-FIRDAUS!
Insya-ALLAH..Allahumma amin Ya Ilahi.. (T_T)
Daaannn..hanya dgn MATI, AKU DAPAT MENGUBAT KERINDUANKU PADA SI DIA...Sampaikan salamku buat kekasih-Mu yg sangat aku cintai melebihi segala-galanya..sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa sallallahu ‘alaihi wasallam.. sungguh, aku rindu untuk bersama-sama dengan dia..hanya Engkau yg tahu betapa aku cintakan dia! (T_T) Insya-ALLAH..