ahlan wasahlan..


Showing posts with label menyebar kalam Tuhan... Show all posts
Showing posts with label menyebar kalam Tuhan... Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

AIR ZAM ZAM (:




TAHUKAH ANDA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Saturday, 4 May 2013

I'brah puasa PWTC 2013


Alhamdulillah.. tahun ni adalah tahun ke-3 saya pergi book fair kat PWTC. Tahun 1st adalah pada tahun 2010, then 2012 n 2013.

Mengimbau kembali kenangan yang dah lama terbuku kat dalam memori otakku, masa 1st-2 pergi book fair adalah dengan menaiki kereta mak saudara belah ummi, mak tam. Ummi & adik2ku pun tak nak ketinggalan untuk pergi ke book fair.. haha.. dan tahun seterusnya plak, pergi dengan kawan2 naik ktm (:

Hari khamis, 2 Mei 2013, jam 9.30 pagi, saya bertolak dari rumah dan bertolak dari ktm UKM pada jam 10 pagi bersama 2 orang rakanku. Seorang sahabat KMNS, Aisyah & seorang lagi yang saya dah tak ingat siapa dia, Nabilah, rupa2nya satu sekolah menengah dengan saya dulu.. Nabilah pelajar kelas 5 Aman, dan saya 5 Murni. Weyh, kelas sebelah2 je kut.. haha.. tapi serius tak cam muka dia masa mula2 jumpa kat ktm ukm.. sebab dia tak pakai spek. Hoho~ opss, lupa plak nak bagi tau. Nabilah ni kawan Aisyah & Nabilah ni pun budak matrik gak, KMP(Kolej Matrikulasi Perlis) daannn ceq habak mai, Nabilah ni 1 matrik plak dengan kawan baikku, Yusrina.. hurm.. Nabilah time SPM, dia amek sains. Tapi kat matrik, dia amek akaun. Tak sangka.. kecik betul dunia ^_^

Rasa kelakar pun ada bila Nabilah KMP  ingatkan saya yang bernama Hamizah ni adalah Hamizah dak kelas dia. Actually, time kat sekolah menengah, ada 2 orang yang bernama Hamizah. 1 Hamizah Murni *aku la tu. Haha & 1 lagi Hamizah Aman. Apa ke lagi.. bila jumpa kat ktm ukm, masing2 tergelak.. sebab si Nabilah ni salah orang rupanya.. aaiisshh.. haha.. kesian nabilah. Dia un tak ingat saya yang mana satu. Plus, saya pakai purdah time tu.. memang la kan.. haha..

Tuuuttt.. Kira-kira pukul 11.20, aku, Aisyah dan Nabila sampai ktm Putra. Then, jumpa Ika & Nabila yang mana mereka berdua ni merupakan pelajar KMNS. Haa..plop doh..ada 2 ore name Nabilah. Haha.. saya & ika panggil Nabilah KMNS as Biela. So qte orang panggil Nabilah KMP as Nabilah (:
Untuk tahun ni, saya bersyukur dan mengucapkan TAHNIAH buat diri saya sendiri kerana pergi ke PWTC dalam keadaan berpuasa.

Sehari sebelum hari Khamis, means hari Rabu la kan..susah sangat..ahaha.. time Rabu malam tu, saya terfikir2, ‘nak puasa ke tak esok ea? Puasa nanti, takut tak larat plak..sebab banyak berjalan..”. hurm..
Akhirnya, saya membulatkan tekad untuk istiqomah dalam mengamalkan sunnah Nabi. Saya menutup telinga saya dari bisikan2 halus syaitan. Lalu saya berkata kepada iman saya, 

“kenapa lau sebelum ni kau boleh puasa, tapi esok kau senang2 je tak nak puasa. Mana pergi sifat istiqomah dalam diri kau ha?”

Aduh, ameekkkaawww! Tapi syukur yang amat kut! Sebab nafsu saya jadi lemah bila saya berpuasa. Buktinya, saya dapat kawal pengaliran keluar masuk wang. Masa kat ktm UKM, saya cucuk duit rm 100. So, time kat PWTC, lau sebelum ni, memang habis la duit saya beli tu beli ni, last2 tinggal duit untuk transport je. Huu~ T_T so tahun ni, Alhamdulillah, berkat saya puasa(mungkin ^^), saya hanya guna lebih kurang rm 20 je*tak sampai rm20 pun sebenarnya. Lebih kurang  RM 10 utk transport ktm pergi balik n lagi RM 8, duit yang aku tambah untuk baucer buku rm 50, untuk beli buku ‘Wanita Dambaan Syurga’ yang berharga RM 69, tapi 15% discount, so dapat la RM 58 ^_^ Alhamdulillah.

Saya habiskan baucer buku yang hanya tinggal rm 100, untuk beli buku2 tersebut :







Alhamdulillah.. buku yang paling saya suka buku warna pink tu haa.. baru dipublishkan pada  bulan April hari tu.. complete kut! Feqqah al-mar ah ^_^ buku yang mengandungi ilmu bagaimana mahu menjadi wanita solehah. insya-ALLAH.. ika pun beli buku ni jugak.. hehe (:

Buku Tuhan Lebih Saintifik pun baru je dikeluarkan pada hujung bulan April (:

Buku Menyingkap Hakikat Sebenar Hizbut Tahrir ni, saya beli sebab saya nak tahu sejauh mana kebenaran organisasi tersebut. Sebabnya, saya ada jiran yang selalu bagi risalah Hizbut Tahrir ni. Dekat kereta dia pun banyak sticker Hizbut Tahrir yang ditampal pada cermin kereta.. Jiran saya tu tersangatlah baik. Sebelum tu, sahabat ana, ika, time dekat booth yang jual buku ni, dialah yang bagi tau yang organisasiHizbut Tahrir ni dikategorikan sebagai sesat. Sebab terdapat pengamalan SYIAH dalam organisasi tersebut. Saya dengan muka berkerut dan nada suara seakan terkejut, bersuara, "haaa???!!! betulke ika?? seriously?? kenapa sesat lak?? " . Ika pun ceritalah dari A ke M. Last2, ika suruh saya beli je buku ni untuk tahu dari A ke Z. heheh.. azam saya, lepas saya baca buku ni nanti, saya nak berhujah dengan jiran saya tu.. sebab boleh dikatakan jiran saya ni orang kuat Hizbut Tahrir.. huhu.. allahu.. jahilnye ambo ):

Tapi buat masa ni, ana nak habiskan baca buku Nota Fikir Untuk Zikir by Ustaz Pahrol. insya-ALLAH.
 (:

Alhamdulillah. Kat PWTC, tak sangka bertembung sebelah2 dgn angkasawan pertama negara,Dr. Sheikh Muzaffar bersama isterinya dan si bayi comel yang tgh lena dibuai mimpi dlm kereta tolak bayi. Hee ^_^

Si hensem dan si cantik.

Serius, tengok muka Dr. Sheikh Muzaffar,tergugat iman yang tersangat lemah ni. Heheh >.<"
Tp iman saya memujuk, Nabi Yusuf lagi hensem. Dan kehenseman itu adalah anugerah dari Allah yang Maha Indah. Selayaknya aku memuji kehenseman Dr. Sheikh Muzaffar, yang mana pujian itu dikembalikan kpd Dia :)



So, puji Allah sudeyyhh~

Kat pentas utama plak jumpa ustzh Fatimah Syarha bersama si suami tercinta, Dr. Farhan Hadi, Hilal Asyraf & Heliza Helmi.

Dan yg pling BEST, lepas solat Zuhur kat surau PWTC, jumpa mutiara2 ISLAM yg tersangat comel ni, sambil memegang belon putih. Aduuhh, hye si budak kecik yg bersih dari sebarang dosa, jadi pelajar yang pintar yaahh!! Solehahkan dirimu wahai bakal bidadari syurga!




Doakan akak okeyh!
Insya-Allah ^_^ ♥


Around 4 p.m. , ika & biela mengadu lapar. Hurm, nak makan kat PWTC tu, meang harapan la.. air secawan pun RM 3. huhu. last2, we are decided to go SOGO KL. Then daripada PWTC, naik LRT. Sampai2 kat dalam Sogo je, eehhh, FARAH! Apa lagi, saya dan farah berpelukan di khalayak ramai.. ouh my roomate KMNS, panjang juga jodoh kita yee.. hihi :D kecik betul dunia.

Actually Farah & kawan baik dia kat KMNS, Ain yg merupakan ex-Kisasian, pun nak makan gak. At last, dorang join ika n biela makan.. hehe.. Mana Aishah dan Nabilah KMP? haa.. qte orang lepas keluar PWTC terus berpecah.. sebabnya depa dua nak pi Jalan Tar, nak beli tudung.. huhu..

Farah, yg pkai tdung putih corak hitam. Ain, tdung biru, Ika, tdung pink, n Biela tdung kelabu (:

 sOOOO, i'brahnya, amalkanlah sunnah Nabi walau dalam apa jua situasi meskipun keadaan tersebut mampu menggugat imanmu (: yakinlah, dikau pasti merasai kemanisannya.. Dan betullah ada kajian yang menyatakan bahawa, apabila seseorang itu berpuasa, maka salur darah akan menjadi kecil. Dan kalau dalam perubatan ISLAM, syaitan susah nak masuk dalam salur darah kita kalau saiz salur darah tu kecil. So, nafsu pun jadi lemah =)

wallahua'lam..

sampai di sini sahaja la ye. Mungkin ini tahun terakhir saya pergi PWTC. Tahun hadapan belum pasti ^____^


sekian dari saya yang merindui mutiara ISLAM ini,



HBr,
1.52 a.m.
Ahad,
5 mei 2013,
25 Jamadil Akhir 1434H.

Saturday, 23 March 2013

Mohonlah kepada Dia.Pemilik segala Ilmu..

Bismillah~ yg nie saya terjumpa dalam blog ustazah kak nur..
Assalamualaikum k,nur..
Saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok kawan2 yang lulus dalam setiap kali exam,tak tahu k,nur,,nape selalu jadi macam ni kat saya,,,,tolong saya k,nur,beri saya tunjuk ajar dan pendapat,saya memang dh runsing sangat k,nur,,,,,
Bezita

Wa’alaikum salam warahmatullah Bezita,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Bezita dan membantu Bezita keluar dari permasalahan ini.
Kak Nur bukanlah orang terbaik untuk berbicara hal ini namun Kak Nur akan cuba membantu setakat yang mampu.
Berdasarkan pengalaman Kak Nur, ada beberapa alternatif yang boleh difikirkan oleh Bezita;
Mengenai masalah lemah tumpuan itu mungkin berkait dengan IQ (kecerdasan) seseorang. Jika ia berpunca dari kecerdasan diri yang agak lemah, beberapa saranan berikut mungkin sesuai diaplikasikan:-
- Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
- Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.
kismis-2
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, Kak Nur dapat rasakan daya berfikir dan tahap tumpuan yang semakin lemah dibandingkan semasa usia remaja dahulu. Jadi Kak Nur sendiri sekarang sedang melatih diri untuk rajin berpuasa sunat. Kak Nur seorang yang menyintai ilmu pengetahuan dan suka berfikir. Jadi sebolehnya, Kak Nur mahu mengekalkan tahap kecerdasan minda untuk satu tempoh yang lebih lama, insya Allah.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.
"......Seorang kawan Kak Nur menyedari dirinya lemah dalam belajar. Suatu hari, ibunya memanggil anaknya dan menyuruhnya segera ke sekolah. Dia tidak keluar dari biliknya. Ibu segera menyelidiki. Di dapati anaknya sedang solat. Ibu bertanya solat apa?. Dia menjawab dia tidak pandai, jadi dia selalu solat hajat minta bantuan Allah agar memudahkan urusan dia belajar atau menuntut ilmu. Sekarang kawan Kak Nur itu sudah memiliki ijazah PhD dan bergelar Doktor falsafah...."
Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
Solat tiang kejayaan!
Solat tiang kejayaan!
DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Bezita harus memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.
Adalah baik jika Bezita dapat berkawan dengan mereka yang rajin belajar. Ia akan mendorong Bezita turut rajin belajar.
BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Bezita boleh berbincang dengan kawan-kawan yang cemerlang dalam pelajaran, membaca buku-buku motivasi belajar dan lain-lain.
Sebelum Kak Nur mengundur diri, sukalah Kak Nur ingatkan pada diri sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar.
Apa yang Bezita lalui sekarang adalah satu petunjuk dari Allah agar mendekatkan diri padaNya. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan diri sebagai hamba.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.38am
16 Syawal 1430H
p/s:ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada org yg maksiat. Astaghfirullah.. moga Allah ampuni dosa2 kita..dan dikurniakan kita kefahaman nabi2 serta hafalan para rasul..priority semasa akademik,priority kehidupan ubudiyyah........Allah mudahkan ursuan sahbat2 aku serta urusan ku dan juga kedua ibubapaku..final exam is just around the corner~ off#

Wednesday, 6 February 2013

TANDA LEMAHNYA IMAN SESEORANG

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,,


Alhamdulillah. Apa khabar iman sahabat ana sekalian? Moga dalam keadaan baik-baik saja hendak-Nya. Insya-ALLAH. (:


Entri kali ni, insya-ALLAH ana nak share sedikit ilmu yang mungkin tidak seberapa, yang ana dapat daripada facebook. 

Namun, ana berpegang pada pesan Baginda sallallahu 'alaihi wasallam ; "Ballighunii wa lau aayah", yang bermaksud : "sampaikanlah daripadaku walau satu ayat" ^_^


Bismillahirrohmanirrohim..

Salah satu tanda lemahnya iman adalah ketika kita merasa malas untuk melakukan ketaatan dalam beribadah yang terkadang bahkan tampak seperti meremehkannya .

Misalnya saja solat wajib masih dilakukan tetapi melaksanakannya disaat-saat akhir. Kalau istilah sepak bolanya dilakukan pada saat injury time begitu juga dgn ibadah-ibadah lain.

Padahal dalam sebuah keterangan disebutkan bahwa ada dosa yang seribu kali lebih besar daripada dosa orang yang berzina, iaitu dosa orang yang meremehkan solat, solat pada akhir waktu atau bahkan meninggalkannya. (na'udzubillahi min zalik)

Lalu kenapa Iman mampu menjadi lemah? Iman boleh turun naik? 


Ini timbul kerana hati manusia yang memang mudah berubah. 

Cinta bisa berubah menjadi benci atau sebaliknya.

Rajin Ibadah bisa berubah menjadi malas begitu pula sebaliknya. 


Sehingga Rasulullah sendiri sering berdo’a memohon perlindungan agar hati kita tidak berubah-ubah.

Agar kita tetap istiqomah.

Ya Allah ..
Yang membolak-balikkan hati manusia, Tetapkanlah hati kami ini agar tetap istiqomah beribadah kepada-Mu.


Agar kami bisa mendapat pengakhiran hidup yang baik iaitu husnul khotimah.

Insya-ALLAH.. Aamiin yaa Rabbal’alamin.

Saturday, 7 April 2012

pasti ada hikmahnya :)



Kadang Allah melapangkan kita,
agar kita tak tenggelam dalam kesempitan..

Kadang Allah menyempitkan kita,

agar kita tak terlena dalam kelapangan..
  
Kadang Allah melepaskan kita dari keduanya,
agar kita tak bergantung pada apa pun selain Allah..

Kadang Allah memberi kita kesenangan dunia,

tapi tak memberi kita taufik hidayah-Nya..

Kadang Allah menolak kita dari kesenangan dunia,

tapi memberi kita taufik hidayah-Nya..

Maka, apabila Allah membukakan pemahaman kita tentang penolakan Hamba-Nya

Nescaya penolakan-Nya itu berubah makna menjadi pemberian-Nya..

Sesungguhnya, setiap apa juga kejadian tidak Allah jadikan dengan sia-sia..

Pasti ada hikmah-Nya..



 p/s : senyum! (:
┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Sunday, 1 April 2012

Jadual kehidupan MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH makin padat!

Assalamu'alaikum wbt sahabat semua? kef haluk bi imanik? (^_^) arju imanik fi rahmatihi.. insya-ALLAH!

Alhamdulillah.. masuk bulan april ni syuhadah al-firdaus ada jadual baru tau..hehe  =)


 Jendela pagi...
Menjalankan kewajipan sebagai anak yang mahu menjadi solehah (insya-ALLAH) sepenuh masa.. maksudnya, buat kerja2 rumah.. nak pastikan, bila ummi & abuya balik kerja..mereka rasa senang hati tengok rumah berada dalam keadaan bersih.. insya-ALLAH! (n_n)

 ♥ kecuali hari selasa.. haaa.. ni lah yang menyebabkan jadual kehidupan syuhadah al-firdaus makin padat (penambahan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu-bermula pada bulan April). syuhadah al-firdaus ada kelas MUET, start pukul 9-11 pagi (tuisyen dengan cikgu Fatimi) =) yaa! beliau (cikgu Fatimi) banyak membantu ana dalam subjek Bahasa Inggeris sebelum menduduki peperiksaan SPM 2011.. walaupun hanya mengikuti kelas beliau sebanyak sekali sahaja, dan berkat usaha teacher Aina di sekolah serta bantuan ummi, abuya dan sahabat-sahabat, alhamdulillah BI ana dapat A dalam SPM dengan izin ALLAH SWT.. (n_n)

 ♥ Dan di waktu pagi ni lah satu-satunya masa untuk syuhadah al-firdaus menghabiskan bacaan buku-bukunya.. (: adalah dalam 5-6 buah buku yang tak terbaca lagi.. huhu.. so, lepas kemas-kemas rumah, boleh lah tambahkan ilmu pengetahuan.. ditambah pula dengan perencah kejahilan yang masih menebal dalam diri.. ALAH..sungguh! aku malu pada ilmuan ISLAM! )':  dan KEKASIH HATI pun berpesan dalam nota cintanya :
 
"Man aroda ad-dunia, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man aroda al-akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man aroda ad-dunia wal akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.."

yang bermaksud : 

Sesiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu.. dan sesiapa yang mahukan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu.. dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat), hendaklah dia berilmu..

wallahua'lam wa insya-ALLAH..


cantikkan pesanan Kekasih Hati kita? SUBHANALLAH.. (T_T) *aku rindu dia ): ♥


# mengapa tidak membaca di sebelah petang..? haa... ni jawapannya... (: 


Sebelah petang…

 ♥ sebabnya.. syuhadah al-firdaus mengajar di SRA KAFA INTEGRASI AL-ISTIQOMAH.. jadi guru rakyat.. hehe (^_^) mengajar munkin sampai bulan 5.. sebab bulan 6 tu, insya-ALLAH syuhadah al-firdaus mahu menyambung pengajian dengan mengambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) di SBP KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) .. insya-ALLAH.. jadi, memang takde masa untuk membaca.. sebab kesibukan mengajar anak bangsa untuk menjadi MANUSIA! dan.. start pukul 3 petang je, ana sibuk mengajar nasyid pulak.. sampai waktu rehat, 4.20 petang.. ajar nasyid sampai 21 April (tarikh pertandingan Amal Islami).. syuhadah al-firdaus ni sebenarnya first time ajar budak sekolah nasyid.. takde pengalaman.. so, agak kekok sebenarnya.. hee~ tapi takpe..  doa-doakanlah supaya usaha kami ini berhasil dan dapat mengharumkan nama sekolah yee.. insya-ALLAH! hehe :D


Tirai malam…
♥ waktu malam, syuhadah al-firdaus mahu meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.. ^_^

 ♥ tapi pada hari isnin, setiap minggu.. syuhadah al-firdaus ada tuisyen dengan cikgu fatimi.. kelas MUET! start pukul 8-9 malam.. 


'lebih baik aku tuisyen.. sebab nanti kalau aku amek STAM pun, ada subjek MUET.. at least ada preparation kan.. insya-ALLAH.." -hati syuhadah al-firdaus bermonolog- (:


♥ dan di heningan malam pula, syuhadah al-firdaus mahu menghabiskan masa bersama-sama dengan

PEMILIK CINTA.. (-^_^-)
Subhanallah..syuhadah al-firdaus sangat-sangat cemburu dengan RABIATUL ADAWIYAH sebenarnya.. (T_T) sangat-sangat cemburu dengan ketebalan cintanya pada PEMILIK CINTA! cemburu dengan luahan cintanya pada Dia yang memegang hati-hati manusia..Hakikatnya, auh di sudut hati, syuhadah al-firdaus mahu menjadi sepertinya.. namun, mana mungkin.. MUSTAHIL untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah! kerna terlalu luas jurangnya.. )':

p/s : lepas ni mungkin mengurangkan aktiviti ber-FACEBOOK-ing .. WHY? --> The answer is, as mentioned above.. HAHA :p



wallahua'lam..  

BM : manusia hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..

BA: khuttota an-nas faqot, walakunna ALLAH al-lazii yuhaddiduu..

BI : people only plan, but ALLAH who determines ..

Sunday, 12 February 2012

ESOK!

 
kanak2 merupakan pemangkin ummah..mereka adalah penyambung warisan agama...penegak kebenaran...dan kepada ibu bapa tunaikanlah hak2 mereka...

Satu hari seorang lelaki datang ke Umar ibn al-Khattab untuk mengeluh tentang seorang anak lelaki yang tidak dengar cakap. Jadi Umar membawa anak lelaki itu kepadanya dan beliau menyalahkannya untuk kesalahannya. Kemudian anak lelaki itu menemui Umar dan berkata.

"Ya Pemimpin yang mukmin: Tidak adakah hak untuk anak lelaki terhadap bapanya?". 

Umar berkata "ya". 

Kemudian lelaki itu berkata "Apaah hak-hak ini Ya Pemimpin yang mukmin?" 

Umar berkata, "Untuk memilih seorang ibu yang baik untuknya, untuk memilih nama yang baik kepadanya dan mengajarnya al-Quran"..

*kata-kata Umar ni membuatkan kecintaanku pdnya semakin bertambah.. insya-ALLAH.. =) *

Kemudian anak lelaki itu berkata: "Ya Pemimpin yang mukmin bapaku belum lagi menyelesaikan hak-hak ini. Untuk ibuku, dia seorang hamba kulit untuk seorang Magi; Dengan nama saya, dia telah menamakan saya Jual (kumbang); dan dia tidak pernah mengajar saya walaupun satu huruf dari al-Quran". 

Kemudian Umar menoleh ke belakang ke bapanya dan berkata "kau datang kepadaku untuk mengeluhkan kederhakaan dari anakmu, sementara kau belum pun memberikan dia haknya. Jadi kau telah membuat kesilapan terhadapnya sebelum dia telah membuat kesilapan terhadapmu"..

p/s : mood : KELETIHAN.. mata mengantuk.. =.=  alhamdulillah.. byk pengalaman baru hari ni (memanah, paint ball)..seharian memanah, menunggang kuda, flying fox & main paint ball.. esok insya-ALLAH menyambung kembali amanah sebagai seorang ustazah.. moga hari esok lebih baik daripada yg sebelumnya.. insya-ALLAH ^^