ahlan wasahlan..


Saturday, 31 March 2012

Mana MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH yang kuat? mana?! ):

Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu pun teman dekat.

Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?


 Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.

Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan.

Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya.

Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu.

Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
Bukan itu sahaja, tetapi turut menjadi mukminah..
Dan menjadi muslimah mukminah yang berjaya, yakni mujahidah!
Insya-ALLAH~

p/s : sudahlahh! aku sudah penat dengan semua ini..pergilah dari hati ini! (T_T)

♥ akhi, andai sahaja dikau mengetahui.. betapa peritnya memendam perasaan ini.. )': aku lemah akhi.. aku lemah..sakit sekali rasanya..tolonglah hapuskannya.. ♥


bingkisan teman, 
dari Hawa buat Adam.

Wednesday, 28 March 2012

Ngajar ngaji, tapi hati rindu ummi T.T

Alhamdulillah.. awal bulan 2 hari tu, ummi start ajar ngaji lepas maghrib.. pukul 8 je, mesti dengar bunyi ni kat depan pintu rumah.

"Assalamua'alikum.. assalamu'alaikum.."

masuk je bermengah2.. budak2 kan.. berlari lettuw.. hee~ :D adalah dalam 7, 8 org yang belajar ngaji dengan ummi.. ada sorang budak ni, Aisyah namanya.. umur 5 tahun tak silap.. alahaaii~ comelnyaaa.. rajin mengaji pulak tuh.. heheeee *saya suka awak lah aisyah.. ngee~ ^^'' Moga jadi wanita yang solehah ea.. insya-ALLAH..

tapi kan.. start semalam ummi tak ajar ngaji.. sampai hari jumaat ni.. sebab ummi out station.. so, ummi amanahkanlah anak perempuan ummi yang sulung ni untuk ganti tempat ummi.. ummi suruh ana mengajar ngaji..

al-kisahnyaa...

tuuuuuuuuutttttttttttttttttttttttttt (infinity)

ana punyalah semangat nak ajar bebudak ni ngaji.. okey.. tengok jam dah pukul 8.05 minit malam.. selalunya dorang dah sampai.. asal tak sampai-sampai lagi ni? kaki tak boleh duduk diam.. ana pun pergilah tengok kat luar through tingkap.. tak nampak batang hidung pun.. aiisshh.. tuisyen ke budak-budak ni..?

Okay, kali kedua tengok luar rumah.. alhamdulillah.. ada sorang (perempuan) kelihatan sedang menuju ke rumah ana.. dia berlari-lari.. tapi dah nak dekat dengan pintu rumah, dia pun patah balik.. tak tau sebab apa.. tapi satu-satunya sebab yang logik ialah sebab MUNGKIN dia tengok kasut budak-budak yang lain takde, dia pun malu.. haha.. MALU?

YA! Abuya pun cakap camtu..

"Budak-budak tak datang ngaji la tu.. dia malu kat kak nyah kutt.."


 okay fine! ana ngan buya tergelak-gelak.. addooiii.. camne nak laksanakan amanah ummi ni? T.T *ummi tak tahu lagi kejadian hari ni.. heee~ :D

persoalannya sekarang.. adakah hari esok sama dengan apa yang berlaku pada hari ini? esok mereka datang ke tak ehh? hurrmm..

aarrgghh!.. rindulah kat ummi.. dorang lagi suka dan selesa ummi ajar ngaji berbanding ana kuutt.. tapi takpelah.. sekurang-kurangnya untuk malam ni ana ada jugak ajar ngaji.. walaupun ajar 2 orang adik kandung.. hihiii =)

alhamdulillah.. moga dalam rumah kami disinari dengan nur kalam-Nya.. disibukkan dengan ibadah kepada-Nya.. moga surat cinta-Nya mampu memberi manfaat pada kami.. insya-ALLAH, aamiin!

okay! sebenarnya.. main point untuk entri kali ni ialah..


KAKNYAH RINDUUU UMMI !! RINDUU MASAKAN UMMI! RINDUUU NAK USIK UMMI! )':

meski berpisah sementara.. tapi entahlah.. aduuhh.. tak payah nak manja sangat lah kan.. ummi pergi kejap jee.. =.=''

aduhh.. tak sabar nak tunggu ummi balik.. ummi! anakmu ini sedang menanti kehadiranmu.. dan tak sabar nak dapat ole-ole.. hehee (:

moga ummi selamat pergi dan selamat pulang dengan rahmat dan izin dari-Nya.. insya-ALLAH, aamin! (^_^)

♥ UMMI!

oke lah.. BYE! ASSALAMU'ALAIKUM WBT.. (:

Tuesday, 27 March 2012

Meski aku niqobis, namun aku malu padamu..sungguh! ):

cemburunya hati saya biler tengok orang yang berpurdah..
cemburunya hati saya biler tengok orang yang bertudung labuh..
teringin betul hati ini, nak jadi seperti kalian..






tahniah, pada mereka yg berjaya menutup aurat sepenuhnya, mengikut syariat Allah..
betapa hati ini teringin utk menjadi muslimah,
yg sememangnya menjalankan, mengistiqamahkn, menghambakan diri hnya pd jalan Allah ;(

Suatu masa dulu, saya pernah pakai purdah, sbb tempat saya belajar, ade 1 subjek tu, lec dier suruh semua pelajar perempuan pakai purdah, n lelaki pakai serban. hanya untuk 1 hari, demi mendapatkan pahala sunnah nabi. betapa gembira hati ini pada waktu tu, yela.. sebab, tak dapat nak pakai buat selamanya, sekejap pon jadilaa.. then time hari pertama pakai tu. betapa rasa seronoknye.. tak terkata. betapa rasa diri ini terlindung. biar hakikat sebenar, dosa sebagai manusia tak tertanggung.. then, bila pakai purdah.. mmg takde sape la kenal saya.. then, lepas habis kelas tu, saya dan kawan saya, pergilah makan. tapi, masih dalam keadaan berpurdah.. kami jalan di hadapan seorang lelaki.. tiba-tiba, ada seorang lelaki ni kata.. :

" sejuk mata pandangan tengok awak.. alangkah seronoknya kalau dapat disunting jadi isteri.". 

Saya tertunduk malu.. dan terkejut, terkagum dan terpesona dengan kata-katanya.. hati ini tersentak, dalam hati saya berkata,

" janganlah kau kagum dengan aku, wahai lelaki. Hakikatnya, ini bukan diri aku. Inilah kali pertama aku memakai purdah.. " 

Lepas tu, saya fikir-fikir, lihatlah, baru kali pertama memakainya, dah ada yang kata macam tu..saya kenal lelaki tu.. bayangkanlah, betapa sejuk dan cantiknya muslimah yang berpurdah, pada pandangan mata sang adam. tapi, bukan itu yang saya inginkan.. saya cuma mengharapkan pandangan dari Ilahi. Saat itu, hati terdetik untuk berubah.. saya ada la cerita dekat family, dan sampaikan hasrat untuk berpurdah, tapi.. )':  family tak benarkan.. katanya, ia memerlukan kekuatan yang sangat tinggi. ada benarnya juga kata family saya, jadi saya pun batalkan niat untuk memakai purdah.. Namun, saya cuba untuk mendidik diri dalam mencari kekuatan untuk itu..

Sehingga kini, masih tidak mampu. bertudung labuh pula ? Saya teringin sangat nak istiqamah memakainya. ni tak, saya hipokrit.. saya hanya pakai bila nak pergi ke kuliah.. memandangkan, tempat yang saya belajar memang kena pakai tudung labuh..dan lagi, kos yang saya ambil.. memerlukan saya untuk memakainya.. tapi, di luar, saya tidak pula memakai tudung labuh..

Terkadang, rasa berdosa menghantui diri hari demi hari.. tapi, insya-Allah, saya tutup apa yang Allah suruh, seperti memakai stokin, dan sarung tangan.. cuma, mungkin tudung biasa jer yang saya pakai.. tak macam muslimah lain yang kuat dan mampu untuk pakai tudung labuh.. bukannya saya tak nak pakai.. sebenarnya,  hati ni teringin sangat nak pakai, sangat-sangat teringin sebenarnya.. tapi, rasa macam iman masih tak kuat dan tak teguh.. hmm.. (T_T)

Kini, betapa saya mengharapkan agar dijodohkn dengan insan yang soleh.. yang mampu memberi saya  kekuatn untuk menjadi wanita solehah pada pandangan-Nya.. yang akan menjadikan saya bidadari di syurga untuk si dia yang bernama suami.. insya-ALLAH.. aminnn.. :)


p/s : kisah ini di copy dari facebook.. subhanallah.. moga ALLAH SWT mendengar doamu dan memaqbulkan niatmu yang tulus untuk berniqob ya ukhti fillah.. insya-ALLAH, aamiinn~ dan meski aku seorang niqobis, namun aku malu denganmu ya ukhti fillah.. tersangat-sangat malu.. aku tidak sehebatmu.. (T_T) ♥

Friday, 9 March 2012

PMG 12 DI HATI! (^_^)

Alhamdulillah.. kenangan di PMG 12 di GMI (GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE) masih lagi terasa bahangnya..

The best camp ever laahh!!!! Boleh tak saya nak pergi PMG 12 lagi? *MUSTAHIL! PMG 12 hanya berlaku sekali dlm seumur hidup. (0_0)’’

So, hayya nata’arruf(jom kita berta’aruf) dgn PMG 12.. Apakah itu PMG 12?

Pertandingan Main Guli?
Perlawanan Mak Gayah? *tetiba jee haha ;p
Penyebab Mata Gatal?
Perempuan Masuk Gaung?

Adeyh.. dah2.. CUKUP! Bahaha.. macam2 definisi yg kita boleh buat kan.. tapi di sini, PMG 12 yg sebenarnya, yg ana nak ungkapkan ialah :

PERKAMPUNGAN MENARA GADING, Generasi yg ke-12..




Barulah smart! Hehe..

So nak cerita lah sikit.. *cakap je sikit, padahal banyak =.=’’

Macam mana ana mula2 dengar perkataan PMG ni.. ouh.. adakah PMG itu sejenis makanan yg boleh di makan? Atau PMG ialah nama sebuah novel? Huh.. ada aku kesah? Haha.. Ana lebih suka untuk bercakap mengenai PEPIAS (PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR). Memandang di blog ana ni takde lagi cerita tentang PEPIAS, apa kata ana cerita dulu ttg PEPIAS ea, baru cerita pasal PMG… hehe.. insya-ALLAH..

AL-KISAH..

Masa ana form 4 (2010) , ada sorang ustazah skolah ana.. dia nak 10 orang pelajar utk pergi KKPI (KEM KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM) à 9-11 Julai 2010 kat Kem Nur Bukit Unggul, kat Sepang tak silap.. Ana pun tawarkanlah diri.. al-maklumlah.. baru lepas pmr & semangat nak SPM *gelabah jee.. haha.. kebetulan plak, lau ana join KKPI ni, dapatlah ana jadi org yg lebih berkepimpinan.. ye lah.. nak bawak sesuatu yg baharu dalam sekolah ana.. dan masa form 4 lah ana memegang amanah sebagai pembantu guru *pengawas lah tu.. hee~ :D

Subhanallah.. alhamdulillah.. Kem KKPI anjuran PEPIAS mmg sgt2 berkesan dgn izin ALLAH SWT.. Sebabnya, bukak je sekolah, kami ( perserta KKPI) bawak perubahan yg besar dlm sekolah kami..masing2 praktikkan apa yg kami belajar masa kat kem.. dan berkat KKPI jugak, menyebabkan kami lebih berani utk ke hadapan.. alhamdulillah.. terima kasih akak2 & abg2 fasi KKPI.. hanya ALLAH SWT yg mampu membalas jasa kalian.. insya-ALLAH (:

Dan.. KKPI adalah kem yg ke-2 selepas kem yg pertama ana pergi slps PMR, kem NKPI (NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM) à 4-6 Jun 2010.

Perubahan yg berlaku di sekolah kami, SMK BANDAR BARU BANGI hasil dpd KKPI :

KEM KHALIFAH UNGGUL-KKU (ana memegang amanah sebagai PENGARAH)
30 Julai- 1 Ogos 2010
p/s : kpd sahabat2 yg terlibat dlm KKU, ana mohon maaf andai ada kekurangan.. al-maklumlah, 1st time pegang amanah sbgai pengarah.. kami buat kem KKU ni sebab kami nak sahabat2 kami di sekolah yg x pergi KKPI, dapat rasa apa yg kami rasa.. alhamdulillah w/pun pengisiannya memanglah 100% tak sama dgn KKPI..

KEM KHALIFAH MUDA(KKM)
Masa ana form 5( 2011), juniors kami (Form 4) plak yg g KKPI.. So, juniors kami pun teruskanlah usaha kami melalui KKM ni..alhamdulillah..

Berkat KKPI (^_^)

Oke.. cukup sampai di situ.. kisah ttg bagaimana ana mula2 mengenali PEPIAS..

Alhamdulillah.. hingga hari ni ana masih melibatkan diri dgn PEPIAS.. Byk yg ana belajar melalui kem2 yg diadakan PEPIAS..

Cerita tentang PMG plak..actually ana dah dgr perkataan PMG since last year (2011).. masa kami( prefects) tengah bermusyawarah dgn abg2 & akak2 PEPIAS utk buat kem khas utk pengawas sekolah kami.. abg afiq & abg K (x silap ana) yg bg tahu kami ttg PMG..

“Nanti lepas SPM, PEPIAS ada buat program PMG… Jgn lupa join yea.. angkut 1 skolah pun boleh.. hehe “

Masa mula2 dgr, mcm x bape minat la.. dan sebelum pergi PMG 12 ni pun, tengok kat page PEPIAS yg ada video pasal program PMG, cam tak best je.. tengok jugak gambar PMG kat Sarwak.. aduuh.. tak menarik langsung!

Haha.. maaflah.. inilah akibatnya lau setakat tengok jee, then nak kritik.. pada hal belum cuba belum tahu.. astaghfirullah.. ): *MENYESAL yang AMAT!

ALHAMDULILLAH.. kata puji-pujian apakah yg lebih indah untuk diungkapkan untuk mensyukuri nikmat ALLAH selain ALHAMDULILLAH?

ALHAMDULILLAH, nama ana tercatat di Luh Mahfuz yg ana di izinkan-Nya untuk join PMG 12. Budak sekolah ana ramai jugak la yg pergi..

YA ALLAH.. BESTNYA PMG 12!!!! (n_n)

Pengangkutan ke GMI : tumpang kawan ana

Penginapan di GMI : Bilik no. A7-5-4 (Blok 7, TINGKAT 5, bilik no. 4)

Adeyh.. TINGKAT 5 tuu!! Blok tu tak kisah la angka dia nak besar mana pun.. A-100 pun takpe.. tp tang bilik tu.. mmg rasa mcm nak tercabut joints (sape yg blajar bio tu tau la apa maksud joints tu) haha.. alhamdulillah.. terima kasih kak aida muslihah sbb bg kami bilik A7-5-4.. mmg menguji kesabaran, ketabahan, keimanan & ketaqwaan.. hee~
*hilang jugak lemak2 degil, lemak tepu (SATURATED FAT) dlm badan ni.. insya-ALLAH.. haha! hurm.. tetiba rindu nak blajar bio )’:

HARI PERTAMA, MALAM PERTAMA..

Oppss.. maaf.. ini bukan malam pertama org yg baru kawen yee.. haha.. ini adalah malam pertama di GMI..

Pendek cerita, Abg Umar (PC PMG) tetiba suruh sume participans pejam mata.. then yg paling kelakarnya, masa pejam mata, abg umar suruh kami (peserta PMG) bayangkan..

Oke, jom kita bayangkan… hahahahah :p

“Adik-adik, cuba bayangkan, ada tangan yg pegang belakang adik-adik.. tangan tu kan dik, berbulu.. PUTIH PULAK tu (adeyh.. bulu roma pun boleh beruban ke? Haha.. kelakar2).. bayangkan dik (kata abg umar sambil buat bunyi hantuà hhhaaaaaaaaaaaa).. jari tangan tu kan dik, panjang dia sama mcm panjang ibu jari adik.. semua jari macam tu..”

TAPP! Aduh.. potong line la plak.. mmg betul ada tgn yg tepuk belakang ana.. n abg umar pun meneruskan dia punya ‘bayangan’ tu.. tergolak-golak den.. hehe~

Tatkala suatu saat tiba.. alhamdulillah.. akhirnya, abg umar pun suruh kami bukak mata.. ehh, tgk org depan kat belakang tudung dia ada di tampal dgn sesuatu pelekat..

TU DIAA… Nama Sebuah Universiti!

“huh.. mesti nama group ni.. “ , hati ana bermonolog..

Then, tak lama lepas tu, abg umar suruh semua berdiri & cari nama U masing2 & kumpul kat 1 tempat.. CARI TANPA BUNYI & TANGAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK ANGKAT & SETERUSNYA MENEPUK BAHU KAWAN..

----gambar dewan-----

Adeyh.. mulalah.. masing2 keluarkan idea mcm mana nak cari org yg sama group (U) dgn kita.. adalah sorang hamba ALLAH ni, dia tulis nama U yg dia dapat kat file (setiap peserta diberi file masing).. waah! KREATIF!

Tanpa diduga, tanpa diminta, dan tanpa ditukar, dgn rahmat ALLAH SWT, kebetulan ana sama group (UiTM) dgn sahabat ana.. ni orangnya à ---------- (fb hanis)

Ana pun bg la isyarat kat dia.. suruh dia tulis “UiTM” kat file hijau dia.. haha..
Dah tulis tu, pe lg, angkat lah.. alhamdulillah.. ada gak org yg pandai baca.. akhirnya, berkumpullah kami dalam keluarga yg baharu à UiTM! (^_^)


Maka, berkumpullah kami ahli UiTM.. nak tau tak siapakah gerangannya? Jeng3..  :D


Tutor kami adalah tutor yg terhebat, tercomel, tercantik, dan insya-ALLAH tersolehah di dunia & di akhirat.. insya-ALLAH, insya-ALLAH.. hehe.. tutor yg bertuah tersebut ialah Kak Adib =) TERBAEEKK LAAHH!!!


Dan ahli-ahlinya ialah.. jeng3.. :p



1.      Muhamad Faiz bin Zainudin (SBPI GOMBAK)
       à  ketua kumpulan kuutt.. sape yg nak blajar tarannum, carik je budak ni.. haha..

2.      Muhammad Ainuddin bin Alias (SBPI GOMBAK)
     à Hamba ALLAH ni plak cara bercakap dia dah mcm prof. kutt.. hee~

3.      Siti NurHanis bt. Abdul Raof (SMK BBB)
      à jgn sesape berani kacau budak ni.. sebab dia sahabat baik saye (; dia satu2nya wanita yg paling kelakar dlm hidup saya.. dan sentiasa menyebabkan saya tertawa.. hihi.. tak sangka kita satu group kan hanis.. dlm kelas duduk bersebelahan jewp.. mmg qte ni tak boleh dipisahkan gamaknyer.. kecuali atas izin ALLAH SWT.. ngee~ *sengal --,--‘’

4.      Hamizah bt. Rajali (SMK BBB)
    à haaa! Sape yg tak kenal budak ni mmg malang r..ARTIS nieyh! Huahuahua :p

5.      Nur Asma’ Salsabila bt. Mohamad Eskandar (SMK St. MARY)
      à ni kawan baru ana =) entah kenapa dia nak tukar bilik ana & hanis.. agaknya dia suka kawan dgn kami yg comel ni kutt.. hehe ^^ yeah.. kelakar tak.. hanis, hamizah, asma’ à kami sama bilik.. group pun nak sama jugak leww.. haha.. ;D suke2.. <3

        6. Nur Syahirah bt. Ahmad Bastari (SMK DARUL EHSAN)
   à Hanis : “eh mijah, mcm familiar la muka bdk sebelah aku ni.. kau ingat tak sape?”
              Mijah : hah? mane2.. oww.. tak ingat la.. sape ek?” *org tanye dia, dia tanye balek.. apakah?
              Hanis : “aku rasa dia dak KKPI lah..”
              Mijah : “ ce try tanye dia”
              Subhanallah!! Ternyata jumpe jugak bdk KKPI kat PMG.. haha.. itulah JODOH namanya (:
              alhamdulillah..

7.      Nur Masliyana bt. Mohd. Waheezan (SMS BAGAN DATOH, PERAK)
     à MAS!! Awat skolah hang dekat dgn kampung mijah? Haha.. JODOH lagi.. aishh. Alhamdulillah (:

8.      Siti Huda bt. Razali (SESTER a.k.a. Sekolah Sains Terengganu)
     à tu diaa sahabat kita.. sanggup bermusafir dari Terengganu sebab nak pergi PMG.. subhanallah… mabruk elaik! =)

9.      Nur Farah Amirah bt. Suhairi (SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM)
             à Orangnya comel.. tinggi plak tu.. hihi ^^

Huh.. baru intro ni.. dah panjang.. *macam muat je nak tulis kat blog ni.. haha.

HARI KEDUA ( SABTU 03/03/2012)

WOOHHHAAA!! Tarikh ni kaann.. nak tau taakk.. tarikh ni sebenarnya tarikh bufday abang ana.. skrg kat UiTM PENANG, Civil engineering.. 12/03/12 ni insya-ALLAH dia ada final exam.. doakan dia  ye sahabat2 sume.. insya-ALLAH tahun ni tahun last dia.. =)

Oke.. berbalik kpd PMG..

5.00 pagi..

Qiamullail secara berjema’ah..


Kira2 pukul 4.30 pagi..

“Mijah.. cepat mijah.. dah lambat dah ni..”

Haiisshh.. roommate da bising  da =.=’’

"Yee.. kejap2.."

Ingatkan kamilah org yg paling lambat.. rupa2nya org yg terawal ada kat masjid.. hamdalah hamdalah (: hehe.. *bangga sat naa

Kami pun buatlah qiamullail secara berseorangan sementara tunggu yg lain sampai..

Just nak cerita cket masa qiamullail ni..
Subhanallah.. masa start solat sunnat tu, imam tu.. ): sedapnyaaa suara dia… cair weyh hati ni.. cairr…!! w/pun ana tak tau sape dia, (kebetulan jemaah lelaki solat kat bawah, jemaah perempuan solat kat bhgian atas).. tp kan.. suara enta.. telah berjaya menyebabkan air mata ini gugur membasahi pipi.. dpd mengantuk menjadi SEGERRR (style abg edi.. hee :p ) just nak cakap, alaahhaaaii.. beruntung bg wanita yg dpt bersuamikan enta.. insya-ALLAH.. (^_^)

11.00 pagi -11.30 pagi

MEGA 1 : MENYELUSURI SUATU PENCARIAN.. “Minat & Kerjayaku”

Ceramah oleh : Tuan Ahmad Naim Jaafar

Kita berkenalan jap ttg kisah Tuan Ahmad Naim ni.. insya-ALLAH..

Dia sebenarnya seorang peguam.. dan dalam masa yg sama, dia jugak penjual jambu kat tepi jalan.. masha-ALLAH.. apa pandangan sahabat sekalian? hebat tak Tuan Ahmad ni..? (maaf yea.. ana lupa apa sebabnya dia still nak jadi penjual jambu..)

Antara pengisian yg ana dapat..

1)      Berfikir adalah kerja yg paling mahal..

Sebagai contoh, kenal tak Joseph Nestle? Haa.. dia nil ah yg buat MILO NESTLE tu.. actually dia seorang ahli biologi.. mcm mana dia dapat idea untuk cipta milo? Tak silap ana.. cerita dia adalah mengisahkan ttg seorang wanita yg kekeringan susu badannya.. so, anak kecil dia tak dapat lah nak menyusu.. Joseph Nestle ni pun pergilah amek susu lembu yg SEGEERR.. otak ahli biologi ni pun mencetuskan idea untuk menjadikan susu lembu tu kpd susu tepung.. dan dari idea nilah tercetusnya pembuatan milo..
 dan secara jujurnya, saya adalah peminat susu tepung yg berperisa coklat à MILO buatan anda wahai Joseph Nestle.. huhu~

2)      Apabila kita nak lakukan sesuatu, selalulah tanya soalan ni pd diri kita :

Apakah nilai/manfaat yg saya nak cipta untuk orang lain?

And u know what.. 75% of students/graduates do not know what their talents are..


3)      Jgn sesekali menyesal dgn apa yg kita dah belajar.. kalau kita rasa ada sesuatu yg slack dlm proses pembelajaran kita, cari turning point..

Tetiba teringat kata2 cikgu kaunseling kat skolah..  )’:

“Betulkan yg biasa & biasakan yg betul..”

Dan mengikut kajian, 95% students jumpa bakat mereka di luar bilik darjah..

“You are told what to do, follow manuals & never bring your emotional labor into works.”

   YA! ALHAMDULILLAH.. Penerangan Tuan Ahmad Naim  membuka minda ana..

KONSPIRASI TEORI BARAT!

Kesian dekat students di Malaysia.. termasuklah diri ana.. kesian betull =.=’’

Kat Malaysia ni, masyarakat mmg pandang tinggi pd huruf A! Time result keluar je, mesti tanya bape A.. takde pun yg Tanya bape E.. hee~ oke, fine! Alasan boleh diterima ke? Alas an yg mana kalau dpt byk A, maknanya dia seorang yg genius.. alahaaii… insya-ALLAH, bila ana ada anak nanti, ana tak nak tanya bape byk A yg  dia dapat.. sebab belum tentu lg kalau seseorang tu dpt straight A , 10A+, 11A+, 20A+..belum tentu akhlak dia A+.. kalaulah students yg dpt straight A akhlak/sahsiah dia macam anak seorang nelayan  kat Kelantan yg memperolehi 20A1, 1 A2 (21A) yg bersekolah di Maahad Muhammadi Lil Banat.. subhanallah.. sesiapa yg baca buku ttg rahsia kejayaan nik nur madihah, insya-ALLAH tahu apa yg ana cuba nak sampaikan kat sini.. naik bulu roma dibuatnyerr~ *teringin nak jumpa akak madihah ):


People keep counting how much we get an A's in our SPM results ~
But they doesn't count or see our effort on the SPM paper and how much we try to upgrade our marks / grade :)

Let see... they should ask "How is your result? It is getting better than before?" ,
rather than they ask "How is your result? How much you get an A's?"
You can ask yourself ... - for example : You always get grade E for your addmath subject , but suddenly Allah gave you grade B for your SPM ~ ^_^ it is not an A but you can see your effort right there... :)

So, just be happy ... keep praying for the best ~ Allah can give you more than you expect =)

# I hope .. Ummi can understand how much I feel right now :) ehh, nape TERspeaking lak yer .. hihi sekali sekala , tak salah :P improve your english and arabic - it is fun! #


SPM results is just a piece of paper =) but most of the student scared and worried to know about their own results ~ why ?
- Actually , they are afraid that they would disappointed their own parents =/ not because of how ugly the results is.. but they know what would their parents feel~

# Sorry Ummi n' Ayah... I know, I am not smart n' brilliant like brothers and sister.
but I had tried :'/ what can I do now ... patience and peace ♥ #

Fuuhh.. capek dong.. =.=’’ dah penat membebel.. hee~ *ana harap segala bebelan di atas mampu membuka minda & tidak terlalu memandang tinggi pada straight A!

Al-‘ilmu bila ‘amalin kasshajaroh bila samarin.. maksudnya.. ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..

So, macam mana nak elakkan diri dpd menghadapi konspirasi teori barat?? Haa.. ni caranya :

 Memorize à Understand à Apply à Evaluate à Analyze (Intelectual-logic) à Create (something) ..

I’brah dpd cara ni ialah jgn hanya setakat ada IQ yg tinggi je, tp amalkan + sebarkan + aplikasikan dlm kehidupan seharian by create something new (: tak kisah la ape pun, asalkan orang lain pun turut mendapat tempiasnya (manfaatnya).. insya-ALLAH..

2.00 petang – 3.00 petang

CAMPUS EXPLORATION : GEMPURKAN KAMPUS ITU – G.K.I. !!!

Taklimat/tatacara untuk Campus Exploration disampaikan oleh Abang Edi *yang sangat2 kelakar.. hahaha ^.^

Dalam C.E. ni , setiap peserta (group) masing2 diberi 4 assigments..
1. ENGINEERING
2. MEDICINE
3. SYARIAH
4. ARCHITECTURE

p/S : assigment yg berbeza, tempat pun berbeza (:

*ceyh.. result SPM tak keluar lg dah ada assignments macam mahasiswa.. HEBAT! Hehe

Group ana semestinya group yg terhebat à UiTM dpt ASSIGMENT yg PERTAMA, iaitu SYARIAH ..

Assigment Syariah ni ada 2 soalan :

1)      Namakan 10 malaikat beserta tugasnya.
2)      Berikan rukun wudhu’ yg ke-7.

ALLAH.. group UiTM tersangkut kat soalan 2.. mmg sengal kuutt.. rasanya hampir 4 kali kami bg jawapan.. tapi.. kesemuanya SALAH! Haha..Tulah dia nyeerr~ amek wudhu’ tiap2 hari, tp tak ingat rukun wudhu’.. astaghfirullah.. *pengajaran buat diri sendiri )’:

Nak tau tak apa jawapan dia? Ni haa jawapannya :

TIADA YG KE-7 DALAM RUKUN WUDHU’..

*ALLAH.. malunya.. jahilnya aku! T.T

Antara pengisian dpd assignment SYARIAH..

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda :

“Man arodad dunia, fa ‘alaihi bil ‘ilmi… wa man arodal akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man arodad dunia wal akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi..”

Maksudnya : Sesiapa yg mahukan dunia, maka hendaklah dgn ilmu.. sesiapa yg mahukan akhirat, hendaklah dgn ilmu.. dan sesiapa yg mahukan dunia & akhirat hendaklah dgn ilmu..

Apa pun yg kita belajar, apa pun kos yg akan kita ambil di u nanti, dan apa pun pekerjaan/kerjaya kita pd masa hadapan, biarlah akhirnya MARDHOTILLAH yg akan kita dapat.. wallahua’lam wa insya-ALLAH..

ASSIGMENT 2 : ENGINEERING!

Bahan : pasir, batu, air..
Alatan : Cawan..

Arahan ~~> Susun bahan2 tersebut dlm cawan & beri sebab mengapa anda susun sedemikian rupa.. (:

Actualy, ni sume analogi jewp =) pasir, batu, air & cawan tu ada maksud yg tersirat..

APAKAH? --,--‘

Cawan : DIRI KITA
Pasir : ANASIR JAHAT
Batu : ILMU
Air : IMAN

Pesan abang2 & akak2 fasi :

“Kat U nanti, pandai2 la jaga diri.. kalau kita takde AIR (IMAN) & BATU (ILMU) yg MANTOP, CONFIRM! PASIR (ANASIR JAHAT) dgn mudahnya akan masuk dlm CAWAN (DIRI KITA).. So, pandai2 la pilih kawan & bawak diri kat U nanti..
Ingat! INNALLAHA MA’ANA DAIMAN (Sesungguhnya ALLAH bersama kita sentiasa) WALLAHU SAMI’UN BASIR ( dan ALLAH Maha Mendengar lg Maha Melihat..) Yakinlah itu wahai sahabat! Insya-ALLAH (n_n)

ASSIGMENT 3 :MEDIC!

Kat sini, berlainan fasi, maka berlainan pula tugasannya..

Group ana (UiTM) dpt tugasan ‘BEAR’ dpd Abang Afiq.. ^^
Ketua tengok gambar bear yg telah dilukis, then menyampaikan kpd setiap ahli kumpulan (seorang demi seorang à org ni pas kat org ni, org ni pas kat org ni & begitulah seterusnya sehingga org yg terakhir) hanya melalui isyarat.. then, org terakhir pun lukislah gambar bear yg telah di sampaikan oleh rakannya.. lastly, bandingkan gambar asal dgn gambar yg dilukis oleh org yg terakhir tu.. haha..

I’brahnya kat sini ialah.. kalau kita nak menyebarkan dakwah.. bukan hanya cakap (tabligh) je.. tp buktikan dgn amalan.. tunjukkan peribadi/ sahsiah/akhlak yg baik.. contohilah Nabi kita, Sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa S.A.W. yg mana kita disuruh untuk mencontohi akhlak Baginda S.A.W. siapa yg suruh? ALLAH..
Terdapat kalam-Nya dlm al-quranul kareem : laqod kana lakum fi rosulillahi uswatun hasanah.. yg bermaksud : sesungguhnya adalah bg kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan(akhlak) yg baik.. *aasifah jiddan.. ana ingat ayat je.. nama surah tak ingat ):
Daannn.. nak tau tak, 90% dakwah Nabi Muhammad S.A.W. adalah perbuatan!

Tugasan lain dpd fasi yg lain :

~ANALOGI DIGESTION~

Dalam sains, kalau kita tak qodho’ hajat (buang air besar/kecil) , maka sisa makanan yg tidak dikeluarkan akan bertukar menjadi toksik.. dan of coz lah membahayakan system & organ badan kita..  Sama jugak hal nya dgn ilmu.. kalau kita tak sebarkan, maka sia-sia je kita menjadi org yg mempunyai ilmu pengetahuan yg tinggi.. ilmu diperap jadi pekasam.. apa gunanya? Lu piker laa sendiri.. huhu..

~ANALOGI KALKULATOR~

Ahhhaaa.. analogi ni ana tak bape paham.. so, mane2 group yg dpt tugasan ni, share2 la apa maksud di sebalik ‘KALKULATOR’ tu yea.. ingat! SHARING IS CARING~ ngee~ :D

ASSIGMENT 4  ARCHITECHTURE!

Kat sini kami kena buat origami guna kertas.. Group UiTM buat roket.. hehe~ (^_^)

Dan i’brahnya yg kami dapat ialah :

Dari Abi Musa Radhiallahu A’nhu, katanya Nabi Muhammad Salallahu Alaihi wa sallam bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang oleh kerana itu Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi; (1) bumi itu ada yang subur, menyerap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. (2)Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga tergenang (bertakung), maka Allah memberi manfaat dengan hal itu kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. (3)Ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan sesuatu yang oleh kerana itu Allah mengutus aku menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya. (Maksud dari Hadith No. 79 - Kitab Fathul Bari)

Huraian:
Rasulullah bersabda, apa yang diturunkan dan apa yang didatangkan oleh Allah swt daripada ‘huda’ atau hidayah dan ilmu samalah sepertimana air hujan yang turun ke bumi ini. Dalam hadith ini, Rasulullah saw mengumpamakan hidayah dan ilmu dengan diri manusia laksana air hujan dengan tanah di bumi. Seperti hujan menghidupkan tanah yang mati, gersang, kering dan tandus, demikian pula ilmu agama dapat menghidupkan hati yang mati...

1) Tanah jenis pertama ialah dari jenis yang subur. Apabila hujan turun menimpanya, ia memberi “respond” yang baik lalu menumbuhkan rumput dan tanam-tanaman yang subur. Demikianlah dengan manusia. Ada di kalangan manusia yang hatinya subur. Apabila saja dia mendengar ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah saw, dia dapat menerimanya dengan baik. Kemudian, orang ini bukan saja mengamalkan ilmu yang dipelajarinya bahkan mengajarkan kepada orang lain pula. Orang ini seperti tanah subur yang menyerap air sehingga dapat memberi manfaat bagi dirinya, kemudian tanah tersebut dapat menumbuhan tumbuh-tumbuhan sehingga dapat memberi manfaat bagi yang lain.

2) Tanah jenis kedua ialah tanah yang jenis keras. Ia tidak dapat menyerap air hujan yang turun dan tidak mampu menumbuhkan pokok-pokok. Namun begitu, tanah yang keras ini dapat menakung air hujan yang turun. Oleh hal yang demikian, air tersebut dapat diguna pakai oleh orang lain untuk tumpang minum, tumpang masak, tumpang mandi dan sebagainya. Orang yang jenis kedua ini, apabila dia mendengar ilmu agama, ayat2 al-quran dan hadith dia dapat menyerap dan merekod dengan baik dalam otaknya, namun ia tidak bermanfaat kepada dirinya (tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya). Kita boleh melihat dari segi akhlaknya yang buruk tidak selari dengan banyaknya ilmu yang dia ada. Namun begitu, dia masih dapat mengajarkan ilmu kepada orang lain dengan baik yang mana orang lain dapat mengambil manfaat darinya.

3) Tanah jenis ketiga ialah tanah jenis gersang yang tidak menumbuhkan tanaman dan tidak pula menakung air hujan yang turun ibarat padang pasir. Orang yang diumpamakan seperti tanah jenis ini ialah orang yang apabila didatangkan ilmu agama kepadanya, ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada dirinya dan kepada orang lain. Dia tidak mengendahkan dan tidak mahu ambil peduli dengan ilmu agama. Orang yang jenis ketiga ini langsung tidak memberi manfaat kepada manusia lain walau sedikit pun.

Begitulah sedikit huraian tentang hadith yang Rasulullah saw umpamakan sikap manusia yang berinteraksi dengan ilmu agama dengan 3 jenis keadaan tanah. Marilah kita cuba menjadi yang terbaik iaitu menjadi manusia yang jenis pertama yang diterangkan seperti di atas tadi. Manusia ini berusaha memahami ilmu agama dengan mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya (beramal) dan dia mengajar kepada orang lain pula. Ia belajar agama bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, bukan kerana wang ringgit, harta dan pangkat tetapi ingin membentuk jati peribadi muslim yang unggul dan berusaha untuk membentuk peribadi muslim yang lain pula. Secara tidak langsung, Islam akan tersebar dengan meluas serta melahirkan individu muslim yang soleh dan musleh. Wallahu’alam wa insya-ALLAH. (n_n) <3

p/s ; mengubah diri sendiri, untuk mengubah orang lain..

Bak kata Abang Rahman : “BERILMU & BERAMAL” =)

9.00  malam – 10.30 malam

MEGA 2 : Cakap-cakap Campus (Ca-caCa) .. “Aku, dia dan mereka di IPT”

Apakah itu Ca-caCa? Hehe… sebenarnya, Ca-caCa ni forum yg melibatkan 3 orang ahli panel iaitu :’

PANEL 1 : ENCIK ROZAIDI

Pesan encik kita~ hee.. ;

♥ Biasakanlah diri anda dgn budaya ilmu & berakhlaklah dgn akhlak yg mulia.. biarlah kita tak hebat dlm akademik.. tp pastikan yg akhlak kita mantop.. antara org yg bijak tetapi krg akhlaknya dgn org yg biasa2 sahaja tetapi tinggi sahsiah/akhlaknya, mana satukah yg menjadi pilihan setiap insani? Of coz la yg biasa2 sahaja, tp subhanallah! Mantop akhlaknya.. (^_^)

♥ berukhuwah lah dgn ukhuwah islamiyyah.. insya-ALLAH..

♥ Prihatin terhadap isu semasa (rajin membaca) lau kita dah masuk U nanti.. ye lah kan.. kat U nanti takde dah cikgu2 nak suapkan.. kat U suap sendiri la yee… huhu..


PANEL 2 : Kak Fadhilah

Nasihat dpd kak dila :

♥ IPTA lg byk kelebihan dpd IPTS.. antara sebabnya à yuran di IPTA jauh lbey murah & byk kemudahan..

♥ 5 perkara utk jadi org berjaya :
         -tuntut ilmu ikhlas kerana ALLAH & sentiasa bersangka baik pd ALLAH..
         -restu mak ayah..
         -jadilah org yg mempunyai adab + akhlak dan biasakan tgn tu mencatat..
         -bangun malam (tahajjud) + solat sunnat dhuha..
         - amalkan belajar berkumpulan..

♥ Nanti dah masuk U, jgn sesekali ponteng kelas..! kak dila kata, walau apa pun yg terjadi, penat mcm mana pun kita, KELAS TETAP DIHADIRI..NO MATTER WHAT!! FULLSTOP!

 insya-ALLAH kak dila.. syukron atas nasihat (^_^)


PANEL 3 : Kak Ayu @ Nor Aqidah  =)

Nasihat dpd PESERTA SOLEHAH kita ni.. :

♥ Kalau kita belajar kerana ALLAH, insya-ALLAH kerjaya dgn sendirinya akan datang pada kita.. yakinlah.. (:

♥ Amalkan baca Surah Ar-Rahman setiap hari.. sbb insya-ALLAH, Surah Ar-Rahman ni mampu mendatangkan rasa kehambaan dlm diri kita.. wallahua’lam..

♥ Hidup jama’ie (berjemaah) di U! bi iznillah~

10.30 malam – 11.30 malam

Apa itu MAHASISWA?

Matlamat hidup à tetapkan!
Amal ibadat      à perbanyakkan & istiqomah..insya-ALLAH..
Hukum Syara’  à patuhi secara SYUMUL (menyeluruh)..
Agen Perubah   à berubah dpd baik menjadi yg lebih baik..
Sahsiah diri       à lebih mahal nilainya dpd akademik! --,--‘
Idealisme          à sumbangkan/share.. jgn membeku dlm otak jewp..
Sabar                à as-sobarul minal iman (:
Wibawa            à Antara ciri seorang pemimpin..
Aktivisme        à jauh perjalanan, luas pengalaman.. bi iznillah~

Dah bergelar MAHASISWA nanti, SILALAH JAUHI 3 K : Kelas, Katil, Kafe.. haha..


Sebelum malam menutup tirainya, kami pun nyanyi lagu PMG! Weehheee~ *sebak*

HARI TERAKHIR )’: (AHAD, 04/03/2012)


MEGA 3 : SIDANG PLENO .. “ Kenapa Aku Perlu ke IPT??”

Bg yg 1st time dgr SIDANG PLENO, actually S.P. ni sama jee maksudnya dgn debat.. hee~ =)

Oke, UiTM vs USIM!

UiTM : Belajar untuk ilmu
USIM : Belajar untuk kerjaya..

Masing2 mengeluarkan hujah masing2..

Dan antara hujah group UiTm ialah :

“ILMU TIDAK MEMERLUKAN KERJAYA, TETAPI KERJAYA MEMERLUKAN ILMU.. wallahua’lam.. (:

11.30 pagi

MEGA 4 :POSTING Muzakkir.. “Pelan tindakan mengikut cawangan & daerah”

PEPIAS setakat ni alhamdulillah sudah ada 7 cawangan di Selangor..

Dan ana merupakan cawangan Bangi =)

Alhamdulillah.. Masya-ALLAH.. berita baik.. cawangan bangi adalah cawangan yg teramai.. (n_n)

Syukur pada ALLAH.. setelah bermusyawarah dgn mereka yg merupakn cwngan bangi,.
Akhirnya.. pertemuan pertama kami selepas PMG 12 ialah di KUIS pd hari Ahad, 18/03/2012.. insya-ALLAH.. ALLAH YUSAHHIL LANA.. bi iznillah~ (^.^)

4.00 petang

SAAT YG PALING MENYEDIHKAN.. BERSURAI..



Apakan daya..

Namun.. ukhuwah kita tidak bercerai.. sebaliknya..hanya jasad yg berpisah.. hati kita yg mempunyai ikatan ukhuwah tidak pernah putus.. kerna kita bersaudar.. insya-ALLAH (:

Dan ni ada sedikit KRITIKAN YG MEMBINA.. insya-ALLAH (^_^)''

1) Bahagian disiplin :

Ana harap next time, tegaskan cket *bukan sikit, tp byk (: bab2 aurat ni... yg perempuan pakai stokin.. sbb ana tengok kat PMG 12, ramai yg tak pakai stokin.. dan dari segi pemakaian wanita, buatlah spot check.. sbb masa hari 1st (tak silap ana), sahabat2 ana mengadu.. mereka kata mereka nampak sorang muslimah ni, baju kurung yg dipakainya, pd bahagian kain terbelah..tiap kali jalan, mesti nampak betis.. mereka pun ckp yg baju kurung muslimah tu jarang.. ALLAH.. ana x diizinkan-Nya utk lihat dgn mata kepala sendiri.. kalaulah ana nampak.. insya-ALLAH, ana & sahabat2 yg lain akan tegur..

2) Tempat solat :
Ana lebih selesa kalau ada penghadang yg memisahkan jemaah lelaki & jemaah perempuan.. menurut ana, itu lebih baik & selesa.. 

3) Bilangan peserta lelaki :

Hah.. ni pun 1 hal.. harap PMG yg seterusnya jumlah peserta lelaki & peserta perempuan dapat diseimbangkan..barulah nampak MANTOP & syababul ISLAM tidak kelihatan seolah-olah sudah semakin 'PUPUS'.. huhu~

Akhirul kalam, carilah hikmah di bumi Tuhan. Moga2 ukhuwah yg terjalin mampu membawa kita hingga ke syurga-Nya.. insya-ALLAH.. *UKHUWAH TILL JANNAH*

Kemesraan ukhuwah di jalan Allah dibangunkan di atas empat (4) perkara :
  1. Saling kenal mengenal (ta’aruf).
  2. Saling memahami (tafahum).
  3. Saling tolong menolong (ta’awun)
  4. Saling berkongsi beban (takaful).
‘Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah’ tidak akan pernah tegak sebelum umat ini bersatu dalam ikatan Ukhuwah Islamiyah’.

Untuk itu kita perlu bangunkan harapan bersama bagi terciptanya ‘Ukhuwah Islamiyah’ dalam sebuah jamaah.

Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam yang sejati akan panjang usianya bahkan hingga ke hari akhirat kelak bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah saw :
“Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka.” Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah.” (HR Tirmizi)
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan ukhuwah antara sesama kami semata-mata kerana-Mu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimah-Mu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalan-Mu yang mulia ini.
Ameen Ya Rabbal A’lameen.
.
Berkata Ibnu Abbas r.a. :

“Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan.”

Dan sedikit nasihat buat SPM CANDIDATES 2011 yg akan mengambil result SPM insya-ALLAH pd 22 March 2012 ni..

~ Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
~ Yang kita minta belum tentu yang TERBAIK buat kita..
~ Yang terbaik buat kita tidak semestinya Allah suka..
~ Belajarlah REDHA apa yang kita ada..
~ Itulah yang terbaik buat kita..
♥~ Walaupun itu BUKAN yang kita suka..

>>> Tidak semua yang kita INGINKAN akan kita dapat seperti mana tidak semua yang ada sekarang seperti mana yang kita inginkan..tetapi sebenarnya Allah memberi LEBIH daripada apa yang kita pinta..Allahuallah..♥♥


p/s : ALHAMDULILLAH.. akhirnya.. siap jugak entri ni.. dlm masa 1 hari.. hee~ terima kasih yee PEPIAS.. terima kasih juga kpd yg terlibat.. byk yg ana belajar.. dan byk juga ilmu baru.. alhamdulillah.. syukur.. wa mabruk ‘alaikum j’amian kpd sesiapa yg berjaya membaca sampai habis.. aasifah jiddan andai ada yg tersilap & terdapat kekurangan.. kerna apa yg ana sampaikan lahir dpd hati yg hina & diri yg sering berbuat dosa.. ALLAH.. )’: dan terima kasih juga kerana meminjamkan mata anda untuk membaca entri ni.. moga ALLAH redha.. insya-ALLAH =)

wallahua'lam bis sawaab..