ahlan wasahlan..


Friday, 27 April 2012

"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK !! " (-^_^-)



"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.


"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."





"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."


"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masanya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA. :D




Portrait of Muslim doctor in hijab


Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.

Saturday, 7 April 2012

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥

Lelaki Yang Kami Rindui ♥♥♥
 

Dulu, 
 Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
 
Kini,
 Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
 

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
 
Dulu,
 Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul...
 

DUA HATI MENJADI SATU.. (-^_^-)

♥ Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our hearts would melt with the warmth of His love ♥
BF & GF : ♥ bulan menjadi saksi CINTA antara kita ♥

BULAN : tuihhhh ~ ! takda masa aku nak jadi saksi DOSA korang ! >,<
HAHAHAHAHA :)
VS 
ISTERI : abang pernah jatuh jambatan?
SUAMI : pernah..
ISTERI :abang pernah jatuh tangga?
SUAMI : pernah jugak..
tapi semuanya sakit2 sangat dan x seronok rasenye..,
Tapi satu jatuh ni yang abang suke sangat..x sakit malah
menggembirakan...

ISTERI : jatuh ape tu bang ?

SUAMI : jatuh cinta pada isteri abang...

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn.......
 

 <><><<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
❝Tidak semua AIR MATA bererti DUKA.. Kadangkala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN..❞

❝Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA.. Kadangkala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA..❞
 
Atas nama cinta..

"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."

Atas nafas cinta...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
 
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Peihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.
PESANAN MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH,
"Buatlah apa yang ALLAH SUKA , walaupun ramai ORANG BENCI "

Tapi ingat . .

"Jangan buat apa yang ALLAH BENCI , walaupun ramai ORANG SUKA"
 

pasti ada hikmahnya :)



Kadang Allah melapangkan kita,
agar kita tak tenggelam dalam kesempitan..

Kadang Allah menyempitkan kita,

agar kita tak terlena dalam kelapangan..
  
Kadang Allah melepaskan kita dari keduanya,
agar kita tak bergantung pada apa pun selain Allah..

Kadang Allah memberi kita kesenangan dunia,

tapi tak memberi kita taufik hidayah-Nya..

Kadang Allah menolak kita dari kesenangan dunia,

tapi memberi kita taufik hidayah-Nya..

Maka, apabila Allah membukakan pemahaman kita tentang penolakan Hamba-Nya

Nescaya penolakan-Nya itu berubah makna menjadi pemberian-Nya..

Sesungguhnya, setiap apa juga kejadian tidak Allah jadikan dengan sia-sia..

Pasti ada hikmah-Nya..



 p/s : senyum! (:
┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Ketika Hati Muslimah Terluka !!

BisмiƖƖɑhirrɑhмɑπirrɑhiм.

Ketika Hati Muslimah Terluka,
Ia akan menghapus air matanya dengan Iman,
Ia akan menguatkan hatinya dengan ilmu.

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka,
Ia menari dalam doa permohonan ampunannya terhadap Rabbnya.

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka,
Hatinya akan ia Penuhi dengan Semangat Perubahan lebih baik pada dirinya.

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka,
Wajah Kusutnya tetap indah bagi Dunia..

Bibir merahnya menyimpulkan senyum untuk hidupnya,
Matanya basah oleh lembut hatinya,
 
Dunia terasa akan berlanjut dan ia terus tegar,
Jiwanya lembut sampaikan ketenangan pada hatinya..

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka,
Kepercayaan dirinya tetap menjadi seorang MUSLIMAH..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Tabahkan Hatimu WAHAI MUSLIMAH,, 
Di saat hatimu terluka, Anggaplah Ujian ini sebagai Anugerah Terindah dari-Nya..
Kerana Dia Ingin Senantiasa Dekat dengan dirimu..
Insya-Allah..

HATI dan HATI.. BERHATI-HATI ^__^

Hati KAMU..
bukan kamu yang punya, bukan kamu rajanya, 

bukan kamu yang pegang kuncinya. 
Tetapi hati itu milik ALLAH..! 
Jangan mengotorinya dengan titik hitam DOSA..!!

Menjadi sebaik-baik hamba ALLAH, bukanlah semudah memetik jari.....
itupun, belum pasti bisa berbunyi... 
Teruslah melangkah walau dalam kepayahan... kerana kita KHALIFAH ! 
mengapa mesti diuji dgn perkara yang mudah sedang kepayahan itu...
perkara wajib sebelum tiba di JANNAH. 
 
Haruskah mengalah pada TAKDIR yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang mebuatkan kita terduduk menangis??
 
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang PEJUANG! TANGISAN itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu teguh menuju jalan-Nya... ^_^

 Kadang - kadang...KATA-KATA itu, LEBIH TAJAM daripada MATA PEDANG..
(T_T)

p/s : Ya Ayyuhan Nafsul Mutmainnah,
       Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan hati yang redha dan diredhai-NYA....

♥ ALLAH ♥ ALLAH ♥ ALLAH ♥

~* Allah Selalu Ada Untukku,untukmu dan untuk Kita semua *~

COUPLE ?? >.<''



Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.

Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.

So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥

Sunday, 1 April 2012

Jadual kehidupan MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH makin padat!

Assalamu'alaikum wbt sahabat semua? kef haluk bi imanik? (^_^) arju imanik fi rahmatihi.. insya-ALLAH!

Alhamdulillah.. masuk bulan april ni syuhadah al-firdaus ada jadual baru tau..hehe  =)


 Jendela pagi...
Menjalankan kewajipan sebagai anak yang mahu menjadi solehah (insya-ALLAH) sepenuh masa.. maksudnya, buat kerja2 rumah.. nak pastikan, bila ummi & abuya balik kerja..mereka rasa senang hati tengok rumah berada dalam keadaan bersih.. insya-ALLAH! (n_n)

 ♥ kecuali hari selasa.. haaa.. ni lah yang menyebabkan jadual kehidupan syuhadah al-firdaus makin padat (penambahan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu-bermula pada bulan April). syuhadah al-firdaus ada kelas MUET, start pukul 9-11 pagi (tuisyen dengan cikgu Fatimi) =) yaa! beliau (cikgu Fatimi) banyak membantu ana dalam subjek Bahasa Inggeris sebelum menduduki peperiksaan SPM 2011.. walaupun hanya mengikuti kelas beliau sebanyak sekali sahaja, dan berkat usaha teacher Aina di sekolah serta bantuan ummi, abuya dan sahabat-sahabat, alhamdulillah BI ana dapat A dalam SPM dengan izin ALLAH SWT.. (n_n)

 ♥ Dan di waktu pagi ni lah satu-satunya masa untuk syuhadah al-firdaus menghabiskan bacaan buku-bukunya.. (: adalah dalam 5-6 buah buku yang tak terbaca lagi.. huhu.. so, lepas kemas-kemas rumah, boleh lah tambahkan ilmu pengetahuan.. ditambah pula dengan perencah kejahilan yang masih menebal dalam diri.. ALAH..sungguh! aku malu pada ilmuan ISLAM! )':  dan KEKASIH HATI pun berpesan dalam nota cintanya :
 
"Man aroda ad-dunia, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man aroda al-akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man aroda ad-dunia wal akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.."

yang bermaksud : 

Sesiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu.. dan sesiapa yang mahukan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu.. dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat), hendaklah dia berilmu..

wallahua'lam wa insya-ALLAH..


cantikkan pesanan Kekasih Hati kita? SUBHANALLAH.. (T_T) *aku rindu dia ): ♥


# mengapa tidak membaca di sebelah petang..? haa... ni jawapannya... (: 


Sebelah petang…

 ♥ sebabnya.. syuhadah al-firdaus mengajar di SRA KAFA INTEGRASI AL-ISTIQOMAH.. jadi guru rakyat.. hehe (^_^) mengajar munkin sampai bulan 5.. sebab bulan 6 tu, insya-ALLAH syuhadah al-firdaus mahu menyambung pengajian dengan mengambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) di SBP KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) .. insya-ALLAH.. jadi, memang takde masa untuk membaca.. sebab kesibukan mengajar anak bangsa untuk menjadi MANUSIA! dan.. start pukul 3 petang je, ana sibuk mengajar nasyid pulak.. sampai waktu rehat, 4.20 petang.. ajar nasyid sampai 21 April (tarikh pertandingan Amal Islami).. syuhadah al-firdaus ni sebenarnya first time ajar budak sekolah nasyid.. takde pengalaman.. so, agak kekok sebenarnya.. hee~ tapi takpe..  doa-doakanlah supaya usaha kami ini berhasil dan dapat mengharumkan nama sekolah yee.. insya-ALLAH! hehe :D


Tirai malam…
♥ waktu malam, syuhadah al-firdaus mahu meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.. ^_^

 ♥ tapi pada hari isnin, setiap minggu.. syuhadah al-firdaus ada tuisyen dengan cikgu fatimi.. kelas MUET! start pukul 8-9 malam.. 


'lebih baik aku tuisyen.. sebab nanti kalau aku amek STAM pun, ada subjek MUET.. at least ada preparation kan.. insya-ALLAH.." -hati syuhadah al-firdaus bermonolog- (:


♥ dan di heningan malam pula, syuhadah al-firdaus mahu menghabiskan masa bersama-sama dengan

PEMILIK CINTA.. (-^_^-)
Subhanallah..syuhadah al-firdaus sangat-sangat cemburu dengan RABIATUL ADAWIYAH sebenarnya.. (T_T) sangat-sangat cemburu dengan ketebalan cintanya pada PEMILIK CINTA! cemburu dengan luahan cintanya pada Dia yang memegang hati-hati manusia..Hakikatnya, auh di sudut hati, syuhadah al-firdaus mahu menjadi sepertinya.. namun, mana mungkin.. MUSTAHIL untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah! kerna terlalu luas jurangnya.. )':

p/s : lepas ni mungkin mengurangkan aktiviti ber-FACEBOOK-ing .. WHY? --> The answer is, as mentioned above.. HAHA :p



wallahua'lam..  

BM : manusia hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..

BA: khuttota an-nas faqot, walakunna ALLAH al-lazii yuhaddiduu..

BI : people only plan, but ALLAH who determines ..