Alhamdulillah.. masuk bulan april ni syuhadah al-firdaus ada jadual baru tau..hehe =)
Jendela
pagi...
♥ Menjalankan kewajipan sebagai anak yang mahu menjadi solehah (insya-ALLAH) sepenuh masa.. maksudnya, buat kerja2 rumah.. nak pastikan, bila ummi & abuya balik kerja..mereka rasa senang hati tengok rumah berada dalam keadaan bersih.. insya-ALLAH! (n_n)♥ kecuali hari selasa.. haaa.. ni lah yang menyebabkan jadual kehidupan syuhadah al-firdaus makin padat (penambahan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu-bermula pada bulan April). syuhadah al-firdaus ada kelas MUET, start pukul 9-11 pagi (tuisyen dengan cikgu Fatimi) =) yaa! beliau (cikgu Fatimi) banyak membantu ana dalam subjek Bahasa Inggeris sebelum menduduki peperiksaan SPM 2011.. walaupun hanya mengikuti kelas beliau sebanyak sekali sahaja, dan berkat usaha teacher Aina di sekolah serta bantuan ummi, abuya dan sahabat-sahabat, alhamdulillah BI ana dapat A dalam SPM dengan izin ALLAH SWT.. (n_n)
♥ Dan di waktu pagi ni lah satu-satunya masa untuk syuhadah al-firdaus menghabiskan bacaan buku-bukunya.. (: adalah dalam 5-6 buah buku yang tak terbaca lagi.. huhu.. so, lepas kemas-kemas rumah, boleh lah tambahkan ilmu pengetahuan.. ditambah pula dengan perencah kejahilan yang masih menebal dalam diri.. ALAH..sungguh! aku malu pada ilmuan ISLAM! )': dan KEKASIH
HATI pun berpesan dalam nota cintanya :
"Man aroda ad-dunia, fa ‘alaihi
bil ‘ilmi.. wa man aroda al-akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.. wa man aroda
ad-dunia wal akhiroh, fa ‘alaihi bil ‘ilmi.."
yang bermaksud :
Sesiapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu.. dan sesiapa yang mahukan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu.. dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya (dunia dan akhirat), hendaklah dia berilmu..
wallahua'lam wa insya-ALLAH..
cantikkan pesanan Kekasih Hati kita? SUBHANALLAH.. (T_T) *aku rindu dia ): ♥
# mengapa tidak membaca di sebelah petang..? haa... ni jawapannya... (:
Sebelah
petang…
♥ sebabnya.. syuhadah al-firdaus mengajar di SRA KAFA INTEGRASI AL-ISTIQOMAH.. jadi guru rakyat.. hehe (^_^) mengajar munkin sampai bulan 5.. sebab bulan 6 tu, insya-ALLAH syuhadah al-firdaus mahu menyambung pengajian dengan mengambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) di SBP KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) .. insya-ALLAH.. jadi, memang takde masa untuk membaca.. sebab kesibukan mengajar anak bangsa untuk menjadi MANUSIA! dan.. start pukul 3 petang je, ana sibuk mengajar nasyid pulak.. sampai waktu rehat, 4.20 petang.. ajar nasyid sampai 21 April (tarikh pertandingan Amal Islami).. syuhadah al-firdaus ni sebenarnya first time ajar budak sekolah nasyid.. takde pengalaman.. so, agak kekok sebenarnya.. hee~ tapi takpe.. doa-doakanlah supaya usaha kami ini berhasil dan dapat mengharumkan nama sekolah yee.. insya-ALLAH! hehe :D
Tirai
malam…
♥ waktu malam, syuhadah al-firdaus mahu meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.. ^_^♥ tapi pada hari isnin, setiap minggu.. syuhadah al-firdaus ada tuisyen dengan cikgu fatimi.. kelas MUET! start pukul 8-9 malam..
'lebih baik aku tuisyen.. sebab nanti kalau aku amek STAM pun, ada subjek MUET.. at least ada preparation kan.. insya-ALLAH.." -hati syuhadah al-firdaus bermonolog- (:
♥ dan di heningan malam pula, syuhadah al-firdaus mahu menghabiskan masa bersama-sama dengan
PEMILIK CINTA.. (-^_^-)
Subhanallah..syuhadah al-firdaus sangat-sangat cemburu dengan RABIATUL ADAWIYAH sebenarnya.. (T_T) sangat-sangat cemburu dengan ketebalan cintanya pada PEMILIK CINTA! cemburu dengan luahan cintanya pada Dia yang memegang hati-hati manusia..Hakikatnya, auh di sudut hati, syuhadah al-firdaus mahu menjadi sepertinya.. namun, mana mungkin.. MUSTAHIL untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah! kerna terlalu luas jurangnya.. )':p/s : lepas ni mungkin mengurangkan aktiviti ber-FACEBOOK-ing .. WHY? --> The answer is, as mentioned above.. HAHA :p
wallahua'lam..
BM : manusia hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..
BA: khuttota an-nas faqot, walakunna ALLAH al-lazii yuhaddiduu..
BI : people only plan, but ALLAH who determines ..
♥
(^_^)
ReplyDelete