ahlan wasahlan..


Monday, 13 August 2012

MEMOIR TENTANG HARI GURU ku ^_^

Alhamdulillah.. syukur pada-Mu.. ^_^ akhirnyaa.. tercapai juga hasrat untuk berkongsi cerita corat coret tentang kehidupan yang ku lalui.. Entri kali ni, Syuhadah Al-Firdaus mahu mengimbas kembali kotak memori yang lalu.. Itulah cerita TENTANG ANAK MURIDKU.. Insya-ALLAH..

23 MEI 2012 , hingga tarikh ini, aku masih lagi memegang amanah sebagai seorang ustazah di KAFA AL-ISTIQOMAH, yang juga merupakan bekas sekolahku. Pada tarikh ini, telah menjadi sejarah bagi warga sekolah khususnya para pendidik yakni iaitulah SAMBUTAN HARI GURU peringkat sekolah..

Aku pasti, semua pendidik menantikan saat ini, saat si anak murid mengucapkan 'TERIMA KASIH' dan jauh di lubuk hati berkata, 'alhamdulillah kalau ada rejeki, dapat la hadiah dari anak-anak murid yang kau sayang'.. haha. teruk betul..sape punya hati la cakap camtu? haa.. itu aku punya hati la tu.. hik3.. ;p
 *moralnya di sini ; seorang pendidik yang baik dan ikhlas itu tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan hanya redha ALLAH ;D

Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah wallahu akbar.. tasbih tahmid talbiah bergetar di bibir.. memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga pada nikmat yang diberi-Nya.. siapa sangka, diri ini diizin-Nya untuk merasai pengalaman menyambut Hari Guru pada usia semuda 17 tahun.. eceewwaahh.. hehe.. ;p laa.. nape muka awak tetiba sedeyh ni? haa?! apa?! jelez? alaa.. takmoo la jelez.. rezeki ALLAH dah tentukan.. siapa tahu lepas ni awak jadi guru BESAR lepas ni.. kaann. aamiin kan laa.. doa tu.. hehe ;p

Aktiviti sambutan hari guru, as ususal (: 
-bawa bola ping pong dalam sudu
-balingan kasih
-kupas kulit kacang
-masukkan manik dalam benang
-bowling kelapa
-isi air dalam botol
-lari kebelakang
-tukar-tukar hadiah antara guru
-cabutan bertuah

NOW, it's time for me to show the pictures 'TENTANG HARI GURU' that i was taken.. ^_^

Hadiah ni dibeli oleh Ustazah Wan.. alhamdulillah dapat kain dan brooch :)

Kad ni diberi oleh anak muridku yang kembar dari kelas 6 Aisyah.. oucchh.. sungguh comel mereka berdua ini.. dah la aku ni nak ada anak kembar lepas nikah nanti.. haha.. kembar yang soleh/solehah..oucchh.. shoo shweett.. hehe..  insya-ALLAH, aamiinn.. ^_^''
Tak sangka Hakiza bagi hadiah kat ustazah.. Hakiza ni ketua kelas 6 Aisyah.. abang dia sebaya ngan aku n sama sekolah since sekolah rendah. huhu.. tengok la hadiah yg hakiza bg ni.. ada kertas bentuk LOVE.. pembalut hadiah plak ada tulis 'LOVE' and corak bunga ros.. aaww... haha.. hakiza2.. ;D terima kasih yee..

depa ni nak jimat duit gamaknyer.. sebab tu sekaligus 4 nama tertera di situ.. hee.. Qistina from 5 Khadijah ni plak dia jadi pengawas sama macam adik aku yang 2nd.. sama kelas plak tu.. haha..

Nureen ni pun pengawas n sama kelas ngan adik aku gak.. hee.. maceehh yee nureen shuumell =)
haa.. wani ngan nureen ni 1 geng.. wani ni pun pengawas gak.. g memane jee, mesti nampak 2 org ni asyek berkepit je.. heh =.=''
Afifah ni penolong ketua kelas 5 A tak silap.. pandai n cantik molek orangnya.. markah Jawi pun dapat 69/70.. hee.. suara pun sedap.. afifah ni salah seorang solo nasyid perempuan yang aku, abang aku n kak haslina(ex-kerani KAFAI AL-ISTIQOMAH) latih sempena pertandingan nasyid amal islami zon kajang.. afifah ni pun duduk dekat dengan area rumak mak cho, mak sedare aku kat seksyen 2, bangi.. haha.. amek kaww.. semua nak citer.. hee..

Antara kata-kata fatin yg paling aku ingat ialah, 'Ustazah, nanti ustazah dah nak kahwin, jangan lupe jemput saya tau'.. haha.. fatin2.. insya-ALLAH fatin.. tp dgn syarat.. doakan ustazah jadi WANITA SOLEHAH kerana ALLAH dan dikurniakan SUAMI YANG SOLEH.. insya-ALLAH, aamiinn..^_^''  fatin ni pun jadi solo utk amal islami.. sedap bangeett sura kamu.. ustazah jadi jatuh cinte pade suarenyee.. waduh2.. huk3.. ;p

ampun buk guruk.. ampun bangett.. gue ngak berapa ingat kamu yg mane 1.. wajahmu juge ngak kelihatan dlm memoriku.. tp yg pastinya, puteri syahmina ni drjh 5.. maaf yee.. terima kasih bg ustazah hadiah.. tp ustzh lupa kamu yg mana 1.. insya-ALLAH ustzh ziarah sekolah nanti, soalan pertama yg akan ustazah tanya, 'puteri syahmina yg mana 1 yee?'

kes yg sama.. tak ingat amilla ni yg mana 1.. haaiisshh.. tu lah akibatnya ramai sangat 'anak'.. sampai x ingat nama =(

haa.. ni geng anak muridku yg agak nakal.. biasalah kan.. lelaki.. kenakalannya terserlah.. tp faisal ni, nakal2 dia pun, dia baik.. tak mcm org tu.. yee..awak la.. yg tgh baca ni.. haha ;p oppss.. releks bro, releks.. hehe.. bagus la faisal ni.. pandai dia pilih hadiah.. brooch warna purple plak tu.. ouucchh.. ni yg bertambah syg ni.. hik3 ;D

Syibratul alya ni, aku kenal kakak dia.. sebabnya, kami berdua pengawas n 1 sekolah.. last year aku F5, kakak dia F2.. so, bila ada meeting pengawas sesi pagi n ptg, sempatlah kami berkenal-kenalan antara 1 sama lain utk mengeratkan lg kasih syg yg ada antara kami.. hee..  syibratul alya dgn kakak dia sama mukee ouuhh.. that's y masa 1st time aku ajar kelas alya ni, aku tanya alya, 'awak ada kakak ke?'.. dan jawapannya berada di tangan anda.. huhu..
tq yee amrien.. ustzh suke bear ni.. tp kan best lau bear tu besar.. boleh la buat bantal peluk.. haha.. ;D

Wahai hamba ALLAH, terima kasih sbb bg hadiah ni.. hadiah yg sama mcm amriena, cuma warna je lain.. amriena punya bear warna merah.. awak pula wahai hamba ALLAH, warna pink, 1 of my feberet kalers.. maaf la.. x ingat sape yg bg ni.. T.T

alaa.. bila edit gambar, x jelas la plak tulisan dia.. it's ok la.. pape pun, tq kat syamimi.. ustazah pun x ingat awak yg mana 1.. plus, aku mngajar darjah 4 bape kali je seminggu.. dats y jarang jumpe n borak2 n gurau2 n ketawa2 ngan dorang.. huhu.. alaahhaaaii.. tomeeyynyeww.. plg x tahan, bila masuk kelas, dgr dorang baca doa.. mcm suara Sizuka dlm cter doraemon pun ada.. hik3.. ;D

faiz ni budak baru.. be4 masuk KAFAI AL-ISTIQOMAH, dia bljar kat pusat ABIM.. faiz ni pandai amek hati org n buat muka sposen.. muka pun boleh tahan.. mudah buat hati seorang gadis remaja seperti aku jadi cair kutt.. ahaha ;p

nurlynn ni kecik molek je orgnya.. suaranya pun cumeeyy.. baik hati plak tu.. alhamdulillah.. terima kasih yee.. ustazah sukee hadiah yg awak bg ni.. hadiah ni membuatkan koleksi pinggan, mangkuk, cawan n tempat letak sudu kat rumah ustazah boleh disatukan dgn hadiah yg awak bg ni sebab coraknya sama.. warna pink pulak tu.. suke3.. hehe ;D

ouh.. siapakah anda wahai hamba ALLAH yg memberi hadiah ini.. moga ALLAH merahmatimu.. insya-ALLAH.. dgn adanya pokok bunga matahari ni, bermakna bertambah jugalah pokok bunga plastik ummi di rumah.. dan akhirnya mengumpul debu2 halus.. HEE >.<'' 
rose plutih tu, anak muridku, Fatihah dari kelas 5 Khadijah yg bg.. rose biru tu pulak Izhar ygbg.. izhar ni masya-Allah.. semangat sungguh badannya.. comelll.. ngee.. comell2 dia pun, suara dia sedap.. jadi solo utk nasyid lelaki amal islami kuutt.. huhu.. ;D izhar ni pengawas gak.. alahaaii.. rindu laa kat izhar.. rindu nak dgr lg usikan n gurauan izhar.. izhar ni antara anak murid lelaki yg pandai amek hati cekgu2nya.. kelakor.. pandai plak tu.. hee ;D

TERHARU DGN PEMBERIAN TASBIH NI.. T.T yg warna hijau tu, SYAZWAN from kelas 6 Aisyah yg bg.. Syazwan ni pun pengawas gak.. abg dia junior eden kat skolah.. huhu.. yg warna purple ni, hamba ALLAH yg bg.. waa.. x ingat jugak.. =(
kelemahanku dlm mengedit gambar.. x jelas tulisannya T-T tulisan pd kertas putih tu tertera 'HADIAH INI DARI SAYA.. 23.2.2012... Dari Lyanaa dan kawan2..JASAMU DIKENANG.. senyum selalu =) ' Terima kasih lyanaa dan kawan2.. chumeell sgt2 bear from Australia tuu..n key chain kotak purple tu cantik sgt.. UNIQUE.. i looiikkee.. hee ;D

ChocoPen = 2 in 1.. Chocolate Crispy tu Daniel Hakim from 6 Aisyah yg bg.. waahh.. aku panggil dia dgn nama manja, akem.. hee.. akem ni ketua pengawas kat KAFAI AL-ISTIQOMAH.. n dulu time aku primary school smpai la drjh 6, aku berjiran dgn akem ni.. ummi ngan mak akem kawan baik kut.. mak akem ni qte org panggil dia dgn panggilan 'cek da'.. cek da org kedah.. so biler cek da bersembang, kluarlah loghat dia yg kelakar tu.. hik3.. n masakan ke-2 yg aku plg suka slps masakan ummi ialah masakan cek da.. kuih yg cek da buat, MEMANG SEDAP.. lagi2 kek coklat.. menjilat jari.. lg sedap dpd KFC.. heh ;p sweet jugak akem ni kan.. jarang lelaki bg perempuan hadiah coklat.. waahh.. terharu kutt.. dah la aku ni suke makan coklat.. hee..
>.<
yg pen merah tu, aku lupa sape yg bg.. tp hati sanubariku kuat mengatakan bahawa anak muridku dpdp kelas 5 Aisyah yg bg.. wallahua'lam..

kek coklat sebelah kanan, nurhilmi yg bg.. yg sebelah kiri plak, nurul hanisah yg bg.. dorang berdua ni dpd kelas 5 Aisyah.. actually hilmi n hanisah ni sepupu x silap.. huhu.. ouuhhcchhh... rindu la kat hilmi.. lau nak tau, hilmi ni unik orgnya.. bab2 pengetahuan agama, mmg mudah dia serap dlm otak dia.. ttp dia ni agak lurus cket.. kesian kutt.. kawan2 yg len asyek jadikan dia bahan ketawa je.. huhu.. tp xde la smpai buli membuli kan.. kekadang, aku sendiri pun tergelak tengok gelagat dia.. heheh ;D hilmi2.. bila ingat kat awak, awak buat bibir ustazah ni tersenyum la.. haha.. oohh... lg 1, mulut hilmi ni x lekang dpd menghadiahkan senyuman pada semua org.. PADA DUNIA...SUBHANALLAH.. teringat aku pd Baginda sallallahu 'alaihi wasallam.. T.T

Anis ni boleh dikatakan dialah yg plg cemerlang dlm bdg akademik kat skolah.. selalu je dpt mumtaz dlm exam.. trial upsr pun dpt 5 A x silap.. alhamdulillah.. aku tanya dia, nk skolah mana lps upsr.. dia ckp nk msuk mrsm.. tp aku soh dia masuk maahad tahfiz sc.. tak pun mrsm ulul albab.. Allah kurniakan dia kecerdikan.. kalau dia mampu bawak bdg agama dan sc, kan manttoopp tuu.. ISLAM memerlukan ummat yg mahir dlm bdg sc dan pd masa yg sama, mahir juga ttg kalamullah.. insya-ALLAH..

Abg Alis ni, dulu dia pun sama sekolah dgn aku since sekolah rendah.. doakan supaya abg dia jadi lelaki yg soleh.. insya-ALLAH.. :) hadiah yg alis bg ni, hadiah frame.. entah camne dlm frame tu ada kertas yg tertera' UNIVERSITI SAINS MALAYSIA'.. heehe >.<

x ingat farhana ni yg mana 1.. T-T

Kakak izzah ni dulu time sekolah rendah, dia pun sama skolah dgn aku.. nama kakak dia husna.. husna orgnya kidal, tp pandai lukis kutt.. jelez.. hehe.. skrg husna amek STPM kat Maahad Hamidiah, Kajang.. all the best yee husna.. insya-ALLAH.. n hadiah yg izzah bg ni, subhanallah walhamdulillah.. kuasa ALLAH MAHA HEBAT.. hujung bulan tahun lepas, aku pergi kedai buku yg ada kat Bangi ni.. usha2 1 kedai tu, pastu entah camne mata ni tertumpu kat 1 buku ni dan hati aku dgn kuatnya memaksa aku utk beli.. tp sygnya, time tu aku x ckup duit.. dipendekkan cter, terbantutlah hasrat aku ni utk membeli buku tu.. dgn berkat kesabaran(Insya-ALLAH) tahun ni, ALLAH bg aku buku tu melalui anak muridku..buku tu buku yg izzah bg ni la... mmg meleleh air mata dibuatnya.. ALLAH itu Maha Mendengar .. SUBHANALLAH.. He shows His miracle (-^_^-) ''JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA''.. insya-ALLAH, aamiinn.. tp buku ni aku x habes baca lg.. bg kawan pinjam.. sbb aku rasa dia lebih memerlukan.. kawan aku tu 1 skolah, tp x sama kelas.. dia rasa down n stress smpai nak kluar matrik., so lps nasihat bagai, aku soh dia baca buku ni.. harap2 bermanfaat.. bi iznillah..

wahai hamba ALLAH, ketahuilah pahalamu berpanjangan dicatat selagi aku menggunakan pen ini.. malangnya bg diriku, tidak mengetahui siapakah dirimu yg menghadiahiku sebatang pen hitam ini.. huhu..

dakwat pen biru ni dah habis.. hehe.. pen ni x silap wani 5 Khadijah yg bg.. pen ni dia beli kat koperasi KAFAI AL-ISTIQOMAH time last day aku berkhidmat sbgai seorang ustazah.. wani ni x tau yg ari jumaat tu ari last aku.. sbb hari2 sbelum ni dia x dtg skolah, x sihat.. wani ni ckp, 'ustzh, sye x bg lg hadiah kat ustzh.. sye x tau ari ni ari last ustzh'.. ouh.. x pe lah wani.. x penting pun hadiah tu.. yg penting kejaayaan kamu kat dunia dan akhirat.. tp wani ni nk bg jgk hadiah.. tu yg sampai dia sanggup belia kat koperasi.. huhu.. terharu ustazah ;D terima kasih yee wani..


mcm hadiah org kawen plak dah.. ALHAMDULILLAH.. dinner set from PARIS.. yg bg ni 2 beradik.. si kakak drjh 6 Aisyah, si adik 5 Khadijah.. si adik kata, mak dia beli dinner set ni kat PARIS.. dah lama dah mak dia beli.. ALHAMDULILLAH kutt.. bkn senang nk dpt hadiah pinggan mangkuk time hari guru.. kawan2 sekelas dorang ni kata, dorang ni anak org berada.. wallahua'lam.. padanlah bg hadiah ni.. ni hadiah yg ke-2 qistina bg.. yg 1st hadiah hari guru, hadiah mark... carilah kat gambar2 kat atas ni.. huhu.. yg ni plak katanya hadiah sempena perpisahan aku.. hee.. qistina2.. besar pahala awak, kakak awak dan mak awak selagi ustazah manfaatkan hadiah yg awak bg ni.. .. insya-ALLAH..

Demikianlah berakhirnya coretan MEMOIR TENTANG HARI GURU ku ditemani kerepek maruku sambil jariku menggaru-garu kuku..hah!? ok, wat eva! merepek je.. hik3 ;p

Kalau ada anak-anak muridku yang baca entri ni, ustazah ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama, kenangan, gelak, tawa, riang, ria, sedih, duka, marah, cerita, masalah dunia, masalah peribadi, yang dikongsi bersama.. terima kasih juga kepada awak.. yaa! awak laa.. yang bagi ustazah hadiah tuu.. heheh.. terima kasih ye.. insya-ALLAH ustazah akan manfaatkan =) kepada awak.. yaa! awak laa.. yang tak bagi ustazah hadiah.. haa.. ni yang nak marah ni.. disebabkan awak dah buat ustazah marah, awak kena denda.. faham!? lari itik keliling padang sebanyak 10 kali, ketuk periuk 10 kali, lompat matahari 3 kali, bangkit tubi 3 kali, jerit dengan menggunakan microphone 'ustazah Hamizah baik, pandai, cantik dan SOLEHAH.. sebab tu saya sayang ustazah Hamizah' sebanyak 3 kali ..  make sure 1 Malaysia dengar.. lagi bagus kalau 1 dunia dengar.. so, total semuanya 29 kali.. Dengan ini, mahkamah majistret mengisytiharkan bahawa, 'awak yang tak bagi hadiah kepada ustazah Hamizah ketika sambutan Hari Guru', dijatuhkan hukuman, anda WAJIB memberi ustazah Hamizah hadiah pada hari yang ke-29 SETIAP BULAN, SEPANJANG TAHUN, SEUMUR HIDUP anda,  sempena tarikh kelahiran ustazah Hamizah yang jatuh pada 29 Julai 1994.. HAHA.. 

taw takoott.. heee.. takde lah.. memain jerr.. astaghfirullah.. T.T sory2.. hehe.. just ignore it ok.. ni sume gara-gara rindu nak denda anak murid la ni.. heh.. mentang-mentang kuasa vito ditangan.. hehe.. alright.. kepada anak murid sekalian yang ustazah sayang kerana ALLAH.. ustazah tak mengharapkan hadiah dari awak sebenarnya.. apa yang ustazah harapkan ialah bila ustazah dah tak bergelar ustazah, ustazah nak awak semua manfaatkan dan beramal dengan ilmu yang ustazah sampaikan.. moga semua ni mampu menjadi pencen kubur ustazah.. insya-ALLAH.. ^_^

Pesan Nabi Muhamammad sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud,
  “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(riwayat Imam Muslim)


Moga-moga kita semua bersatu dan bertemu kembali di dalam jannah-Nya bersama-sama para anbiya'.. dan moga kalian menjadi anak yang soleh/solehah yang cemerlang di dunia dan di akhirat dan menjadi mujahid/mujahidah yang membanggakan dan mengarumkan NAMA ISLAM itu sendiri.. doakan ustazah juga yee.. insya-ALLAH, aamiinn.. ^_^

Akhirul kalam, maafkan ustazah andai sepanjang ustazah mengajar, kata-kata, denda dan nasihat ustazah yang menyakitkan hati, terkasar bahasa, meninggikan suara dan ribuan lagi sifat mazmumah dan perangai buruk ustazah.. maafkan ustazah.. ustazah juga manusia biasa, yang tak terlepas dari melakukan salah silap dan dosa.. 

ALHAMDULILLAH.. (-^_^-) TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH INI !!!

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah