Saidina Ali b. Hussein jika berwudhu untuk solat, menjadi pucat wajahnya,maka ditanyakan orang mengapa demikian?
Jawabnya:
“Tahukah kamu kepada siapa saya akan mengadap?"
ALLAHUAKBAR. T_T
Teringat kisah seorang
remaja yang membuatkan aku JATUH CINTA padanya. Dialah Tsa'labah b.
Abdurrahman R.A. Sungguh aku merinduimu. Aku cemburu melihat jasad &
rohmu diiringi malaaikah. Tetapi, adakah diriku akan menyusuli sebagaimana yang
berlaku pada Tsa'labah?
p/s : masya-ALLAH. itulah kesan tarbiyyah dpd Rasulullah saw. wa tausiyah in tilawatun islamiyyah. T_T allahuakbar.
: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ
النَّاسَ عَلَيْهَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ , maksudnya :
Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak
ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui
[Q.s. Ar-Rum:30]'
ALLAH tu Maha Baik.
Dia sangat sayangkan hamba-Nya even hamba-Nya memikul dosa sebanyak butiran pasir di tepian pantai.
baiknya Tuhan kita.
rasa malu sgt2 pd Dia.
dikurniakan nikmat-Nya kpd kita,
tp kita bls dgn dosa.
itulah manusia yg lemah & hina di sisi-Nya sepertiku.
Saidina
Abu Bakar ra pernah ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, kenapa dia
selalu disebut2 oleh Rasulullah dan kenapa dia sangat kuat menanggung
ujian. Saidina Abu Bakar ra menjawab:
"Lazimnya
dalam dunia ini ada 2 jenis manusia. Satu yang berjuang untuk dunia dan
satu lagi berjuang untuk akhirat. Tetapi aku berjuang bukan utk dunia
dan bukan untuk akhirat. Aku berjuang dan aku berbuat apa pun hanya
untuk Allah semata-mata. Aku tidak pernah kenyang. Aku kenyang dengan
kelazatan bersama dengan Tuhan. Aku minum tidak pernah hilang dahaga
kerana aku mabuk cinta dengan Tuhan."
Subhanallah. T_T
wallahu'alam.
*sebaknya.. sebab sambil type, sambil dengar hamba ALLAH ni mengalunkan ayat suci al-quran --> Fatih Seferagic
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah