ahlan wasahlan..


Friday, 2 August 2013

Auratmu dengan siapa?

Alhamdulillah..sampai juga kita pada hari ke-25 Ramadhan =)

Assalamu'alaikum wahai bakal penghuni syurga sekalian.

Apa khabar imanmu?

Moga baik-baik saja. insya-ALLAH ^_^

Memandangkan Encik Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Abang Syawal pula bakal muncul tak lama je lagi.. jadinya, nak habaq mai.. sebenarnya hati ni tergerak nak post entry tentang aurat.

Mata ni tak sanggup dah tengok saudara2ku yang kukasihi kerana ALLAH.. bila time raya jaa, situasi ni acapkali berlaku..

Jujur, hati yang karat dengan dosa ni tak sanggu nak tegur kakak2 saudara yang.
Mata ini sanggup melihat mereka dedahkan aurat mereka di hadapan bukan mahram.
ALLAHU..
Tergamaknya aku. )':
Mungkin aku masih lagi jahil lagi dhaif tentang ilmu untuk berdakwah bil hikmah!

AHHH!!

Tapi tak boleh jadikan itu sebagai alasan.
Kelak di hadapan ALLAH, rasa-rasanya ALLAH terima tak alasan aku tu? hurm.
Mustahil!

Hatiku hanya mampu berbisik pada iman..

"ingat sesama saudara takda batas aurat ka? dah tu, dok ikut suka hati depa jaa nak salam ngan sapa pun, termasuklah bersalaman dengan ajnabi (halal untuk dikahwini)..aishh.. takkan depa tak tahu kut?"

Macam-macam persoalan juga timbul daripada sahabat-sahabat dan saudara-mara.

"Abes tu, kalau orang tu dah hulurkan tangan untuk salam..takkan kita tak sambut? macam menghina plak. nanti orang kata apa plak.."

wahwahwah!!

Ceq nak habaq mai. Mana lagi utama, pandangan ALLAH kaa, pandangan manusia..?

Kata otak ang kreatif. Gunalah taktik untuk elak dpd bersalaman dgn bukan mahram..

Contohnya, once bila hang nampak bukan mahram/ajnabi hang hulurkan tangan, pa lagi.. cepat2 lah toleh ke tempat lain. Buat-buat tak nampak. KONONNYA. -,-''

Ohh choopp!!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.

So nak share sikit ilmu bahasa arab (:

Ramai masyarakat yang salah tafsir antara perkataan mahram dengan muhrim..

MAHRAM = orang yang HARAM untuk kita nikahi.
BUKAN MAHRAM = halal untuk dinikahi = haram untuk sentuh-menyentuh, memperlihatkan aurat kita selagi tak nikah dengannya.

MUHRIM = orang yang berihram.

Buat ikhwan dan akhowat fillah , di sini ana 'kepilkan' sekali gambar yang berkaitan.

Have a look please!

Hamba ALLAH ini nak masuk syurga bersama-sama dengan kalian semua.
Tak sanggup lagi nak lihat mereka mendedahkan aurat sesuka hati.
Buat yang sudah punya suami, aku kasihan pada si suami kerana menanggung dosa aurat si isteri.. (T_T)

Sebab aurat kita,
hanya si dia yg teristimewa sahaja yang layak tatap aurat kita sepenuhnya.
Ya!
si dia Cik Abang sayang kita tu ^_^

Lau tak faham, ada sebarang musykillah(masalah)/persoalan, boleh ajukan pertanyaan.

Sama-sama kongsi ilmu.. insya-ALLAH ^_^



Untuk ikhwan (:


Untuk akhowat (:
 Harap-harap lepas ni, dah takde salah faham tentang bab menutup aurat ni.

Moga Ramadhan kali ni, ALLAH terima amalan kita.

Dan moga Syawal kali ini, adalah kemenangan buat kita.

Moga ALLAH redha segalanya.

Insya-ALLAH.

P/s : Cover your AURAH!



No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah