Alhamdulilah..
Milik-Mu segala apa yang ada di bumi dan di langit..
Syukur ya ALLAH!
Hari ini Engkau datangkan kegembiraan & ketenangan pada
malam hari setelah Engkau
membiarkan air mataku membasahi pipi di pagi dan di petang
hari.
Jujur aku katakan, sejak pagi tadi hingga petang hari, aku
merasakan hidup aku ini
kosong.. hati ini kosong.
Lantas aku luahkan segalanya melalui air mata dan bermonolog
dengan Tuhan yang
Maha Esa..
Bagi mengubati kesedihan, lantas aku membuka buku ’12 Wanita
Teladan’..
Aku hanya sempat mengkhatamkan bab 1, yakni berkaitan dengan
Sayyidah Khadijah
Binti Khuwailid Bin Asad Bin Al Uzza pada petang hari..
Alhamdulillah! Berkat ilmu-Nya, hatiku sedikit terubat.. ;)
Dan perkara yang lebih membahagiakan setelah kesedihan
menerjah diri ( yang aku
rasakan entah mengapa aku bersedih, atas sebab apa, aku pun
tidak pasti), ialah aku solat
maghrib berjemaah dengan Ratu Hatiku, ummiku sayang ^_^
Dan, memandangkan ummi baru sahaja usai mengajar anak-anak
permata Islam mengaji,
dan solat fardhu isya’ pun telah masuk waktunya, aku mahu
berjemaah lagi dengan
ummi.. namun aku lihat adik bongsuku sedang mencabut uban
ummi..
Aku tidak mahu mengganggu..
Tanpa berlengah, aku mengajak adik sulungku untuk solat
berjemaah denganku..
inilah tempatku beradu dan di kamar inilah aku solat isya' berjemaah dengan adik sulungku buat pertama kalinya setelah aku bergelar sebagai pelajar matrik ;) |
SUBHANALLAH!
Nikmat apa yang Kau berikan ini ya ALLAH!
Kini, dengan izin-Mu.. hati aku basah dengan ketenangan yang
tidak mampu ditafsirkan (-^_^-)
YA, AKU BAHAGIA DENGAN SEMUA INI!
Sebabnya?
Sebab aku jarang berjemaah dengan ahli kerabatku yang
kusayangi kerana ALLAH..
Kekangan ini kesan daripada kehidupanku sebagai pelajar
asrama di kolej matrikulasi
negeri sembilan..
Apa kaitannya?
Kaitannya, aku jarang pulang ke rumah dek kerana
pembelajaranku di matrik yang
merupakan fast track. So, faham-faham je lah.. belajar tak
sampai setahun pun, tapi
silibus sama macam mereka yang ambil diploma.
Aku gunakan masa hujung mingguku untuk mengulangkaji
pelajaran.
ALHAMDULILLAH, ALLAH masih beriku peluang untuk berjemaah
dengan mereka..
Aku pulang ke rumah sebaik sahaja selesai menduduki kertas terakhir
final exam hari
selasa yang lalu, dan aku ada 4 hari sebelum menduduki
M.U.E.T. test. Lantas, aku
mengambil kesempatan cuti 4 hari tersebut dengan pulang ke
rumah, kerana selepas
M.U.E.T. test, aku akan habiskan seminggu
daripada cuti sem (2 minggu je) dengan menghadirkan diri
dalam tarbiyah qalbun, yakni
kem Jambori Remaja Islam dan mengeratkan lagi ukhuwawah
islamiyyah dengan
sahabatku di KMNS. Means, lepas habis kem, terus tidur rumah
sahabat ana.
Dan insya-ALLAH, dalam perancangan kami, kami mahu berjalan
di bumi ALLAH (KL)
dan kalau diizinkan-Nya, mahu menziarahi masjid yang ada di
KL.
Mencari ketenangan abadi,
Mengu’zlahkan diri,
Menuju CINTA ILAHI!
p/s : ALHAMDULILLAH.. baru tadi ummi suruh tandatangan pada 2 helai kertas untuk menerima cek
perkapita, RM 200+ ^_^ALHAMDULILLAH!
k bye! mahu melantak pizza hut dengan usrati !
Wassalam..
=)
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah