ahlan wasahlan..


Monday 19 November 2012

Tahniah awak! Mabruk 'alaik!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Salam awak yang di sana.

Pagi tadi saya dapat satu mesej,

"Salam. ana dapat 4 flat. alhamdulillah."

SUBHANALLAH!

Terpana seketika. Syukur!

Tahniah awak! Mabruk 'alaik! Saya sangat-sangat bersyukur dengan keputusan Sem 1 awak.

Keputusan yang saya pasti awak begitu mengharapkan agar ia menjadi realiti.

Hari ini, setelah awak mengharungi jerih payah dalam perjuangan jihad ilmu awak, dengan izin ALLAH,

awak dah buktikannya. ALHAMDULILLAH..

Tapi kan.. saya nak bagi tahu awak sesuatu.. buat awak, buat saya dan buat kita semua..

Meraih keputusan 4 flat itu bukanlah segalanya. Bukanlah tanda kita sudah berjaya sepenuhnya.

Awak hensem orangnya. Dah la hensem, 4 flat pulak tu. Saya pasti, mesti ramai wanita yang akan tertarik

dengan keperibadian awak..

Tapi kan awak. Kalau awak nak tahu, awak lagi hensem + ramai wanita solehah akan tertarik dengan awak

kalau awak jadikan keputusan 4 flat awak tu KEBABOM!

Maksud saya, sejauh mana awak beramal dengan ilmu dengan keputusan 4 flat yang awak dapat tu.

Bagi saya, walaupun MUNGKIN awak TAK HENSEM, tapi awak tetap akan jadi HENSEM di mata saya

kalau tahap awak beramal dengan ilmu lebih tinggi daripada result 4 flat yang awak dapat..

Dan walaupun MUNGKIN awak HENSEM, tapi awak tetap TAK HENSEM di mata saya kalau tahap

awak beramal dengan ilmu lebih rendah daripada result 4 flat yang awak dapat.



Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



Secara jujurnya, saya tak kisah kalau awak dapat 4 flat ke tak.. Apa yang penting bagi saya, sejauh

mana awak beramal dengan ilmu yang ALLAH pinjamkan kat awak.

Walaupun tak dapat 4 flat, tapi tahap seseorang itu beramal dengan ilmu adalah tinggi, bukankah itu lebih

baik? =)

Saya harap, awak tak lupa bantu sahabat-sahabat awak yang kena repeat tu.

Dan moga 4 flat akan terus menjadi milik awak dalam setiap peperiksaan yang awak hadapi. Insya-ALLAH.

Awak jangan lupa doakan keputusan saya & sahabat-sahabat saya yang lain ye.

Meski saya rasa percentage untuk saya dapatkan 4 flat untuk Sem 1 ni 50/50, atas beberapa sebab. :'(

Salah satunya, bidang sains yang saya ceburi ni bukanlah satu bidang yang mudah. Saya akui, SUSAH!

Lainlah kalau otak saya ni memang otak saintis. huhu.. Walaubagaimanapun, saya terus membisikkan

kata-kata positif dalam diri. ALLAH kurniakan kita otak yang sama. Namun, tak dapat disangkal bahawa

ada sahaja insan yang ALLAH berikan kelebihan sekali sahaja dia melihat, membaca atau pelajari sesuatu,

dia mampu mengingatinya dalam jangka masa yang lama. Dan saya bukanlah insan yang berada dalam

golongan itu. Cara belajar saya, saya memerlukan lebih banyak ulangan. Tapi saya tetap bersyukur. ALLAH

nak saya usaha lebih. Lagi banyak saya usaha, lagi banyak pahala yang saya dapat. Wallahua'lam wa

insya-ALLAH ^_^

Tapi insya-ALLAH, saya dah berazam untuk Sem 2 ni, 4 flat akan menjadi 'milik' saya! Meski kalau nak di

ikutkan, sub-topic sem 2 lagi advance daripada sub-topic sem 1. BUT, i believe that nothing is impossible in

this world, if ALLAH wills it.



Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.



Lastly, i want to tell you that Muslim are like a star, stars that shine on the face of the earth. Stars that give

peoples' hopes alive.

Stars that will lead the way when others feel they have lost their sense of direction. Therefore, we as Musilm

are caliphate. The caliph of the Ummahs.

p/s : The only good is knowledge, and the only evil is ignorance. Mabruk elaik li marrotan ukhro! Moga menjadi anak soleh yang menjadi kebanggaan ummi dan ayah! insya-ALLAH~ (^_^)



"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan."

 -Junaid Al-Baghdadi-

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah