ahlan wasahlan..


Saturday 1 December 2012

Di JALAN DAKWAH ini aku...


Di jalan dakwah ini aku…

aku…. err… err..

Malu la nak cakap. Tapi, rasanya perlu juga cakap !

Aku belajar, study !

Ya.

Di jalan dakwah ini aku Belajar. Bukan Bernikah !

Meski, saya tahu topik di atas (baca :bernikah) lebih digemari semua.Lebih-lebih lagi ikhwah akhwat yang

sudah siap sedia mengisi, menghantar dan mengatakan “Ya” pada naqib atau naqibah usrah masing-masing

berkenaan perihal “baitul muslim” mereka.

Namun saya kira, masalah belajar/study ini juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seorang

pendakwah ? Kerana apa ?

 Syeikh Fathy Yakan di dalam bukunya yang bertajuk ”Golongan Yang Tercicir Di sepanjang Jalan Dakwah ”
ada mengariskan beberapa perkara atau faktor yang menyebabkan seorang daie (atau pendakwah)

itu tercicir (futur) antaranya adalah faktor dalaman yang menekan, seperti ditimpa ujian ataupun musibah.

Dan jika diselusuri dengan lebih dalam. Masalah study juga merupakan antara faktor terpenting yang

menyumbang kepada keciciran seorang akh atau ukht itu.

Study dan dakwah ? Mana satu lebih penting ?

Study lebih penting ! Jerit salah seorang adik ..

Dakwah lebih penting ! Jerit salah seorang yang lain..

Namun saya kira, dua-dua sama penting.

Tetapi harus diingat, tiada yang lebih penting daripada dakwah. Tiada sama sekali istilah dakwah dahulu

baru study, tidak !

ataupun study dulu baru dakwah.Tidak !

Dua-dua harus bergerak seiringan..

Err.. Pening ?

Supaya lebih mudah untuk difahami, begini..

Mari, kita imbas kembali pelajaran Matematik Moden yang pernah kita score “perfect” ! 100% marks suatu

ketika dahulu.

Di dalam satu set kehidupan yang syumul, manhaj dakwah kita letakkan sebagai set atau kelompokan

terbesar. Manakala study kita letakkannya sebagai subset kepada dakwah.

Bermakna , kita study juga kerana dakwah !

Kedua-duanya sama sekali tidak boleh terpisah.

Ha ?

Di jalan dakwah ini aku belajar / study !

Anta dah study ?

Err… belum la..

Dah buat assignment ?

Err.. belum juga..

Dah siap tutorial ?

Err.. for sure la lagi belum..

Fuhh, sekali lagi layu. Belum ! Belum dan semuanya belum ! Nyata,banyak belum daripada sudah !

Banyak late submission daripada early submission !

Banyak gagal hadir ke kelas daripada hadir ke kelas !

Subhanallah, lalu, kegagalan ikhwah dan akhwat dalam mentakbir urusan

study mereka ini kemudiannya membuahkan benih-benih fitnah yang tidak

ketara banyaknya.

Ha.. padan muka..

Pandai buat pandai tanggung la !

Siapa suruh sibukkan diri berpogram sana sini !

Tengok, kan result dah teruk !

Hrmm…

Kadang-kadang saya juga merenung panjang memikirkan kata-kata belakang seperti itu. Dan jujur ! Saya

juga mengalami masalah ini.Kerana saya bukanlah ikhwah yang boleh dikategorikan sebagai pelajar genius,

rajin dan juga berdisiplin serta multitasking !

Hampir dua sem saya bergelumang untuk menyesuaikan diri antara dakwah dan study ! Satu tempoh masa

yang bukan sekejap. Macam-macam boleh terjadi sepanjang tempoh itu.

Pelbagai buku juga telah dibaca ! Baca dan baca ! Namun tiada hasil juga. Apa masalah sebenarnya ?

Adakah aku tidak pandai ! Ataupun aku tidak pandai ?

Nampak perbezaannya ?

Perbezaannya terletak pada dua kata ini;

kata “!” dan kata “?”

Aku tidak pandai ?

Ya, masalah sebenarnya adalah pada diri kita sendiri. Bukanlah sebenarnya kita tidak pandai. Tetapi kita

memang tidak pandai pun !

Pandai mengurus masa..

Dan juga ! Disiplin !

Disiplin tersangatlah penting dalam kehidupan seorang pendakwah.Kerana dia mempunyai dua kerja

berbeza yang harus diselesaikan pada suatu-suatu masa. Sesuatu kesibukkan yang orang lain sama sekali

tidak akan faham, kerana mereka tidak merasai seperti apa yang anda rasa !

Ada ikhwah seronok ! Memang seronok pabila berpogram. Sehari, dua hari ! Hatta seminggu pun mereka

sanggup !

Namun, pabila pulang berpogram, mereka letih, penat. Dan tiba-tiba pabila menghadap buku

atau assignment-assignment yang tertunggak,dengan tidak semena-mena mereka jadi malas.

Hasilnya, mereka mungkin akan tidak hadir ke kelas, dan jika hadirpun mungkin lambat !

Lalu, lambatlah pula mereka menghantar assignment !

Hrmm…

Lalu, bagaimana ingin mengimplimentasikan konsep disiplin dalam dakwah dan study !

Konsep disiplin dalam dakwah dan study !

Bagaimana ingin mengatasi sifat malas ?

Anda perlu berusaha untuk tidak malas.

Bagaimana untuk berusaha supaya tidak malas ?

Jangan malas untuk tidak bermalasan !

Ya !

Rulenya mudah. Jangan malas untuk bermalas !

Namun untuk tidak malas, itulah payah.

Untuk berdisiplin, itulah payah.

Hal ini bukan sahaja diakui, oleh Stephen Covey dalam bukunya ” 7 habits “

“Habit is a painful things to change”

Bahkan dinyatakan sendiri di dalam Al Quran, satu buku motivasi yang serba lengkap lagi hebat

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri 
mereka sendiri ” (Surah Ar Ra’d :11)



Sukar. Nyata sangat sukar !

Hendak berdikit supaya tidak tidur selepas solat subuh pun sudah struggle, inikan lagi hendak

mengimbangkan masa antara dakwah dan study.

Pastinya perlukan struggle yang lebih besar !

Struggle yang melibatkan niat.

“Kerana apa aku menyertai saf dakwah ini ? “

Jika niat anda murni, segala perkara yang anda lakukan, pasti kerana Allah. Maka bila kerana Allah

semata-mata, pastinya yang terbaik anda inginkan dari setiap pekerjaan.

Dan jangan terkejut, jika anda study dengan baik, perolehi result periksa yang baik, selalu hadir ke kelas,

paling awal menghantar assignment,selalu menjadi rujukan rakan-rakan lain, maka dalam tidak sedar, anda

sebenarnya sedang berdakwah kepada mereka.

Dr Amr Khaled, seorang pakar motivasi terkenal Mesir ada menyebut

“Musibah terbesar umat Islam pada hari ini khususnya (pemuda islam) adalah dengan memandang agama

(Islam) hanya pada masjid ! “

Ya benar !

Islam bukan hanya di masjid !

Tetapi syumul meliputi segenap alam. Segenap aspek, segenap perkara ! Hatta cara membersihkan badan
sekalipun.

Jadi ayuh, mulai saat ini, mari kita sama-sama ubah niat

“Dijalan dakwah ini aku be… ber… belajar ”

Kerana Allah swt semata-mata.

Dan seperkara lagi, berpegang teguhlah pada janji Allah swt ini ;

Barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan menolong dan mengukuhkan kedudukannya” (Surah Muhammad :7)

Wallahualam.

Biidznillah.

Tiba-tiba teringat kata-kata ini, maafkan saya jika tersilap, “Jika anda tidak dapat menjadikan dakwah

sebagai”prioriti” terpenting semasa alam belajar, amatlah sukar untuk menjadikannya “prioriti” terpenting

pabila sudah bekerjaya dan berkeluarga nanti ”

terasa sangat~

2 comments:

  1. Perlu d semat dalam hati, belajar itu yang pertama! akan tetapi dakwah itu bukanlah nombor 2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH.. syukron 'ala nasihatik. uayyadu! study itu no. 1, tp dakwah itu bukan no. 2 (:

      Delete

Muslimah Mukminah Mujahidah