بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah,
Sebisa mungkin.
aku mahu dekat sama sosok pejuang itu,
Benar kata mereka;
Tak kenal, maka tak cinta.
Tutur katanya.
Akhlaknya.
Perjuangannya buat
ummat dan akhirat.
Sehingga kini namanya
tetap utuh.
harum sehingga pelosok duniawi.
* sungguh *
di saat itu, aku mulai jatuh cinta.
:’)
Ya Rasulullah,
Aku begitu merinduimu.
Ya Rasulullah,
Aku begitu merinduimu.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56)
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" (Al-Nasai & Ibnu Hibban)
Terkadang malu, mengurung diri. Berlegar-legar di sekelilingku. Bagaikan tidak bermakna hidup sendainya tidak mengenali, mengasihinya dan mencintainya. Selawat serta salam dititipkan buat baginda , Nabi Muhammad SAW. Apabila nama baginda disebut-sebut berulang kali, bagaikan nyanyian merdu yang mengalir dalam kesunyian hati yang membisik. Subhanallah, ketenangan itu hadir merisik denyut urat-urat nadi.
:')
Kehadiran baginda dinanti,
pemergian baginda ditangisi.
Kehadiran baginda dinanti,
pemergian baginda ditangisi.
Rindu.
Kutip bibit-bibit rindu itu,
Mungkin rinduku hanya mampu
ku urai lafaz di bibir
menyatakan kalimat
indah itu.
* syafaat *
Tanam cita-cita
itu biar subur.
sehingga ketemu akhirat.
Lagi-lagi malam-malam
indah yang dihiasi dengan
" pertemuan " dengan baginda.
Alangkah beruntungnya.
Allahu Allah. :)
Apabila kisah perjuangan baginda dihayati, bagaikan hendak menitis air mata ini. Tidak beruntung dan rugilah bagi mereka yang lebih memilih untuk gugur dan futur dalam perjuangan dakwahnya. Mereka lebih memilih untuk melarikan diri daripada melalui simpang ujian yang menanti. Mereka hanya mampu berfikir untuk mengambil jalan yang mudah. Namun, adakah penyelesaian kepada ujian itu bakal berakhir jua? Ujian itu tandanya kasih sayang Allah. Sedangkan Rasulullah itu tetap teguh dan tabah mengharungi ujian besar yang melanda. Jika hendak dibandingkan dengan kita, hanyalah setitis cuma. Allahu Rabbi.. :’(
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: 2-3)
p/s : Dalam setiap detik berputar , Di setiap nafas yang terhela..
Ayuh! Sama-sama kita mempelajari hadis Rasulullah SAW, mengamalkan sunnah baginda, dan menyampaikan kepada orang lain. Salam Maulidur Rasul 1434H. Allahumma salli `ala muhammad, wa`ala ali muhammad..♥
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah