Bismillah~ yg nie saya terjumpa dalam blog ustazah kak nur..
Assalamualaikum k,nur..
Saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam
mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali
saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada
nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila
exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok
kawan2 yang lulus dalam setiap kali exam,tak tahu k,nur,,nape selalu
jadi macam ni kat saya,,,,tolong saya k,nur,beri saya tunjuk ajar dan
pendapat,saya memang dh runsing sangat k,nur,,,,,
Bezita
Wa’alaikum salam warahmatullah Bezita,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Bezita dan membantu Bezita keluar dari permasalahan ini.
Kak Nur bukanlah orang terbaik untuk berbicara hal ini namun Kak Nur akan cuba membantu setakat yang mampu.
Berdasarkan pengalaman Kak Nur, ada beberapa alternatif yang boleh difikirkan oleh Bezita;
Mengenai masalah lemah tumpuan itu mungkin berkait dengan IQ
(kecerdasan) seseorang. Jika ia berpunca dari kecerdasan diri yang agak
lemah, beberapa saranan berikut mungkin sesuai diaplikasikan:-
- Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya
fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan
lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan
pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
- Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
- Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan
saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan
yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati
yang baik serta mencerdaskan minda.
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat
pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa
adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari
sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja
selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat
meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh
mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM
2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah.
Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang
Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak.
Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa
sunatnya itu.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, Kak Nur dapat rasakan daya
berfikir dan tahap tumpuan yang semakin lemah dibandingkan semasa usia
remaja dahulu. Jadi Kak Nur sendiri sekarang sedang melatih diri untuk
rajin berpuasa sunat. Kak Nur seorang yang menyintai ilmu pengetahuan
dan suka berfikir. Jadi sebolehnya, Kak Nur mahu mengekalkan tahap
kecerdasan minda untuk satu tempoh yang lebih lama, insya Allah.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual
dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka
harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran
Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan
seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap
Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca
al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya.
Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat
membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat.
Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri,
berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita,
Allah akan perbaiki urusan dunia kita.
"......Seorang kawan Kak Nur menyedari dirinya lemah dalam
belajar. Suatu hari, ibunya memanggil anaknya dan menyuruhnya segera ke
sekolah. Dia tidak keluar dari biliknya. Ibu segera menyelidiki. Di
dapati anaknya sedang solat. Ibu bertanya solat apa?. Dia menjawab dia
tidak pandai, jadi dia selalu solat hajat minta bantuan Allah agar
memudahkan urusan dia belajar atau menuntut ilmu. Sekarang kawan Kak Nur
itu sudah memiliki ijazah PhD dan bergelar Doktor falsafah...."
Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi,
bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia
mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu,
dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Bezita harus
memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping
kesusahan ada kesenangan yang menanti.
Adalah baik jika Bezita dapat berkawan dengan mereka yang rajin belajar. Ia akan mendorong Bezita turut rajin belajar.
BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Bezita boleh berbincang dengan kawan-kawan yang cemerlang dalam pelajaran, membaca buku-buku motivasi belajar dan lain-lain.
Sebelum Kak Nur mengundur diri, sukalah Kak Nur ingatkan pada diri
sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar.
Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi
jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan
dari Allah setiap kali ingin belajar.
Apa yang Bezita lalui sekarang adalah satu petunjuk dari Allah agar
mendekatkan diri padaNya. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia
perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu
menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu
cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan diri sebagai hamba.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.38am
16 Syawal 1430H
11.38am
16 Syawal 1430H
p/s:ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada org yg
maksiat. Astaghfirullah.. moga Allah ampuni dosa2 kita..dan dikurniakan
kita kefahaman nabi2 serta hafalan para rasul..priority semasa
akademik,priority kehidupan ubudiyyah........Allah mudahkan ursuan
sahbat2 aku serta urusan ku dan juga kedua ibubapaku..final exam is just around the corner~ off#
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah