P for PUJIAN
Aku tidak kuat. Aku tidak suka dipuji. Kerana pujian mampu membuatkan imanku lemah, hatiku dipanah, imanku diuji. Sesungguhnya segala pujian hanya layak dikembalikan kepada-Nya.. Justeru, usah puji hamba ALLAH yang sangat hina ini. Aku tidak layak. T_T
U for UJIAN
Pujian - P = ujian. am i right?
ALHAMDULILLAH. Sejak minggu lepas, aku, ummi dan buya sibuk menguruskan segala dokumen untuk menyambung pengajianku ke timur tengah. Berbagai-bagai ujian diberi-Nya. 2, 3 malam mataku bengkak kerana menitiskan air mata atas beberapa sebab. Sebabnya biarlah rahsia.. Kerana ianya berkaitan dengan aib orang.. (:
N for NIKMAT
ALLAH, terlampau banyak nikmat yang telah Kau kurniakan buat
hamba-Mu yang serba-serbi penuh dengan kelemahan ini. Engkau terus menerus
memberi nikmat meskipun aku sentiasa melakukan maksiat pada-Mu. Sungguh Engkau
Maha Penyayang.
Pilihlah untuk sabar & redha.. walaupun kita ada alas an
untuk kecewa..
Hari ini, Engkau mengeratkan silaturahim antara kami
adik-beradik. SUBHANALLAH~ Hari ni dapat hadiah ni :
Adik sulungku, kakyang : “kaknyah, nak hadiah hari jadi tak?”
Si kakak, kaknyah : “hah? Hadiah hari jadi? Hari jadi tahun
ni ke tahun lepas? ..hurm.. mestilah nak.. mana hadiahnya?“ (ke-pelik-an rasanya. Tetiba hati berkata2 --> aiikk? Sbb dia tau aku
nak fly ke? So sbb tu la dia nak bg ‘something’ kat aku be4 aku fly.. takut
rindu gamaknya.. heheh)
Kakyang : “pejamlah mata dulu.. cepatlah… tak pejam siap
ehh.. jangan bukak mata! “
Aku pun akur pada arahan meski mata bukak tutup bukak tutup.
Heheh.
Kaknyah : “ye.. cepatlah.. hadiah ape la tuu..”
Krik..krik..krik.. tetiba terasa sesuatu yang nak
disarungkan ke leherku. Rupa-rupanya…
Kaknyah : “hah… ouuhh.. rantai rupenyer.. waahhh~”
Adik sulungku menjerit. Tersentak.
Kakyang : “Eeeiisshh.. orang kata jangan bukak mata..”
Lantas cepat-cepat dia menyarungkan rantai ke leherku.
Ouucchh.. sweet tak kami? Hehe..
Tau tak..yang paling sweetnya, kakyang beli 3 rantai yang
sama. Satu untuk dia, satu untuk kakak dia ni haa.. n lagi satu adik ke-2 ku..
cian adik bongsuku tak dapat rantai.. hehe.. ye lah.. dia baru darjah 2 kuutt..
pergi jalan2 pun kekadang tak pakai tudung.. kena ragut nanti, sape yang
susah.. na’udzubillah..
ALLAH, thanx for all the things that You gave us (:
Moga kami sekeluarga bersama-sama kembali di dalam
jannah-nya kelak.. insya-ALLAH, aamiin! ^_^
A for AMANAH
Hamba ALLAH yang jahil ini telah diberi amanah untuk menjadi
salah seorang naqibah alumni KMNS. Mad’u ku ada 2 orang pada asalnya. Namun, kira-kira
3 minggu yang lepas, moderator ketika aku menjadi panel dalam forum yang diadakan oleh pihak kolej,
iaitu Najmuddin yang membawa maksud ‘bintang agama’, meminta kebenaranku agar
seorang muslimah yang merupakan classmate nya untuk menjadi mad’u ku.. Katanya,
muslimah A memberitahunya bahawa dia teringin untuk melibatkan diri dengan
usrah sebelum habis matrik, meskipun hanya sekali. Lantas aku menerimanya dengan
penuh kesyukuran kerana ISLAM sudah mempunyai seorang MAWAR AGAMA yang mahu
menuju kebaikan & redha-Nya.. insya-ALLAH..
alhamdulillah.. aku merupakan salah seorang daripada ahli usrah alumni KMNS.
Usrah alumni, yang mana kakak2 & abang2 seniors akan turun KMNS untuk mengetuai
usrah dan usrah alumni acapkali diadakan pada hujung minggu. Hanya naqib &
naqibah yang akan join usrah alumni. Seterusnya, kamilah yang diberi amanah
untuk menyampaikan isi2 usrah alumni terhadap mad’u kami. Begitulah prosesnya.
Namun, ALLAH tidak mengizinkan aku untuk berusrah hingga
hari ini.. 3 minggu lepas, aku diberi amanah untuk menjadi naqibah. Minggu lepas,
aku pulang ke rumah untuk menguruskan dokumen dan sudah pun merancang untuk
tidak balik ke rumah sehingga tamat matrik, iaitu pada 30/4/2013. Alasan? Nak
meluangkan masa untuk study & teman sebilikku yang kau memang debooww! Hee~
=))
Namun itulah lemahnya perancangan kita sebagai manusia.
Perancangan & aturan-Nya lah yang Maha Hebat.
Tuptuptup..i go back on this weekend. AGAIN. Sebab gambar pasport
tak cukup. So, semalam
(jumaat) balek tumpang kawan. Driver ayah dia hantar
sampai rumah. Terima kasih pakcik.. hee :D
So, pagi tadi sebelum pergi UPM, singgah la kedai gambar. Tangkap gambar passport
20 keping.
Alhamdulillah.. selesai bayar deposit & serahkan dokumen
kepada pihak Medic Mesir.
Kat KMNS, ura-ura mengatakan yang minggu ni minggu last
students balik. Sebabnya…
1.
Next week minggu last kuliah.
2.
Minggu depannya lagi, minggu study week.
3.
Dan minggu yang seterusnya, final exam, PSPM 2.
Bermakna, setelah 2 minggu exam, maka berakhirlah gelaranku
sebagai pelajar matrikulasi nogori sombilan..
Insya-ALLAH.. *rasa sayu mulai terasa~
Harapanku :
1.
Mengadakan usrah setiap minggu sebelum exam.
Means, ada 2 minggu, minggu depan & minggu selepasnya. YA ALLAH, yang membolak-balikkan
hati kami, tuntunlah kami ke jalan redha-Mu, agar kami bahagia di dunia &
di akhirat. Harapku lagi, agar impak usrah ini membekas di hati kami
2.
Score 4.0 for my last sem.
Insya-ALLAH..
H for HAMIZAH=yang cantik, yang bijaksana(maksud nama) or
HIKMAH?
Of coz la HIKMAH.
HIKMAH yang mempunyai 1001 rahsia cinta-Nya ^_^
Just for ‘the last but not least’, before I end my words,
everything that was happened in our life is fulfill with HIKMAH & His blessing.
As what my teacher, Madam Jacq said during an English class, “everything happen
must be a reason”. Setiap yang berlaku, mesti ada sebab. Meskipun kekadang, apa
yang menimpa kita, kita merasakan ianya suatu keburukan, namun ketahuilah
bahawa ALLAH itu tidak menzalimi hamba-Nya. Dia tidak pernah membiarkan
hamba-Nya ‘menangis’. Dia menghargai kita sebagai manusia dengan cara
menghidupkan kita di bumi-Nya.
Salah satu hikmah kita hidup di dunia, adalah kerana kita
PASTI tidak sampai ke kampung akhirat sekiranya kita tidak ‘singgah’ di dunia ini dahulu. Untuk
sampai ke akhirat, kita perlu harungi kehidupan di dunia. Dan di dunia, ALLAH
memberi kita pilihan. Untuk menjadi hamba ALLAH, atau hamba syaitan
laknatullah..
Allahu Ta'ala A'lam..
PILIHAN DI TANGAN ANDA =)
Akhirul kalam, ku sudahi dengan surat cinta-Nya dalam surah
An-Naml, ayat 62.
“Bukankah Dia(ALLAH) yang memperkenankan (doa) orang yang
dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan
menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah di samping
ALLAH ada tuhan(yang lain) ? Sedikit sekali(nikmat ALLAH) yang kamu ingat..”
1st taklimat (: (last week) |
my hero (: |
otw nak balik setelah menyerahkan dokumen + bayar deposit pd pihak MM tengah/hari tadi :) |
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah