“Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim..fatabarokallah..” ucap Muslimah Mukminah Mujahidah..
13 Safar 1433H bersamaan 7 Januari 2012..pagi sebelum Subuh pd tarikh tersebut sesuatu telah berlaku pd diri Si Muslimah..sesuatu yang tidak disangka akan berlaku..iaitulah MIMPI..mimpi tentang lelaki ajnabi yang masih lagi belum halal buatnya..rijal yang sudah pun menjadi bekas SAM Muhammadiyyah..
“Rasanya ni first time aku mimpi tentang dia..ya..buat pertama kalinya..subhanallah..adakah ini ujian atau petunjuk dari-Mu YA ALLAH? “ , hati Muslimah bermonolog sebaik sahaja tersedar daripada tidurnya...terkejut..
Memakai pakaian serba serbi berwarna putih suci..seluarnya putih..bajunya juga putih..Muslimah melihat wajah rijal itu berseri, putih bercahaya..manis senyumannya.. Muslimah dan rijal itu berkejar-kejaran di tangga..tangga seperti di rumah apartmen..masing-masing mahu melarikan diri..sehingga berulang-ulang kali..yang seorang di atas, yang seorang lagi di bawah..kemudian, si rijal itu pula yang mengejar Muslimah..Muslimah melarikan diri..namun, akhirnya..dia tewas..masing-masing bertembung di tingkat bawah sekali sehingga masing-masing jatuh bergolek..masing-masing gelak tawa riang..Muslimah dan rijal itu bertembung mata..entah perasaan apa yang Muslimah rasakan..dia rasa sangat indah, bahagia dan tenang..lantas Muslimah berkata pada rijal itu,
“Ana tak cantik..”
‘Takpe..ana tak kesah..’ balas rijal itu sambil tersenyum sehingga kelihatan giginya yang putih dan cantik tersusun..
Bibir Muslimah melirikkan senyuman..lantas tangan kirinya memegang tangan kanan rijal itu..tangan Muslimah dirasakan sejuk sekali..entah mengapa..
Itulah mimpi yang dialami Muslimah..Mimpi yang indah pada pandangannya..tapi, belum tentu indah di sisi Penciptanya..Sejenak selepas tersedar dari mimpi, Muslimah cuba kembali untuk melelapkan matanya kembali..sambung tidur..Entah mengapa matanya sukar untuk menutup kembali tidur..
Hatinya yang sarat dengan dosa bermonolog,
“YA ALLAH..kenapa aku tidak boleh tidur ni? Adakah Engkau mahu memanggil aku bangun untuk bertahajjud setelah hampir 2 minggu aku tidak bangun bertahajjud pada-Mu? “
Hati Muslimah terus berbisik pada imannya..Mungkin ini kali terakhir aku bertahajjud pada-Mu..MUNGKIN!
“YA ALLAH.. Sayangnya Engkau pada hamba-Mu yg sedang menanggung dosa setinggi langit.. (T_T) Terima kasih YA ALLAH kerana menyedarkan aku dari tidur..ALLAHU RABBI..aku tidak mampu menjadi seperti Rabi’atul Adawiyah..”, hati Muslimah bermunajat pada Tuhannya..
Muslimah lantas bangun untuk mengambil wudhu’..dilihatnya jam menunjukkan pukul 5.41 pagi..
Alhamdulillah..meskipun waktu Subuh semakin hampir, namun dengan izin ALLAH SWT, Muslimah sempat juga menunaikan solat tahajjud 2 rakaat, dan solat witir 3 rakaat..air mata Muslimah gugur jatuh berderaian..pipinya basah..telekung yang dipakainya juga basah..Muslimah sujud dengan rasa yang sangat hina pada Tuhannya..mengakui kelemahan diri dalam mengetahui rahsia-Nya..dia mengadu pada Tuhannya..
“YA ALLAH..apakah hikmah disebalik mimpi ni? Adakah permainan syaitan atau petunjuk dari-Mu? Setahu aku, orang yang membaca surah Al-Mulk sebelum tidur, membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq, Surah An-Nas, Ayatul kursi, dan membaca doa tidur, dengan izin-Mu, maka dia tidak aku diganggu oleh syaitan dan kuncu-kuncunya..YA ALLAH..aku yakin..ini dari-Mu..”
sebaik sahaja selesai solat witir pada rakaat yang terakhir, azan Subuh berkumandang dari Surau Sumayyah, surau yang sangat dekat dengan rumahnya.. Sebaik sahaja usai azan Subuh , Muslimah solat sunat rawatib dan kemudian menunaikan pula solat fardhu Subuh..Al-ma’thurat dibacanya..selepas berdoa, Muslimah masih lagi tidak mampu untuk melupakan mimpi yang baru dialaminya pagi tadi..
Adakah dia imamku?
Adakah dia yang Engkau kirimkan untukku?
Adakah dia yang bakal menjadi ayah yang soleh kepada zuriatku?
Adakah dia orangnya yang akan aku lengkapkan tulang rusuknya yang hilang?
Adakah dia ya ALLAH..??
Adakah nama dia yang tercatat di Luh Mahfuz?
Adakah ini petunjuk-Mu..?
Adakah ini jawapan istikharahku?
Jika jawapannya YA, maka permudahkanlah urusanku dan urusannya..kuatkanlah hati kami untuk sama-sama bermujahadah..tatkala aku memberikan hatiku untuk-Mu, dan dia juga begitu, maka pada saat itu, hati kami akan BERSATU MENJADI SATU..menuju cinta-Mu dengan SATU HATI..
Muslimah merintih pada Tuhan yang Maha Menguasai dirinya..Sejak awal tahun dia berada di Tingkatan 5 pada tahun 2011, dia berusaha mengamalkan solat-solat sunnat seperti solat dhuha, solata rawatib, solat taubat, solat hajat dan solat istikharah serta puasa sunnat isnin khamis..dia berniat dalam istikharahnya agar ALLAH SWT menunjukkan jalan yang tepat yang datang daripada petunjuk-Nya, bukan daripada petunjuk hawa nafsu mahupun petunjuk syaitan dan kuncu-kuncunya yang direjam..sehingga hari ini, dengan izin ALLAH SWT, dia masih istiqomah melakukannya..alhamdulillah..solat taubat, hajat dan istikharah dilakukannya usai solat fardhu Maghrib..setelah itu, SURAT CINTA-NYA diselak dan dibacanya berserta terjemahannya..Muslimah berteleku di sejadahnya sehingga azan Isya’ berkumandang.. Itulah amalan hariannya yang hina kerana bebanan memikul dosa terhadap Tuhannya..air mata menemaninya..berasa malu pada Tuhannya..
“YA ALLAH, aku akui, aku ada menyimpan perasaan padanya..dan aku juga dapat membaca perasaannya..yang dia juga ada menyimpan perasaan padaku..yang selebihnya hanya Engkau yang lebih dan maha Mengetahui YA ALLAH..hamba-Mu ini tak mampu menyingkap rahsia dan rancangan-Mu..aku tidak mahu rasa ini yang asalnya adalah fitrah menjadi fitnah..dia masih lagi belum halal buatku..dan aku juga tidak tahu adakah benar dia yang akan menjadi suamiku..justeru, aku mahu bermujahadah atas rasa ini..kerna aku tidak mahu mendustai dan mengotori cintaku buat insan yang akan menjadi suamiku..ALLAH..hatiku lemah! ” , Muslimah menulis diarinya di dalam hati dengan penuh tangisan..
ALLAH SWT berfirman dalam Surah Maryam, ayat 9 yang bermaksud : “Berfirman ALLAH : Demikianlah(akan terjadi). Berfirman Tuhanmu : Ia mudah bagi-Ku, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya, sedang engkau belum ada sesuatu pun..”
“Jika benar dia juga ada menyimpan perasaan yang sama, aku harap agar Engkau kuatkan hatinya..tabahkan hatinya dalam beribadat kepada-Mu kerana kelak dia bakal menjadi imam pada seorang wanita & zuriatnya..kukuhkan cintanya agar dia tidak mencintai , merindui dan mengingatiku lebih daripada dia mencintai, merindui dan mengingati-Mu dan Sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa SAW..aku tidak mahu itu berlaku..aku mohon..♥ menggapai bintang di langit, bukan untukku simpan cahayanya, menggapai redha-MU Tuhan inilah yg kupinta, demi-MU aku melepaskan apa yang ada, dan demi mujahadah ini peliharalah jiwaku dan hatiku, genggamlah erat ianya wahai Tuhanku, ini milik-MU. ♥” , rayu Muslimah Mukminah Mujahidah dalam doanya..
Aku mimpi tentang dia..gambar di atas itu ialah orangnya..tapi adakah benar dia?
DEMI CINTA SUCI, AKU BERMUJAHADAH ATAS NAMA CINTA !!
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah