ahlan wasahlan..


Thursday, 22 December 2011

ALHAMDULILLAH..Buat pertama kalinya, ana menyambut kelahiran bayi.. (^_^)

Segala puji bg ALLAH..yg masih memberikan hamba-Nya ini nikmat yg tidak terhingga..Setiap makhluk bertasbih kpd-Nya tanpa henti..namun aku..astaghfirullah..seringkala alpa dgn kehidupan dunia yg sementara..hinanya aku..

Salam & selawat utk dia yg mengangkat martabatku sbgai seorang wanita..dan tidak ku mampu utk membalas cinta-Nya padaku sbgai ummatnya..sampaikan salam rinduku padanya ya ALLAH..insya-ALLAH…amin..

Alhamdulillah..hari ini Dia membenarkanku utk melakar secalit kasih di blog hamba-Nya yg hina ini..kali ni, ana nak ceritakan antara pengalaman baru dalam kehidupan di kampung akhirat ini..


Pagi semalam(rabu) jam 7 pagi..lahirnya satu lg mutiara ISLAM di sebuah Klinik Pakar Swasta yg terdapat di Bandar Baru Bangi, iaitu Pusat Rawatan Islam Az-Zahra..utk bahagian ibu bersalin, ada pakejnya tersendiri..Pakej Bersalam Pusat Rawatan Islam Az-Zahra atau AZIM..tempat ni jugak merupakan tempat kelahiran adik ana yg bongsu..

Dgn kelahiran Mutiara ISLAM, ini bermakna bertambahnya ummat Sayyiduna Nabi Muhammad Al-Mustafa sallallahu ‘alaihi wasallam..mutiara itu adalah bayi yg berhijrah dari dalam perut ibu yg mulia ke alam dunia yg merupakan penjara bg orang-orang yg beriman lg bertaqwa..wallahua'lam wa insya-ALLAH..

 haa...ni lah Pusat Rawatan Islam tu.. =) best sgt2..nurse2 n doktor2 pun baik2..peramah..ceria selalu..gituuuu~ :D


Subhanallah.. Alhamdulillah..Wala ilaha illallah wallahuakbar..

Jam 9 pagi, abuya, ummi, ana & adik ana yg bongsu pergi ziarah mak saudara(adik kpd ayah ana) yg ana memanggilnya dgn gelaran ‘mak cu’ , yg baru sahaja berjihad utk melahirkan mutiara ISLAM..

Subhanallah..melihat sahaja wajahnya..satu perasaan seolah-olah mencengkam jiwa yg gersang ini..itulah perasaan kagum terhadap kesakitan para ibu yg berjihad melahirkan mutiara ISLAM..riak wajahnya keletihan..lesu..tidak bertenaga..tetapi..disebabkan kekuatan & ketabahan yg diberikan oleh ALLAH SWT kpd para ibu mampu membuatkan si ibu kembali tersenyum…tambahan pula setelah melihat si anak yg baru sahaja berjaya mengharungi perjalanan yg sgt panjang selama 9 bulan di dalam perut sang ibu..

Agak-agaknya apa yg ummi rasa skrg ni..? Adakah ummi bahagia mempunyai anak seperti aku? (T_T)
Ummi, kaknyah saaaayaaaaaaannnggg ummi..abuya pun..syg mereka..allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghira..insya-ALLAH..amin..

Pendek cerita, seorang nurse membawa mutiara ISLAM itu ke dalam wad..SUBHANALLAH.. (T_T) Comelnya!!!!! Comel sgt2…warna kulit kemerah-merahan..kain membaluti tubuh..balutan jg membentuk tudung di kepala..cantik menutup aurat..mata sudah celik..dan moga hatinya juga akan celik..insya-ALLAH..amin ya Rabbi..


Dan pengalaman barunya ialah..percaya tak? buat pertama kalinyaaaaaa…..ana menyambut kelahiran bayi yg pertama…hehe~ bukan bermaksud ana bersalin buat kali pertama..tp ana dukung mutiara ISLAM yg baru sahaja berusia 2 jam, buat kali pertama..meski ada sedikit rasa takut, namun disebabkan rasa cinta pd insan yg masih lg suci ibarat kain putih, yg tidak punya sebarang dosa, ana beranikan diri..lantas ku cium pipinya..wangi..comel sgt2..seakan-akan baby tu anak sendiri..hehe~ seronok sgt2..sebelum ni tak pernah dukung baby yg baru lahir..ummi je la yg dukung…huhu~  (^_^) pape pun, ana tak lepaskan peluang utk berdoa..sebagaimana tindakan Baginda saw..

“Allhumma faqqihha fid din, wa ‘allimhat takwiil..” (n_n)

Kuberdoa dgn doa itu..dan kuharap moga ALLAH SWT memakbulkannya..moga dikau menjadi mutiara ISLAM pabila dewasa kelak bahkan menjadi BUNGA KEBANGGAN ISLAM! Insya-ALLAH..amin Ya Rabb..


Dari Aisyah Ummul Mu’minin RA, Rasulullah SAW mendoakan seorang bayi dengan mengucapkan, “Ya Allah, jadikanlah dia sebagai anak yang berbakti, bertaqwa, dan bijak, serta tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik.”

Sbb tu ana bercita-cita utk jadi Doktor Pakar Pedeatrik..sbb sungguh, ana suka baby..bukan sbb baby tu comel..tp ana rasa tenang & bahagia pabila menyentuh insan yg suci bersih dari sbrg dosa..rasa hina sgt diri ni..cita-cita tu, ana tawakkal pd ALLAH..bergantung kpd keizinannya..kalau result SPM ana nanti membolehkan ana amek kos medicine, insya-ALLAH peluan utk capai cita-cita ana tu cerah..tp jika sebaliknya..kubiarkan Dia yg menentukan.. (n_n)

Qolan Nabi Muhammad Al-Mustafa saw fi qaulihi al-sodiq, “Kullu maulud yuulad ‘alal fitrah”, yg bermaksud, setiap anak yg dilahirkan adlh dalam keadaan fitrah, yakni suci bersih..

Moga-moga, si ibu & si ayah mendidiknya dgn didikan agama yg sempurna agar dapat melahirkan MUTIARA ISLAM..insya-ALLAH..Allahumma amin..
 
 Bilalah giliran ana pulak..hehe~ apakan daya, pejalanan masih jauh..menjadi hamba-Nya pun belum sempurna..macam mana nak jadi isteri & ibu yg solehah.. huh? (^_^)''

Namun..manusia adalah sebaik-baik ciptaan..kholaqol insana fi ahsani taqwim..begitulah firman-Nya..Alhamdulillah..kerana ana dilahirkan sbgai manusia!

Firman Allah S.W.T: "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).(Al-Mulk:3-4)

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah