السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah..Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ana nak share kandungan buku yg ana tengah baca sekarang ni..yang menceritakan tentang perjalanan yang ditempuhi oleh ahli sufi..RISALAH SUFI AL-QUSYAIRI..
Yahya ibn Mu'adz berdoa,
Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan, 'Aku telah bertaubat'. Aku tidak kembali kepada-Mu kerana sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan bersungguh-sungguh..
Dzun Nun menyatakan : "Permohonan keampunan yang diajukan dengan tidak disertai warak adalah taubatnya para pendusta".
Ketika Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan seorang hamba menuju Tuhan, dia menjawab : "Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain yang Maha Esa yang kepada-Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri". Dikatakan kepadanya, "Inilah aturan bagi orang yang telah menjauhkan diri dari Pencipta. Bagaimana halnya bagi orang yang telah menjauhkan diri dari makhluk?" Dia menjawab, "Pengalaman manis di masa mendatang sebagai ganti pengalaman pahit di masa lalu"..
Ditanya tentang TAUBAT, Al-Busyanji menjawab, "Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa & tidak menemukan kemanisan di dalamnya".
Dzun Nun menyatakan, " Perasaan taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit bagimu meskipun ia luas sehingga engkau tidak menjumpai tempat untuk beristirehat. Lalu engkau merasakan jiwamu terbatas, kerana ALLAH SWT telah menyatakan di dalam kitab-Nya bermaksud, "dan jiwa mereka pun telah sempit(pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari(seksa) ALLAH, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian ALLAH menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya". (Surah At-Taubah, 9:118)
Ibn 'Atha' menyatakan, terdapat 2 jenis taubat : INABAH(KEMBALI) & ISTIJABAH(MENJAWAB atau MEMENUHI)..Dalam inabah, sang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah dia bertaubat kerana malu akan kedermawanan-Nya".
Haaa..agak-agaknya, mana satu jenis taubat yang kita selalu lakukan?? Atau kita 'kadang-kadang' bertaubat? wa iyya dzubillah.. (T_T)''
Abu Hafs ditanya, "Mengapa orang yang bertaubat membenci dunia?" Dia menjawab, ' Kerana ia merupakan tempat di mana dosa-dosa dikejar'.. Dan dikatakan kepadanya, "Ia juga tempat tinggal yang dijunjung tinggi oleh Tuhan dengan taubat". Dia mengatakan, "Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan atas taubatnya".
Al-Wasiti menyatakan, "Kegembiraan Daud a.s. & manisnya kesengsaraan yang dia nikmati menyebabkan dia menarik nafas panjang petanda akhirnya kesengsaraan. Sewaktu dia dalam kesengsaraan kedua lebih mantap berbanding ketika masalah tersembunyi baginya".
Seseorang menyahut, "Taubat para pendusta hanyalah di hujung lidah mereka saja". Di sini, dengan taubat dimaksudkan ucapan astaghfirullah(aku memohon ampunan ALLAH).
Abu hafs mengatakan, "Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya(dari ALLAH), bukan dari dirinya"..
Diriwayatkan bahawa ALLAH SWT berfirman kepada Adam a.s., "Wahai Adam, Aku telah mewariskan kepada anak cucumu beban & penderitaan. Aku juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan sungguh-sungguh kepada-Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu.. Wahai Adam, Aku membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira ; doa mereka akan Kujawab".
Seseorang bertanya kepada Rabi'ah, "Saya telah sering berbuat dosa & menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia akan mengampuniku?" Rabi'ah menjawab, "Tidak..tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat".
Ketahuilah bahawa ALLAH SWT berfirman, yang bermaksud : "Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat & menyukai orang-orang yang mensucikan diri". (Surah Al-Baqarah. 2 : 222)
Orang yang membiarkan dirinya tunduk kepada kesalahan benar-benar sama dengan membiarkan dirinya tergelincir. Tetapi, apabila dia bertaubat, nescaya dia ragu akan penerimaan taubatnya oleh Tuhan, terutama kerana kecintaan Tuhan kepadanya adalah satu syarat bagi penerimaan itu, dan itu bakal terjadi pada suatu waktu sebelum orang yang berbuat dosa sampai pada satu titik di mana dia menjumpai tanda-tanda kecintaan Tuhan kepada dirinya dalam sifatnya. Tugas hamba tersebut, ketika dia mengetahui bahawa dia telah melakukan suatu tindakan yang mengharuskan taubat, ialah bertaubat dengan bersungguh-sungguh & istiqomah, dengan menolak secara gigih perbuatan dosa & memohon ampunan sebagaimana tercantum dalam ucapan, "Kesedaran akan rasa takut sampai saat meninggal dunia" , & seperti dinyatakan dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Katakanlah : Jika kamu(benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi & mengampuni dosa-dosamu". (Surah 'Ali Imran, 3 : 31)
Adalah perbuatan Nabi SAW bertaubat terus menerus. Baginda mengatakan, "Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan ALLAH 70 kali dalam sehari"..
"Satu penyelewengan saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 penyelewengan sebelum taubat".
-Yahya ibn Mu'adz-
Abu 'Utsman menyatakan, "Akan halnya firman-Nya yang bermaksud "Kepada-Nya lah mereka dikembalikan" (Surah Al-An'am, 6 :36) , bahkan jika mereka bebas berkeliaran melakukan perbuatan dosa..
wa iyya dzubillah..adakah saat kematianku aku berada dalam keadaan bertaubat?? (T_T) mudah-mudahan..
Ali ibn Isa, seorang perdana menteri, mengenderai sebuah kenderaan pada suati keramaian, dan orang-orang yang tidak mengenalnya bertanya, "Siapakah ini? Siapakah ini?" Seorang wanita yang berdiri di sisi jalan menyahut, "Sampai bila anda akan mengatakan, 'Siapakah ini? Siapakah ini?'. Inilah seorang hamba yang telah terlepas dari perlindungan Tuhan. Oleh sebab itu Dia mengazabnya dalam cara seperti yang anda lihat".
Ketika Ali ibn Isa mendengar jawab wanita tersebut, dia kembali ke rumahnya, meletakkan jawatan dari jabatan perdana menteri, pergi ke Makkah, dan tidak pernah meninggalkan kota itu lagi..
Subhanallah~ bestnya baca cerita salafussoleh..pandangan mereka jauh menelusuri jalan cinta-Nya..moga ana & sahabat-sahabat sekalian turut sama menyertai mereka..yang sedang menuju ke arah keredhaan Rabbul 'alamin..insya-ALLAH..
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah