♥ AIRMATA ini mengalir IZIN dari-NYA,
♥ SENYUMAN ini dilakar IZIN dari-NYA,
♥ GEMBIRA ini tercipta IZIN dari-NYA,
♥ SEDIH ini dirasa IZIN dari-NYA,
♥ Apa yang KU RASA semua IZIN dari-NYA kerana DIA pemilik DIRI ini ♥
Alhamdulillah..ALLAH selalu buktikan kekuasaan & kehadiran-Nya pd diri yg hina ini..
Lepas habis menjawab kertas terakhir utk peperiksaan SPM, kertas Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah (minggu lepas, 13/12/11 tarikh keramat), ana pun balek la rumah..entah macam apa..mcm tak percaya yg ana sudah menjadi bekas pelajar sekolah menengah..tu lah hakikat kehidupan..masa terus berlalu..tak pernah nak tunggu kita..apa2 pun, ana bersyukur..alhamdulillah..akhirnya~ dapat jugak ana buat apa yg ana nak yg selama ni telah terbantut gara2 SPM! Peperiksaan buatan manusia! sekarang dlm proses utk habiskan baca buku + novel..antaranya...Risalah Sufi Al-Qusyairi, Di Mana DIA Di Hatiku? , novel ISABELLA(meceritakan penghijrahan seorang perempuan kristian), Kerana-mu Aku Berubah, majalah solusi, majalah GenQ(Generasi Al-Quran), Yakjuj & Makjuj(BENCANA DI SEBALIK GUNUNG)-buku ni abang ana punya..entah bila ana dapat 'khatam' semua buku2 ni.. ): and aktiviti terbaru yg akan dijalankan tak lama lagi ialah...jeng3...cat bilik ana warna pink! waaa~ tak sabar nak decorate (^_^) moga ALLAH permudahkan..oppss~ jgn cat bilik saja, tp isikan & terangkan bilik tu dgn hiasan nur ALLAH..pergilah kat mana2 kedai, x kan jumpe hiasan nur ni.. (n_n) sbb hiasan tu sgt2 special! insya-ALLAH.. (: lps settle cat bilik, insya-ALLAH ana nak try pulak resipi pastries baru..sbb ana suka buat cake.. (n_n) habislah family ana..semua kena kencing manis nanti..haha~ :D
AL-KISAH~ Pagi tadi sebelum ummi berangkat ke suatu tempat untuk menjalankan amanahnya, ummi sempat offer ana utk jadi guru bahasa arab kat SRA AL-ISTIQOMAH..tempat di mana ummi memegang amanah sebagai ketua guru a.k.a. guru besar..ana kagum dgn ummi..ummi tabah sangat..ana pun belum tentu mampu untuk setabah ummi.. ): tak cukup dgn tugas di sekolah, kat rumah pun ummi sgt hebat..ana beruntung sgt2 mempunyai seorang ibu yg sebaik ummi..takde 1 ibu pun yg mampu utk mengganti tempat ummi di hatiku..ALHAMDULILLAH YA ALLAH~ (T_T) Moga Engkau merahmati ummi & abuyaku selalu..insya-ALLAH..amiinn..
Berbalik kpd SRA AL-ISTIQOMAH..subhanallah~ rindunya..sgt2 rindu.. (-^_^-) akhirnya! dapat jugak jejakkan kaki di SRA yg pernah menjadi salah 1 pusat pendidikan dlm hidup ana..terasa sgt rindu..setelah 5 tahun meninggalkan pengajian di sekolah rendah.. ): so, ape lg..ana terimalah tawaran ummi tu..semalam, ustaz KKQ(Kelas Kemahiran Al-Quran) di sekolah ana(sekarang) , ustaz Solah pun ada offer ana utk jadi tenaga pengajar di tadika PASTI..ajar tauhid, fekah, b. arab dll di Masjid Teras Jernang..ngajar 4 jam sehari..seminggu 5 hari..gaji RM 450..kalau ana kerja dekat sekolah ummi..ngajar 4 jam sehari..mcm biasa..seminggu 5 hari..huhu.. (n_n) gaji je berbeza..RM 600..up RM150..hehe~ (^_^) tp bukan tu ukuran ana..bukan gaji tujuan utama ana..terfikir jugak..nak ngajar budak Tahap 2(darjah 4, 5, 6), mesti lg susah dpd budak2 tadika..mesti lebih byk cabarannya..ana pun ragu2..mampu ke aku ngajar dorang? entah ajaran sesat ape yg aku ngajar nanti..BERAT UHH..BERAT~ AMANAH bukannya SENANG NAK PIKUL! Tp bila difikirkan yg tersirat, apa salahnya mencuba..pengalaman kan? yelah..w/pun ana takde tauliah..at least ana dpt jugak nak berbakti pd masyarakat..menyumbangkan tenaga yg seciput ni.. (T_T) and actually ana mmg dah pasang niat..nak cari kerja bln 1 nanti..sementara nak tunggu ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) di SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS), Klang..kemasukan bulan 6..insya-ALLAH..doakan ana ye..and ummi offer ni pun sbb ustazah noriah(ustazah di sekolah ummi yg ngajar b. arab) cuti bersalin..terlintas di hati.. "masa ni lah aku nak menyelinap masuk ke dalam jiwa muda budak sekolah rendah...aku nak tarbiah mereka semampu yg boleh..ya..hati mereka masih lembut & suci..umpama cawan yg kosong..ilmu, iman & tarbiyah islamiyyah perlu dimasukkan ke dalam cawan itu..agar molekul2 udara yg penuh dgn virus yg memudharatkan tidak memenuhinya."..insya-ALLAH..ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR! nantikan ustazah b. Arab baru kalian ye anak-anak..! (^_^)''
Imam Syahid Hasan Al-Banna berkata: ”Oleh karena itu wahai ikhwan kuatkanlah keimanan dan ruhiyah kalian, kuatkanlah ilmu dan tsaqaofah kalian serta kuatkanlah fizik dan segala sarana yang dapat digunakan untuk memikul amanah. Dan Allah memerintahkan kepada kita untuk mempersiapkan segala bentuk kekuatan”.
DAHULU.. analah yg berada di tempat duduk itu..menuntut ilmu..mendengar apa yg mahu disampaikan oleh para guru yg mulia..tekun mempelajari apa itu erti ilmu..duduk sebagai seorang pelajar..
AKAN DATANG.. akulah yg bakal menggantikan tempat ustazah..ustazah yg mengajar b. Arab.. akulah yg bakal merasai bagaimana para guruku yg mulia dahulu mengajarku..adakah aku akan sabar & tabah utk mengajar mereka yg bakal menimba ilmu baru? Aku jahil ya ALLAH..apalah sgt ilmu yg Kau pinjamkan ni... ): Arggghhh~~ aku x layak! (T_T)
Subhanallah wabihamdihi..subhanallahil a'zim..
Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".
moga ALLAH beri kekuatan..insya-ALLAH..amiinn..kalau nak tunggu ana bersedia, entah bila..kita takkan dpt merasai sesuatu jika kita tak melaluinya..betul tak? hanya 1 yg ana harapkan..ana harap agar ana dapat memikul AMANAH ni sebaik yg mungkin..dgn penuh redha & ikhlas..bukankah manusia yg baik ialah mereka yg memberi manfaat pd orang lain? (n_n) moga ALLAH SWT permudahkan segala-galanya..kerna mereka sedang belajar apa itu erti kehidupan..dan aku juga masih belajar tentang itu.. (T_T)
Siapa yang memiliki kesempurnaan sifat amanah, maka ia telah menyempurnakan agamanya, dan siapa yang tidak memilikinya maka ia telah membuang agamanya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bazzar, dan juga Ath-Thabrani dari hadis Anas bin Malik dan dinilai sahih oleh Syekh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’, beliau menngatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidak ada iman(dengan sempurna)bagi orang yang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menjaga janjinya.”
“Dan kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinan itu”. Umar bin Khattab ra berkata: Jika ada sebuah keldai yang jatuh di Iraq, maka aku akan ditanya dihadapan Allah Ta’ala, kenapa engkau tidak memperbaiki jalan itu”
Aku takut ya ALLAH..aku takut..takut Engkau menyoalku TENTANG AMANAH INI !! (T_T)
Amanah sebagai hamba-Nya pun masih belum sempurna..inikan pula untuk memegang amanah yang lain..ALLAHU RABBI.. (T_T)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,”
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah