ahlan wasahlan..


Friday, 3 February 2012

BAB 2 RISALAH SUFI AL-QUSYAIRI : BERDAYA-UPAYA (MUJAHADAH)

“Dan orang-orang yg berjihad untuk (mencari) keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar beserta orang-orang yg berbuat baik.. “

(SURAH AL-ANKABUT, 29 : 69)

Pada suatu ketika Al-Sari mengatakan, “ Wahai pemuda! Berjuanglah dgn sungguh-sungguh sebelum kamu seusiaku, saat mana kamu akan menjadi lalai sebagaimana aku..”
Al-Junaid menyatakan bahawa sekalipun Al-Sari mengatakan hal ini, kaum remaja pada zaman itu tidak setabah Al-Sari dalam beribadah.

Al-Hasan Al-Qazzaz menjelaskan, “ Masalah ini (kerohanian) didasarkan pada 3 hal :
-anda makan hanya ketika hal itu diperlukan
-anda tidur hanya ketika mengantuk dan
-anda berbicara hanya dalam hal-hal yg mengharuskan anda berbicara..

Ibrahim ibn Adham menyatakan : “Seseorang baru akan mencapai kesolehan, sesudah melakukan 6 hal :

1)Menutup pintu bersenang-senang & membuka pintu penderitaan

2) Menutup pintu keangkuhan & membuka pintu rendah hati

3) Menutup pintu istirehat & membuka pintu perjuangan

4) Menutup pintu tidur & membuka pintu jaga

5) Menutup pintu kemewahan & membuka pintu kemiskinan

6) Menutup pintu harapan duniawi & membuka pintu persiapan menghadapi kematian

Abu Amr ibn Nujaid menyatakan, “Barangsiapa menghargai hawa nafsunya bererti mengabaikan agamanya.. “
Jihad kaum awam berupa pelaksanaan tindakan-tindakan ; tujuan kaum pilihan dlm berjihad adalah menyucikan keadaan rohani mereka. Bertahan dlm lapar & jaga mudah saja, tetapi membina akhlak & membersihkan semua hal tercela yg melekat padanya sangatlah sulit.


Selama bertahun-tahun seorang syeikh melakukan solat pd saf terdepan jemaah dlm masjid yg sering dikunjunginya. Pada suatu hari, sesuatu menghalanginya dari tiba di masjid pd awal waktu. Dia terpaksa menempati saf paling belakang. Sesudah itu dia tidak hadir ke masjid utk jangka waktu tertentu. Ketika seseorang bertanya kepadanya mengapa dia tidak hadir, dia menjawab, “Saya selalu melakukan solat di saf depan, dan saya merasakan bahawa selama setahun ini saya ikhlas dlm melakukannya, untuk mencari redha ALLAH SWT. Tetapi pada hari saya terlambat, saya merasa malu dilihat orang lain melakukan solat di bahagian belakang masjid. Dari hal ini, saya mengetahui bahawa semangat saya hingga saat itu dlm melakukan solat tidak lain hanyalah riya’..”

Dikhabarkan bahawa Abu Muhammad Al-Murta’isy mengatakan, “Saya berangkat haji berkali-kali dgn berjalan kaki & tidak membawa bekal. Pada suatu ketika saya menyedari bahawa saya telah dikotori oleh rasa senang saya dlm melakukannya. Ini saya sedari pd suatu hari saat ibu saya meminta saya mengangkat setabung air untuknya. Jiwa saya merasakan hal ini sebagai beban berat. Saat itulah saya mengetahui bahawa apa yg saya sangka merupakan kepatuhan kpd Tuhan dlm haji saya tidak lain hanyalah kesenangan saya, yg datang dari kelemahan dlm jiwa saya, kerana apabila jiwa saya murni, nescaya saya tidak akan mendapati tugas saya sebagai sesuatu yg mengganggu saya..”

Pada suatu ketika seorang wanita lanjut usia ditanya mengenai keadaannya. Dia menjawab, “ Ketika saya muda, saya mempunyai semangat & mengalami berbagai keadaan. Saya berfikir bahawa keadaan-keadaan itu berasal dari kekuatan sejati keadaan kerohanian saya. Ketika saya menjadi semakin tua, keadaan-keadaan ini melemah. Kini saya mengetahui bahawa yg saya sangka keadaan-keadaan kerohanian tidak lain hanyalah semangat remaja.”
Abu Ali-Al-Daqqaq mengatakan, “ Setiap syeikh yg telah menceritakan kisah ini kpd saya menaruh kasih kpd wanita lanjut usia tersebut. Sesungguhnya dia adalah seorang wanita yg jujur..”

Subhanallah..walhamdulillah.. kisah ini menyebabkan ana tertanya-tanya..

“YA ALLAH.. ADAKAH SELAMA INI AKU IKHLAS MELAKUKAN SESUATU HANYA KERANA-MU..? ATAU KERANA HAMBA-MU? “ (T_T)

Astaghfirullah.. (T_T)

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, “ Penghormatan yg ALLAH berkenan memberikan kpd seorang hamba adalah menunjukkan kehinaan dirinya kepadanya ; penghinaan yg ALLAH kurniakan kpd seorang hamba adalah menyembunyikan kehinaan dirinya dari pengetahuannya sendiri.”

Muhammad ibn Al-Fadhl mengatakan, “Istirah adalah kebebasan dari keinginan hawa nafsu.”

Al-Nasrabadzi mengatakan, “ Penjara adalah jiwa anda. Apabila anda melepaskan diri darinya, nescaya anda akan sampai kepada kedamaian.”

Abul Husain Al-Warraq menyatakan, “ Ketika kami mulai menempuh jalan-Nya iaitu jalan sufi di Masjid Abu Utsman Al-Hiri, amalan terbaik yg kami lakukan adalah bahawa ketika kami diberi zakat, kami memberikannya dgn rela kpd orang lain ; kami tidak pernah tidur dgn menyimpan sesuatu tanpa disedekahkan ; kami tidak pernah menuntut balas kpd seseorang yg menyinggung hati kami & kami selalu memaafkan tindakannya & bersikap rendah hati kpdnya ; dan jika kami memandang hina seseorang dlm hati kami, maka kami akan mewajibkan diri kami utk melayaninya sampai perasaan memandang hina itu lenyap.”

Subhanallah.. (T_T) sampai begitu sekali..hinanya ana.. =(

Abu Hafs mengatakan, “ Jiwa (nafs) keadaannya adalah gelap-gulita. Pelita jiwa adalah rahsianya. Cahaya pelita ini adalah berhasilnya dlm berjihad.Orang yg tidak dianugerahi keberhasilan dlm berjihad oleh Tuhan, maka dlm rahsianya, seluruh dirinya adalah kegelapan.”

Ketika mengatakan, “ Pelita jiwa adalah rahsianya” , Abu Hafs memaksudkan bahawa rahsia seorang hamba adalah apa yg ada di antara dirinya & ALLAH SWT. Itu adalah tempat keikhlasannya. Dengannya si hamba tersebut mengetahui bahawa semua peristiwa adalah ciptaan Tuhan ; peristiwa-peristiwa bukanlah ciptaan dirinya, tidak pula berasal darinya. Bila dia mengetahui hal ini, dia akan bebas dlm setiap keadaannya, dari kekuatan & kekuasaannya sendiri. Selanjutnya, dgn cahaya keberhasilan dlm berjihad, dia bakal terlindung dari kejahatan-kejahatan jiwanya. Orang yg tidak berhasil dlm berjihad tidak akan memperoleh manfaat dari pengetahuan tentang jiwanya atau tentang Tuhan. Itulah sebabnya mengapa para syeikh mengatakan,

“Orang yg tidak mempunyai rahsia (sesuatu ilmu atau upaya yg sukar ditempuh) akan terus bersikap menuruti hawa nafsunya.”

Abu Utsman menyatakan, “ Selama seorang melihat setiap sesuatu baik dalam jiwanya, dia tidak akan mampu melihat kelemahan-kelemahannya. Hanya orang yg berani mendakwa dirinya terus menerus selalu berbuat salahlah yg akan sanggup melihat kesalahannya itu.”

Abu Hafs menyatakan, “ Tidak ada jalan yg lebih cepat ke arah kerosakan kecuali jalan orang yg tidak mengetahui kekurangan dirinya, kerana tidak tunduknya kpd Tuhan adalah jalan menuju kekafiran.”

Abu Sulaiman mengatakan, “Saya tahu bahawa tidak sedikit pun kebaikan dapat ditemukan dalam suatu perbuatan yg saya lakukan selama saya berharap diberi pahala kerananya. “

Al-Sari berpendapat, “ Waspadalah terhadap orang yg suka berjiran dgn orang kaya, pembaca-pembaca al-Quran yg sering mengunjungi pasar, dan ulama-ulama yg mendekati penguasa.”

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, “Kerosakan memasuki diri manusia kerana 6 hal :

1) Mereka memiliki niat yg lemah dlm melakukan amal utk akhirat

2) Tubuh mereka diperbudak oleh nafsu mereka

3) Mereka tidak berhenti-henti mengharapkan keuntungan duniawi, sehingga menjelang ajal

4) Mereka lebih suka menyenangkan makhluk, bukan keredhaan Sang Pencipta

5) Mereka menuruti hawa nafsu mereka sendiri, & tidak menaruh perhatian yg cukup kpd SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

6) Mereka membela diri dgn menyebutkan beberapa kelemahan kaum Muslimin masa awal, seraya menutupi kebaikan-kebaikan kaum Muslimin awal tersebut..

Wal ‘iiya dzubillah..

Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.. (T_T)

ALLAH.. ALLAH.. hinanya rohku.. tatkala membaca kisah sufi, terasa bahawa jasad ini terlalu jauh jurangnya jika dibandingkan dgn mereka yg sufi.. sungguh, diri ini mudah sgt lupa.. mudah sgt alpa!

Astaghfirullah.. keampunan-Mu aku pohon!




No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah