ahlan wasahlan..


Sunday, 26 February 2012

AKU? --> SI TUDUNG LABUH..

Gelap.

Tiada satu apa pun yang dapat kulihat melainkan suasana hitam umpama pekat malam.

Terasa tidak asing lagi bau di sini..ya..aku kenal bau ini..tapi..di mana?

Entah kenapa,aku sedih sendiri..terimbau kembali kenangan gembira aku dahulu ..

“Ya Allah ibu,banyaknya warna..”,ujar Mastura.Teruja.

“Pilihlah”,kata ibunya.Aku hanya memerhati dari jauh.Kelihatan dia berpusing seluruh kedai kain mencari warna pilihannya.

Gembira bukan kepalang apabila aku dipilih olehnya untuk dipakai.

“Ibu,kain ini lembut sangat la.”

“ Ibu kain itu macam cantik ,kan? “

“Ibu,kain yang ini…..”

Gembira bukan kepalang apabila aku dipilih olehnya untuk dipakai.



Itulah tuan aku..banyak betul mulutnya. Tapi,aku tetap sayang dia. Dia pakai aku selalu. Yang tertutup itu indah bukan? Walau terkadang itu..

kuah kari,susu,kopi,coklat tertumpah dan terpercik ke atas ku,

seterika terlebih panas dan….”aaaaaa…terbakar!” sehinggalah berlubang..

menjadi “kipas” tatkala dia panas..sepanjang jalan asyik mengibar-ngibar..

Sabar sahajalah..

Pernah aku terdengar butir bicara dia dengan rakannya..

”Ini dipakai ‘sini’ saja. Di rumah tidak”..

Walau hatiku terguris,aku tidak berupaya meluahkannya. Aku tidak bersuara..dan hakikatnya,aku tidak bertelinga! Aku cuma ‘mendengar’ dengan hatiku.

Hari berlalu,aku menyaksikan dia membesar.. Suasana berbeza, lantaran dia berpindah randah. Namun aku tidak kesah,yang penting,dia masih menggunakanku..aku dihargai.

Saban tahun,

Akhirnya waktu yang kutakuti tiba jua..aku ditinggalkan tanpa diusik oleh sesiapa. DAN..aku bernasib baik..sangat bernasib baik.Hampir saja aku dicampak ke dalam tong sampah..andai kata kupunya mata,tak tertahan rasanya untukku menitiskan jalinan mutiara yang berupa air mata. 

Sedih. Sungguh.


9 bulan berlalu…

Kemas. Aku hanya kaku di sini.

Baru ku ingat,ini bau loker kayu..macam loker di asrama. Bezanya ini loker di rumah. Di asrama,aku digunakan..tapi di rumah? Hmm..

Tiba-tiba..

terasa seperti laci dibuka..

Ehhh!! Tuan aku ! Gembira bertemu dia.

Aku diusapnya. Lembut. Sudah lama aku tidak disentuh oleh tangan itu. Tangan yang lima tahun menggosokku.

Aku kehairanan.. kenapa tiba-tiba aku diingati? Sedangkan 9 bulan aku terperuk di loker itu..Aku..aku masih dihatimu?

Senyum. Usah ditanya mengapa aku memilihmu kali ini.
Fabrikmu bukan pilihanku tetapi engkau telah hatiku pakai sejak lima tahun yang lalu.

Kau kutinggalkan di almari,tapi ketahuilah jauh disudut kalbu aku, tiada kau kulupai.
Engkau menanam seribu satu memori.

Tiada kata untuk dia.Bersyukur aku mampu me’manas’kan dia di dunia lagi demi untuk me’nyejuk’kan dia di akhirat. Aku gembira untuk dia. Gembira aku dihargai semula. 

Aku,si tudung labuh.


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥
p/s : Tudung labuh tu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan utk dia masuk ke syurga. tapi dgn tudung labuh tu membuatkan dia sentiasa berusaha utk berubah menjadi seorang muslimah solehah yg Penciptanya mahukan. dia mahukan sayang, cinta dan redha Allah itu tersemat dlm hatinya setiap masa. Insya-Allah...
 Tudung labuh itu juga bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya terpelihara, dan akidah saya makin teguh pada-Nya. Insya-ALLAH..
♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥
Moga kita istiqamah! Moga akhlak kita seindah tudung kita! Bi iznillahi Ta’ala! Aamiin Ya Rabb!

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah