ahlan wasahlan..


Thursday, 16 February 2012

Sebab Ke-2 Antara 10 Sebab Mengapa Aku Mahu Berpurdah.. (^_^) Insya-ALLAH..

 • بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dgn rahmat-Nya, dgn keizinan-Nya, ana dapat kembali menulis di blog yg tidak sehebat, secantik  blog sahabiah yg lain.. Namun, ana bersyukur kerana w/pun tidak seberapa, tetapi biarlah ilmu yg mahu disampaikan ini mampu menjadi pencen kubur ana.. insya-ALLAHU TA'ALA.. (^_^)

Hurm..mesti ramai yg tertanya-tanya kan.. kenapa pulak sebab ke-2? hee~ jawapannya, sebab yg 1st, mestilah NIAT KERANA ALLAH.. kerana cinta pd ALLAH & RASULULLAH SAW.. ALLAH.. ana rindu.. (T_T)


Ni barulah sebab ke-2 , pandangan ulama' 4 mazhab =)


Mazhab Hanafi.  

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan MENJADI WAJIB jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

* Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

* Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

* Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

* Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)



Mazhab Maliki. 

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan menjadi WAJIB jika dikhuatiri menimbulkan FITNAH. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

* Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

* Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

* Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

* Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)

* Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)



Mazhab Syafie.

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)




Mazhab Hambali.

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

* Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat‘. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan’” (Al Furu’, 601-602)

* Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qanaa’, 309)

* Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)


  Alhamdulillah.. sahabiah sekalian dah tahu kan sebab ke-2 kenapa ana mahu berniqob? Nanti bila ada org tanya ana, kenapa ana pakai purdah, apa pendapat ulama', insya-ALLAH, inilah yg akan ana jawab.. (^_^)

Sebab-sebab lain :

SEBAB 3 : Entah mengapa ana suka sgt tengok org yg berpurdah.. rasa 'sesuatu' yg lain.. iman berbisik : "Kenapa engkau x cuba utk berpurdah? Kalau kau cuba, kau sendiri akan rasa mcm mana mereka yg berpurdah rasa".. wallahua'lam wa insya-ALLAH.. 
w/pun sahabat ana ada yg berkata : “hurm.. x pelah kalau tak pakai purdah..janji tutup aurat.. “ ^^

tp entah mengapa berlainan pula pendirian ana..menurut ana, w/pun ana dah menutup aurat dgn sempurna (insya-ALLAH), namun masih ada yg berani mengganggu.. dan ana rasa kurang selesa dgn situasi tersebut.. bimbang seandainya diri inilah yg mengundang fitnah.. wal ‘iyya dzubillah.. ALLAHU RABBI.. ):

SEBAB 4 : Alhamdulillah.. ALLAH x pernah berhenti menguji ana.. org kata, tu tandanya ALLAH sentiasa ingat kat kita.. sbb Dia rindu rintihan kita.. alhamdulillah.. ana diuji dgn masalah resdung atau nama saintifiknya Sinusitus.. ana paling allergic dgn 2 benda ni : Habuk & Suhu..

YA ALLAH.. kalau blek kmpung, duduk la dlm air-cond 5 jam.. huh.. x sampai 2 jam, hidung dah mula meragam..hah..mulalah tu nak bersin.. hurm.. kalau dah bersin sbb air-cond tu, mmg bley demam dibuatnyer.. abuya (ayah ana) pernah cakap : 
"kena cari sesuatulah, utk tutup hidung tu.."

ana pun bg la pendapat :
" buya, k.nyah nak pakai purdah boleh? =) "

buya : "hurm.. pakailah.. kalau rasa itu yg terbaik.."

ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. Engkau permudahkan urusanku.. bukan seperti niqobis yg lain.. yg mendapat tentangan keluarga.. subhanallah.. (T_T)

Yg kes habuk plak.. huh.. sebab tu ummi & abuya jarang nak bg ana menyapu rumah ^^ sbb makhluk ALLAH tu lah --> HABUK.. hurm.. udara kat luar rumah kita ni pun.. dah tak bersih sgt dah.. at least, kalau ana pakai purdah, dpt lah jugak nak 'bersihkan' paru-paru.. (:

SEBAB 5 : sebab ANA BENCI ROKOK!!!! faham2 je lah kalau kita keluar rumah, pergi pasaraya contohnya, perghh.. ada je yg sedut makanan syaitan.. (T_T) haa.. yg tang ni ana pantang.. ana BENCI ROKOK & BAUNYA SEKALI!! alhamdulillah.. kalau ana pakai purdah, at least dpt lah nak kurangkan 'penyaringan' asap rokok utk masuk ke dlm paru2 ana yg boleh menyebabkan ana utk mendapat LUNGS CANCER! ):

* BERTAUBATlah wahai perokok.. (T_T)

SEBAB 6 :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ° وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
Surah an Nur, ayat 30-31-

Dgn keadaan ana sekarang yg masih lg belum menyarungkan purdah, ana masih rasa yg ana tak mampu utk menundukkan pandangan mata.. dan ana rasa, dgn ana memakai purdah, insya-ALLAH,ana dapat lebih menjaga pandangan mata..  I do not know what I said .. because the words came from a humble heart .. (T_T) *nak tau betul atau tak, sebab tu ana mahu memakai purdah.. insya-ALLAH..

w/pun org selalu cakap :

"Buat apa aku nak pakai purdah.. padahal aku ni bukanlah baik manapun.. bukanlah 'alim mana pun.. x lah sesolehah mereka yg solehah.. nanti kang, bila aku tak istiqomah, org cakap apa pulak.."
"ish.. semua hitam.. nanti org ingatkan aku ni pengikut AL-ARQAM.. x nak aku.."

astaghfirullah.. menurut ana, kalau nak tunggu kita betul2 baik.. betul2 perfect, sampai bila.. sebab kita ni manusia biasa.. PASTI BUAT SALAH/DOSA.. (T_T) kalau nak tunggu betul2 'alim, huh.. sedarlah.. ilmu yg ALLAH pinjamkan ni pun, ana rasa tak sampai setitik pun air laut jika digabungkan semua air laut yg ada.. ALLAH.. ): nak tunggu kita jadi solehah..? entah bila.. (T_T)

kesian warna hitam pulak yg jadi mangsa.. bg ana, hitam itu x menarik.. sebab warna dia gelap.. hurm.. kalau warna pun dah x menarik, mesti org pun x tertarik juga.. ya! itulah yg ana nak! (:

Iman ana membalas : "Xpe.. biar apa org kata.. sejauh mana keikhlasan kita, biarlah menjadi rahsia antara kita & ALLAH SWT.. insya-ALLAH, jika kita dah ada niat utk berubah ke arah yg lebih baik, insya-ALLAH.. ALLAH akan permudahkan.. buktinya? ALLAH dah pun buktikan pada diri ana.. alhamdulillah.. ^^
  
Hati & iman ana sama-sama menelusuri perjalanan musafir ini.. masing-masing berkata :
"Dgn menjadi niqabis, insya-ALLAH, aku akan sentiasa menjaga akhlak, sahsiah diri.. sebab apa?  pepatah melayu selalu mengungkapkan : disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..mungkin disebabkan akhlak/ sahsiah aku yg hodoh, niqabis yg lain turut akan menjadi mangsa.. pada awalnya mahu menjauhi fitnah, timbul pula fitnah dpd niqabis sendiri".. wal 'iyya dzubillah..  ):
Kau kan dah pakai tudung labuh, x cukup ke nak elak fitnah?
Utk menjawab persoalan ni, ana ada jawapan yg tersendiri.. sebab ada beberapa peristiwa yg ana dah lalui, di mana, ana memakai tudung labuh, tetapi masih juga tidak dpt mengelakkan fitnah.. biarlah ianya menjadi rahsia.. (T_T)

SEBAB 7 : ISLAM KEMBALI ASING.. YA! AKU MAHU MENJADI AL-GHORIBAH!

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu A'laihi Wasallam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(H.R. Muslim) 
Di Malaysia ni, mmg jarang org yg pakai purdah.. jadi, antara alternatif ana utk berdakwah, adalah dgn PURDAH! Insya-ALLAH..



SEBAB 9 : TABARRUJ + FITNAH! Mahu menjauhkan diri.. insya-ALLAH.. ):

SEBAB 10 : Sebab yg ni agak lagho sikit.. huhu.. SEBAB KISASIAN ! Kisasian tu cabar ana.. 
"Hebatlah enti kalau enti berani untuk berpurdah.. Ingat, kata-katamu akan dituntut.."

ALHAMDULILLAH.. terima kasih YA ALLAH.. sebab Engkau kirimkan 'dia' , ******* utk aku.. sebagai antara wasilah aku dalam penghijrahan.. insya-ALLAH.. Moga ALLAH merahmatimu selalu wahai hamba ALLAH =) bi iznillah..



p/s : Sahabiah sekalian, doakan ana ye.. ana tengah tunggu tarikh yg sesuai utk ana berniqob, agar tarikh tersebut betul2 tersemat di ingatan.. kerna penghijrahan wanita yg tidak berpurdah seperti ana utk mengenakan purdah adalah antara ISLAH yg BESAR dlm hidup ana.. 
Dan alhamdulillah.. niqab tiara butterfly yg ana order secara on9 dah sampai 14 feb yg lalu.. mohon doakan agar ana istiqomah utk memakai purdah ea.. insya-ALLAH.. kerana sebelum ni ana bukanlah niqobis.. jadi, kadang2 tu, byk jugak persoalan yg timbul,,

"Agak-agaknya apa ujian yg ALLAH akan bg nanti bila aku sudah menjadi niqobis? "

"Mampukah aku menghadapinya?"
ALLAH menjawab : la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. yg bermaksud, ALLAH tidak membebani hamba-Nya dgn ujian yg tak mampu dihadapinya..

Masha-ALLAH.. Jika niat LILLAHI TA'ALA, DATANGLAH BADAI SEBESAR MANAPUN, PASTI TIDAK AKAN MAMPU MENGGOYAHKAN IMAN.. SEBAB APA? SEBAB DIA TAHU BAHAWA ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA-SAMA DENGANNYA! WALLAHUA'LAM WA INSYA-ALLAH.. (n_n)

1st try.. posmen hantar je, terus try.. excited la katakan.. huhu.. ALLAH.. barulah ana tahu, mcm mana nak pakai purdah.. dan rasa memakai purdah yg sebenar.. alhamdulillah.. apakah hikmahnya ea? apa hikmah kenapa hati yg sarat dgn karat dosa ni tergerak utk berniqob? moga hikmah yg sebenar-benarnya akan kutemui.. insya-ALLAHU TA'ALA! (^_^) ku akan menanti dgn penuh sabar.. bi iznillah..


7 comments:

  1. subhanallah...
    trima kasih sbb bg ilmu bru yg terkesan kat hati ana.....
    follow me back oke...
    salam ukhwah...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. ^^
    syukran lillah.. 'afwan.. insya-ALLAH.. salam ukhwah fillah abadan abada aidhon =)

    ReplyDelete
  3. cntik n terkesan :)
    saya bru skolah mnengah tp niat nk ber-niqob ni kuat ..
    ingat lpas 2 thun lgy nk hbis skolah mnengah ni nk start pkai tdung yg labuh..
    doa kn saya yee:D .. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. moga ALLAH merahmatimu selalu wahai adikku yang solehah.. jika hidayah-Nya sudah menyapa hatimu, ragutlah ia dan genggamlah dgn seketat-ketatnya.. kerana harga hidayah-Nya mahal yang tidak mampu dibayar dengan sesuatu apa pun.. wallahua'lam ^_^

      Delete
  4. alhamdulillah..moga Allah mnguatkan kita utk terus istiqamah =)

    ReplyDelete
  5. allahu ^^ terkesan di hati ana :) sudah lama ana psang niat ini . teringin sangat2 . mOge allah beri kekuatan utk ana . ana rase situasi tak mengizinkan skrg :( mungkin enti ade tips utk dikOngsi kan :) syukran ! <3

    ReplyDelete
  6. tipsnya, always tajdid your intention, say "i want to wear the veils, LILLAHI TA'ALA! insya-ALLAH..' then, keep praying and praying. Pray so that ALLAH will ease & give you the way how to make sure that your intention will be reality.. and have faith & believe in ALLAH..ALLAH knows what was in your heart. IKHLAS & YAKIN! n musyawarah dgn parents. minta izin mereka, raikan pendapat mereka.. andai kata mereka tak benarkan, n at the same time, enti mmg betul2 tekad nak berniqob, gunalah kaedah sirr,, means, time dgn family qte tak pakai..tp bila kluar dgn kwan2 atau pergi majlis ilmu, pakai lah.. instead of me, lau blek kmpung, ngan sdare mara ana tak pakai.. sbb mampu mnimbulkan fitnah (umpatan dsb).. hope this can help u in such ways for u to wear the veils.. wallahua'lam wa insya-ALLAH.. ^_^

    ReplyDelete

Muslimah Mukminah Mujahidah