ahlan wasahlan..


Tuesday 20 November 2012

Hadiah-Nya lagi! ALHAMDULILLAH =)


Segala pujian hanya layak diberikan kepada-Nya kembali.

Pagi tadi, saya ikut ummi ke sekolah agama KAFA AL-ISTIQOMAH. Kelas intensif diadakan untuk

pelajar tahun 1- tahun 5 sepanjang cuti persekolahan. Kebetulan pula, ada seorang sahabat ana ni, minta ana

 untuk ajar dia mengaji. Umurnya sebaya dengan ana. Tempat belajar pun sama ;) Alhamdulillah. Meski

bacaannya tidak seberapa lancar, namun ana puji kesungguhannya untuk mendalami ilmu al-quran. Agak

sedih sebenarnya. Di tempat ana menuntut ilmu sekarang, iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS),

sebenarnya ramai yang mempunyai otak dan akal yang bijak, namun pabila di soal tentang ilmu agama, bab

hukum-hakam, ramai yang tidak tahu. Termasuklah ambo yang hok jahil ni T_T Insya-ALLAH dalam

perancangan, ana sebagai ketua biro kerohanian blok, ana akan mengadakan kelas mengaji. Kelas mengaji

ni FOC, dan merupakan salah satu aktiviti baru daripada belasan aktiviti baharu yang lain. Sem 1 hari tu,

surau blok tak berapa nak meriah dengan pengisian rohaniah. Jadinya, ana perlu lakukan sesuatu untuk

 mengi'marahkan surau. Mohon didoakan agar aktiviti yang akan dijalankan untuk Sem 2 ni menjadi realiti.

Ana pikul segala aktiviti yang akan dijalankan sebagai amanah. Ilmu tajwid itu kan fardhu ain. Bukankah

berdosa seseorang yang mahir tentang ilmu tajwid, namun dibiarkan sahaja sahabatnya yang lain membaca

al-quran umpama pemandu yang memandu kereta di jalan yang mana traffic lightnya rosak. Lantas,

dilanggarnya lampu merah sesuka hatinya sehingga mampu memudaratkan diri dan orang lain.. ALLAH.

Maafkan kami yang jahil ini ya ALLAH! .T_T

Berbalik kepada sekolah agama tadi.

Ana mengajar sahabat ana tu di surau yang berhadapan dengan sekolah agama, Surau AL-ISTIQOMAH namanya =)

Usai mengajar, jam lebih kurang menunjukkan pukul 12 tengah hari, ana call seorang sahabat 3S ana, Yusrina.

Actually ummi yang suruh. Sebab nak bagi Yusrina cek perkapita yang memerlukan tandatangannya. Cek

perkapita ni diberi kepada mereka yang pernah menjadi pengajar sepanjang tahun 2012 (:

ALHAMDULILLAH.. Yusrina ni, student KMP (Kolej Matrikulasi Perlis). Sekarang students matrik tengah

 cuti sampai hari ahad ni. insya-ALLAH. Saya pun ambillah kesempatan ni untuk bertanya khabar tentang

kehidupannya di sana, di matrik perlis. Tak sempat bertanyakan khabar, yusrina menghulurkan sesuatu.


Sesuatu yang sebenarnya merupakan hadiah Hari Ulangtahun Kelahiran saya. SUBHANALLAH..

Tak cukup dengan rantai ni, sebelum kami 3S (saya, Hanis & Yusrina) berpisah dek kerana masing-masing

meneruskan jihad ilmu di tempat dan biah yang berbeza, dia (yusrina) beri kami jam. Sekotak sorang.

Disebabkan 3S, total 3 kotak semuanya.. Subhanallah!


"YA ALLAH. Pemurahnya dirimu wahai sahabatku. Bermacam jenis hadiah yang kau bagi sepanjang ukhuwah kita. Tapi aku? Jarang sekali memberimu hadiah. ;(  Moga ALLAH murahkan rezekimu duhai sahabatku", bisik hatiku yang penuh dengan karat dosa.

ALHAMDULILLAH. Sehingga hari ini, jam itu masih setia menggerakkan jarumnya dan berbakti pada diri

ini agar menjadi manusia yang punctual! SahabAtku Yusrina, selagimana aku gunakan hadiah pemberianmu

ini, selagi itulah pahala terus menerus mengalir dalam buku catatan amalanmu wahai sahabat.

Masya-ALLAH. Ku tertanya-tanya. pasti sudah banyak pahala yang mengalir hanya kerana seutas jam

pemberianmu ini. Berbulan-bulan lamanya pahala itu terus mengalir dalam buku catatan amalanmu. 

Jujurnya, aku sedikit cemburu atas sifat pemurahmu itu.

ALLAH lah yang Maha Pemurah!

Namun, kuharap, tempohnya berterusan agar dirimu mendapat pahala BONUS dari Yang Maha Pemurah!

Insya-ALLAH..

 
Al-kisah, pada hari Ulang Tahun Kelahiran Yusrina, saya 'mungkin' terlupa hari yang bermakna bagi dirinya..

Pada hari Ulangtahun Kelahirannya, satu mesej masuk dalam inboxku.

ALLAHUROBBI! Saya membaca mesej dan notification missed call tu selepas bangun daripada tidur.

Entah mengapa badan terasa letih pada hari tersebut. Lantas, otak saya bagi signal pada neuron cells supaya

menyuruh badan saya ni tidur. Tidur selepas menunaikan solat fardhu isya'. Dengan izin ALLAH, saya

tersedar pada jam sekitar pukul 12.30 malam. Tuptup, ada mesej rupanya.

" Assalam.. Apa khabar? Bz ke? Sampai bufday yus pun x wish. Takpe. Yus faham. Mijah sibukkan.....!! "

Kulihat lagi, ada 2 missed calls. Daripada Yusrina rupanya.

Dalam keadaan mamai, tanpa berlengah, ku 'touch' handphone ku dan mencari nama 'Yusrina'.

Nombornya ku dial.

 Kali pertama, dia tidak dijawab. Kali kedua juga. Lantas kali ketiga, alhamdulillah, dijawabnya.

Nah! Amek kau! Mulalah drama.. ahh... maaf maaf. Agak privasi di sini. Ana tak nak cerita apa yang

berlaku sepanjang perbualan kami. Bukan apa, perbualan yang berlaku agak panjang dan berkali-kali kami

menelefon antara satu sama lain.. uhuk~

Nangis, tawa, merajuk, sebak, terharu, sedih, kata-kata semangat dan nasihat, semuanya ada.

Tapi satu je 'ibrahnya. Cuba bayangkan, time bufday kita, orang terdekat kita lupa bufday kita. Even parents

dan sahabat baik yang tersangat-sangat rapat lagi kuat ukhuwahnya, lupa nak wish. okay, fine. Tak wish pun

takpe sebenarnya. Tapi ingatan tu kan lebih bermakna dalam hidup seseorang jika dibandingkan dengan

segala macam harta benda kat dunia ni. Sebak beb, sebak! Sedih sangat time dia (yusrina) luahkan

perasaan sedih + kecewa dia. Meleleh kut! T_T First time kut kami berdua menangis antara satu sama lain

dalam phone.

So, sebagai menepati janji yang telah pun saya pateri semasa kami berbual di telefon, insya-ALLAH esok,

saya dan Sahabat 3S (SAHABAT SAMPAI SYURGA) saya, iaitu macam biasalah, Hanis + Yusrina + saya

yang bercita-cita untuk menjadi 'PERHIASAN DUNIA' ni (insya-ALLAH, aamiin), akan ke Alamanda,

Putrajaya pada pagi esok. Saya ingat nak belikan mereka berdua novel. Masing-masing dah kemaruk

dengan novel dek mengisi masa lapang sepanjang cuti sem ni.. haha. Nak bagi hadiah pada mereka pula.

Asyik saya je yang dapat hadiah, tapi jarang bagi hadiah pada sahabat 3S saya ni.. uhuk~

SAYANG SAHABAT 3S SAYA KETAT-KETAT! >.<'' KERANA ALLAH!

Hopefully, moga ALLAH melancarkan segala urusan kami pada esok hari dan mengikat kami dengan tali

ukhuwah yang berpaksikan cinta dan kasih sayang hanya kerana ALLAH! Hanya kerana ALLAH! Insya-

ALLAH, aamiin ^_^

Lastly, buat yusrina (lau dia terbaca la)..hik3.. i want to say this :



Terima kasih ya ALLAH atas anugerah kurnia-Mu yang besar ini!

Dan moga disebabkan ukhuwah kami ini, kami tergolong dalam salah satu golongan yang mendapat naungan

'Arash-Mu, di mana pada hari tersebut, tiada sebarang naungan melainkan naunngan 'Arash-Mu YA ILAHI!

Insya-ALLAH, AAMMIIN!

2 comments:

  1. :)
    Subhanallah.

    Beruntungnya dpt Sahabat semulia itu.
    Bertemu keranaNya,
    Berpisah KeranaNya,
    Hanya Berharap Redha Allah semata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH.. bersyukur sgt2..

      semuanya berkat kasih dan cinta-Nya yg suci..

      wallahua'lam wa insya-ALLAH ^_^

      Delete

Muslimah Mukminah Mujahidah