Alhamdulillah.. kalimah apa lg yg ana patut ungkapkan..? ALLAH.. baiknya ALLAH.. 25 RABI’UL AWAL 1433H bersamaan 18 FEBRUARI 2012.. Hari Sabtu.. peristiwa yg memberi impak yg sgt2 besar dlm hidup ana.. dalam penghijrahan seorang musafirah di dunia yg penuh tipu daya.. dpd hanya memakai tudung labuh, kini sudah berniqob.. alhamdulillah.. rasa seperti tidak percaya.. tp kuasa ALLAH kan.. with ALLAH’S will, nothing is impossible! (n_n)
“ Akhawat yang bertudung labuh bukannya kolot atau tidak mengikut peredaran zaman.. TETAPI mereka adalah wanita terbaik ciptaan ALLAH SWT. Keindahan mereka hanya untuk insan terpilih.. Ibarat perhiasan yg bernilai tersergam indah di dalam bingkai kaca yg tertutup rapi.. Hanya insan terpilih dapat memilikinya..” subhanallah.. (^_^)
♥ “Wanita Bertudung Labuh Sangat2 Cantik!! Suke Tengok Akhawat Yg Bertudung Labuh..Comel Sgt2..Yang Melihat Mendapat Pahala, Yang Memakai Lebih2 Lagi Mendapat Pahala.insya-Allah.. “ ♥
Alhamdulillah.. ana lebih selesa bertudung labuh...♥ Malu dengan ALLAH...malu juga dengan makhluk ALLAH... (n_n)
Dan.. purdah yg first time ana pakai ni, purdah niqob tiara butterfly nama dia.. jenis kain, kain chiffon.. mmg lembut + selesa sgt2.. dan tak panas.. alhamdulillah.. ^^
Berbalik semula kpd persoalan..Kenapa 18 feb? Actually, ana x plan pun nak mula berniqob pd tarikh 18 Feb 2012 ni.. Asalnya, niat utk berniqob hujung bulan 2 or awal bln 3.. tp ternyata.. nahnu faqot qoodhiroh ‘alat takhthith, wa tahdiid ALLAH.. maksudnya : kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan.. hari sabtu (18 feb) hari tu, ana ada program SALAM 2 kat Masjid Al-Hasanah BBB.. al-maklumlah.. ana baru habis spm.. skrg tgh tunggu result.. honestly, ana skrg dlm dilema utk pilih kos + U apa.. kejap ni, kejap tu.. so.. cerita dia.. alhamdulillah.. ada seorang sahabat ni, dia invite ana utk pergi program SALAM utk hilangkan kepeningan memilih course.. alhamdulillah.. ana pergi.. program SALAM ni program anjuran bersama ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dgn PEMBINA..
Before the day of the date( hari program SALAM) tu, maksudnya hari jumaat la.. ana confused.. “esok kat SALAM nak pakai niqob ke x ek?” niqob dah sampai 14 feb .. ana beli secara on9… terfikir gak, “bila lg kau nak pakai..? niqob dah ada.. just go on je lah.. 2/3 sampai 4/3 nanti kau ada kem PMG (Perkampungan Menara Gading) kat GMI (German Malaysian Institute).. apa kata kau pakai niqob esok.. lg cepat, lg baik.. sbb nak biasakan..”
Al-maklumlah.. pertama kali memakai niqob.. xde pengalaman lg..
Subhanallah.. tanpa disangka..tanpa diduga.. tarikhnya sgt2 kena.. ada 3 keistimewaan tarikh 18 feb 2012 dlm hidup ana..
KEISTIMEWAAN 1 : Actually.. ana nak pakai niqob pd 28 Feb 2012.. sbb tarikh ni tarikh bufday seseorang yg menjadi antara wasilah ana utk berubah.. dia, *******.. ex-Kisasian.. skrg di DQ (Darul Quran) kat Kuala Kubu Bharu.. ambik Quranic Studies (persijilan tahfiz).. ana kagum dgn dia.. dia yg byk mengajar ana ttg Islam.. alhamdulillah.. moga ALLAH merahmatimu selalu wahai hamba ALLAH =)
KEISTIMEWAAN 2 : Ana ada 10 SEBAB mengapa ana mahu berniqob.. ana dah pun huraikan dlm post sebelum ni.. *baca jgn x baca.. (:
KEISTIMEWAAN 3 : 28 – 10 = ?
Jawapannya 18, am I right? Kebetulan, umur ana pd tahun ni, 18 tahun.. subhanallah.. mmg kena! Senang nak ingat.. (^_^) berkat budak kisas tu kut.. hihi.. (n_n) daann.. tidak boleh dilupakan… 18 FEB 2012 a.k.a. 25 Rabi’ul Awwal 1433H adlh hari pertama ana mula berniqob.. yg 25 Rabi’ul Awwal 1433H tu plak.. ana berangan la kononnya, nak kahwin time umur 25 nanti.. sama mcm KEKASIH HATI YG SENANTIASA DIRINDUI, SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD AL-MUSTAFA SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM.. hihihi.. (^_^)’’
Ok, cerita sudah sampai di situ.. skrg nak masuk cerita baru plak..
PENGALAMAN + KEJADIAN HARI PERTAMA BERNIQOB..
OPPSS~ Sebelum tu, mulakan dgn :
Hurm.. macam ni kisah dia..
SEMASA KELUAR RUMAH :
Masa keluar rumah, ana x terus pakai niqob.. x berapa berani time ni.. sebab pd awalnya, abuya je yg nak hantar ana g masjid al-hasanah.. sekalik, ummi plak nak ikut.. sbb nak pergi sekolah amek buku.. abuya mmg tau yg ana nak berniqob.. tp ummi x tau.. ummi just tau yg ana dah beli niqob..ana pun curik2 la bawak niqob masuk dlm kereta..haha..
Time dah sampai sekolah.. ummi pun keluarlah kereta amek buku.. time tu lah ana ckp kat abuya,..
Ana : “Buya, nak pakai purdah boleh?”
Buya : “Hah..? hurm.. terpulanglah.. kalau rasa itu yg terbaik.. mcm mana rupanya.. tengok sikit..”
Ana pun pakailah niqob..Then, ayah ana tengok ana melalui cermin depan kereta tuh..
Buya : “ ya ALLAH.. nanti kat masjid kang org ingat org mana ni.. dtg dari Iran gamaknya.. Hahaha.. “
Buya sempat lg bergurau & gelak2.. hehe.. (^_^)’’ kawan ana yg tumpang ana utk pergi program SALAM pun tergelak2.. huhu.. malu kutt..
. . . . . (bunyi cengkerik) . . . . .
Ummi + buku pun masuk dlm kereta.. tp alhamdulillah.. ummi x perasan yg ana dah sarungkan purdah kat muka.. kih3.. * selamat den..
Tuptuptup.. Dah sampai masjid AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI..
Sebelum nak keluar kereta tu..ana salam tgn buya & ummi.. masa nak cium pipi ummi tu, ummi agak terkejut.. haha.. td x pakai purdah.. skrg pakai..huhu..
Ana pun cepat2lah keluar dan menuju ke Dewan masjid utk pendaftaran.. *x nak amek ‘risiko’.. :p
SEMASA PENDAFTARAN :
Mak aiihh.. tersalah jalan lah pulak.. ana dgn sahabat yg tumpang ana td tu terikut jalan yg kat depan jalan tu ada ramai lelaki yg dah berdaftar.. malu seyh.. rasa cam nak jerit je.. “ wooii! Apa pandang2 haaa???!! =.=’’ “ *salah ana jugak.. tersilap pilih jalan.. ):
ana dgn sahabat td pun patah la balik, ikut jalan lg satu.. x sanggup den.. dah la 1st day berniqob.. rasa janggal.. akhirnya.. sampai jugak di tempat pendaftaran.. alhamdulillah.. time nak daftar tu byk sahabat2 muslimah yg ada kat situ.. hurm.. rasa malu jugaklah.. sbb ramai yg tengok ana.. hatta sesame muslimah sendiri.. masa ni dah ramai yg dah daftar… jadi, ramailah yg tengok ana.. lg pun, ana tengok sekeliling (peserta).. ya ALLAH.. ana sorang je ke yg berniqob? Xpe2.. kau pakai kerana ALLAH kan..? bukan sebab manusia kan? So, sabar2.. huhu..
Daannnn…. Tetiba ada sorang classmate ana yg panggil ana..
“waahh.. mijah dah berubah lah..”
Classmate ana ni bekas budak SMKA Maahad hamidiah, Kajang.. so, apa kena mengena..?
Ehh.. sape ckp xde kena mengena..? Sebenarnya, program SALAM ni ramai peserta dpd Maahad Hamidiah, Kajang.. (:
Tak lama kemudian.. tumbuh la janggut.. hahaha. *menunggu sahabat ana yg lain yg x sampai2 lg & belum mendaftar..
Akhirnya. Bila sahabat ana sampai.. dia pun terkejut.. x sangka yg ana dah pakai purdah. Sbb ana x cerita pun kat dia yg ana nak pakai purdah time pergi SALAM.. hehe.. nak bg surprise la katakan.. *maaf ye hanis.. sahabat sendiri pun nak berahsia.. teruk betul ana ni.. apa nak jadii? ( sila ikut rentak nyanyi lagu “apa nak jadi” yg slalu kluar kat tv) hihi.. ^^
SEMASA MAHU MENUJU KE DEWAN MASJID :
Kami (ana & 2 sahabatà hanis & yusrina) lepas daftar, terus pergi dewan.. masa nak masuk dewan tu, ada la lebih kurang 7-8 org lelaki.. ana x sempat pandang mereka.. “mungkin fasi..atau mungkin peserta”, fikir ana.. subhanallah.. inilah kehebatan berniqob..
Ana merasakan, bahawa niqob mampu menundukkan pandangan mata ana.. secara jujurnya, masa sbelum berniqob, ana hanya memakai tudung labuh.. tp, mata still x dapat kawal.. alhamdulillah.. niqob adalah jalan penyelesaiannya.. *bagi diri ana yg hina ini.. kalau org lain, x tahulah.. masing2 ada cara yg tersendiri.. (:
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklah mereka menutup kain di dadanya.."
-Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31-
DALAM DEWAN MASJID AL-HASANAH :
Sahabat ana yg bernama hanis, jalan kat depan ana.. so, dia masuk dewan tu dulu.. pastu ada sorang budak Maahad Hamidiah, nama dia maisarah.. ana & hanis dah pun berkenalan dgn dia semasa menyertai mukhoyyam KKQ kat KKB (Kuala Kubu Bharu) tahun 2010 (time form 4)..
Maisarah : “Hanis, siapa belakang kau yg pakai purdah tu?”
Hanis : “ouh.. tu hamizah lah.. hehe.. “
*actually ana x dgr pun perbualan mereka.. so, ana nak kan kepastian.. ana pun tanyalah hanis..
Ana : “Hanis, mcm mana maisarah boleh cam aku? Aku kan pakai purdah..”
Hanis : “Hahaha.. dia tanya aku tadi.. sape belakang aku yg pakai purdah tu..hehe “
*Huh.. wat suspend je hanis ni.. =.=’’
KEJADIAN SEMASA SARAPAN PAGI :
Ada sorang budak Maahad jugak.. yg masa sekolah rendah, ana sama sekolah dgn dia.. masa form 4, dia pun sama sekolah + kelas dgn ana.. tp kejap je.. sbb dia dpt tawaran ke Maahad Hamidiah.. dia tegur ana dgn tepuk dari belakang..
Ana : “Ehh, ayuuu.. hehe.. sihat?”
Ayu : “Alhamdulillah sihat..”
Ana : “ Alhamdulillah.. eh.. camne bley tau yg ni mijah? “
Ayu : “Haha.. mijah x nampak yea ayu babai mijah kat depan td.. ayu duduk kat depan tu haa.. (sambil tunjuk tempat duduk dia).. mcm mana boleh tahu? Maisarah yg bg tau.. dia kata mijah dah pakai purdah..’
Ana : “ ouh.. ye ke.. hihi.. sori2.. mijah x perasan yg ayu babai mijah.. huhu.. ooouuhhh.. (: “
Kami pun berborak dan berborak dan berborak.. hehee~ (^_^) terubat rindu.. dah lama x jumpa..
Terima kasih sahabat sekalian kerana mendoakan agar diri ini istiqomah utk berniqob.. alhamdulillah.. * x sangka yg dahulunya, aku suka tengok org yg berniqob..rasa sejuk je mata.. kini, dgn izin ALLAH SWT, aku pula yg berniqob.. subhanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar.. (T_T)
♥ .:: Pesanan buat para ukhti muslimah ::. ♥
~~> Yang DAH berniqob - Keep Istiqomah dalam berniqob
~~> Yang nak MENGENAL NIQOB - Banyakkan bertanya dan merujuk kepada yang arif mengenai niqob..
~~>Yang BARU berniqob - Fahami dan sentiasalah perbaharui niat dalam berniqob.
**Dah berniat nak berniqob, kalau betol nak berniqob jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.. AURAT yang wajib jangan lupa.. =)
.•°•.♥*►We Love Islam and We are Proud to Wear the Niqob◄*♥.•°•.
Dan.. dan.. dan ana x sangka.. dapat status mcm ni kat facebook (dpd budak SMKA Maahad Hamidiah)..
"tadi, pegi program dkt masjid hasanah, pastu kebetulan, nmpak org pki purdah >sebaye<.. sopan je die pki.. setiap kali tgk die, dok pike sensorg, 'hebat nye die dpt pki purdah' tahniah ye awak, Allah bagi rezki kat awak bole pki purdah.. TERBAEK! once more, tahniah ye
Muslimah Mukminah Mujahidah!"
Subhanallah.. (T_T) sampai begitu sekali pandangan sahabat pd diri yg hina ini.. mereka rasa begitu mungkin kerana hanya ana seorang sahaja yg berpurdah dlm program SALAM ni.. dan mungkin kerana mereka jarang jumpa wanita yg berniqob.. (termasuklah ana.. ana akui, mmg susah sgt nak jumpa wanita yg berniqob.. sbb mereka tahu apa akibatnya kalau mereka keluar rumah.. sbb tu mereka lebih suka duduk di rumah.. huhu )..
Ya ukhti..ana, antunna, dan semua muslimah yg ada, memang ana hanya wanita biasa, wanita akhir zaman yang tidak sehebat ummu khadijah, tidak sesabar siti fatimah, ataupun sepintar aisyah, apalagi secantik balqis. kita hanyalah wanita biasa yang kadang-kala menangis saat terluka, bersedih, kecewa ataupun marah. Juga kadang-kala akan bangga dengan pujian, namun kita pun selalu ingin menggembirakan hati dan memperbaiki diri, cuba untuk redha dengan segala ketetapan-Nya untuk kita dengan segala kemampuan kita yang sgt2 sedikit, dan semoga yang sedikit itu bernilai di dunia dan akhirat-Nya. Insya-ALLAH, Aamiin....
Ada pula sahabat lain (yg sama sekolah dgn ana) berkata ;
“Waahh..mijah ke ni? Cantiknya.. ingatkan org lain.. rupa2nya mijah.. cantiklah.. nampak tenang je.. ajarlah farah mcm mana nak pakai.. nanti solat zohor nanti, farah nak cuba pakai ea..”
Subhanallah.. (T_T)
Duhai ukhti, , mungkin wajahmu dan wajahku biasa-biasa saja. Tidak menarik untuk di usik, tapi tahukah kamu ukhti, kecantikan itu relatif. Dan bagaimanapun adanya dirimu dan diriku, sudah menjadi fitrah-Nya atas kita, itu INDAH. Maka jaga dan rawatlah yg 'biasa' itu, dan perkuat dgn keimanan dan akhlak kita, agar kita menjadi yg 'luar biasa'. Dlm erti, berbeza dari lainnya,,, terjaga dlm pakaian taqwa, terawat kebersihan dan keindahannya, dan akhlak pun bercahaya bagaikan permata yg berharga..♥♥♥ insya-ALLAH… (^_^)
wahai sahabatku,
kita sungguh indah dan mempersona,
jika kita menjadikan hijab sebagai perhiasan kita,
ilmu menjadi kan kita lebih bernilai dan lebih cantik
dan lebih mahal lagi jika kita memiliki rasa malu,
dan budi pekerti yg indah..
subhanallah...
Inilah maksud sebenar kecantikan seorang MUSLIMAH..
~ WANITA ISLAM CANTIK~
W anita
A kan
N ampak
I ndah
T utup
A urat
I nsyaallah
S ubhanallah
L ilahaillallah
A llahuakbar
M asyaallah
C ontohi,
A khlak,
N abi Muhammad saw,
T auhidnya,
I mannya,
K etaqwaannya..
"Memang CANTIK kan?(sweetkan)"♥♥♥ hehe.. insya-ALLAH.. =)
Kepada sahabat2 ana yg ingin berpurdah, tetapi mengalami beberapa kekangan yg tidak membolehkan kalian utk berniqob.. bersabarlah.. dan bykkan berdoa pd ALLAH.. percayalah.. bila kita dah ada niat yg ikhlas kerana ALLAH, insya-ALLAH ALLAH akan permudahkan.. sebab apa ana berani utk berkata sedemikian rupa? Sebab ana dah pun melaluinya duhai ukhti fillah.. hamper 2 tahun ana menyimpan niat utk berniqob.. kini, alhamdulillah.. subhanallah.. (T_T) *sgt2 terharu dgn kebaikan ALLAH SWT.. walhal hamba-Nya ini seringkali melakukan dosa.. setiap hari plak tu.. ALLAH.. hinanya diri ini! (T_T)
ƸӜƷ ~ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
ƸӜƷ ~ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
ƸӜƷ ~ Belajarlah TAAT walau BERAT
ƸӜƷ ~ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
ƸӜƷ ~ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
ƸӜƷ ~ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
ƸӜƷ ~ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
ƸӜƷ ~ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
ƸӜƷ ~ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percayalah bahawa ALLAH SWT selalu di samping kamu..♥♥♥
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang.”
-Al-Ahzab : 59-
Takpe lah ukhti, w/pun tidak berniqob, asalkan aurat yg wajib ditutup itu dipelihara dgn baik.. itu sudah mencukupi.. wallahua’alam wa insya-ALLAH.. =)
NERAKA itu SENGSARA
SYURGA itu BAHAGIA..
TAPI mengapa pilih NERAKA?
SEDANGKAN semua NAK MASUK syurga?
WANITA senang MASUK SYURGA
TAPI ramai di NERAKA..
SEBAB apa ramai KAT NERAKA?
~ Aurat terbuka.
~ MARUAH tak dijaga.
~ Suami di derhaka.
~ SOLAT ditinggalkannya.
~ PUASA diendahkan dengan SENGAJA.
Muslimah yang disayangi sekalian,
~♥ Tutuplah auratmu.
~♥ Jagalah maruahmu.
~♥ Taatlah kepada suamimu.
~♥ Dirikanlah solat.
~♥ Berpuasalah.
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa...
Solatlah walaupun keadaan terpaksa...
Puasalah walaupun keadaan terpaksa...
Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa...
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya.
Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu??
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... Insya-ALLAH... (n_n)
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..
ƸӜƷ•°*””*°•.ƸӜƷ•°*””*°•.ƸӜƷ•°*””*°•.ƸӜƷƸӜƷ•°*””*°•.°*””°•.ƸӜƷ
Hal terindah dari seorang wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia..
tetapi saat AIR MATANYA jatuh dalam DOA..
Bukan kerana KATANYA yang INDAH..
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH..
Bukan kerana KECANTIKAN yang mempersona..
tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah…
Bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA..
tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT..
SubhanALLAH..(^_^)
Akhirul kalam, ana mohon agar kalian doakan ana agar istiqomah.. insya-ALLAH.. dan ana mohon utk minta tunjuk ajar dpd mereka yg lebih ‘arif ttg pemakaian purdah & yg sudah berpengalaman.. maaf sekiranya terkasar bahasa dan maaf juga kpd niqobis yg lain.. ana tidak lain tidak bukan, kini hanya ‘berjinak-jinak’ dgn “NIQOB LIFE”.. insya-ALLAH..
"Semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
Rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
SYUHADAH AL-FIRDAUS, ITU CITA-CITAKU!! Insya-ALLAH..
dunia ketika ini sedang memanggil-manggil.. akhirat pula sedang menanti. jika anda pilih akhirat, kenapa anda pergi ke dunia? *jawapan bijak. saya bukan pergi ke dunia, saya cuma lalu di dunia utk pergi ke akhirat. dan ketahuilah, akhirat itu berada betul2 di belakang dunia. dan akhirat itulah yg kekal, berbanding dunia yg bakal tenggelam.
Ana harap sahabat sekalian memandang ana biasa2 sahaja yea.. jgn terus ‘mencop’ or terus beri gelaran ‘SOLEHAH’ pd ana yg sudah berniqob.. pape pun, jazakumullahu khoiron jazak.. kerna itu merupakan satu doa.. w/pun ana masih lg belum rasa yg ana ni dah jadi wanita yg solehah.. allah.. terlalu byk kelemahan, kedhaifan & cacat cela dlm ibadah ana.. (T_T)
DAAANNNN! Ana suka ingatkan di sini.. bahawa SOLEHAH itu bukan terletak pd purdah, jubah mahupun tudung labuh yg dipakai.. akan tetapi.. terletaknya di dalam hati & roh lah yg berhak menerima “SOLEHAH” itu.. wallahua’lam wa insya-ALLAH..
Dan bilamana ada kata mahupun tulisan yang salah, mohon di maafkan
Salah dan khilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon di maafkan
Ana hanyalah Insaniah Fakiroh, Hamba Allah yang tiada daya dan upaya
Semoga bermanfa'at, insya Allah.
Bilamana catatan ini dirasakan bermanfaat bagi sahabat kalian..
Maka sebarkanlah dgn cara klik "share" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke arah yang lebih baik bagi agama ISLAM & menjadi amal jariyah bagi kita semua, insya-ALLAH aamiin... :-)
~BALLIGHUNII WALAU AAYAH~
Prinsip ABC
A mbil yang baik
B uang yang buruk
C iptakan yang baru
KECANTIKAN bukan untuk dikagumi, ia HANYA untuk seorang yang telah HALAL baginya..
(¯`✿ ia INDAH kerana tertutup..
(¯`✿ ia indah kerana TERJAGA..
(¯`✿ ia indah kerana tidak TERSINGKAP..
Akan tetap menjadi RAHSIA langit..
itulah percikan SYURGA..
cara terindah untuk menikmatinya adalah dengan MENIKAH..
Wahai wanita, bantu dirimu dengan MENUTUP auaratmu, sesempurna mungkin..atas nama CINTA, untuk keberkahan di masa depanmu kerana engkau memenangkan Allah di atas KEINGINAN hatimu..(^_^)
*AL-ISLAM YU’LA WALA YU’LA ‘ALAIH!* ^^
PENUTUP KATA, RENUNGAN BERSAMA..insya-ALLAH.. (:
Indahnya menjadi wanita yang DISAYANGI Allah dan DIRINDUI Rasulullah kan?
Ana harap ana tergolong dlm golongan itu.. insya-ALLAH.. (T_T)
♥~ Wanita yang dahulunya TIDAK MENUTUP AURAT, mula MENDIDIK DIRI menutup aurat , BERPAKAIAN yang LONGGAR dan mula MEMPERBAIKI AKHLAK ke arah yang lebih baik .
♥~ Wanita yang TELAH menutup aurat , mula MELABUHKAN tudung mereka supaya lebih TERJAGA MARUAHNYA . Mula memperbanyakkan ILMU di dalam diri dan cuba menjadi WANITA YANG SEMPURNA..
♥~ Wanita yang BERPURDAH pula mula MENDEWASAKAN diri dengan ILMU, IMAN dan PERJUANGAN Islam . Tidak berputus asa dalam MENYERU wanita-wanita lain supaya menutup aurat mereka..
>>> Terlalu indah wanita-wanita ini , LEBIH DIHORMATI dan DISAYANGI , TERJAGA dan DILINDUNGI Allah . Mereka tahu untuk meletakkan sifat MALU yang sebenarnya dalam diri dan menjaga PERGAULAN sesama islam . Wanita hiasan dunia . SEINDAH hiasan adalah WANITA SOLEHAH ♥ nk ke syurga amatlah payah, ke neraka mudah aje..:D
♥ Sesungguhnya Yang tertutup itu tersangatlah INDAH ♥
✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka cantiklah juga tutur katanya..✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka cantiklah juga pergaulannya..✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka cantiklah juga ilmu yg ada dlm dadanya...✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka cantiklah akan cantik Hatinya.✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka di sisi Allah tinggi darjatnya. ✿
✿Jika akhlaknya cantik, maka akan disukai oleh sahabatnya✿
✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫.*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿
Don't say WOW ♥ Say SUBHANALLAH... ♥
.•´`¸.•❤'•.¸❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.♥♥❤*•¸.•´`¸.•*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸'•.¸✮'•.¸❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.♥♥❤*•
p/S : mabruk ‘alaikum jami’an.. sbb sudi baca sampai habis.. jazakumullahu khoiron jazak.. insya-ALLAH.. *RASANYA NI POST YG TERPANJANG DI BLOG ANA WAT MASA NI.. huhu.. pape pun, yg baik itu dtgnya dpd ALLAH.. dan yg buruk juga dtg dpd ALLAH, tetapi disandarkan ke atas diri yg hina ini.. sbgai pembeza antara makhluk & Sang Khaliq.. wallahua'lam.. (^_^)’’