ahlan wasahlan..


Saturday, 18 May 2013

Hukum Lelaki Bukan Mahram Menyambut Wanita Bersalin

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.







Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.




“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.




“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.




Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.




“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.




Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.




Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.




ALASANNYA DARURAT




Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan berasalankan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:




Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”




Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.




Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:




1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.




2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.




3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.




Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.







ALASAN MEREKA YANG LAIN




Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.




Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!




Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.




Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.




Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).




Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.




Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)




Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:




“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”




Ato’ menjawab: “Ya.”




Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.




Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.




Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.




FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN




Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.




Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:




“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”




Keterlibatan kaum hawa di dalam bidang ini adalah wajib jika ianya terabai.




Fikir-fikirkan bersama sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum nasi menjadi kerak hangit!




Sumber rujukan: Sakit Puan & Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.


p/s :   aku korbankan minatku dlm bdg paedatric semata2 kerana hal ini! justeru, demi ummah, demi kehormatan maruah seorang wanita, YES! I'm a specialist ObGyn (O&G)to-be.. insya-ALLAH..

ARDHUL KINANAH, I'M COMING~ 

BISMILLAH WA INSYA-ALLAH..

warkah hina dari hamba ALLAH.

ALHAMDULILLAH YA ROBBAL 'ALAMIIN..

Al-yaum(hari ini), yaumus sabtu ( hari sabtu), berkat 8 REJAB 1434 H bersamaan 18 Mei 2013, saksikanlah wahai ummat manusia, ummat Muhammad S.A.W.,



Saya,
HAMIZAH BINTI RAJALI,
an ordinary person that was born as a little caliph on sayyidul ayyam (penghulu segala hari), which is Friday, Jumu'ah mubarokah (insya-ALLAH), on 15 Sya'ban 1415H bersamaan 29.07.1994.

Pendidikan awal,
1999-2000 : Tadika Al-Furqon, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor.

2001-2006 : - Sekolah Rendah Agama Lepai, Seksyen 16 , BBB, Selangor..
                     - Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah, Seksyen 16, BBB, Selangor.
                     - Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 2, BBB, Selangor.

2007-2011 : -  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (Jalan 2) , BBB, Selangor.

2012-2013 : - Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS).

Kini,
Bekerja sebagai guru ganti di sekolah rendah agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah, Seksyen 16, BBB, Selangor. Bekerja sesi petang, mengisi masa lapang sementara menunggu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan di Timur Tengah (insya-ALLAH).. mohon sahabat sekalian doakan kejayaan saya di dunia & di akhirat ea..insya-ALLAH, aamiin!

*kisah hidup saya biasa-biasa saja. tak hebat macam awak (: tapi saya syukur dan redha. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya..
[an-nasihah li nafsi aidhon : "apa gunanya kalau celik mata tapi buta mata hati?" na'udzubillahi minzalik]



WARKAH HINA
[ditujukan khas buat hamba-Nya yang mengenali hamba ALLAH yang hina ini]


Kaum kerabat terdekat,
Saya, anak ke-2 daripada 5 beradik, yang juga merupakan anak perempuan sulung, khas buat ummi & abuya tercinta, terima kasih kerana telah mendidik diri ini tanpa mengenal penat jemu sehingga hari ini.. maafkan kaknyah jika tertinggikan suara pabila bicara, memberikan reaksi raut wajah yang tidak menyenangkan, dan tidak menjadi anak yang baik ): buat abanglongku, maafkan adikmu ini dan buat adik2 perempuanku, maafkan kakakmu ini jika tidak mampu menjadi kakak yang solehah buat kalian. Saudara-maraku sekalian, maafkan diri ini andai saya tak mampu menjadi saudara kalian yang baik. T_T

Para asatizah (mua'llimin wal mu'allimat),
Jasamu guru tidak mampu kubalas. Setiap huruf dan nombor yang kalian ajarkan buat hamba-Nya yang tersangat jahil ini, telah pun memberikan impak yang tersangat besar dalam hidupku sebagai seorang yang menuntut ilmu di bumi ALLAH. Andai saya pernah melukai, menyakiti hati dan perasaan kalian, saya telah merosakkan mood kalian untuk mengajar, saya mohon maaf atas segala kekhilafan saya. Mohon diberkati ilmu yang kalian telah ajarkan serta saya begitu mendambakan doa daripada mereka yang pernah mengajar saya tentang ilmu-ilmu yang bermanfaat, kerna kalian merupakan seorang 'alim bagiku..

Bekas anak murid & anak muridku,
Maafkan ustazah andai pernah memarahi kalian dengan meninggikan suara, menyakiti hati kalian, tidak mengajar kalian dengan sebaik-baiknya, tidak menasihati/menegur kalian dengan cara yang berhikmah, mohon maaf ya.. Ustazah juga manusia biasa. Trasa diri tidak layak untuk dipanggil ustazah kerana saya tiada ilmu yang tinggi untuk melayakkan saya menjadi seorang ustazah yang solehah ): maafkan ustazah wahai mutiara ISLAM sekalian.

Niqobis & muslimat,
Aasifah jiddan 'ala kulli hal.. Saya ini minat photography dan suka mengupload gambar. Sehinggakan mungkin kadang-kadang, saya dikepalai oleh nafsu, saya mengupload gambar-gambar yang mungkin menjadi fitnah buat kalian.. Alhamdulillah.. Berkat 8 rejab 1434H, telah memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya sebagai seorang yang bergelar MUSLIMAH! Terima kasih atas segala nasihat/teguran yang diberikan meski terasa pahit untuk ditelan. Tapi, kalian telah membuktikan bahawa kalian merupakan sahabat yang baik kerana sahabat yang baik itu sentiasa menegur kita ke arah kebaikan. [betulkan saya kalau saya silap =) ] . Andai kalian tahu, saya menganggap teguran kalian adalah merupakan TEGURAN DARI ALLAH.. Astaghfirullah.. ALLAH mahu tegur saya.. Kata isteri Nabi, Sayyidatina Aisyah r.ha ,

"Wanita SOLEHAH itu tidak dipandang dan tidak memandang.."

Sahabat tika di zaman persekolahan,
Maafkan andai diri ini bersenda gurau, berkata kasar, menyakiti hati kalian, termakan & minum hak milik kalian, terambil barang kalian, mempunyai hutang dengan kalian, hamba ALLAH ini minta kalian menghalalkan segalanya. Ku memohon maaf atas nama ALLAH, tika itu saya masih belum matang dan tidak kenal erti sebenar APA ITU ISLAM.

Sahabat(classmates) di KMNS,
Sebenarnya, saya tidak faham dgn diri saya saat saya berada bersama-sama kalian. Ya! Saya akui, saya banyak bergurau senda. Kadangkala saya muhasabah kembali. Ahhh!! "Seringkali aku buat lawak b***h kat budak kelas aku". Kadangkala, terasa seperti ianya keterlaluan.. Maafkan hamba hina ini. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu. meskipun saya tahu akan pesan Baginda S.A.W., \

"Mereka yang banyak ketawa di dunia, kelak merekalah yang banyak menangis di akhirat".

Duhai sahabat sekalian, ketahuilah. Dalam tawa riang saya bersama kalian semua yang dirahmati ALLAH, saya seringkali menangis bersendirian dan bertanyakan iman ; 'kenapalah aku jadi camtu? aku buntu wahai ALLAH. argghh!! annoying bukan sifat sebenar aku!'

To all my non-muslims' friends, i wanna to ask forgiveness for all my wrongdoings, mistakes, bad jokes that maybe for all of you, it was give any bad perspectives about ISLAM.
SESUNGGUHNYA ISLAM ITU TERSANGAT CANTIK & INDAH.. Namun, penganutnyalah yang telah mencemarkan kecantikan & keindahan Islam tersebut. JANGAN SALAHKAN ISLAM, TAPI SALAHKANLAH KAMI, PENGANUT AGAMA ISLAM ITU SENDIRI..

*Maafkan saya sekiranya saya telah menjadi FITNAH BUAT ISLAM )=

(T_T)

Sahabat usrah alumni KMNS & AJK Surau Al-Muttaqeen KMNS serta mad'u ku,
Mohon maaf andai segala amanah yang diberi dalam menyampaikan dakwah, saya tidak laksanakan dengan baik. Mohon maafkan & halalkan segalanya..

Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS),
Maaf andai saat kalian memerlukan bantuan, saya tidak dapat memenuhinya. Kekangan masa dan pengangkutan mungkin. Maafkan saya sekiranya tatkala saya menyumbang keringat, saya tidak menjalankan amanah dengan baik.

Sahabat alam maya (facebook, twitter, blog, dll),
Maafkan kekhilafan hamba ALLAH ini..kerna dia sedang bertatih mencari ilmu-Nya. Maaf andai kalian merasakan bahawa diri ini sombong. Maafkan saya yang kadangkala tidak membalas mesej/pertanyaan kalian..mungkin saya sibuk tika itu..




Saksikanlah wahai dunia! Hari ini aku merasakan seolah2 aku mendapat hidayah ALLAH buat kali ke-2, setelah pertama kalinya aku merasakan ERTI HIDAYAH ketika tahun 2008.

Semuanya bermula apabila aku mendengar nasihat daripada ibu kepada seorang anak muridku kini, setelah program Khemah Ibadah untuk tahap II(darjah 4, 5 & 6) di Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Al-Istiqomah berakhir petang tadi. Puan Dayang, yang merupakan seorang MUSLIM, convert to Christian, and then convert to ISLAM again. So, she was sharing with us (asatizah) about her experience, pahit & manis that she had go through in her life.

Pengalaman bagaimana dia menegur pelajar sekolah, dia mendekati pelajar-pelajar nakal sewaktu pelajar sekolah sedang rehat di kantin sekolah, dia menasihati anak-anak mutiara ISLAM yang tidak mendengar kata, suka memberontak, panas baran, dan sebagainya.Bahkan, beliau juga menceritakan bahawa beliau pernah melihat dengan mata kepala sendiri yang mana pelajar sekolah menengah sudah berani berzina di dalam semak tanpa ada perasaan secebis malu, yang pelajar lelaki berjudi di tandas awam, trend coupling yang semakin menular di SMK, ponteng sekolah, hisap rokok dsb.

From here, i felt,

'subhanallah.. what has i done towards people around me? what about my ways to advice someone? does my dakwah flow correctly fi sabilillah with good attitude, with full of loving & sharing, with an eternal love to Him?'

T_T

Puan Dayang, she is a caring mom towards children, seorang wanita yang tabah, yang pernah dikejar oleh orang kuat Gereja, dan ditampar serta dipukul. Sangat penyayang orangnya. Setiap bait bicaranya penuh nasihat & hikmah yang sukar dicari.<3

Lantas, sewaktu para guru (asatizah) masing2 sibuk untuk pulang ke rumah, tidak kurang juga Puan Dayang yang semestinya mahu pulang ke rumah, suddenly, saya berlari mengejar Puan Dayang yang hanya berjalan kaki [Puan Dayang datang sekolah sebab mahu melihat anaknya yang mengikuti program khemah ibadah tersebut].  I share about my experience in KMNS. I tell her about my non-muslim's friends and i related about them with Syed Qutb's words,

"Aku pergi ke Barat, aku lihat ISLAM TANPA MUSLIM. Aku pergi ke Timur, aku lihat MUSLIM TANPA ISLAM.."

Then, i tell Puan Dayang that im really wanna to dakwah my non-muslim's friends since im still studying at KMNS. Guess what? She has introduced me with al-ustaz FAISAL ABDURRAHMAN, that still furthering his studies for PhD at UKM. Seorang penulis buku dan ustaz yang sangat-sangat membantu dan menyokong dalam kerja-kerja dakwah, bahkan dengan izin ALLAH, pernah meng-convert-kan non-muslims to ISLAM. Masya-ALLAH, tabarokallah.. she asked me to borrow my phone and make a voice call with ustaz Faisal. Semuanya dalam usaha hanya untuk memudahkan saya untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Insya-Allah. Saya mahu mengorek segala tips2 ustaz dalam berdakwah. Bi iznillah..

Sewaktu pulang ke rumah, around 6.10 p.m. , i cried. I seat beside ummi. I hide my tears from ummi.

Muhasabah diri, bagaimana untuk aku berubah ke arah yang lebih baik?

Dan impak daripada apa yang saya dapat hari ni ialah :

1. Semasa anak2 muridku mahu pulang ke rumah, mereka menemuiku untuk bersalaman. Dan mungkin rasa agak janggal di hadapan para ustaz dan ustazah serta penceramah jemputan yang sedang berbual-bual dengan Puan Dayang di bilik guru, lantas saya meluru ke pintu bilik guru yang juga merupakan pejabat sekolah. tujuan saya adalah untuk menasihati & lebih mendekati anak-anak muridku setelah mendengar nasihat dan coretan hidup Puan Dayang. Ku insaf mendengar kata-kata Puan Dayang. Begitu terkesan dihati. Apa lagi, ilmu yang ada harus dipraktikkan kerana,

"al-'ilm bila 'amalin kash shajaroh minas tsamarin(ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah).."

Mereka menyalamiku. Sempat aku bisikkan, 'jadi anak yang baik ye'..

2. Saya sampai rumah, kelihatan adik bongsu sedang bermain basikal di halaman rumah. Sesudah ummi parking kereta, adik pantas berlari menuju ummi. Membuka pintu kereta. Lantas ummi bertanyakan, 'Adik dah solat Asar?'. Digelengnya kepala menandakan belum. Ummi pantas menyuruh adik menunaikan solat Asar dahulu, kemudian barulah sambung bermain basikal semula. Adikku yang berumur 8 tahun itu endah tak endah dengan nasihat ummi yang menyuruhnya solat. Lantas, saya pergi semula kepadanya, si adik bongsu. saya belai, usap kepalanya.. dan kukatakan, 'Adik, pergi solat asar dulu yee.. haa.. orang pandai kan dia solat.. adikkan pandai..' SUBHANALLAH! PSIKOLOGI USAPAN, BELAIAN, CIUMAN, PELUKAN DAN PUJIAN memberikan aura dan signal yang hebat dan luar biasa dalam minda mereka!
Waktu maghrib pula, saya kejutkan adik kedua terakhir saya untuk bangun dan membersihkan diri (mandi), kerna waktu maghrib hampir tiba. Al-maklumlah..adikku ini baru sahaj pulang daripada kem di sekolahnya. 2 hari 1 malam. Letih agaknya.. Sebab tu lena dibuai mimpi (: pantas, aku mengejutnya sebagaimana Puan Dayang melakukan perbuatan usapan, belaian, pelukan terhadap anak-anak kecil yang mempunyai masalah dengan kegagalan mengawal emosi. Meski berkali-kali saya memanggil nama penuh adik kedua ku itu dengan suara yang lembut, usapan rambutnya, menepuk-nepuk dengan lembut pada badan sambil menggerakkanya bangun daripada tidur, mski jenuh dan terasa bosan kerana membuat perkara yang sama, namun akhirnya!! Reaksi yang begitu positif diberikan adik kedua ku ini, yang berusia 12 tahun.

Ternyata, adik-adik saya lebih mendengar kata, dan menghormati saya serta menyayangi saya hari ini, lebih daripada hari-hari sebelumnya. Jika sebelum ini, saya hanya nasihat mereka tanpa sebarang usapan, belaian dan pelukan, dan hasilnya, seolah-olah nasihat itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. (T_T)

SUBHANALLAH..

AZAM BARU SAYA UNTUK HARI ISNIN INI DAN HARI-HARI YANG MENDATANG..

# Jika sebelum ini, anak muridku hanya menyalami saya, kemudian berlalu begitu sahaja tanpa saya peluk, cium dan membisikkan kata-kata perangsang yang positif di telinga mereka. Nah! Bismillah, dengan izin ALLAH, bermula hari isnin minggu hadapan, mana-mana pelajar yang menjadi anak murid USTAZAH HAMIZAH, mereka akan saya peluk, cium, usap kepala mereka(banat only) dan bisikkan pada mereka kata-kata nasihat. Insya-ALLAH.

# Hari Khamis tempoh hari, saya merampas 2 buah komik anak murid saya, yang mana mereka membacanya sesudah selesai menjawab soalan peperiksaan meskipun masa tamat peperiksaan untuk paper tersebut belum tiba. Berkat hidayah-Nya yang saya rasakan hari ini, terlintas di benak fikiran saya untuk memulangkan buku komik tersebut sebagaimana yang diminta oleh mereka berdua, empunya komik tersebut, iaitu Faisal & Fayyadh [yang kenakalan mereka seringkali membuat hatiku terhibur meskipun kadangkala merekalah yang membuatkan thermometer tahap kesabaran saya meningkat dengan mendadak >.<'' ]. YA! Hari isnin, meskipun saya bertugas pada sesi petang, namun rancangan saya, saya mahu mengikuti ummi [yang bertugas pada sesi pagi & sesi petang] pada pagi isnin. Kerana saya mahu pergi bank yang berdekatan dengan sekolah, dan pergi ke kedai runcit untuk membeli 2 buku GenQ (Generasi Al-Quran) untuk dihadiahkan kepada Faisal & Fayyadh ketika mahu memulangkan komik mereka pada petang isnin nanti.. majalah GenQ kurasakan sesuai untuk dihadiahkan buat mereka berdua, kerna tahun depan mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah pula dan semakin meningkat remaja.. moga-moga anak didikku menjadi PEMUDA GENERASI AL-QURAN.. insya-ALLAH, aamiin!

# kEKADANG anak murid ini sering mengadu tentang anak murid itu.. anak murid sana sering mengadu tentang anak murid sini dan blablabla... tidak sangka bahawa dengan usia semuda itu, mereka sudah mula belajar erti menyimpan dendam, benci-membenci sesam saudara seislam, kutuk-menmgutuk, caci-maki, hina dll.. Jika sebelum ini, saya kurang menjadi teman yang setia untuk anak muridku mengadu masalah, pendapat, bermula hari isnin jugalah, saya mahu buka semua pancaindera saya dengan nama ALLAH, untuk mendengar isi hati mereka, untuk mereka mengadu kasih, sehingga mereka merasakan dan menganggap bahawa saya ini seperti kakak kandung mereka.. adik-adikku, kakakmu yang baharu akan hadir dalam hidupmu...hadir atas dasar ukhwah islamiyyah (tali ikatan persaudaraan). Mereka ini masih setahun jagung, dan di tahap umur mereka inilah, ku rasakan, bahkan kajian sains telah pun membuktikan, bahawa di saat usia mereka yang masih muda ini, mereka umpama span yang menyerap apa sahaja yang diberikan kepada mereka. Yang baik dan yang jahat. Justeru, dengan izin ALLAH yang telah memberiku rasa betapa manisnya hidayah, akan ku manfaatkan peluang ini.. insya-ALLAH..

P/s : wahai makhluk yang paling sempurna yang dicipta-Nya, saya, yang lebih dikenali di facebook pada awalnya, sebagai MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH, telah menukar nickname beberapa minggu yang lalu dengan hamba Dia.. dan.. dengan berbekalkan azam yang setinggi langit dan rasa kehambaan pada-Nya serendah mutiara di lautan, saya menukar nickname saya lagi dengan hamba ALLAH.. YA! moga kalian yang menyebutnya menjadi doa buat diri hina ini. Saya lakukan semua ini, kerana saya sudah sedar dengan izin-Nya, bahawa seringkali saya bukan menjadi hamba-Nya, tapi hamba kepada nafsu yang dicipta-Nya.. =(

"RAMAI ORANG TAHU, TAPI DIA TAK SEMESTINYA SEDAR. NAMUN, ORANG YANG SEDAR, SUDAH SEMESTINYA MEREKA TAHU.."

ISLAM, kini aku datang dengan nafas juang yang baharu..

CITA-CITA TERTINGGIKU : MATI SYAHID PADA HARI JUMAAT DI BULAN RAMADHAN.
PANGKAT TERTINGGI YANG MAHU DICAPAI : HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA.
IMPIANKU : MENJADI ANAK, IBU, ISTERI & WANITA SOLEHAH DI SISI ALLAH.
HARAPANKU : MELIHAT WAJAH ALLAH & PARA NABI SERTA DAPAT BERKUMPUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH/SOLEHAH YANG BERIMAN LAGI BERTAQWA.

Saya, HAMIZAH BINTI RAJALI, yang namaku membawa maksud :

HAMIZAH = yang cantik (moga cantik akhlaknya seindah wajah yang dicipta-Nya)
                    = yang bijaksana (sentiasa mengingati mati kerana orang yang paling bijak kata    
                         Nabi,ialah orang yang sering mengingati mati)

mohon maaf atas segala kekurangan terhadap warkah(surat) hina ini. Ku mohon agar kalian wahai saudaraku yang dikasihi ALLAH, untuk mendoakan kebaikan & kebahagiaan buat kita semua.

YA!
SAYA NAK BERSIHKAN HATI SAYA DARIPADA SEBARANG DOSA.
SAYA JUGA MAHU BERSIHKAN IMAN & NAFSU SAYA DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA-NYA.
Tidak mungkin 2 cinta berhimpun dalam 1 hati.
CINTA PADA ALLAH YANG SELAYAKNYA BERADA DI MAQAM HATI.
CINTAKAN ALLAH, BERMAKNA CINTAKAN KEKASIH-NYA JUGA ^_^

IF ALLAH WILLS IT, I WANT TO BE A BETTER + PIOUS MUSLIMAH, from now, till forever and the hereafter. insya-ALLAH, aamiin!

Alhamdulillah.. ashykuruku ilallah jiddan jiddan!

Terima kasih wahai ALLAH atas segala nikmat HIDAYAH, TAUFIK, IMAN, ISLAM & IHSAN yang telah Engkau kurniakan buat hamba-Mu yang tersangat hina lagi jahil ini..

Khoirumminallah, wa syarrun min nafsi..[yang baik datang dpd ALLAH, dan yang buruk juga datang daripada ALLAH, namun disandarkan ke atas diri yang hina ini, untuk membuktikan bahawa hamba-Nya ini jahil lagi hina, serba serbi melakukan kekhilafan..]

Moga bermanfaat dan hati ini ikhlas serta redha akan segala ketentuan QADA' & QADAR-NYA..

Sollu 'alan nabi.. allahumma solli 'ala sayyidina al-musthofa nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam!

Dengan nama ALLAH, aku memilih jalan sufi ini! Jalan yang penuh dengan nikmat duri yang sakit tapi indah =)

Allahu Ta'ala A'lam wa insya-ALLAH...


Hamizah Binti Rajali,
00.55 a.m.
Ahad,
19 Mei 2013.
 Baiti Jannati.

Wednesday, 8 May 2013

oh ALLAH..


Oh ALLAH, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh ALLAH, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh ALLAH, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh ALLAH, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh ALLAH, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.
Oh ALLAH, make "la ilaha illAllah" my last words in this life..


Oh ALLAH.. i hope that today is better than yesterday. insya-ALLAH, amiin!

p/s :  al-yaum, lepas rehat, 4.20 p.m.,  jadual saya FREE! hee.. daan.. balik nanti, pukul 6.15 saya akan pergi ke USIM ma'a sohabati, Hanis. Ada ceramah kat USIM.. insya-ALLAH.. kuharap moga majlis ilmu ini sedikit sebanyak dapat mengubati hati saya yang lara ni.. insya-ALLAH..

Menjadi WARDAH itu.


 
wardah itu menjadi saksi,
indahnya mujahadah meniti hari,
biar pahit tapi balasannya seindah syurgawi,
tak semudah disangka untuk memperoleh cinta Ilahi..

namun yakinlah,nikmatnya nanti amat manis sekali..yakinlah.. :')

-terlalu banyak hadiah yang diberi oleh Tuhan..tak mampu lagi untukku dustakan..bagaimana lagi untuk hati ini tidak jatuh cinta berkali-kali pada arRahman..andai setiap saat dan ketika Dia sentiasa limpahkan kasih sayang..AllahuRabbi..

*sekuntum wardah segar oleh bidadari kecil di tepi jalan,membuatkan diri tak lekang dari senyuman..AllahuAllah..menambah keyakinan,memang mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis..

duhai sahabat2fiLlah..yakinlah,dan teruslah bermujahadah..sedang menantimu Taman Jannah dan redha Sang Ilah..insya-Allah..
 
 p/s : penangan kata2 dari sahabat di jordan..sungguh membakar semangat..thanks ♥

AIR ZAM ZAM (:




TAHUKAH ANDA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya




1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.

UMMI.


Hari ibu bukan sehari setahun tp setiap hari kita perlu meraikan ibu kita.... selama mereka masih hidup teruskanlah berbakti kepada mereka sebelum semuanya menjadi terlambat... Kepada yang tiada ibu buat la amal kebaikan byk2 supaya ibu bapa kita juga dapat pahalanya... Insya'Allah..... Amin....


KAKNYAH SAYANG UMMI!!! 

Tapi maafkan kaknyah ummi..kaknyah tak dapat jadi anak yang baik & solehah lagi ):

Ummi doakan kaknyah ok.. insya-ALLAH~

UMMI,
Seorang ibu yang sudah bayak berjasa buat diri,
Dikaulah ratu hati,
Syurgaku terletak di telapak kaki ummi,
Maafkan anakmu ini,
Jika tidak dapat menjadi anak sebagaimana yang dihajati.

UMMI, ANAKMU INI TERINGIN MELIHAT DIRIMU BAHAGIA!

Izinkan diriku untuk membahagiakan dirimu...
 
p/s : syahdu tengok video ni kat fb -->  i love u UMMI! ^_^

HIKAYAT TENGAH BAWANG

20130320-123834.jpg

Ada sebuah kisah rakyat, saya belajar daripada rakan Turki berketurunan Laz. Kisah yang datang daripada sebuah keluarga.

Salah seorang anak telah ditanya, “apakah yang paling kamu inginkan, jika kamu menjadi orang yang sangat kaya?”

Anak muda itu termenung.

Katanya, “saya nak makan ‘tengah’ bawang, puas-puas!”

KETERANGAN
Selabu bawang besar, bahagian paling sedap dan manis ialah bahagian tengahnya. Di dalam keluarga yang miskin, apabila makan bawang, bahagian tengah bawang itu diberikan kepada ayah, atau anak sulung kerana keistimewaannya yang hanya boleh dimakan oleh ‘VIP’ di dalam keluarga berkenaan.
Maka bagi anak muda ini, jika dia kaya nanti, ‘barangan’ paling mewah yang boleh beliau bayangkan ialah tengah bawang. Justeru, jika satu hari dia menjadi kaya, dia boleh beli bawang banyak-banyak, dan makan tengah bawang sebanyak mungkin sesuka hati!

IBRAH
Kita tidak mampu membayangkan sesuatu yang tiada di dalam fikiran dan pengalaman. Kecilnya impian kita ialah kerana kecilnya ilmu, pengalaman dan pengamatan kita. Lalu ia menjadikan kita manusia yang sangat mudah teruja dengan benda remeh temeh, benda yang bagi kita hebat sangat, tetapi menjadi bahan ketawa orang lain.

Makin kuat kita mewarwarkan pelan kita untuk mencapai impian kecil kita itu, makin terserlah kemiskinan kita dalam serba serbi maknanya.

Maka dalam perjuangan ini, terutamanya semasa tanpa sedar kita terlebih keyakinan diri, janganlah terlalu kuat menjerit kepada dunia, tentang cita-cita kita untuk ‘makan tengah bawang’ itu.
Ia hanya menyerlahkan kemiskinan diri.

ALLAHU.. T_T

*copy tea

Monday, 6 May 2013

Konflik seorang anak.

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Kehadapan blog kesayanganku yang sudah ku jadikan ia sebagai diari hidupku, terima kasih kerana sudi nak dengar luahan hati saya ni.. hurm.. T_T

AL-KISAH...

Semalam dah sedih, nangis2 bagai sebab dapat khabar yang TGNA mengundurkan diri, means bersara...

Pagi ni plak, hati rasa cam nak nangis, tapi mata tak gugurkan lagi titisan jernih.

Disebabkan buya kerja malam, dan pagi ni dia free, buya ajak pergi klinik disebabkan penyakit resdung saya ni. Tapi saya tak nak pergi sebab ntah berapa puluh kali ntah saya pergi klinik kerajaan Bangi, tapi doktor still bagi ubat/pil yang sama.

Actually sebelum buya ajak pergi klinik, saya dan buya bersiap2 untuk buat passport. Tapi tujuan asal terbantut atas 1 sebab (yang nanti saya akan ceritakan dalam entri yang bakal di postkan, insya-ALLAH).

Aduh, lau pergi jugak hari ni, cam takde beza jer. Merosakkan buah pinggang adalah. Terpaksa nak tapis dadah yang ambil masa berminggu-minggu untuk nyah daripada buah pinggang..

Actually saya ni anti-ubat hospital kerajaan. Uhuuk~

Kat hospital kerajaan, saya lihat doktor2 rawat gitu2 je n still bagi ubat yang sama.. Lau kat hospital/klinik swasta plak, saya lihat bezanya, para doktor bersungguh2 merawat pesakit.

Ye, saya faham kenapa ada perbezaan tu. Sebab hospital/klinik kerajaan ni, tak kena bayar. Lau bayar pun rm1 je. That's why berduyun2 orang sakit n para doktor un penat nak merawat. Lagi2 kes yang sama.. Tapi itulah kenyataan yang perlu dihadapi bagi mereka yang bergelar doktor..

Daann.. disebabkan itulah pukul 10 pagi tadi buya marah saya sebab tak nak pergi klinik kerajaan Bangi. Sebab saya tahu nanti banyak masa yang diluangkan untuk menunggu dan hasilnya...still sama.. baik saya gunakan masa tu untuk buat preparation untuk saya mengajar petang ni. huu~

Waa.. rasa bersalah kat buya pun ada.. tapi saya ada pendapat hati saya sendiri..

#sayacumanakdifahami.dansayabukananakyangbaik ):

IBU! IBU! IBU!

Bismillahirahmanirahim

Sedikit perkongsian kesah pendek berhasrat untuk mengingat anak-anak terutamanya pada musim peperiksaan yang bakal menjelang. 

-----------------

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.


Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."


Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka. 

Kredit kepada penulis yang berkongsi ! Semoga Allah ALlah merahmati nya

*copied from MedicMesir.