ahlan wasahlan..


Saturday, 4 May 2013

Malam ukhwah kami ^_^

Alhamdulillah..

Jengjengjeng...Kejadian yang berlaku pada malam semalam (Sabtu malam) bermula selepas maghrib (:

Pukul 6 petang, ummi keluar rumah. Pergi Kedai Aldimi katanya, untuk ambil barang2 yang dah di order dari dalam katalog.

Pukul 7.30, eeh, saya pergi ke ruang tamu, eehhh.. telekung baru..lawanyaa!! comel ^____^ hee~
Ummi belikan telekung baru untuk adik bongsu saya, Hayatun Syamilah yang berumur 8 tahun (:

Kata ummi buat adik : "haa..ummi dah belikan telekung baru ni, lepas ni kena rajin solat ehh.."

Haha.. Azan isya' pun berkumandang.. Saya pun ajak la adik sulung saya untuk solat jemaah sebab dia baru lepas mandi wajib.. hihi ^^ Sementara tunggu adik sulung saya ambil wudhu', saya masuk bilik tidur ummi & buya. Sebab buya panggil suruh tengok adik bongsuku solat isya dengan menggunakan telekung baru dia.. hee~

"eehhh..adik solat guna telekung baru..?? adik solat guna telekung baru..."
 (entah brape kali ntah buya ulang sambil ketawa kecil. time ni buya tengah siap2 untuk ke surau..haha ).

"Adik ni solat sebab telekung baru ke ape ni?.. haha", tambah buya lagi.

Kedengaran suara ummi menyuruh buya tangkap gambar.. eeh.. lepas tu, buya pass plak dekat saya, untuk ambil gambar.. haha.. ni ha gambarnyaa...

jelez plak tengok telekung adik. kat kepala dihiasi dgn reben. Kain telekungnya plak ada corak cendawan, yg pada mulanya buya ingatkan corak ais-krim.. haha.. saya dgn buya memang 1 kepala :D
Adik, solat bukan sebab telekung baru yee.. tapi solat kerana ALLAH. ^___^ moga adik jadi wanita SOLEHAH yang dirindui syurga-Nya..insya-ALLAH =)

*lau nak pergi jalan2, mesti kita nak pakai baju cantik2 kan? haaa.. tp kenapa plak lau kita nak menghadap ALLAH, kita tak hiaskan diri kita dengan cantik dan berwangi-wangian kan..huhu..aku kagum dengan ummi! ^_^

Lepas tangkap gambar adik, dan kebetulan pula adik sulungku sudah selesai mengambil wudhu', kami pun mulakanlah solat jemaah kami dengan iqomah.. Adik sulungku iqomah sejurus selepas iqomah dari surau rumahku.

Dalam hati, YA ALLAH! Terima kasih kerana Engkau izinkan kami untuk solat jemaah bersama-sama lagi. Memandangkan saya dah habis matrik, lepas ni boleh la selalu berjemaah dengan adik2. Lau kat hostel KMNS, saya solat jemaah dengan roomate dan kadang2 bilik depan saya pun join jemaah sekali.. ya ALLAH..indahnya hidup ini jika ibadah kepada-NYA dilakukan secara berjemaah.. =)

Masa mula2 masuk sem 2, saya jarang balik ke rumah disebabkan tugasan yang bertimbun T_T tapi alhamdulillah, ada 1 minggu tu, saya balik rumah dan solat jemaah dengan adik sulung saya.. dan time nak balik KMNS, tetiba dapat sehelai kertas..


Terharu kutt.. berbunga-bunga hati bila baca.. ayat bombastik + romantika.. haha.. tak sangka.. hihi ^_^ tapi yang slack nya kat sini, 'Doktor Hamizah Anak Rajali'... Anak? huh~ kaknyah orang ISLAM la kakyang.. orang ISLAM guna BINTI.. adooyyaaiii.. haha :D
Dan sejak bila pulak kaknyah sedih? sampai tulis 'dont sad'.. haha..

Pape pun, terima kasih dik. Insya-ALLAH lepas ni kita lazimkan solat jemaah k.. (: Moga jadi wanita SOLEHAH yang dirindui syurga, okeng?! bi iznillah..

Lepas kami satu keluarga masing2 selesai solat berjemaah,si buya dan si abanglong baru balik dari surau yang jaraknya hanya belasan langkah dari rumah, tetiba buya kata teringin plak nak makan satay.. tuptup, buya suruh abanglong beli satay baung.

Lebih kurang pukul 10 malam, kami sekeluarga pun melantak satay bersama2 ^___^ petang tadi ummi dah masak nasi beriani.. hehe..

*Tetiba teringat kat sorang hamba ALLAH ni, family dia pun bakar satay.. hee~

YA ALLAH.. terima kasih atas anugerah keluarga yang bahagia ini..

Dah lama kami tak berkumpul dengan bilangan ahli keluarga yang cukup macam sekarang ni. Lebih kurang 2 minggu sebelum saya habis matrik pada hari Selasa, 30/4/13, ummi & buya pergi penang, ambil abanglong yang sudah pun menamatkan pengajian diplomanya dalam kos civil engineering..

ALHAMDULILLAH ^_____^

Moga kami berkumpul semula di dalam jannnah-Nya untuk kehidupan yang kekal abadi.. insya-ALLAH..aamiin!

p/s : petang ni ummi kata lepas balik undi, ummi nak masak kek.. haha.. elok sangat la tu.. dalam hati baru je niat, nak masak kek coklat.. rasa terliur plak.. al-maklumlah, saya ini penggemar kek.. tak kisahlah kek apa.. asalkan ada perkataan kek.. semuanya mahu dicuba..tak tahulah kenapa..ahaha :D kekadang sampai terlintas di benak fikiran, takut kena diabetes plak dah tua nanti. adduuhh.. na'udzubillah..hihi..

Ok lah.. sampai di sini sahaja dari hamba yang mendambakan redha-Nya sepanjang masa. insya-ALLAH..

Assalamu'alaikum wbt.. (:

HBr,
12.27 p.m.,
Ahad,
5 Mei 2013,
25 Jamadil Akhir 1434H.

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah