ahlan wasahlan..


Saturday, 4 May 2013

I'brah puasa PWTC 2013


Alhamdulillah.. tahun ni adalah tahun ke-3 saya pergi book fair kat PWTC. Tahun 1st adalah pada tahun 2010, then 2012 n 2013.

Mengimbau kembali kenangan yang dah lama terbuku kat dalam memori otakku, masa 1st-2 pergi book fair adalah dengan menaiki kereta mak saudara belah ummi, mak tam. Ummi & adik2ku pun tak nak ketinggalan untuk pergi ke book fair.. haha.. dan tahun seterusnya plak, pergi dengan kawan2 naik ktm (:

Hari khamis, 2 Mei 2013, jam 9.30 pagi, saya bertolak dari rumah dan bertolak dari ktm UKM pada jam 10 pagi bersama 2 orang rakanku. Seorang sahabat KMNS, Aisyah & seorang lagi yang saya dah tak ingat siapa dia, Nabilah, rupa2nya satu sekolah menengah dengan saya dulu.. Nabilah pelajar kelas 5 Aman, dan saya 5 Murni. Weyh, kelas sebelah2 je kut.. haha.. tapi serius tak cam muka dia masa mula2 jumpa kat ktm ukm.. sebab dia tak pakai spek. Hoho~ opss, lupa plak nak bagi tau. Nabilah ni kawan Aisyah & Nabilah ni pun budak matrik gak, KMP(Kolej Matrikulasi Perlis) daannn ceq habak mai, Nabilah ni 1 matrik plak dengan kawan baikku, Yusrina.. hurm.. Nabilah time SPM, dia amek sains. Tapi kat matrik, dia amek akaun. Tak sangka.. kecik betul dunia ^_^

Rasa kelakar pun ada bila Nabilah KMP  ingatkan saya yang bernama Hamizah ni adalah Hamizah dak kelas dia. Actually, time kat sekolah menengah, ada 2 orang yang bernama Hamizah. 1 Hamizah Murni *aku la tu. Haha & 1 lagi Hamizah Aman. Apa ke lagi.. bila jumpa kat ktm ukm, masing2 tergelak.. sebab si Nabilah ni salah orang rupanya.. aaiisshh.. haha.. kesian nabilah. Dia un tak ingat saya yang mana satu. Plus, saya pakai purdah time tu.. memang la kan.. haha..

Tuuuttt.. Kira-kira pukul 11.20, aku, Aisyah dan Nabila sampai ktm Putra. Then, jumpa Ika & Nabila yang mana mereka berdua ni merupakan pelajar KMNS. Haa..plop doh..ada 2 ore name Nabilah. Haha.. saya & ika panggil Nabilah KMNS as Biela. So qte orang panggil Nabilah KMP as Nabilah (:
Untuk tahun ni, saya bersyukur dan mengucapkan TAHNIAH buat diri saya sendiri kerana pergi ke PWTC dalam keadaan berpuasa.

Sehari sebelum hari Khamis, means hari Rabu la kan..susah sangat..ahaha.. time Rabu malam tu, saya terfikir2, ‘nak puasa ke tak esok ea? Puasa nanti, takut tak larat plak..sebab banyak berjalan..”. hurm..
Akhirnya, saya membulatkan tekad untuk istiqomah dalam mengamalkan sunnah Nabi. Saya menutup telinga saya dari bisikan2 halus syaitan. Lalu saya berkata kepada iman saya, 

“kenapa lau sebelum ni kau boleh puasa, tapi esok kau senang2 je tak nak puasa. Mana pergi sifat istiqomah dalam diri kau ha?”

Aduh, ameekkkaawww! Tapi syukur yang amat kut! Sebab nafsu saya jadi lemah bila saya berpuasa. Buktinya, saya dapat kawal pengaliran keluar masuk wang. Masa kat ktm UKM, saya cucuk duit rm 100. So, time kat PWTC, lau sebelum ni, memang habis la duit saya beli tu beli ni, last2 tinggal duit untuk transport je. Huu~ T_T so tahun ni, Alhamdulillah, berkat saya puasa(mungkin ^^), saya hanya guna lebih kurang rm 20 je*tak sampai rm20 pun sebenarnya. Lebih kurang  RM 10 utk transport ktm pergi balik n lagi RM 8, duit yang aku tambah untuk baucer buku rm 50, untuk beli buku ‘Wanita Dambaan Syurga’ yang berharga RM 69, tapi 15% discount, so dapat la RM 58 ^_^ Alhamdulillah.

Saya habiskan baucer buku yang hanya tinggal rm 100, untuk beli buku2 tersebut :







Alhamdulillah.. buku yang paling saya suka buku warna pink tu haa.. baru dipublishkan pada  bulan April hari tu.. complete kut! Feqqah al-mar ah ^_^ buku yang mengandungi ilmu bagaimana mahu menjadi wanita solehah. insya-ALLAH.. ika pun beli buku ni jugak.. hehe (:

Buku Tuhan Lebih Saintifik pun baru je dikeluarkan pada hujung bulan April (:

Buku Menyingkap Hakikat Sebenar Hizbut Tahrir ni, saya beli sebab saya nak tahu sejauh mana kebenaran organisasi tersebut. Sebabnya, saya ada jiran yang selalu bagi risalah Hizbut Tahrir ni. Dekat kereta dia pun banyak sticker Hizbut Tahrir yang ditampal pada cermin kereta.. Jiran saya tu tersangatlah baik. Sebelum tu, sahabat ana, ika, time dekat booth yang jual buku ni, dialah yang bagi tau yang organisasiHizbut Tahrir ni dikategorikan sebagai sesat. Sebab terdapat pengamalan SYIAH dalam organisasi tersebut. Saya dengan muka berkerut dan nada suara seakan terkejut, bersuara, "haaa???!!! betulke ika?? seriously?? kenapa sesat lak?? " . Ika pun ceritalah dari A ke M. Last2, ika suruh saya beli je buku ni untuk tahu dari A ke Z. heheh.. azam saya, lepas saya baca buku ni nanti, saya nak berhujah dengan jiran saya tu.. sebab boleh dikatakan jiran saya ni orang kuat Hizbut Tahrir.. huhu.. allahu.. jahilnye ambo ):

Tapi buat masa ni, ana nak habiskan baca buku Nota Fikir Untuk Zikir by Ustaz Pahrol. insya-ALLAH.
 (:

Alhamdulillah. Kat PWTC, tak sangka bertembung sebelah2 dgn angkasawan pertama negara,Dr. Sheikh Muzaffar bersama isterinya dan si bayi comel yang tgh lena dibuai mimpi dlm kereta tolak bayi. Hee ^_^

Si hensem dan si cantik.

Serius, tengok muka Dr. Sheikh Muzaffar,tergugat iman yang tersangat lemah ni. Heheh >.<"
Tp iman saya memujuk, Nabi Yusuf lagi hensem. Dan kehenseman itu adalah anugerah dari Allah yang Maha Indah. Selayaknya aku memuji kehenseman Dr. Sheikh Muzaffar, yang mana pujian itu dikembalikan kpd Dia :)



So, puji Allah sudeyyhh~

Kat pentas utama plak jumpa ustzh Fatimah Syarha bersama si suami tercinta, Dr. Farhan Hadi, Hilal Asyraf & Heliza Helmi.

Dan yg pling BEST, lepas solat Zuhur kat surau PWTC, jumpa mutiara2 ISLAM yg tersangat comel ni, sambil memegang belon putih. Aduuhh, hye si budak kecik yg bersih dari sebarang dosa, jadi pelajar yang pintar yaahh!! Solehahkan dirimu wahai bakal bidadari syurga!




Doakan akak okeyh!
Insya-Allah ^_^ ♥


Around 4 p.m. , ika & biela mengadu lapar. Hurm, nak makan kat PWTC tu, meang harapan la.. air secawan pun RM 3. huhu. last2, we are decided to go SOGO KL. Then daripada PWTC, naik LRT. Sampai2 kat dalam Sogo je, eehhh, FARAH! Apa lagi, saya dan farah berpelukan di khalayak ramai.. ouh my roomate KMNS, panjang juga jodoh kita yee.. hihi :D kecik betul dunia.

Actually Farah & kawan baik dia kat KMNS, Ain yg merupakan ex-Kisasian, pun nak makan gak. At last, dorang join ika n biela makan.. hehe.. Mana Aishah dan Nabilah KMP? haa.. qte orang lepas keluar PWTC terus berpecah.. sebabnya depa dua nak pi Jalan Tar, nak beli tudung.. huhu..

Farah, yg pkai tdung putih corak hitam. Ain, tdung biru, Ika, tdung pink, n Biela tdung kelabu (:

 sOOOO, i'brahnya, amalkanlah sunnah Nabi walau dalam apa jua situasi meskipun keadaan tersebut mampu menggugat imanmu (: yakinlah, dikau pasti merasai kemanisannya.. Dan betullah ada kajian yang menyatakan bahawa, apabila seseorang itu berpuasa, maka salur darah akan menjadi kecil. Dan kalau dalam perubatan ISLAM, syaitan susah nak masuk dalam salur darah kita kalau saiz salur darah tu kecil. So, nafsu pun jadi lemah =)

wallahua'lam..

sampai di sini sahaja la ye. Mungkin ini tahun terakhir saya pergi PWTC. Tahun hadapan belum pasti ^____^


sekian dari saya yang merindui mutiara ISLAM ini,



HBr,
1.52 a.m.
Ahad,
5 mei 2013,
25 Jamadil Akhir 1434H.

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah