ahlan wasahlan..


Wednesday, 1 May 2013

Nikah muda? Taklaahh.. Berta'aruf je :)

[credit]
Dengan rasminya malam ini,
buat pertama kalinya
ada seseorang berani menyahut cabaran saya
supaya menelefon ke rumah 
untuk berta'aruf dengan wali saya.
Hm. Perasaan?
Mestilah berdebar-debar.
Serius sejuk jari jemari
setiap kali ayah bersuara dan berkata-kata
dengan orang tersebut.
Untuk kamu,
terima kasih kerana sudi
menyahut cabaran yang pertama ini.
Dan meletakkan kamu
kehadapan selangkah dari yang lain.
Tapi,
Ini cuma proses pertama saja.
Dan berta'aruf bukanlah
menandakan saya sudah memilih dia.
Tidak. Berta'aruf ini adalah untuk
memperkenalkan diri kepada wali saya.
Itu saja.
Kerana saya berpegang pada :
Bertemu orang yang disukai di laman sosial tak semestinya dia benar-benar sesuai untuk kita, jodoh kita. 

Oleh itu, jika bertemu seseorang yang disukai. Maka berta'aruflah dahulu, selepas itu jika mahu kenal lebih rapat, datanglah merisik. Jika dirasakan sesuai, masuklah meminang dan jika sudah bersedia, menikahlah. Dan bercintalah selepas nikah, ia lebih indah dan mengumpul banyak pahala. :)

Jadi, 
Proses seterusnya mestilah merisik kan?
Dan disitulah dia boleh melihat wajah saya
dan mengenali saya dengan lebih rapat.
Dan proses-proses yang seterusnya
sehinggalah akhirnya proses menikah.
Dan bagi saya,
pada umur 18 tahun ni.
sejujurnya, saya masih belum bersedia
menanggung tanggungjawab yang berat itu.
Saya berikan peluang kepada sesiapa saja
untuk berta'aruf dengan wali saya kerana
bagi saya, hanya wali saya akan tahu
bagaimana untuk mengenali bakal suami
yang terbaik untuk saya.
Dan saya,
hanya dengan beristikharah sajalah
jawapan itu akan muncul. :)
Bagi mereka yang mengatakan
masih terlalu awal untuk semua ini,
saya kata "Tidak salah untuk berbuat begini
kerana tidaklah menjadi kesalahan membiarkan
dia berta'aruf dengan wali kita".
Kerana ianya hanya hubungan dengan wali kita, bukan kita.
Jika mahu dengan kita pula, maka merisiklah dahulu. Kan? :)
Dan jangan kata saya gatal pulak. Haha
"Bukan cheq yang gatal, depa yang nak ngorat cheq"
Haha.

Sorry la.
Saya ni bukan jenis yang mudah dingorat
Kalau nak ngorat saya, kena ngorat wali saya dulu. :P
Ya.
Walaupun saya ramai ikhwan yang mahu
berta'aruf dengan saya. 
Tapi, saya tetap layan perbualan mereka
sama seperti sahabat-sahabat FB lain.
Dan memang ada beberapa orang yang serius,
dan salah seorangnya tadi, yang sudah menyahut
cabaran telefon ke rumah dan bercakap dengan wali.
Menyegerakan diri untuk menikah itu sunnah. Tapi tergesa-gesa untuk menikah itu musibah. Seseorang hanya akan menikah dengan jodohnya. Tidak mungkin dia akan menikah dengan yang bukan jodohnya. Maka kegagalan dalam menuju pelamin. Boleh jadi kerana memang dia bukan jodohnya.

Bila kita ingin mendapatkan yang lebih. Maka kita juga harus berjuang dan sanggup berbuat yang lebih pula. Begitu pula apabila kita ingin mewujudkan cita–cita yang sempurna. Maka kita harus mempersiapkan segalanya dengan sempurna.

Sebenarnya perjalanan untuk ke arah pernikahan
tu masih jauh bagi saya.
Tapi kalau ALLAH telah takdirkan awal pun.
Saya terima. 
Target saya,
paling lewat adalah pada umur 23 tahun
dan paling awal adalah bermula dari sekarang. 
Kahwin muda tu kan bagus.
Syaitan pun menangis kan. :)
Saya persembahkan..
[credit]

p/s : copied from DARI JIWA SEORANG HAMBA.

2 comments:

  1. salam alaik sahabatfillah..
    betul ke apa ygana baca ni? ^__^

    ReplyDelete

Muslimah Mukminah Mujahidah