Akhi, andai sahaja dikau mengetahui..
Hakikatnya..
Cita-citaku masih belum lagi menjadi realiti..
Kerna apa yang aku hadapi kini..
Hanyalah PELUANG yang diberi-Nya untuk merealisasikan cita-citaku menjadi realiti..
TO BE A
SPECIALIST obGyn!
"“Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal..” (Ali-Imran : 159 )"
Akhi,Andai sahaja dikau dapat merasai..
Hati ini terasa pilu sebenarnya..
Kerna tidak mendapat jawapan yang tepat darimu..
Universiti manakah yang akan dikau jejakkan kaki selepas ini?
Malang sekali aku..
Kerna tidak mengetahui..
Sebaliknya..
Dikau telah pun mendapat jawapan dari rahsiaku..
Aku sedar..
Aku ini bukanlah sesiapa dalam hidupmu..
Tiada yang istimewa..
Lainlah 'ukhti' yang 'rapat' denganmu itu..
Dan di luar sana..
Sudah kutemui..
Terlalu ramai muslimah yang jauh lebih baik & solehah..
Aku?
Menjadi anak yang solehah pun belum..
Manakan mungkin mahu bersahabat dengan lelaki soleh sepertimu..
Yang sudah pasti menjadi rebutan mawar agama..
Bahkan..
Bukan engkau yang tidak layak buatku..
Tapi..
Akulah yang tidak layak buatmu..
Dakwah itu kerja Nabi.. kerja yang sangat mulia di sisi Sang Khaliq..
Dakwah itu telah menjadi cintaku..
Mana mungkin aku mampu berpisah dengannya..
Dikau berkata bahawa aku sudah pun merasai manisnya perjuangan..
Namun..
Andai sahaja dikau mengetahui..
Dalam perjuangan yang aku tempuhi..
Aku hanya merasai kemanisan dalam kepahitan..
Namun..
Tiada alasan untuk aku berhenti daripada melakukan kerja ini..
Kerna dakwah itu wajib ke atas setiap mereka yang bergelar muslim..
Usahlah dikau cemburu..
Kerna aku mengiringimu dalam doa..
Jua bersama-sama merangkak menelusuri liku-liku perjalanan kehidupan..
Insya-ALLAH~
"Setebal mana awan DERITA pun akhirnya PASTI sinar mentari BAHAGIA akan menyapa..
*Allah. Kami mohon secebis ketabahan daripada ketabahan rasul-Mu yg tercinta."
Jangan kau MIMPI untuk mengecapi BAHAGIA. andai dirimu tidak bersedia melakukan PENGORBANAN bermakna.
*renung. fikir. zikir.
p/s : mimpi itu memang benar.. dikaulah orangnya.. meski aku tidak pernah meminta untuk bermimpi seperti itu.. tapi entah mengapa ALLAH yang izinkan mimpi itu berlaku.. hingga kini aku masih menanti apakah hikmah di sebalik semua itu..dan aku mengharapkan.. agar lelaki soleh itu adalah dirimu.. meski aku sedar.. aku ini bukanlah MUSLIMAH SOLEHAH.. seperti yang engkau harapkan.. (T_T)# namun.. jauh di sudut hati.. aku mengharapkan agar dikau tidak lupa mendoakanku & muslimah yang lain dalam doamu.. agar kami menjadi mawar agama, MUSLIMAH MUKMINAH MUJAHIDAH! insya-ALLAH, aamiin!
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah