ahlan wasahlan..


Friday, 11 May 2012

SELAMAT HARI UMMI !! hehee :D

Kepada yang masih lagi tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut:



13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2012 di Indonesia

ok.. kat MALAYSIA Hari Ibu disambut pada 13 mei.. tak lama je lagi.. lagi sehari!  hee.. tapi bagiku, hari ibu itu sebenarnya bukanlah hanya SEHARI DALAM SETAHUN.. tapi tiap-tiap hari adalah hari ibu.. sebab apa? sebab rasanya.. tak berbaloi kalau nak sambut hari ibu selama sehari jika dibandingkan dengan jasa & pengorbanan yang ibu, mak, mama, ummi kita lakukan sepanjang membesarkan kita menjadi MANUSIA! pengorbanan mereka tidak mampu untuk kta bayar dengan harta seisi dunia.. (T_T) SUBHANALLAH!

Wanita yang bergelar ibu adalah insan istimewa yang telah dipilih oleh Allah swt untuk menjadi tempat yang dihidupkan makhluk ciptaan terbaiknya iaitu manusia. Kebergantungan manusia untuk kehidupan diurus Allah melalui rahim seorang ibu. Darahnya membawa makanan, air, oksigen dan lain-lain keperluan. Dinding perutnya menjadi benteng supaya anak terselamat daripada ancaman luar. 9bulan 10hari dalam tubuh ibu. Setiap minit mendengar jantung ibu. Setiap minit merasa pergerakan diaframa ketika bernafas.

Sakit pinggang, sembelit, muntah,pening semua dirasai. Melahirkan juga satu pengalaman yang amat menyakitkan. Ramai ibu menangis menahan sakit. Ada sampai meraung. Ada yang perlu dibantu dengan forsep dengan pembedahan. Dibelah perut si ibu semata-mata untuk membantu anak keluar ke dunia.


Adakah anaknya faham penderitaan semua ini?


Kemudian, anak yang senyap sejenak mula lapar. Ibu menyusu dengan air susu sendiri. Hari ketiga susu memuncak pengeluarannya. Si anak pula masih belum arif menghisap. Bengkat berdenyut amat mengazabkan, Namun demi si anak ibu teruskan juga.Cekal.Anak sering bangun malam. Tidur ibu sudah tidak lena. Tidak menentu waktu. Adakala anak meragam kembung. Atau basah lampin, Atau lapar/dahaga. Tidak kurang ada anak yang sengaja bangun malam untuk dibelai.

Anak semakin membesar. Demam selsema, cirit birit, muntah, lebam semua dirawat ibu.Sedih, takut, manja juga tertumpu pada ibu.. Di ajar alif  ba ta, abc , 123..


Membesarlah si anak. Sudah boleh berbicara, boleh menendang, boleh memanjat.Ke hulu ke hilir. Ibu perlu cergas mengejar. Ibu hantar ke sekolah naik basikal atau motorsikal. Ingatkah semua ini walau yang bergelar anak?!


Adakah tergamak apabila kita sudah dewasa kita lupa semua ini dan menganggap apa yang dilakukan oleh ibu adalah perkara biasa..........??


Tatkala susah baru mencari ibu. Tatkala bermasalah, nak menghadapi peperiksaan, nak dapat kerja, nak interview baru nak cari ibu minta doakan. Khidmat ibu diminta lagi. Bila pula masa si anak membalas jasa ibu.


Justeru anak harus dilatih untuk sentiasa menyayangi dan menghargai ibunya dari kecil lagi. Anak yang taat kepada Allah akan taat kepada ibunya dan sentiasa mesra dan kasih belas kepada ibunya. wallahua'lam..


PERSOALANNYA....

Apakah balasan kita terhadap  mereka?

jawapannya, tepuk dada.. tanya iman..

UMMI..

Panggilan yang menurutku adalah panggilan luar biasa.. sangat indah panggilannya.. seorang insan yang telah mengendongku di dalam rahim selama hampir 9 bulan.. seorang insan yang telah berjuang menggadaikan nyawa semata-mata mahu  melahirkanku.. agar jasad ini mampu melihat indahnya dunia!



UMMI.. ENGKAULAH RATU HATIKU... (-^_^-) You're THE NUMBER ONE FOR ME =)

 

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 "Aljannah tahta aqdaamil ummahaat"
 yang bermaksud : Syurga itu di bawah telapak kaki ibu..(diriwayatkan oleh Anas bin Malik)

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, dia berkata, “Ada seorang laki-laki mendatangi Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak menerima baktiku? k"Ibumu",’ jawab baginda. ‘Kemudian siapa?’ lanjutnya. "Ibumu" .. ‘Kemudian, siapa lagi?’ tanyanya lagi. "Ibumu".. ‘Kemudian, siapa lagi?’ ‘Ayahmu,’ jawab baginda sallallahu 'alaihi wasallam.. ( HR Bukhari dan Muslim )

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui Rasullulllah sallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi berjihad. Rasulullah sa
llallahu 'alaihi wasallam bertanya: "adakah kamu ada ibu?" Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu Rasullullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya". (Hassan sahih, diriwayatkan oleh an-nasai’e.)

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

so.. nak buat surprise apa untuk ummi yee? hati ni sebenarnya kempunan nak makan RED VELVET! hee~



sedap kutt.. 1st time makan masa kat rumah Ustazah Normah (guru kelas last year) .. ada sorang sahabat ni dia bawak.. dia buat sendiri! waaa~ jelez kutt.. seriously jelez.. so nak try la buat.. tapi resepinya ngak ada.. )':



waahh~ dah terliur dah ni.. sedap yang amat! lagi-lagi lau makan time sejuk-sejuk.. subhanallah! ^_^
nikmatnyyyyaaaaaa!!!!!!!

Ahad ni, nak masak special untuk UMMI tersayang =)

♥ LASAGNA
♥ CAKE RED VELVET
♥ MCFLURRY BUATAN SENDIRI


Hehe.. harap-harap menjadilah plan ni.. insya-ALLAH ^_^ lagi pun, diri ni memang jarang masak untuk ummi.. hurm.. )':


p/s : mintak resepi cake red velvet dari kawan, tak bagi-bagi lagi.. last-last, cilok dari internet.. ni lah hasilnya.. ahaha :



ni plak resepi untuk lasagna (dipetik dari blog sahabat ana, Siti NurHanis) ^_^ 


ni plak ada 2 resepi untuk buat MCFLURRY.. tapi tak tau nak amek mana 1.. hee :D


resepi pertama


resepi dari web iluvislam.com =)

ok.. esok (sabtu) nak beli barang.. dok sabo doh niee~ weee~~~ mungkin buat semua resepi ni esok (sabtu) jugak kuutt.. sebab hari Ahad ada meeting program under PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR (PEPIAS).. takut tak sempat lau nak buat hari Ahad.. lau buat hari sabtu, hari ahad nanti lepas habis meeting, terus keluarkan segalanya dari peti ais, then hidangkan.. suap-menyuap dengan UMMI TERCHEENNTAAA~~ waaa~ bestnyaa.... hihi.. insya-ALLAH.. =)



No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah