Pelajar-pelajar perubatan begitu sinonim
dengan kekuatan mereka untuk menghafal fakta-fakta. Merekalah “ulat
buku”, mengepit buku-buku tebal ke sana ke mari. Apabila berborak dengan
mereka, keluarlah jargon perubatan yang sukar untuk difahami oleh
pelajar jurusan lain. Namun hakikanya, “indah khabar dari rupa”. Setelah
hampir 8 bulan di Hospital Western, Melbourne, pembelajaran secara
hafalan tidak lagi membantu. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan
pesakit sebenar, yang mempunyai penyakit sebenar dan lengkap dengan
cerita yang sebenar. Apa yang di pelajari selama 3 tahun lepas sewaktu
tahun praklinikal bagaikan jigsaw puzzles di fikiran.
Pelbagai-bagai ragam pesakit, penyakit, simptom, ubat yang cuba untuk di
fahami. Apabila doktor pakar bertanya, baru la sibuk membelek buku
“hikmat”, OXFORD HANDBOOK CLINICAL MEDICINE. Kadang-kadang hanya mampu
mengatakan will get back to you later atau lebih menyedihkan diam seribu
bahasa mengharapkan rakan di sebelah menjawab. Situasi yang sama
berlaku tatkala setiap kali mula disiplin yang baru.
Mengimbas kembali 8 tahun yang lalu,
sewaktu temuduga permohonan biasiswa ke luar negara. Salah seorang dari
panel bertanya kenapa ingin menjadi seorang doktor? Seperti biasa,
“ingin membantu masyarakat” atau “minat”. Tidak dinafikan minatlah yang
membawa kaki ku melangkah ke sini. Tetapi kini, jika berpaksikan jawapan
itu semata, sudah pasti setiap hari balik dari hospital dengan
keletihan kerana jarak ke hospital sejam dari rumah melalui beberapa
kali pertukaran kenderaan awam, kehampaan apabila tidak dapat menjawab
soalan-soalan doktor, bebanan untuk menambah tajuk dalam senarai bacaan
dan penyesalan apabila ada masa yang terluang diisi dengan aktiviti yang
tidak berfaedah. Jika inilah hari-hari yang dilalui, 6 tahun belum
tentu cukup untuk menjadikan pelajar perubatan itu seorang doktor.
Empat tahun setengah yang berlalu banyak mengajar.
Seorang pelajar perubatan harus mampu befikir di luar kotak, bijak mengambil peluang, dan menggunakan masa terluang sebaiknya.
Berfikir di luar kotak adalah apabila
menggunakan setiap pesakit yang di temuduga sebagai bahan pengajaran.
Seperti mana kata-kata William Osler, (pakar perubatan), To study disease without books is to sail an uncharted sea, while to study books without patients is to not to go to sea at all.
Jika pada saat ini, anda hanya membelek 100 macam buku perubatan di
rumah dan cuba menghafalnya, anda belum cukup layak untuk merawat
pesakit, sekalipun lulus peperiksaan. Cuba disiplinkan waktu dan
temuduga seramai-ramai pesakit dengan pelbagai penyakit. Dijadikan Allah
manusia itu unik. Ia akan mengingati 60% perkara yang dilihatnya dan
dialami berbanding dengan perkara yang di baca atau didengari. Belum
tentu kita dapat merasai hakikat peperangan Badar dalam bulan Ramadhan
sekalipun anda melihat animasi atau lakonan. Setelah temuduga, lakukan
pembacaan tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit dan tulis semula
dalam bentuk ringkas dalam sebuah buku nota, termasuk segala simptom dan
rawatan yang pesakit. Dengan itu, anda bukan sahaja dapat berfikir
secara luar “buku” malah boleh mengaitkan dengan pesakit yang
ditemuduga.
Kehidupan pelajar perubatan di hospital
pada tahun klinikal tidak seperti yang disangka. Kita bukan orang yang
merawat pesakit, dan bukan juga yang melakukan pembedahan mahupun yang
menulis kertas kerja pesakit. Oleh itu, kita perlu bijak mengambil
peluang setiap kali ia datang. Sementara menunggu tutorial seterusnya,
cari pesakit untuk ditemuduga atau pergi ke wad untuk melakukan prosedur
mudah seperti masukkan cannula dan ambil darah pesakit. Ketika di
klinik pesakit luar, seringkali yang berlaku di kalangan pelajar melayu
ialah pelajar lebih suka untuk duduk bersama doktor yang kurang
bertanyakan soalan. Satu kerugian yang besar kerana soalan-soalan yang
ditanya itu adalah untuk memandu dalam pembacaan. Belajar menjadi
seorang yang teliti dalam pemerhatian. Dari situ, anda akan lihat suatu
corak bagi setiap pesakit yang dirawat. Sebagai contoh lelaki berumur 60
tahun ke atas, cirit birit, sakit di bahagian perut dan kehilangan
berat badan secara mendadak dalam suatu tempoh masa adalah penyakit
Crohn sehingga diputuskan sebaliknya dengan pemeriksaan lanjut. Pada
peringkat ini juga, pelajar ditaklifkan untuk belajar secara self-directed learning.
Oleh itu, pelajar perlu rajin ke dewan pembedahan untuk melihat dan
belajar bagaimana sesuatu pembedahan dilakukan. 60% perkara yang
diingati adalah yang dialami dan dilihat sendiri.
Peruntukan masa dari 8 pagi ke 5 petang,
Isnin hingga Jumaat di hospital adalah hak masa yang
dipertangunggjawabkan kepada pelajar perubatan. Jika anda di rumah
lantaran tiada kelas sekalipun, masa itu perlu dipenuhi dengan
pembelajaran perubatan. Seorang pelajar senior pernah memesan, kita
perlu pandai mencuri masa. Maksudnya, 5 minit sewaktu menunggu bas
dipenuhi dengan mengimbas topik rawatan pesakit anemia atau borak-borak
kosong dengan pelajar lain digantikan dengan perbincangan pelajaran yang
tidak difahami. Lebih cantik lagi, jika boleh membawa sebuah buku nota
kecil sepanjang di hospital. Setiap kali ada perkara yang tidak
difahami, tuliskan persoalan itu dan buat pembacaan pada malam itu juga,
sekali gus mengisi waktu malam anda.
Sebagai tambahan, sifat ingin tahu
sangat diperlukan bukan sahaja pada peringkat tahun klinikal malah
ketika sudah bekerja sebagai doktor. Perasaan ini akan mengekalkan tahap
pembelajaraan dan stamina sekalipun 5 bulan sebelum tarikh peperiksaan.
Setiap soalan doktor pakar yang tidak terjawab, hendaklah cuba dicari
jawapannya.
Akhir sekali, apa yang paling penting
adalah kefahaman dan pengetahuan itu adalah dari Allah sekalipun anda
belajar 20 jam tanpa tidur. Setiap kaki yang melangkah keluar dari
rumah, setiap bait yang dibaca dan dihafal dalam buku perubatan adalah
diniatkan kerana keredhaan Allah. Seringkali waktu solat terabai
lantaran kesibukkan di hospital tetapi malangnya ramai yang tidak
menyedari solat itu yang memegang kunci kejayaan anda. Betapa banyaknya
baris-baris yang dibaca dari buku perubatan begitulah juga banyaknya
baris-baris yang di baca dari Kalam Allah, al-quran.
“Bukan senang nak senang,………..tapi susah itu membolehkan kita senang di kemudian”
p/s : copied from Biro Kebajikan dan Akademik ISMA =)
DR. HAMIZAH, COME ON, COME ON! WAKE UP PLEASE! BISMILLAH!
CAN I GET 4 FLAT IN ALL EXAMS/SEM AT KMNS? YES, OF COZ ! BECAUSE NOTHING IS IMPOSSIBLE, AM I RIGHT? ILLA BI IZNILLAH~ ^_^
chaiiyyokkk chaaiiyyokkk.. GO GO GO HAMIZAH! DR. HAMIZAH seorang yang down ke? ohh no ! tak kaann.. tapi DR. HAMIZAH SEORANG YANG HEBAT, CEMERLANG, GENIOUS, BIJAK, PANDAI, MUMTAZ, SOLEHAH, kan? insya-ALLAH, aamiin!
Doakan saya yee sahabat sekalian.. agar saya tabah, sabar, kental, kuat & sentiasa berfikiran positif di mana jua saya berada, tidak kira tempat & masa.. insya-ALLAH~
Go Go DR Hamizah! :))
ReplyDeleteinsya-ALLAH, aamiin! thanx mijaKEDUT =) *nama kita sama, gelaran pun sama.. tapi saya tak naklah mijaKEDUT.. saya nak mijaTEGANG.. ahaha :p btw, akan ke mana selepas ni? ^_^
DeleteBITTAUFIQ WANNAJAH Hamizah ^____^
ReplyDeleteinsya-ALLAH, aamiin! wa enti aidhon ya ukhti fillah.. Bi iznillah.. senantiasalah kenang daku dalam doamu.. doakan diri ini mudah faham in my studies.. insya-ALLAH (:
Delete