Akhirnya dapat juga jari-jemari yang selalu melakukan dosa ini menulis kembali di blog usang ni.. (:
Actually nak update semalam (isnin) .. tapi ALLAH tak izinkan.. diri ni sibuk menanda kertas JAWI murid tahun 5 & tahun 6 .. alhamdulillah walaupun tak selesai sepenuhnya.. tinggal kertas Jawi Darjah 5 Khadijah yang seramai 37 orang ^^
*buku-buku latihan Bahasa Arab anak murid darjah 4 pun belum ditanda lagi.. ):
Okay, back to the main point :
'bermusafir'
ke PWTC, 29 April '12 ♥ ^_^
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012
Titik
permulaan...
Bermulalah perjalanan dua orang sahabat, Hamizah & Hanis, H & H bergerak menuju ke stesen KTM UKM sekitar pukul 8.10 pagi Ahad, 29 April 2012, bersamaan 7 Jamadil Akhir 1433H.. Kami pun belilah tiket pergi balik dari KTM UKM ke KTM PUTRA yang dekat dengan PWTC.. harga tiket tu RM 7.40 tak silap..
''Bang, nak tanya.. kalau nak pergi PWTC macam mana ekk?," tanya Hanis..
"Ouh, adik amek tiket ni, tiket terus ke Stesen KTM Putra (dekat dgn PWTC).. adik nak tiket pergi sahaja, or pergi balik?," balas pak cik jual tiket.
"Pergi baliklah.. Nak dua tiket ehh..," jawab Hanis.
Ana berada bersebelahan dengan sahabat ana tika itu.. Lepas bayar duit tiket, kami pun duduk la menunggu kereta api.. First time kami berdua pergi PWTC naik KTM.. al-maklumlah.. kami bukannya selalu naik KTM lau nak pergi mana-mana.. alhamdulillah sekurang-kurangnya kami berusaha nak dapatkan ilmu macam mana nak naik KTM.. sebab lepas ni, masing-masing akan ke IPT dan akan menggunakan pengangkutan awam..wallahua'lam wa insya-ALLAH..
Jam menunjukkan sekitar pukul 9 pagi.. mula menunggu, pukul 8.35 pagi.. lebih kurang 20 minit kami tunggu kereta api sampai.. naik train, kami masuk part untuk yang coach wanita punya.. tapi agak kecewa, dalam tu, ada la beberapa orang MAMAT yang tak tahu malu.. tak pandai baca agaknya.. jelas-jelas terpapar ,
"COACH WANITA, UNTUK WANITA SAHAJA! ''
Bermulanya perjalanan musafirah di PWTC…
ALHAMDULILLAH.. sampai jugak PWTC sekitar pukul 10.15 pagi.. ambil masa 1 jam 15 min untuk sampai.. walhal 30-40 minit je perjalanan dari KTM UKM ke KTM PUTRA.. sebenarnya, sebelum sampai ke KTM PUTRA, kami berhenti di KTM Tasik Selatan.. sebabnya, kawan-kawan n ada sorang akak yang sama-sama menunggu di KTM UKM, cakap kita kena turun dulu kat KTM Tasik Selatan.. then, pergi pertukaran stesen, naik KTM KL pulak.. adooyyaaii.. wat pe susah2 .. deme ni lee..
Ana & Hanis un ikut la cakap akak tu.. aiisshh.. sampai kat stesen KTM Tasik Selatan, kami pun pergi la kaunter pertanyaan.. sekali lagi Hanis berbicara..
"Assalamu'alaikum kak, nak tanya.. kalau dari sini (KTM Tasik Selatan) nak ke PWTC macam mana ekk?"
"Ouh, adik pergi ke stesen sebelah tu, naik KTM KL.. sampailah ke KTM Putra.."
"Ouh, ok.. terima kasih yee kak.. tapi kami kena beli tiket lain ke?"
"Sama-sama.. ehh.. tak payah.. sebab kalau pertukaran stesen, kita still boleh guna tiket yang sama.."
"Ouh.. ok2.. terima kasih kak.."
Hurm.. tengok.. ni lah akibatnya orang yang tak tahu naik pengangkutan awam.. ye lah.. bila nak pergi mana-mana je, suruh mak ayah yang hantarkan.. hee..
"Haha.. rasa kelakar plak.. B*d*h nya kita ni.. naik KTM pun tak tau..apeelah," rungut Hanis..
"Tau takpe..kan dah buang masa.. tapi takpe lah.. ada hikmahnya.. lepas ni, kalau nak pergi PWTC, sekurang-kurangnya kita dah tahu caranya.. insya-ALLAH.. (; ," balasku..
Turun je dari KTM Putra, kami tak tahu nak ikut arah mana.. kami ambil keputusan untuk ikut je lelaki-lelaki di hadapan kami.. tengok gaya mereka MACAM nak ke PWTC.. harap-haraplah..
Sangkaan kami tepat! ikut punya ikut.. akhirnya.. berjaya jugak jejakkan kaki masuk ke PWTC..
Galeri pertama kami pergi, galeri PTS.. sebab USTAZ AZHAR IDRUS ada kat galeri PTS ni dari pukul 10 pagi - 11 pagi.. ana tengok jam..dah pukul 10.20.. mananya Ustaz Azhar ni? haha.. ana takde la excited sangat.. sebab alhamdulillah dah pernah jumpa UAI kat Masjid Hasanah, BBB.. kawan ana ni ha.. semangat betul menanti UAI.. hee~ :D
Beli buku di
Galeri PTS, KARANGKRAF, TELAGA BIRU dll..
ni lah hasilnya :
tup tup.. masa ana tengah mencari buku 'PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL', & sahabat ana, Hanis pulak tengah mencari buku 'SYAMAIL MUHAMMADIAH', sempat jugak la bergambar dengan akak yang berniqob.. ana berani nak ambil gambar sebab time ni tak ramai sangat orang yang singgah.. so apa lagi.. menyelam sambil minum air lah.. walaupun segan gak nak ambil gambar.. entah kenapa teringin nak ambil gambar dengan akak-akak yang berniqob kat PWTC ni.. walaupun sepanjang keberadaanku di PWTC, ramai gak la muslimat yang berniqob.. alhamdulillah (: cuma ana je yang segan nak cakap kat akak-akak yang berniqob tu.. tapi syukur sangat2, sebab ALLAH izinkan jugak diri ni nak bergambar dengan akak yang berniqob, yang datang nun jauh dari selatan, JOHOR.. huhu~
haa.. ni haa gambar ana ngan akak tu =)
last-last, akak yang berniqob ni pun keluarkan camera dia yang berwarna pink.. then mintak tolong kat kawan dia untuk ambil gambar kami.. ^_^
Lunch
together…
pukul 12.35 - 1 petang..
perut sejak bangun tidur meragam agar makanan di isi ke dalam perut dengan segera.. sebelum keluar rumah nak gerak ke KTM UKM, perut ni hanya beralaskan kuih bengkang yang ummi buat.. alhamdulillah.. ana bawak sikit sebagai bekalan sepanjang perjalanan di PWTC.. tak sempat nak bawak makanan yang lain, terkejar-kejar time ni.. n mana la tahu kut tak tahan sangat perut ni, tetiba takde makanan, takde duit dah (sebab langsai beli buku), at least ada la makanan dalam hand bag ni.. hee~ :p
mula-mula beli air milo.. waa~ tahu tak berapa harga secawan plastik tu? RM 4 ringgit kutt.. maakk aiihh.. mahal betullll =.='' kebetulan ana ni memang suka minum air Milo.. senang citer, tiap-tiap hari minum Milo.. Pagi, Petang, Malam.. kadang-kadang risau gak dapat kencing manis nanti.. haha.. tapi i buat air Milo, i tak bubuh susu pekat manis okehh (:
Lepas beli air Milo, tetiba terliur plak tengok makanan-makanan yg ada.. mula-mula nak beli sandwich, 2 keping RM 4.30.. tak berbaloi langsung.. pastu tengok ada burger..
"Kak, burger ni 1 berapa? ," ana tanya kat cashier tu..
"4.30 dik..," balas akak cashier..
pergh.. pun tak berbaloi.. last-last kami pun survey la.. akhirnya.. jumpa lah jugak makanan yang jauh lebih berbaloi daripada makanan-makanan yang lain..
kami beli Nasi Ayam, RM 8.. walaupun mahal gak, tapi ni lah yang berpatutan kat PWTC ni..
makan sahaja, dah RM 12.. ok bye!
Linguaphone…
1.05 - 2 petang..
tadah telinga dengar LINGUAPHONE.. actually lepas kami dah beli buku, nak cari lah surau untuk solat zohor walaupun lambat lagi nak masuk waktu.. tapi adalah sorang akak ni promote LINGUAPHONE ni kat luar galeri PTS tak silap.. akak tu kata dia nak terangkan kejap je.. kami pun duduk la kat kerusi yang disediakan..
last-last bukan akak tu yg terangkan, tapi lelaki.. pergh.. agak tak selesa sebenarnya.. (T_T)
further information about LINGUAPHONE, jus click here (:
dan ana melanggannya..harap2 lepas ni ana & family members boleh la speaking dengan baik.. insya-ALLAH~ ^_^
Beli air di
Parkson…
-
punyalah kami pusing sana, pusing sini semata-mata nak pergi Parkson untuk beli air & nak solat Zuhur.. sesat sampai masuk ke kawasan car park yang entah dalam bangunan apa ntah.. dah tu, sunyi plak tempat tu.. agak gelap.. seram jugaklah.. ana dah dapat rasa yang kawan ana ni, hanis agak ketakutan.. tengok raut wajah dia pun cemas.. haha.. tak kurangnya jugak dengan ana ni.. mau tak takut.. kami berdua je kat situ.. dah la perempuan.. eeerrrr~ menyeramkan.. kami pun apa lagi.. kami percepatkan langkah kami.. pergi tingkat ni, takde jalan keluar.. pergi tingkat tu.. pun takde jalan keluar.. last-last kat tingkat 4, barulah ada jalan untuk terus ke Parkson.. itupun kami tanya kat 2 orang makcik yang kelihatan seperti warga Indonesia kat kawasan sampah bangunan tu.. entah apa yang mereka berdua asingkan daripada sampah tu, idok le teman tau.. huhu~ terima kasih yee makcik sebab tunjukkan kami jalan keluar daripada bangunan ni untuk ke Parkson.. hee..
Kehausan kami kian bertambah.. cari surau dalam parkson ni tak jumpa-jumpa.. tanya orang ni, cari-cari tak jumpa jugak.. tanya orang tu pulak, tak jumpa jugak.. time ni dah nak dekat pukul 2.30 petang.. last-last singgah beli air dulu kat Farmasi Watsons.. kusangkakan di Farmasi takde jual air.. akhirnya kawan ana nampak ada air yang dijual di situ..
Alhamdulillah sangat-sangat! tak tahu kat mana lagi ada jual air.. tak larat dah nak berjalan kat parkson yang luas teramat ni! ana beli air 100 plus perisa lemon, Hanis plak beli air mineral.. alhamdulillah.. terubat jugak dahaga.. NIKMAT YANG AMAT!
Ok, air dah beli.. kami pun teruskan pencarian kami , mencari surau..
"Bang, nak tanya.. surau kat mana ea? ," tanya ana pada cashier Watsons.
"kat tingkat atas, hujung tu, belah kiri..," jawab si cashier sambil menunjukkan arah..
"ouh.. ok.. terima kasih yee.., " balasku.
Solat Zuhur…
agak terlewat.. sekitar pukul 3 petang..
Jalan punya jalan.. akhirnya.. alhamdulillah.. jumpa jugak surau.. punyalah terpampang jelas di hadapan eskulator yang kami naik ke tingkat 3 bangunan Parkson..
Malangnya, kat tempat surau perempuan, penuhnya bukan main.. nak ambil wudhu', punyalah beratur panjang.. Hanis pun ambil tindakan bijak.. ambil wudhuk di tandas.. haha.. (:
Sambil berjalan menuju ke tandas, Hanis bagi idea..
"Mijah, kita solatlah kat mana-mana tempat yang bersih & tak ramai orang yang lalu lalang.. surau tu penuh sangat la. "
"Hurm.. ok2.. Nanti nak solat pun tak selesa, dah tak khusyuk.., " balasku.
last-last, solat kat depan lift.. nasib baik la lift ni tak ramai orang guna.. huhu.. pe lagi, solat lah kat sini.. nasib baik Hanis bawak telekung.. boleh la digunakan sebagai sejadah ^^
*bijak betul kawan baik aku ni.. hehe (:
i'brahnya, atau pengajarannya ialah, walau di mana kita berada, SOLAT TETAP SOLAT.. NO EXCUSES! =)
Menuju
pulang…
Usai solat, kami pun rehatlah dulu.. letih tak tau nak kata.. merah-merah tapak tangan jinjing buku2.. haha.. tp berbaloi la.. banyak diskaunnya.. jimat duit.. hehe~ ^_^''
Ok.. kenangan duka, suka, geram, kelakar, gembira, sedih, takut.. dan bermacam-macam lagi rasa sepanjang perjalanan menuju pulang..
KAMI
SESAT! TERLAJAK!
sekitar pukul 4 petang, kami pun mula bergerak dari Parkson, kembali ke PWTC then ikut laluan utk ke KTM Putra..sempat jugak bergambar.. LINE CLEAR.. tak ramai orang kat laluan ni.. haha :p
Sahabat yang menemaniku, Siti NurHanis.. |
ada jugak perkataan 'UMNO' ! =.=''
berbalik kpd KAMI SESAT! TERLAJAK!
Alhamdulillah..berjaya jugak kami sampai ke KTM Putra.. dengan izin ALLAH, halangan demi halangan berjaya kami tempuhi..
Jam menunjukkan hampir pukul 4.25 petang.. train pun dah sampai.. alhamdulillah kami masuk coach wanita & tempat duduk dia best sangat2! air-cond plak lebih sejuk daripada train yang mula-mula kami naik dari KTM UKM.. kelihatan kaum Adam tiada dalam coach ni ^^
Subhanallah.. walhamdulillah.. punyalah selesanya.. lega betul diri ni dapat tempat duduk ditambah pula dengan suasana yang mampu membuatkan mata terlelap.. hee..
"Bestnya.. adalah hikmahnya kenapa kita tak naik train yang ramai orang tadi.. kita bersabar sikit je, ALLAH dah balas dengan kebaikan yang melebihi nilai kesabaran yang sedikit..," ungkap Hanis..
Selesa punya selesa, barulah kami tersedar setelah sekian lama asyik dengan keadaan yang sangat-sangat selesa tu.. bila dengar je speaker dalam train tu sebut nama tempat, kami rasa 'sesuatu'.. 'sesuatu' yang agak aneh didengari..
"Eh.. kenapa nama stesen yang kita dengar ni tak sama dengan nama stesen masa kita pergi ekk?," soal Hanis.
"Urm, mungkin jalan lain-lain kutt," balas ana selamba..
Ok, takpe.. jalan lain-lain kan.. kami pun buat donno je la.. haha..
Tak lama kemudian, kat satu stesen ni, ada la 2 muslimat yang berpakaian sekolah, bertudung labuh naik train.. mereka berdua berdiri bersebelahan dengan tempat duduk kami.. Berlakulah hiwar antara kami.. rasa macam dah lama kenal.. haha..
"Dik, tumpang tanya.. adik nak ke mana ekk? betul ke train ni menghala ke KTM UKM?," soal Hanis kepada 2 muslimat tadi.
"Urm, kami nak ke Klang.. urm.. entahlah..saya pun tak tahu.. rasanya betul kut.. hehe..," balas seorang muslimat sambil ketawa kecil..
"Hurm.. sekolah mana ni yee? , " tanyaku..
"Sekolah KISAS.. (: ," balas muslimat tadi..
"Hah, KISAS? form 5 ekk? , " tanyaku lagi. Agak excited sebenarnya.. Sekolah idaman kuutt since Form 3 kuutt.. ^_^
"Eh.. tak.. saya STPM, dia (sambil menunjuk ke arah sahabatnya lagi seorang) ambil STAM.. ni belajar kat mana? , " ujar Kisasian.
"Ouh.. urm.. kami ni baru lepas SPM.. tengah tunggu UPU..insya-ALLAH," balasku & hanis serentak..
Kebetulan pula.. hehe :D
"Ouh.. so maknanya ni (sambil tunjuk ke arah kisasian tadi) akak la.. ," balasku lagi..
"Ye yee.. hee.. sekolah mana dulu? ," tanya Kisasian yang ana sendiri tidak sempat bertanyakan namanya..
"Sekolah SMK Bandar Baru Bangi..kak.. nak tanya," balasku.
"Ouh, ok.. urm.. apa dia?, " ujar akak Kisas.
"Akak amek STAM kan.. nak tanya lah.. saya ada apply kat KISAS untuk amek STAM, tapi saya semak baru-baru ni, saya tak dapat.. nak tanyalah.. STAM kat SBP ada dua kali intake ehh? maknanya saya ni 2nd intake la ea? ," tanyaku.
"Ouh.. urm.. aah.. sebenarnya akak pun 2nd intake gak.. so tak yah risau.. ^^ ," jawabnya.
"Insya-ALLAH.. tapi sebenarnya saya nak amek medic.. insya-ALLAH la.. n tawaran matrik pun dah dapat.. dan sekarang ni sebenarnya saya tengah confius.. nak amek STAM dulu or terus g matrik.. sebab lau da abes STAM, nanti terus sambung degree.. masalahnya, takkan la saya terus amek degree in medicine..? so akak rasa camne? , " tanyaku lagi..
"emm... sekarang ni minat adik ke arah mana? ," tanya si akak KISAS yang comel..
"medic.. tapi teringin nak amek STAM & sekolah di SBP KISAS.. sekolah idaman saya since F3 lagi kak.. huhu..," jawabku..
"hurm.. lau camtu, better terus amek medic la.. tak yah amek STAM.. lagi pun tak silap akak start tahun depan, format STAM berubah.. maaf la. akak un tak tahu sangat.. sebab akak amek STP aliran agama.. bukan STAM.. cuba tanya akak ni, dia amek STAM, " jawab akak STPM sambil menunding jari ke arah sahabatnya yang juga bersekolah di Kolej (KISAS) yang sama..
"urm.. betol2.. format baru tu lagi hard la.. kalau sekarang ni, untuk subjek hafazan, kena hafal 3 surah je.. tapi format baru 5-6 surah tak silap.. dan untuk syair Arab, kalau sekarang kena hafal 5-6 .. format baru kena hafal 11 syair tak silap akak.. dan ada lagi la penambahan-penambahan yang lain untuk format baru ni.. sori la.. akak tak tau sangat.. hee. ," balas akak STAM KISAS (:
Subhanallah.. banyak betul hikmah yang ana & sahabat, hanis dapat sepanjang perjalanan kami yang sesat entah ke mana.. antaranya :
-
ok fine.. bila dengar je format baru STAM tu, entah kenapa jadi tak kisah sama ada dapat or tak, "hurm..takpe lah kalau aku x dpt nak amek STAM kat KISAS.. even nanti aku dapat yang 2nd intake punya.. sebab STAM ni untuk mereka yang nak ambil bidang agama..tapi aku nak medic.. (insya-ALLAH) "
-
ALHAMDULILLAH.. tak sangka bertemu dengan KISASIANS.. sempat juga kami berkongsi ilmu (n_n)
3S, insya-ALLAH.. (: |
tup tup.. nama stesen seterusnya kedengaran pada speaker yang ada dalam train.. ana & Hanis pun cepat-cepat bangun untuk berhenti di stesen itu & berpatah balik.. sebab kami dah TERLAJAK! (T_T)
Dengan pantas kami keluar dari train tanpa sempat bersalam-salaman dan bertanyakan nama pada akak KISAS tu.. haha.. last-last, kami sempat la jugak melambaikan tangan kepada 2 orang akak KISAS tu dari luar train.. akak berdua tu pun balas balik lambaian kami dan kelihatan akak-akak tu mengambil tempat duduk kami dalam train tadi.. ngee..
Kelakar pula rasanya.. >.<''
kat stesen KTM ni ( sementara menunggu train yang betul untuk kami pergi ke KTM KL) , tak ramai orang.. ciput sangat.. tak tahulah kenapa.. sunyi kut.. huhu~ |
Hanis keresahan.. haha :p |
Kebetulan plak, yang menjadi kerisauan kami time tu, camne laa nak bayar ni.. duit ana lebih kurang ada RM 20 daripada RM 150.. yang lain semua langsai beli buku + makanan + air .. haha..
Hanis plak, cukup-cukup tinggal RM 10 dalam wallet dia.. (walhal sebenarnya dalam beg sandang dia ada lebih kurang RM 7, baki beli air.. dia terlupa yang dia letak duit baki tu dalam beg.. haha..)
Kelakar betullah..
pak cik tu pun bagi la tau.. yang kami ni kena turun dulu kat KTM KL.. pastu tukar stesen, pergi ke Platform 6..
"YES SIR! " :D
Sementara tunggu train, kami pun duduk la kat stesen yang kami sesat ni (seperti gambar di atas)..
"ummphh ummphh ummphh..(sambil geleng kepala) bahaya betul kita ni kan.. nasib baik la cukup2 je duit.. tulah kan.. pengajarannya kat sini, kalau kita nak pergi mana-mana pun, make sure sebelum kita balik, ada duit.. jangan habiskan semuanya..," nasihat hanis..
subhanallah.. alhamdulillah.. nasihat dari seorang sahabat.. ^_^
TERIMA KASIH HANIS! Insya-ALLAH diri ini akan ingat kata-katamu.. (:
ALHAMDULILLAH
Akhirnya, sekitar pukul 6.05 petang, kami pun sampai di KTM UKM..Ayah Hanis dah pun menunggu menanti kehadiran anak perempuan tunggalnya..
Ana pula?
Hurm.. tekak ni terasa begitu dahaga..
Dan berdekatan dengan KTM UKM ni, ada gerai-gerai yang dibuka..
Ana pun menuju ke gerai pakcik yang berkopiah dan ada tanda 2 titik hitam di dahinya.. (bak kaat orang, itu tanda sujud.. wallahua'lam.. ) ^^
"Ada air soya lah..," hatiku bermonolog.. Air soya antara air kegemaran ana taaww~ hee (:
Lantas ana pun beli la air soya dalam cawan plastik dengan harga RM 1.. ALHAMDULILLAH.. lega sikit tekak ni dapat minum air sejuk tika cuaca terik membaham bumi..
Ok, lepas minum 1 cawan soya dalam masa yang singkat, ana pun call la abuya suruh amek kat KTM UKM..
Sementara menunggu kehadiran abuya, terdengar anjing menyalak.. waa~ takut.. )': *aku memang takut dengar bunyi anjing.. tak tau la kenapa.. =.=''
ALHAMDULILLAH.. lebih kurang 10 minit menunggu, abuya dah sampai..
Singgah di MyMydin Bandar Baru Bangi, untuk beli yogurt.. kempunan kut.. huhu~
Akhirnya, dengan izin ALLAH.. kaki yang dah rasa macam tercabut, tangan menjadi lenguh & sakit akibat menanggung beban yang berat, back bone rasa sakit, segala jenis muscles terasa pegal-pegal & sengal, dapat juga jejakkan kaki kembali ke baiti jannati.. meski semua kesakitan, kesengalan, kepegalan (ada ke? haha) , kelenguhan ini masih terasa hingga kini.. masih belum pulih sepenuhnya..
Namun, akhirul kalam.. terlampau banyak sangat hikmahnya meski dalam waktu yang singkat cuma..
Berjalan, bermusafir dari pagi Ahad hinggalah ke petang Ahad, hari yang sama..
aauucchh... sweet memories between us, sahabatku sayang... (-^_^-)
In a nut shell, i just can say this,
ALL
PRAISES TO ALLAH !
♥ p/s : andai ada yang menyedari.. 29 APRIL 2012..
♥ 29 hari saya..
♥ April bulan awak..
merepek pula..
:D
No comments:
Post a Comment
Muslimah Mukminah Mujahidah