ahlan wasahlan..


Thursday, 10 May 2012

Gurindam Makhluk Asing !

Dengan Namamu Aku Mulai,
Dengan Izin Mu Aku Berkongsi,
Agar Kita Terus Memperingati,
Kerana Kita Semua Akan  Kembali..


 
Dunia Akhir  
Kian Beredar Mengikuti Zaman
Lahirnya Makhluk Asing Mengikut Jalan Hamman
Bila Kalam Tuhanku  Selalu Dianggap Ringan
Maka Bermulah Makhluk Bermata Satu Berangan-Angan
Untuk Menjadi Penyelamat Manusia Yang Berada Di Awangan

Andainya Memilih Dunia Itulah Syurga
Andai Memilih Akhirat Itulah Neraka
Sungguh Bijak Si Mata Satu Memanipulasi Data
Dalam Diam Semakin Ramai Manusia Menjadi Buta
Kerana Terpukau Dengan Janji Pendusta
Arak Dijadikan Sajian Tika Berpesta
Hilangnya Iman Dianggap Sementara
Kerana  Menganggap  Pintu Taubat Masih Terbuka

Ku Berdiri Tepi Jendela,
Melihat Kuku Besi Panjang Berjela
Mata Dipejam Hati Tak Rela
Melihat Saudaraku Asyik Dicela
Oleh Penyembah Berhala Bernyawa

Ku Toleh Kiri Terlihat Urat Berselirat
Ku Toleh Kanan Terpandang Kutu Mengurat
Sampai Bila Unta Betina Mahu Pertahankan Aurat
Masa Bila Saudaraku Ingin Menjadi Imam Kiblat
Sedangkan  Kita Semua Berkejaran Melakukan Maksiat

Kasih Tercipta Tanpa Diduga
Hilangnya Cinta Terbitnya Derita
Bila Lidah Lebih Tajam Dari Senjata,
Maka Lahirlah Pemuja Auta
Yang Menjadikan Berita Munafiq Sebagai Fakta !


Frasa Tercipta Daripada Dosa.
Hukuman Tercipta Bukan Untuk Menyiksa.
Bila Berbicara Kurangkan Dusta
Kerana Bimbang Tumbuh Kusta
Di Tubuh Sasa Menjadi Raksasa

Karya P Ramlee Bukanlah Asing.
Dialognya Pendek Tapi Berdesing.
50 Tahun Berpusing Seperti Gasing,
Namun Sentuhannya Tidak Buat Diriku Terasing .
Moga Rohmu Dicucuri Rahmat Dari Tuhan Pencipta "Makhluk Asing"

Demi Masa Aku Akhiri
Kerana Takut Terjual Diri
Bukan Kalam Minta Dipuji
Cuma Nak Ingat, Sedarlah Diri !

No comments:

Post a Comment

Muslimah Mukminah Mujahidah